~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, July 8, 2014

Melepas Rindu

Assalammualaikum semua.

Walau entah siapa yang akan baca blog aku ni lagi, aku sendiri tak pasti. tapi apapun HAI! haha macam orang gila cakap hai macam tu.

SALAM RAMADHAN semua.



ya aku masih bernafas lagi, Alhamdulillah. cuma mungkin menyepi. lama sekali aku menyepi, bukan membawa diri, bukan merajuk hati. cuma mungkin perasaan nak berblogging tu yang dah tawar.

Sepanjang aku tidak berblogging ni, macam-macam perkara terjadi. sampaikan bila saat aku menaip ini, sungguh aku rasa rugi kerana tidak merakam perasaan aku saat-saat itu.

Tak apalah, bila aku ingat nanti, aku boleh ceritakan kembali tetapi tujuan aku update hari ini hanyalah sekadar nak hilangkan rindu berblogging macam dulu walaupun waktu begini bukannya ramai yang online membelek blog orang kan? haha.

aku tengah menunggu untuk bersahur sambil menaip manuskrip novel aku, jadi sambil-sambil itu aku jenguk internet dan terjenguk blog sendiri, maka perasaan nak menulis tu muncul. ok aku tipu, aku yang gatal-gatal bukak blogger dan terus rasa nak menaip. haha.

maaf, bagi sahabat2 blogger yang sudah lama aku tak keep in touch. dan maaf juga andai penulisan aku ni dah macam lain. aku rasa sekarang ni, aku nak menulis blog dari hati aku, stail aku. bukan stail yang dibuat-buat lagi.  dan menulis bukan sebab kejar duit sebab kalau kejar duit nuffnang, smpai sekarang xnaik2 haha.

insyaAllah kalau ada masa aku blogging lagi, hari ini cuma teaser bagi melepas rindu. kesian blog aku dah bersawang macam ni. haha.

ok selamat bersahur semua dan selamat berpuasa. semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan buat kita semua. Muah3.

Penuh rasa cinta,
Aliesha Kirana

p/s: maaf juga tak ada sebarang gambar. sungguh aku malas. haha!


Related Posts with Thumbnails