~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, December 6, 2011

Review Ombak Rindu! meh baca sebab saya jujur.

Assalammualaikum semua!
Mcm yang dijanjikan, hari ni AK nak buat review tentang filem Ombak Rindu...


Mcm yang semua tahu, filem ni mengisahkan tentang Izzah yang dijual pakciknya kepada tokey kelab malam dan dipaksa menjadi pelacur. Hariz datang menyelamat dan membeli Izzah lalu dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah yang tidak mahu hidup dalam dosa, mendesak Hariz menikahinya.

Selepas mereka bernikah, Hariz tetap melayan Izzah seperti perempuan simpanan, dan tidak punya sebagai hak sebgai isteri. Namun satu peristiwa menyebabkan Hariz tersedar dan mula menyintai isterinya seadanya walaupun mereka hidup sebagai suami isteri secara senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga Hariz.

Datang lagi badai, apabila Mila, artis popular yang sudah berkawan dengan Hariz sedari kecil, pulang dari luar negara dan merancang untuk bernikah dengan Hariz. Apa yang akan terjadi? Tontonlah Ombak Rindu!!! Ok cliche sungguh ayat AK. Hahaha.

Ulasan AK...

Uhuk.. uhuk.. hemmm... (tengah berfikir)

Sejujurnya filem ni belum lagi dapat memuaskan hati AK. Chewah demanding sungguh aku ni. AK sgt suka permulaan cerita saat Hariz terjumpa Izzah masa Izzah larikan diri dari kelab tu, sampailah saat Hariz jatuh hati pada Izzah. Bagi AK, part permulaan tu memang menyentuh hati AK.


Tapi bagi AK, part jatuh cinta itu terlalu cepat, dan sudah tidak ada kesinambungan sebaliknya terus berhadapan konflik, bila Mila pulang ke Malaysia. Mungkin sebab tak cukup masa kot, 2 jam je, xboleh la nak buat adegan romantik lagi. Hahaha. Ok kantoi AK nak part romantik-romantik. Wkakaak!


Lepas tu, dah jadi macam kisah-kisah drama Melayu biasa yang berdepan konflik, halangan keluarga dan bermadu. Bla bla... tapi not bad untuk sebuah filem, walaupun tak sehebat novelnya namun disebabkan lakonan mantap pelakon, AK tetap rasa terhibur.


Aaron Aziz : oh tiada apa lagi yang AK boleh komen tentang lakonan beliau. Sgt superb! Sampaikan setiap saat selepas keluar panggung, di mata AK asyik trbayang wajah Aaron. Hahaha! Dalam filem ni, begitu mudah dia menangis dan nampak sangat yang Hariz itu sgt cintakan Izzah. Haaaa... terbuai rasanya, dan sangat awesome perasaannya bila dapat lihat wajah Aaron sebesar-besar alam terpampang di skrin wayang. Hahahaha!

Maya Karin : ok Maya memang sgt bagus, dan cantek! Lakonan dia pun best! Cuma satu je, AK rasa accent dia tu buatkan rasa kemelayuan dia tu jadik kureng. Sebab cara dia cakap tu mcm ada loghat oversea skit. Haha. So xleh la nak selami watak gadis kampung sgt. Apapun mmg sgt sesuai dia jadi Izzah. Hoho!

Lisa : hahaa. Watak Lisa memang berlainan dari watak dia yang lain. Tapi pepun AK rasa, lakonan dia tetap  menjadi, sebgai Mila yang angin tu. Hahaha. Suka mengamuk, tapi ada sisi baiknya jugak. Kalau nak tengok lakonan Lisa yang lain dari lain, u shud watch this film!

Overall, AK rasa tak rugi kalau nak tengok filem ni, walaupun masih tak sampai tahap expectation AK yang orang kata best gila! Sure nangis! Bawak tisu sekotak wei! Ok, satu titis air mata pun tak tumpah di pipi AK ni, tak bergenang pun dekat mata. Ececeee. Ntah kat mana sedihnya entah, sampai David Teo pun boleh nangis. Hahaha. Tak pun, mungkin AK ni memang hati kering ataupun kurang menghayati.

Tapi tak hayati apanya lagi, kalau Aaron berlakon, mesti AK hayati sepenuh hati AK laaaa...


sinematografi filem ni pn cantek! ala2 nur kasih gitu. ehehe. tp yg AK paling ske, rumah yg Hariz suruh Izzah duduk tu. Villa Ombak kot namanya. seyes cun! rumah2 dalam ni sume rumah kayu, tapi rumah org kaya. cantek! hihi

Kalau nak kata apa yang perlu diubah dalam filem ni, maybe adegan atas2 katil tu patut dikurangkan. Bukannya apa, banyak kot family yg bawak budak. Haha. AK yang tengok ni pun ghase malu wei. Apatah lai budak2 tu. Ish3.

Lepas tu, kalau boleh nak suruh panjangkan lagi part macam mana Hariz jatuh cinta dgn Izzah. Hahaha. Buat Hariz tu tunjukkan romantik dia lagi. Auwww! 

time ni hariz baru terjumpa izzah lepas lama xjumpa. nampak kerinduan dlm dr masing2.sobs

Adegan yang pling romantik pastinya, time Hariz terlena atas kerusi panjang, Izzah lentokkan kepala atas dada Hariz, Hariz terjaga tapi tak cakap pa. Dia cuma belai rambut Izzah, Izzah yang terkejut, cuma diam dan pejamkan mata dia. Haaaaa... ^__________^


auwww suweet!!

Jadi di sini AK nak isytiharkan yang AK secara rasminya menjadi kipas-susah-mati Aaron Aziz. ^_^ eh bukan sebelum ni mmg dah jadi ke?

OPSS kantoii


AK nak bagi 3.5/5 bintanglah. 0.5 yang lebih tu sebab Aaron Aziz. Keh3!

p/s : Lepas AK buat review ni, Nabilah rasa nak tengok tak? Ehehee.

8 comments:

nabilah_2908 said...

berlainan tul eh review AK...tak macam yang lain..semua kata BEST..SUPERB etc.. :)

kalau buat drama bersiri lagi best kan...lagi panjang..and mungkin feeling tu lebih sikit.. :)

nak tgk gak...tp..tak tau la bila...tak pun tunggu raya tahun depan la..mesti ada..hehehe.. :P :P

Dilla Ady said...

dilla da leh agak review AK mesti mcm dilla..mesti rase tak brape nk sedih dan mesti ceritanye jauh lari dari dalam novel..

kalau AK perasan, mase the making ke bile ek, AA siap pesan don't expect this film will be exactly like the novel..so, takkan la dilla nk gi tgk jugak bile heronye da mengaku awal2?...(erkkk..agak emo pulak..)


lagipun novel 3 bijik tu nk diceritakan dalam satu filem 2 jam? tak sempat kot...mesti byk part takde..part izzah gugur ntah kali keberapa, hilang ingatan jadi suri dan sebagainya tu ade tak AK?

haishhhh...tak leh komen lagi, nnti marah peminat filem ombak rindu kt ai nnti...huhuhu

anaiza said...

hati kering lah AK! kiwik ni wlupun x minat sume pelakon dlm OR tu..ade gak la setitik dua titik jatuh..seb bek x sekolam..ish2...dan mmg sah lah bahawa AK mmg jiwang karat tp hati kering!..nk adegan romantikus ja..hohoho..

Aliesha Kirana said...

nabilah : hahaah. tp boleh la try tgk sendirik, mana tau, lain feelingnye. hehe

dilla : dorg wat adaptasi utk 1st novel je. heheeh.xde part ilang ingtan sume tu. hihihhi..

Salina@IbuAqil said...

Setiap org ada pandangan masing2 ttg apapun perkara.. Kita berhak melahirkan pandangan & pihak satu lagi perlu menghormati pandangan orang lain.. Bg akak, cite ni ttp ada kelebihannya {dia mampu buat air mata kita mengalir walau setiti dua tanpa sendar} terutama yg bergelar isteri & juga ibu {waktu si izzah hampir2 keguguran} ada bait2 ayat yg buat hati kering ni kekadang terusik dgn sendirinya.. SETUJU!! dengan AK ia tak sehebat dalam NOVEL yg sentiasa hebat sepanjang zaman.. ;) ceritanya ringkas dek kerana masa.. Mungkin kalau diangkat jadi drama itu lebih drastik.. :) Pemilihan pelakon yg hebat.. Tahniah pd mereka yg berjaya & berusaha mengangkat martabat filem MELAYU agar lebih baik walaupun x sehebat luar negara.. Kita ada kualiti filem kita sendiri kan dik.. Apapun!! Akak layan cite ni.. Tambah yg temani aku waktu itu KEKASIH HALAL ku!! hik3!! Mood jiwang karat.. ;p

ainz said...

Panjang nye reviewwww...waaa.. Sy blum sempat lagi nak tgk..nak tgk pun sbb ade aaron n lisa..sgt minat mereka berdua.. :)

Yanieyusuf.com said...

teringat sgt nk tengok tp xda masa nk gi huhuhuh ...

* jom join GiveAway 1st saya http://littledreamslife.blogspot.com/2011/12/1st-giveaway-little-dreams-life.html

Honey Bhulat said...

ombak rindu mmg best, tapi novel dia triple best dr movie

Related Posts with Thumbnails