~~Pembaca Yang Setia~~

Wednesday, December 8, 2010

Alkisah Hani dan Seliter Air Mata~

Salam semua!


semalam tengok tak cerita Hani? kt tv3.. oh AK tgk sikit aje.. haha.. selalu tgk sikit2 je AK ni kan? tapi sibuk nak buat review.. lalaalaa..

mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak. Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur. Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.

Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?
sumber : kepalabergetar

ok,tgk citer ni tau x AK teringat citer pe? citer jepun tu.. One Litre Of Tears.. ade tgk x? mesti ramai yg penah tgk kan? heeheh..



hmm..mcm hampir sama je.. kalau tak 100% pn ade, cedokan dari situ.. huuu... xpelah, sama2 kita tgk cmne citer ni nanti.. heeheh~ tp mmg watak Ryzal dgn watak Nishikido tu sama.. dua-dua dingin.. heeheheh~

8 comments:

::dAuZsHaNLeY:: said...

wehh...
yeke?
xperasan pulak...
bila btau baru perasan...
best lah cter 1LITRE OF TEARS tu..
tgk jgk malam td..

ordinary89art said...

iskkk

ardinihumaira said...

dni pon lom tengok cite tu :)

~SukEMakAn~ said...

1 liter of tears sangat sedey!
tiap tiap masa nanges bile tgk
xsanggup ina nak tgk buat kali kedua
T________T

Prince Halilintar said...

cerita Hani..kul bape AK??
tpi prince pernah tgk cite 1 litre of tears..memang sedih betul cite jepun tu..prince tgk time zaman stdy dulu..hehe

Ain Zulaikha said...

lohhh yeke.. kadang2 kita tak perasan cerita yang kita buat tu sama dgn jalan cerita orangkn?

E.d.Y said...

suka 1 litre of tears tu

nabilah_2908 said...

kali ni sy blank...huhu...dua2 cerita ni tk tgk...(^_^)

jom ke APA KATA HATI pulak,
NASI GORENG AYAM

Related Posts with Thumbnails