~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, October 31, 2011

Ya Allah, berat sungguh dugaanMu ini. Y_Y

Assalammualaikum semua..

Wan, Tok dan anak-anak termasuk ibu aku

berat sungguh dugaan yang aku hadapi, tapi aku redha kerana Allah menguji hambaNya setakat kemampuan mereka, jadi aku yakin.. aku mampu.

Saat kali terakhir aku melihat jenazah Wan tersayang, rupanya adalah detik terakhir aku bersama Tok saat dia masih hidup. T_T

Ya Allah, begitu hebat ujian ini.

Selepas genap 10 hari Wan pergi, Tok pula dijemput menghadap Ilahi.

Saat bertemu Tok beberapa hari lalu, Tok kelihatan masih sihat, cuma kakinya yang bengkak tetap tak mahu surut. aku lihat Tok lebih kuat dari aku yang tidak henti mengalirkan air mata saat melihat jenazah Wan.

aku tahu Tok adalah insan yang paling merasai kehilangan Wan kerana Wan itu suaminya, teman tidurnya dan dialah yang menjaga Wan selama ini, melayan segala karenah Wan yang kadang kala sudah menjadi sedikit kebudakan.

Tok langsung tidak menangis, cuma saat diizinkan untuk mengucup wajah Wan buat kali terakhir, aku melihat matanya bergenang. itu saja. ya Tok sgt kuat.

Aku sama sekali tidak menyangka.

kami dikejutkan dengan berita yang Tok masuk hospital kerana bengkak di kakinya sudah dijangkiti kuman dan perlu dibedah. segala macam perasaan membelenggu kami. tapi tidak pernah terfikir dalam fikiranku yang Tok akan pergi, paling teruk yang aku sangka hanyalah kaki Tok akan dipotong. rupa-rupanya Allah punya rencana lain.

malam 28 Oktober itu, aku bersama ibu membaca surah Yasin bersama, untuk disedekahkan pada Wan. buat pertama kalinya kami membaca bersama-sama.

malam itu aku tidur tanpa ada sebarang rasa yang Tok akan pergi. pukul 4 pagi ibu kejutkan aku dalam wajah gusarnya dan mengatakan keadaan Tok semakin teruk. ibu mahu pulang ke kampung segera. aku cuma mengangguk dalam kemamaian yang masih berleluasa.

tiba-tiba deringan telefon berbunyi.

dan aku mendengar ibu menangis semahunya.

ibu memberitahu aku yang... Tok sudah tiada!

Ya Allah! aku tergamam. tapi langsung tidak menangis. air mataku langsung tidak boleh keluar. aku dalam keadaan terpinga-pinga.

Kami bergegas pulang dan sebaik saja aku melihat jenazah Tok di depan mata, barulah air mataku berhamburan dan esakku kedengaran.

Ya Allah, cantik sungguh perancanganMu.

Aku redha. mungkin kerana kami masih dalam keadaan sedih, maka Kau ambil pula insan kesayangan kami ini kerana kami masih mampu menghadapinya.

Aku rasa aku lebih kuat saat Tok pergi berbanding saat Wan pergi. walaupun Tok pergi dalam keadaan mengejut, sekurang-kurangnya, aku sudah redha dengan pemergian Wan dan aku lebih senang redha dengan pemergian Tok.

Aku yakin kalau Allah mengambil Tok lebih lewat dari saat itu, pasti aku akan lebih teruk jadinya.

ada hikmah disebaliknya kan? ^_^

Namun aku memohon padaMu Allah..

Janganlah diambil sesiapa lagi dalam waktu yang terdekat ini, kerana aku bimbang aku tak mampu hadapinya lagi.

tapi Kau lebih Mengetahui Segalanya.

aku redha dengan segala yang tersurat.

ah, Tok dan Wan punya jodoh yang kuat kan? moga mereka bahagia di sana dan bersatu kembali di akhirat, bersama peroleh syurga dan bersama orang yang beriman. amin!

Tok, Wan, aku akan sentiasa menyayangi kalian dalam hatiku, merindu kalian selalu, dan berdoa untuk kalian sentiasa.

Al-Fatihah buat insan-insan kesayanganku ini.

Wan -  04 April 1935 - 18 Oktober 2011

Tok - 12 Februari 1939 - 28 Oktober 2011

8 comments:

Salina@IbuAqil said...

Ya Allah!! Ini namanya sehidup semati.. Dah janji mereka AK.. Salam takziah dr akak.. Moga roh mereka dicucuri rahmat.. Al-Fatihah!!

nabilah_2908 said...

18 Oktober...di ikuti pula dengan 28 Oktober...

nombor belakangnya sama...

AL-fatihah buat Tok & Wan AK...

betul2 tragedi oktober untuk AK & family...

tabah dan sabar yer AK...

mama irfan said...

takziah atas kehilangan orang yang tersayang, arwah tok dan wan... memang sakit kalau kita kehilangan orang selalu rapat disisi kita...

Prince Halilintar said...

sedih lak prince bace ni...sabarlah AK..kite tahu Allah lbh menngetahui segala2nya...kite sedekahkan Al-Fatihah pada mereka yg telah pergi..

Kakzakie Purvit said...

Liesha... sayu benar hati kakak. Mereka bagikan sehidup-semati. Ideal sungguh pasangan ini. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah....

ainz said...

cinta sejati hingga ke akhir hayat..

alFatihah untuk arwah..

Ardini Humaira said...

Al-Fatihah..

sailaaf said...

sedih.kisah yg hampir sama menimpa. datuk sy meninggal hari selasa,selang seminggu, selasa nenek pulak meninggal..bertimpa2 kesedihan. Allah lebih menyayangi mereka.kadang-kadang rindukan masa kecil..masa datuk dan nenek masih kuat.-alfatihah utk yg dah pergi.

Related Posts with Thumbnails