~~Pembaca Yang Setia~~

Saturday, December 31, 2011

Detik 2012 : Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012!

Assalammualaikum semua!
 

selamat tinggal 2011.

terima kasih kerana telah memberikanku beribu pengalaman dan pengajaran. pasti akan merindui tiap detik yg aku lalui pada tahun ini.

namun aku takkan bisa menghentikan waktu. kakiku harus terus melangkah ke depan dan menyambut 2012 dengan sapaan salam.

selamat datang 2012.

tolong berbaik denganku dan jadikan tahun ini yang terbaik buatku. janji ya? ^_^

mari sama-sama kita menyambut tahun baru ini dengan muhasabah diri dan berubah ke arah yang lebih baik. ho yeah!


Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia yang meruntun jiwaku..

Assalammualaikum semua!

akhirnya, Tentang Dhia dah selesai semalam...


apa perasaan AK?

T_T

sedih amat. akhirnya penderitaan Dhia berakhir dengan sebuah kematian... tapi yang indahnya, Zikir turut pergi bersamanya. sehidup semati. sobss.


sedih sangat. tapi tak boleh menangis. sebab depan family. haha. takdelah sampai nak menangis, cuma sayu jugak la hati ni. sebab Dhia sampai akhir pun menderita jugak, dan Ku Salmi pulak tak dapat apa-apa pembalasan setimpal...

apapun citer ni memang best, memang sedih, meruntun jiwa, dan memang bikin orang geram dengan prangai Ku Salmi tu.

episod semalam, selain part Dhia dan Zikir mati bersama tu, part yang AK paling tak boleh lupa ialah masa Zikir dah kahwin dengan Rose, tapi dia lari balik tidur bilik Dhia. time tu dia peluk Dhia, tapi Dhia tak sedar. ah syahdu sungguh time tu. sobss...


Best sangat! AK pasti akan rindukan Zikir dan Dhia. wuwu..

akhir kata, utk hilangkan kesedihan ni.. jom tengok status fb seseorang ni. haha. AK cilok. tehee.

ok lawak kan. hahha. btol jgk kate dia ni.. ramai btol mati dlm citer ni. hehe

Thursday, December 29, 2011

Detik 2012 : Ada Apa dengan 2011 ini?

#Detik 2012 : ini ekspressi aku dalam menunggu detik ketibaan tahun baru.

Assalammualaikum semua!

kenangan? kenangan yang indah rasanya agak kurang, paling AK ingat, adalah trip AK secara sendirian ke KL bln 2 yg lepas masa BFF AK kawen. sonok!

lepas tu, sepupu AK dah kwen. dia tua setahun dr AK. hehe. ok, mcm nak bgtau yg patutnye tahun depan giliran AK la kan. hehe

yang pahit lg byk kot, sebabnya... Y_Y... namun 2011 akan AK kenang sampai bila2 kerana tahun ini adalah tahun tok dan wan kesayangan AK dipanggil menghadap Ilahi. takkan sesekali AK lupakan tahun ini... T_T

Al-fatihah! rindu kalian..

Pencapaian? bila berfikir sejenak, masih tak nampak sebarang pencapaian AK tahun ni. owh byk lagi benda yg diharap, tidak dicapai. jadinya, haruslah diazamkan semula tahun depan. haha. tapi InsyaAllah AK yakin tahun depan akan ada pencapaian yg AK akan banggakan. jadi AK menanti sgt tahun 2012!


Benda baru?perkara yang AK baru beli utk tahun 2012 ini ialah... Encik Shiro!


Perkara best? boleh tak, nak cakap, 2011 banyak drama tv yg best! hhihi. hrp2 tahun depan makin byk yg best. tehee.

apa lagi eh pasal 2011? hmmm.. byk lagi nak tulis, tapi malas nak pk. haha.

apapun 2011 mmg byk pahit manisnya, dan AK harapkan tahun 2012 yg akan menjelang tiba akan memberikan lebih byk kemanisan dlm hidup AK. amin!

p/s : ayat mcm berterabur dah ni. gara2 smbil taip entry smbil ushar live chat nora danish n ady putra. keh3. hr ni Tentang Dhia last!!!

Tuesday, December 27, 2011

Detik 2012 : Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah...

#Detik 2012 : ini ekspressi aku dalam menunggu detik ketibaan tahun baru.

Manusia mana yang tak berubah kan? itulah fitrah manusia, sentiasa berubah, tidak statik sampai akhir hayat. macam aku, macam2 perubahan yang aku sendiri kesan dalam hidup aku tahun ni, contohnya :



  1. dulu suka warna pink lembut, sekarang aku dah mula suka warna shocking pink.
  2. dulu aku akan matchingkan semua baju bagi sepadan, dr atas ke bawah, sekrang aku lebih byk hentam kromo je.
  3. dulu mekap itu satu keperluan, sekarang bermekap itu satu pembaziran masa buat aku.
  4. dulu, lebih rela menghadap komputer dari tv, sekarang lebih rela menghadap tv dr komputer.
  5. dulu suka mengumpul beg, sekarang suka mengumpul jam.
  6. dulu setiap hari, akan tukar beg, sekarang hari2 guna beg sama sampai lunyai.

dulu... sekarang.. terlalu byk perubahan sampaikan tidak terlarat hendak mengingat. yang pasti, aku pun mmg jenis cepat berubah dan suka berubah mengikut keadaan.


kadang2 org tgk aku begini, kdg2 org lain nampak aku begitu. aku selalu berubah mengikut persekitaran aku. bila berkawan dengan geng NOKS, aku boleh cakap NOKS juga. bila bercakap dengan geng LU GUA, aku boleh bercakap bahasa LU GUA. bila bersama kawan2 yg SOPAN, aku boleh menjadi SOPAN. mungkin org akan kata, aku ini tidak tetap pendirian, tp bg aku, ia tetap diri aku yg boleh berubah bila-bila masa. salahkah?

aku tahu pada tahun mendatang, akan lebih byk perubahan yg akan trjadi pada diri aku, namun aku harapkan semoga setiap perubahan itu adalah ke arah kebaikan.

amin!

p/s : bermonolog sendiri. haha. cik Nabilah, AK mmg tgh Tuesday Blues. hehehe.

Saturday, December 24, 2011

Auni Berjoging Sakan!


Bawak budak ni pergi joging, tapi MakNgah tukang tengok je, MakNgah tak joging. aahahaaha!

Friday, December 23, 2011

Allah Tidak Izinkan Aku Bercinta....




Allah Tidak Izinkan Aku Bercinta....

Allah tidak izinkan aku bercinta
Kerana Dia tahu ku kan alpa
Dalam menghirup nikmat dunia
Hingga aku lupa apa ertinya hamba...

Allah tidak izinkan aku bercinta
Kerana dalam manisnya cinta
Terselit racun berbisa
Yang akan menjebakkanku dalam dosa...

Allah tidak izinkan aku bercinta
Kerana ini belum masanya
Saat itu hanyakan tiba
Bila aku halal pada si dia

Allah tidak izinkan aku bercinta
Kerana cinta aku padaNya masih tidak seberapa
Saat aku menyerahkan sepenuh cinta padaNya
Barulah Dia kirimkan aku sebuah cinta
Dari insan yang juga mencintaiNya sepenuhnya...

Aku menanti saat itu,
Saat Allah izinkan aku bercinta...<3

Thursday, December 22, 2011

PMR oh PMR!~

Assalammualaikum semua!

bercerita tentang PMR memang seronok. eh?

hhaha. hari ni adik2 dapat result kan? AK hrp semua peroleh keputusan cemerlang.

kalau nak banding dgn semua exam yang AK pernah ambil, AK paling suka PMR. sebab pe?

haha. sebab time tu dapat keputusan cemerlang.

itu yang best tu.

time lain? =_="

biasa2 jela. tp syukur jugak.

tp yg AK nak cerita ialah sebab pe boleh dpt result cemerlang time tu.

wah, ade hipotesis pulak. keh3.

masa AK form 1, AK masuk kelas yg blom disusun ikut pencapaian lagi. time tu, ok je. xde stress sgt. hehe.

time form 2, dpt kelas first dlm aliran. hamboi aah. semua pandai2, stress je rase. lepas tu, jadi malas nk buat krja sekolah, main tiru2 je budak2 pandai. ok jahat gila AK. jadi malas berusaha sebab rasa mcm xkan sepandai org lain jugak.

bila dapat result? merudum jatuh. last-last masa form 3, kene kick ke kelas kedua dlm aliran. padan muka saya! ^_^

tp seyesly, ble masuk kelas ni, hilang stress. wahaaha. sume macam pandai yg tidak terlampau pandai. jd suasana pembelajaran jadik sgt best. tak stress. hehe. time tu baru semangat nak belajar.

hasilnya?

result PMR saya cemerlang. eh bukan saya cakap, slip PMR cakap.

mana bukti? tak yah laa. maloo. hehe.

sebab tu kot, time form 4 n 5, stress skit, mybe itu reason xleh skor. ok memandai wat kesimpulan, padahal mmg kurang pandai time tu. heheeh. lagipun AK xminat sains sama. hehe.

apapun, saya suka PMR saya! anda bagaimana? hehe.

p/s : smlm seharian xonline. online awal2 je sbb lepas tu elektrik xde. haha.

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

Tentang Dhia sinopsis ep 23-26!

Assalammualaikum semua!



drama Tentang Dhia dah nak habis laaaa. weee xsabar rasanya. heeheh. sebelum-sebelum ni AK malas fokus sgt cerita ni, sebab geram dengan Ku Salmi, mak mertua Dhia tu. macam2 dibuatnya utk aniaya Dhia. geram cek!

tapi semalam tengok, Dhia dah mula sedar yg mak mertuanya tu jahat. hah! barulah best nak tengok! tengok Dhia tentang balik mak mertua dia tu, bukannya terima, pasrah je dengan segala kejahatan Ku Salmi tu. heheeh.


AK jenguk ke fb Tentang Dhia tadi dan terjumpalah sinopsis utk ep 23-26 ni. nak share ngan korang semua.

meh3
Dhia mengamal membaca zikir dan Quran supaya dirinya dilindungi seperti yang diminta oleh Esah dan Ustaz Naim. Amalan Dhia ini menyebabkan hantu raya belaan Pak Boon kepanasan dan membunuh Pak Boon.

Ku Mariam yang sudah termakan hasutan Ku Salmi terus-terusan bertanya tentang anak pada Dhia. Zikir tidak selesa dengan cara keluarganya melayani Dhia. Melly mulai mengingati kisah silamnya manakala Rose membuat keputusan untuk memakai tudung supaya dapat memikat Zikir.

Dhia serba salah apabila mengetahui Zetty akan tinggal bersama mereka. Dhia tidak tahan dengan perangai Zetty yang sama seperti emaknya, Ku Salmi. Melly mula kembali ke pangkal jalan, dia merasa berdosa atas segala perbuatannya selama ini terutama dosa terhadap arwah ibunya. Melly kembali ke kampung untuk menziarahi kubur ibunya…

Dhia terjatuh dan terhantuk ke meja lalu pengsan. Zetty panic dan mengadu pada Ku Salmi. Ku Salmi memutarbelitkan cerita dengan mengatakan Dhia memukul Zetty. Geram dengan perbuatan Ku Salmi, Dhia memberitahu yang Esah telah menceritakan segala niat jahat Ku Salmi pada mereka sekeluarga…

Zikir terkejut apabila mendapat tahu tentang kematian ibu mertuanya dari Suraya. Ku Salmi pura-pura tidak tahu. Azmi dan Melly menemai Dhia yang keseorangan di luar rumah sementara menanti ketibaan Zikir dan keluarga. Semasa Melly masuk rumah untuk solat, Zikir sampai. Melihat Azmi di situ, Ku Salmi terus menuduh mempertikaikan kesucian Dhia kerana tidak memberitahu tentang kematian Esah.

Dhia melawan Zikir, Ku Salmi berbohong lagi. Ku Salmi memberitahu dia terpaksa berbohong tentang Zikir kerana Zikir enggan berjumpa Dhia. Kononnya, Zikir masih marah pada Dhia kerana kes Azmi. Sedih dengan keadaan tersebut, Dhia pulang ke rumah. Azmi menelefon Dhia dan terkejut apabila mendengar Dhia menangis.
haaa. mcm menarik kaaan. tak sabar nk tgk. heeheh.

zikirrr!!
auwww romantiknyaa!

dengar cerita, minggu ni last. tp tak tahu la betul ke tak. sama2 kita nantikan ajelah. hehee.

lastly...


erkkk!

Monday, December 19, 2011

Moodless Monday : Memang tak ada mood pun.

Assalammualaikum semua!

alamak! Isnin datang. AK rasa tak ada mood balik. choooii! cepatnya masa berlalu! rasa mcm tak puas bercuti. ngeee...

punyalah tak ada mood smpai nak menulis pun tak ada mood. haish!

[simpan dalam draft]

xtau nak cakap apa dah. =_="

[simpan dalam draft]

berehat ajelah hari ni.

sighhh.

tp dah tulis kt blog.

cesss!

=____________________="

tengok!! AA pn xde mood.

p/s : xada mood smpai rasa nak marah org je. @_@ cpt larik semua! nnti AK marah. hihi.

Saturday, December 17, 2011

Dapat Tengok Tarabas balik!!!

Assalammualaikum semua!

buat pengubat duka di hati dek kerana hal semalam, AK jalan2 la kat youtube, dan akhirnya, terjumpa satu blog untuk download citer Cave of the golden rose kt tv9 sarikata melayu. yay!!!!!

seronok gila, dalam dok sedih2 semalam. haha.

balik kerja, terus layan citer tu. oh bestnya boleh tgk muka Tarabas berulang kali.

yaay! jgn jeles! ^_^



terjumpa video ni, dah nak akhir dah rupanya kt tv. oh sedihnya xdapat tgk kt tv. sobss.

p/s : macam yg AK cakap, tv kt rumah rosak, xdpt siaran tv9 n 8tv, dan AK tak ada astro. sekian.

Friday, December 16, 2011

La Tahzan, Sabarlah Duhai hati


Ada sesuatu yg menyedihkan AK saat ini, tapi jangan bimbang, bukan soal peribadi. tapi tentang sesuatu yang AK impikan. nampaknya rezeki AK lambat sikit dari yang AK jangka.

tak apalah.

Allah lebih tahu masa yang sesuai untuk itu. AK hanya boleh menanti dan berdoa, semuanya akan berjalan lancar.

kita hanya merancang, yang di atas sana, yang menjadi penentu segalanya.

La tahzan duhai hati.

nanti rezeki itu akan muncul juga.

tolonglah senyum.
^___^

Thursday, December 15, 2011

Terkenang Zaman Guna Walkman

Assalammualaikum semua!

kenal tak, apa mende buruk ni? hehe.



inilah benda yang banyak berjasa pada AK dl. apa? xtau mende apa? jap-jap.



hah! hari ni, AK nak imbau kenangan lagi. heeheh. chewah! kerap pulak nak imbau2 kenangan ni. sebenarnya yang atas ni adalah walkman kesayangan AK tau. heheeh.

time sekolah menengah dulu, mana ada mp3 ke, mp4 ke, walhal henpon boleh dgr lagu mp3 pn blom ade lg time tu. so budak2 zaman tu mmg dgr dr kaset je. termasuklah AK. cara paling mudah nk dgr lagu dimana-mana ialah dengan guna walkman. kire walkman ni mmg idaman stiap org laa time tu.

AK dapat walkman ni pun, hadiah dr pakcik AK lepas dpt result PMR. huhu. kalau tak, mmg xmerasa la nak beli sendiri mende ni. hehe. AK ingt lagi, harga dia time tu. rm69.90. kire mahal la pada zaman tu kan. skrg ni, hrga cmni, org tgk sebelah mata je. budak2 mmg dah xmo ah pakai walkman zaman tok kaduk gini. sobs.

tapi walkman nilah yg byk berjasa pada AK. dgn berbekalkan bateri 2 biji, walkman ni berfungsi. time dok asrama, walkman ni la peneman di kala AK nak stay up. time tu, AK sgt suka dgr lagu hindustan, time tu THR ade la mainkan lgu hindi, tp kol 4 pagi kot kalau AK xsalah.

AK gigih ye bangun jgk, nk dgr thr kol 4 pgi tu semata2 nk dgr lgu hindi. hehee. last2 tertidur bersama earphone di telinga. bangun2 pagi, bateri dh habis. meraung la AK, kene beli bateri baru. oh time tu mana de bateri cas kt laptop lg. xde xde. bateri biase la kak jah oi. hihi

pastu, mulalah AK kumpul lak kaset. haha. kbykannya mmg kaset lgu2 hindi.

koleksi kaset yg masih dlm simpanan AK. ye ye, AK mmg peminat shahrukhkhan smpai skrg!
eh nak citer psl walkman la! bkn psl kegilaan hindustanku. haha. itu lain kali laa.

ok, walkman ni AK sllu bawak merata. smpaikan time kelas pn AK bawak. sllunya AK sorokkan dlm baju. wahahahah! kdg2 bosan dgr prep, AK dgr le lagu. hihihhi.

kdg2 smpai ke toilet AK bawak walkman ni, smbil nyanyi kuat2 xingt apa dah. sampaikan kawan kt luar, ingatkan hantu mana tengah mengilai. hahaa.





skrg, walaupun walkman ni dah buruk, dah rosak, tp AK ttp sayangkan dia. huhhuhu.

begitulah susahnya budak2 zaman dl nak cari hiburan, kene bawak mende yg besar gabak ni, siap kene bawak bateri, siap kene bawak kaset lg. skrg picit butang skit, dh leh dgr lagu. saiz tapak tangan lak tu. bersyukur lah adik2.

^___^ terkenang-kenang...

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday : Rindu Kamu...


no word could describe how i miss you.

ok tetibe.

p/s : Nabilah, mmg AK tak dapat tengok dia beberapa minggu ni. T_T

Tuesday, December 13, 2011

Tak Sabar Tengok Episod Akhir Cinta Elysa!

Assalammualaikum semua!

maaf AK bz hari ni. hehe. lepas tu, bila dah tak bz skrg ni, mood nak menulis lak dah xde. ok mengada btol minah sorang ni.

cuma AK nak cakap yang...


AK xsabar nak tengok Cinta Elysa, last kot hari ni. hehe.

lepas berbulan ikut citer ni, abis jugak. huu. lega rasanya.

malam ni xleh terlepass!

Nabilah, jom tengok! heheh.


 

p/s : terpaksa tengok tv3 je tiap2 hari sebab tv rosak, xmo psg tv9 n 8tv. bencik!

Monday, December 12, 2011

MOODLESS MONDAY : Musim Blogger Kahwin! Tahniah!

Assalammualaikum semua!

MOODLESS MONDAY kembali! kerana apa? kerana cuti itu kurasakan terlalu cepat berlalu dan harini haghus keje kembali. aaa! mencik!

kalaulah diberi pilihan, AK rasa nak kerja dari rumah aje. boleh keluar suka ati, bangun suka ati, haha. ade x keje tu? keh3. malasss amat mau keje.

cis! tgk, dah tunjuk prangai sebenar. dasar pemalas punya anak dara! cmne nak kahwen? eh apsal timbul soal kahwin lak ni?

maka hari ni saya takde mood, udahle kawan2 saya kat selangor, cuti hari ni. lagi saya sedih, eh jeles sebenarnya. hahaa.

maka boleh tak, hari ni AK xmo melalut apa dah.

cuma AK nak ucapkan 

SELAMAT PENGANTIN BARUUU!!!

buat 2 sahabat alam maya AK, blogger Ardini Humaira dan blogger ciksukemakan!

dan AK nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak hadiri majlis ni. sobs. itu yg bikin mood AK makin xde.

Ardini Humaira dan suami
ciksukemakan dan suami

Tahniah! dan semoga ikatan yang termeterai ini akan berkekalan sampai syurga.

maafkan AK sebab tak dapat hadir...

tapi AK sentiasa akan doakan kalian bahagia sampai syurga. amin!

p/s : kalaulah aku ada kereta sendiri, dan juga duit berkepuk. oh kalaulah...

Saturday, December 10, 2011

Sindrom 'lagubermaindalamkepala'.

Assalammualaikum semua!

sejak akhir-akhir ni, AK tersampuk sindrom 'lagubermaindalamkepala', hari2 lagu yang sama. =_="

haishh..

nak tahu lagu pe? lagu korea? no no no...

lagu ni...
waktu perkenalan kita dulu, kau kata janda anak satu, 
rupa-rupanya kau dah kahwin dengan tenuk muka jerawat batu..
biar aku terangkan dulu, jangan kau tuduh melulu,
dia pembohong, dia penipu...
dia balik baju ade gincu...
hahaaha. lawak kan? lagu apa ni?

Lagu Sepah nyanyi masa persembahan minggu 3 maharaja lawak.

nak tahu sebab pe asik dok bermain dlm kepala AK?

AK rase sebab hari-hari AK psg video ni. hahahaah.

walaupun org dok kalut Maharaja Lawak Mega, AK masih prefer Maharaja Lawak, esp Sepah! haahha.

Jom layan. seyes lawak! tp sedap lagunya.  suara Shuib mmg best! hahaha.


Friday, December 9, 2011

Alasan Popular Lelaki Tak Solat Jumaat

klik utk tumbesaran sihat
sumber : Rusydee Artz

Tepuk dada, tanya iman!

kalau solat Jumaat pun tak buat, apatah lagi solat fardu kan?

hmm susah nak jumpa lelaki yg jaga solatnya zaman sekarang.

adakah lelaki yg baik itu sudah hampir pupus?

Ya Allah,

temukanlah aku dengan lelaki yang baik,
yang berjuang di jalanMu

yang tidak alpa

biar diulit kenikmatan dunia

....

Amin!



Thursday, December 8, 2011

Aku dan Kawad...

Assalammualaikum semua!
Hari ni rasa nak mengimbau kenangan dulu-dulu le pulak. Heheeh.

Kalau melihatkan diri AK sekarang ni, rasa boleh percaya tak yang AK ni penah jadi jurulatih kawad? Wakakaak.
 
cari AK! gambo kabur, capture dr majalah sekolah je. haha

Nak dengar cerita, cmne AK leh jadi? Meh nak citer. Eheeh

Dulu, masa dekat sekolah asrama, time nak pilih2 unit beruniform ni, AK buntu la nak masuk hape. Mmg xtau langsung nak pilih yang mana. pastu kawan ajak la masuk KPA (Kadet Pertahanan Awam), dah ade geng, AK masuk je la walaupun xpasti itu unit beruniform cmne.

Rupa-rupanya, itu adalah unit beruniform paling tegas dlm sekolah tu. Hahahaha! Unit yang paling ditakuti dan dihindari semua, sebab ketegasan unit tu, dan aktiviti dia yang lasak dan penuh dengan aktiviti berkawad.

AK ni manalah tahu kan. Haha. Pastu dah masuk tu, kwn2 AK xtahan, larik keluar dari unit tu. Tapi AK ni pulak, jenis tak suka buat bnda sekerat jalan. AK tahan jugak hati ni walaupun latihan kawad semua tu dengan jurulatih garang lagi, mmg menakutkan. Haha.

Bayangkanlah, baru selesai solat Asar dekat surau, tengah pakai kasut ni. tiba-tiba je dah dengar abang senior merangkap jurulatih, panggil berkumpul, siap kira lagi, siapa tak sampai lepas kiraan 10 kene denda pumping. Berdesup kami lari ke medan kawad, org lain tengok trpinga-pinga. Hahaha. Haish. Kene denda pumping brapa kali, xyah cakap la, tak terkira haha.. Lepas tu, kene denda angkat sebelah kaki la, smpai berejam. Hahaha! Lawak ok! Tp pengalaman kot.

Dari membenci kawad, sampailah AK jatuh cinta dengan aktiviti ni, rasa seronok lak. Hahaha. Walaupun orang lain tak suka pasukan ni, tapi kami bangga sebab dapat kawad dengan cantik. Smua org yang lalu time kami kawad, mesti tengok dengan terpegun. Hehe.

Time form 5, kami dh xdiwajibkan sertai unit beruniform sebab kene tumpu utk SPM. Time tu AK cuma tengok2 je budak2 junior kawad. Tapi dorg dpt jurulatih yg lagi garanggg... datang dari JPA sendiri. Bayangkan time hujan2, suruh kawad lagi dalam hujan. Haha.

Ntah cmne ntah, AK terlebih brani time tu, AK sound jurulatih tu. Hahaha! AK marah sebab dia suruh budak2 tu kawad dlm basah lencun, pakai baju putih lak tu. Esoknya terus jurulatih tu xmai dah. Haahaha! Lawak btol ble ingat balik. Cmnelah AK brani sound jurulatih tu. Haahah gila brani. Skrg rasa malu lak ble pk. Keh3.

Sebab tu, lepas tu, AK yang ambil alih, latih dorg kawad. Ada la 2-3 org lagi tlg pasukan tu. Cikgu pun bagi dorongan dekat AK utk handle dorang. Kemain AK time tu. Siap ajar lagi step-step kawad. Hahaha. Rasa cm kagum lak dengan diri sendiri time tu. Hahaha.

Skrg? Hampeh. Haha. Ingat la skit2 step tu, tp kalau nak suruh kawad, mau mengah AK dibuatnya. Hahaa.
Tapi mmg pengalaman sungguh, unit yg paling org takut, AK sertai dan suka pulak tu. Hahaha! Siap boleh ajar budak2 junior lagi. Hahaha.

Jadi percayalah, kalau kita berusaha, kita boleh buat! Eh ada kaitan tak? Hentam sajalah! Hahaha.
Related Posts with Thumbnails