~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Lahir Mama Auni!

Salam semua,

oh hari ni genap 26 tahun mama kepada Auni di lahirkan.. heheeh.. kakak AK ler tu..huhuh...

KakLin dan suaminya...
Ok.. di kesempatan yg ada ini, AK nak ucapkan Selamat Hari Lahir Yang ke 26 buat anak merdeka ini.. hehehe.. kakakku tersayang.. KakLin..
semoga dikurniakan kesihatan yg baik, pnjg umur, murah rezeki, keluarga yang bahagia dan sentiasa dalam rahmat Allah.. amin~~


p/s: dah macam ucapan auni kat mamanya pulak, bkn AK yg wish.. haahhaah~

Merdekakah Kita?


Salam semua...
laungan kemerdekaan itu kedengaran 53 tahun yang lalu~

hari ni genaplah 53 tahun negara kita yg tercinta ini mendapat kemerdekaannya, tapi apakah kita sudah benar2 merdeka jiwa dari dijajah anasir luar?

AK menaip entry ni utk menyedarkan diri sendiri dan insan2 disekeliling, betapa pentingnya kita menjaga kemerdekaan ini sebaiknya... walaupun secara lahiriahnya kita sudah merdeka, namun harfiahnya hanya kita yg tahu.. adakah kita masih dibelenggu dan dijajah pemikiran oleh penjajah?

mereka dulu menjajah tanah watan kita, sekarang mereka menjajah minda kita pula... lihat saja berapa ramai yg menghafal lagu Lady Gaga si penyembah syaitan laknatullah berbanding lagu Negaraku, apatah lagi lagu-lagu patriotik...

semalam, saat menyaksikan 1957 Hati Malaya, AK dpt rasakan betapa peritnya utk kemerdekaan ini dicapai, namun setelah dicapai, hakikatnya kita masih dijajah.

adakah anda menganggap ini hanya bendera @ perkara yg perlu kita megahkan?
AK tidak pasti bagaimana masa depan nnti, tp AK sgt khuatir andai ciri2 seorang warga Malaysia yang teguh berpegang pada rukun negara telah pupus.. apakah generasi mendatang akan semakin cintakan negara @ luntur jati dirinya?

apakah masa depan nnti, mereka masih kenal erti cintakan negara?
Oh, risau juga ble memikirkan masa depan yg masih samar, namun sama2 lah kita doakan moga masa depan kita dipenuhi dengan warga yg cintakan negara dan sanggup berbakti demi nusa.. InsyaAllah..amin..

entry  ini AK tulis lahir dari hati ini dengan mengharapkan semua warga Malaysia menghargai kemerdekaan ini dan tidak sewenang-wenangnya menggadai maruah negara...

aku cinta kamu!

sesekali buat entry kesedaran pulak.. Selamat Hari Merdeka wahai Negaraku Yang Tercinta!!! AK syg Malaysia!

Monday, August 30, 2010

~Bengang Campur Sedih Menjelang Raya~

Salam semua~~
marah, bengang, geram!!!

Mood tgh sgt down... sebabnye... cuti rayaku xdiluluskan.. alasan bos... blum cukup setahun bekerja utk memohon cuti.. cis.. apekah!

hadus... tgh geram laaa... sehari sebelum raya pn AK kene kerja smpai kol 5.30 petang, cuba bygkn... org lain dh smpai kampung masing2 cmpur dah sibuk buat persiapan.. AK masih terhegeh2 sorg kt ofis... kuang asam nye bos...

maafkan dan sila abaikan bahasa AK yg sudah agak tidak sopan.. hati tgh panas ni... sgt geram... campur sedih sgt....

kalaupun tak boleh bg cuti sbb blm cukup setahun. xboleh ke approve kn cuti ehsan.. bos AK pn sorg Islam, takkan dia xtahu betapa pentingnya menyambut raya.. mengapa die boleh menjadi begitu kejam? owh.... sadisss...
sedih!!! waaaaa!!

mende ni la yg buatkn hati AK rasa nak berenti keje sgt2 ni.. tak suka berada dalam kompeni yg tak menjaga kebajikan pekerja.. benci!

Kerana Petai Badan Binasa~

Salam semua...

sejak Gengblogger diserang Malware, AK dh ilang semangat pulak nk blogging.. huhuh.. xbest je rase, sbb xleh nk ping.. sob sob... tapi InsyaAllah ada yang membaca lagi kn? huhuhu..hrp2 ada la pengunjung blog pinggiran ini...

semalam AK baru pulang dari kampung, adalah beberapa keping gambar yg ditangkap.. pemandangan di kampung AK, tp blm upload dlm komputer, InsyaAllah nnti ada masa AK tunjuk kt cni.. hehe...

Semalam, balik saja dari kampung, kami berbuka puasa di rumah bapa sedara AK... makan sambal tumis udang petai dan masak lemak ikan.. AK pn xpasti ikan apa, tp isi dia sgt lembut, rasa mcm ikan patin tapi byk tulang.. huhuhhu... ulam petai dan sambal tempoyak... ish cerita tentang makanan pulak...

sambal udang petai

AK sbnrnye pantang makan petai, mulalah perut nk memulas-mulas... makan sebiji petai pn dh cirit birit.. haha..adoi.. tu laa..semalam melantak byk2, tgh asyik menaip novel, perut memulas.. hahahaha...

petai oh petai
sahur tadi dah xberani nk mkn petai, takut pegi keje sakit perut pulak.. tp skrg ni pn AK rase xselesa... sbb mulut ni bleh rase bau petai.. padahal mkn mase bukak pose semalam jer.. ades.. xselesa tol..

akhir kata terimalah pantun dari AK~~

kerana pulut santan binasa
kerana petai badan binasa... (T_T)

p/s: kalut punya pasal, tertulis entry ni dlm blog Penulisan AK.. adeh2... kene buat balik post ni.. huhhuhu~

Saturday, August 28, 2010

Kontest I ♥ Pink !!

Salam semua..
pagi2 buta ni AK rase nk join contest pulak.. hehehe.. jgn marah r.... hehe, kali ni kontest yg AK akan join ialah kontest I ♥ PINK ! Anjuran Cik Pinky Pixie... hehe..


Ye, sume tahu AK ske pink.. btol ke? sejak dari kecik AK ske pink.. biarlah org ckp kaler pink ni memang kaler perempuan, AK xkisah.. hehe.. saat menaip ni pun AK pakai baju pink.. hihi.. semangat... kalu laki macho pakai baju kaler pink lagi AK suka.. hahahaha~~

tadi usha2 gambar peserta lain, perghhhh, cm xde harapan jer, mmg sgt pink hihihihih... tp AK try jelah kn.. ade rezki ada ler... huhu~~
oklah, sudah melalut, meh AK tunjuk gambar yang AK nak pertandingkan...

AK yang Pink dan MooMoo yang pink!!
Hehe.. gambar diatas ni ialah gambar AK bersama MooMoo kesayangan yang turut berwarna pink.. mana nak cari lembu yang kale pink? AK je ade tau.. perasan  haha~~ byk lg barang AK yg berwarna pink tp xmuat nak letak semua, sebab AK pn dh besar hahaha.... dari beg sampai baju, smpailah purse, campur aksesori, sume pink.... coz I LOVE PINK!!!

ok meh join ramai2 ya..terutama pada yg suka pink tu.. syarat2 die senang jer..

SYARAT-SYARAT MENYERTAI CONTEST INI:

1. Penyertaan terbuka kepada semua blogger yang berada dalam Malaysia tanpa mengira jantina, umur atau bangsa. Tapi entry mestilah yang boleh difahami. Hihi.

2. Terpulang bagi anda sama ada untuk follow atau tidak blog Pinky Girl Talk, tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang follow blog saya. Supaya anda mudah terima setiap update.

3. Syarat paling penting: gambar yang dipertaruhkan adalah original milik anda. Di dalam gambar tersebut perlulah adalah unsur-unsur warna pink. Lagi banyak tema pink dalam gambar tersebut, maka peluang jadi pemenang lagi cerah. Hanya sekeping gambar yang perlu dipertaruhkan. Ceritakan serba sedikit mengenai gambar.

4. Banner contest ini mestilah diletakan di sidebar blog anda dan pastikan juga ia di 'link' kepada

5. Setelah selesai semua perkara di atas, sila lah tinggalkan komen di entry ini~~
Tarikh tutup adalah pada 9 September 2010.

Pemenang akan memperoleh RM 30 yang akan di 'bank in' ke dalam akaun anda. Dua pemenang lain yang bertuah akan di sponsor oleh :

 

Thursday, August 26, 2010

~Doa Seorang Kekasih~



Harap Maklum : Cerpen di bawah adalah untuk Pertandingan Cerita Berilhamkan Lagu~~
untuk menyertai pertandingan ini sila klik pada gambar di atas~
-------------------------------------------------------------------------


Suara azan yang baru berkumandang menusup ke jantung Auni, ada getaran dalam dadanya tatkala mendengar azan petang itu. Al-Quran yang masih terbuka segera ditutup dan disimpan rapi di dalam rak di surau itu. Suara itu begitu mendayu hinggakan Auni merasa sebak dalam dadanya. Dia senyap di satu sudut di dalam surau itu sambil mendengar dan membalas azan itu sendiri. Usai azan berkumandang, segera dia menadah tangannya dan berdoa.

Auni segera mendirikan solat sunat sebelum kembali duduk menanti solat Asar. Suara siapakah itu? Hatinya tertanya sendiri, sebelum ini dia tidak pernah mendengar suara itu melaungkan azan sedangkan dia setiap hari menjadi pengunjung setia surau berdekatan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) itu setiap kali masuk waktu Asar. Iqamah mula kedengaran membantutkan persoalan dalam diri Auni, dia segera berdiri dan membetulkan kedudukannya di dalam saf.

“Allahu Akbar!” Auni terpaku, suara itu juga menjadi imam bagi solat Asar itu. Auni meraup wajahnya, mencari kekuatan supaya dirinya khusyuk lantas segera mengangkat takbir.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beg sandangnya diletakkan di atas meja sebelum dia mengambil duduk di kerusi di dalam kafe itu. Ina memandang Auni yang kelihatan terganggu, seolah-olah memikirkan sesuatu.


“Kenapa ni Auni?”

Auni yang asyik memikirkan siapa pemilik suara insan yang mengimamkan solat asar tadi tersedar dari lamunan, dia tersenyum memandang teman baiknya itu.

“ Tak ada apalah, Ina. “ Auni cuba berselindung.

“Betul ke ni? Macam pelik je.” Ina menduga hati Auni.

Auni tersengih. Hmm, patut ke aku tanya Ina? Hatinya terfikir sendiri.

“Tengok, mengelamun lagi.” Ina menegur menyebabkan Auni tersenyum lebih lebar.

“Eh, Imam solat tadi.” Tiba-tiba Ina bersuara sambil melihat seorang jejaka yang baru masuk ke dalam kafe. Auni melihat ke arah jejaka itu, ada getaran dalam dadanya. Subhanallah, tenang sungguh wajah insan itu. Matanya indah seperti bercelak, wajahnya masih kelihatan basah, mungkin dari air sembahyang tadi. Dia hanya asyik menunduk. Lansung tidak memandang sesiapa.

Auni melihat Ina dengan hairan. “Macam mana Ina tahu, dia imam tadi?”

Ina tersenyum sambil duduknya dibetulkan.

“Dia sama fakulti dengan Ina. Dia budak Kaunseling. Ina kan budak akaun, selalu la solat kat surau dekat Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) tu. Kat surau tu memang selalu dia yang jadi imam, Ina pernah tanya kat kawan-kawn Ina, siapa yang selalu jadi imam kat surau tu, seorang kawan Ina beritahu dia tu yang selalu jadi imam. Ina saja la nak tahu sebab suara dia sedap, mendayu, rasa macam nak nangis je kalau dia baca surah masa imamkan solat, kan? Tapi tak tahulah pulak kenapa tadi dia solat kat surau FST. Sama kes macam Ina kot, jumpa kawan. Hehe.” Ina tersengih sambil matanya masih memerhatikan gerak geri jejaka itu yang sedang menyedok lauk ke pinggannya di meja buffet.

Auni mengangguk perlahan. Memang suaranya sangat indah seperti dirinya juga. Auni turut memerhatikan jejaka itu dari jauh. Terasa tenang hatinya saat itu.

“ Ehem,” Ina berdehem. Auni segera memandang Ina yang sedang tersengih melihatnya.

“Takkan dah jatuh cinta kot?” Ina cuba menelah. Muka Auni terasa merah padam. Dia sendiri tidak pasti perasaan apakah yang sedang membelenggu dirinya saat dia melihat jejaka itu, tetapi jiwanya rasa sungguh tenang.

“Merepeklah Ina.”

“Kalau nak tahu, nama dia Muhammad Auni Anaqi. Hehe.” Ina lancar memberitahu. Auni terdiam, Muhammad Auni Anaqi? Kami memiliki nama yang sama. Auni; ketenangan dan ketetapan. Hmm, sesuai benar nama itu dengannya. Auni tersenyum sendiri, rasa gembira di hatinya kerana berkongsi nama dengan jejaka itu.

“Eh jom lah makan, Ina lapar ni, dari tadi tak makan tau.” Ina menarik tangan Auni ke meja buffet. Auni dapat rasakan dadanya kian berdebar saat menghampiri meja buffet kerana meja tempat Anaqi duduk, berdekatan dengan meja buffet. Auni merasa gelisah saat memilih lauk, dadanya berdegup kencang, sempat juga dia melihat Anaqi secara curi-curi. Jejaka itu sungguh sopan menyuapkan makanan ke mulutnya. Perlahan dan begitu tertib, Auni merasakan dirinya pun tidak sesopan itu, walaupun dia seorang perempuan, Auni rasa malu dengan dirinya kerana kalah pada seorang lelaki dalam hal adab sopan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perjumpaan usrah hari itu berlansung dengan lancar. Semua naqib dan naqibah sudah berada di dalam kumpulan masing-masing bersama-sama anak-anak usrah. Auni, salah seorang naqibah sedang asyik berbincang dan berkongsi ilmu bersama anak-anak usrahnya saat ketua usrah membuat pengumuman.
“Kepada semua naqib dan naqibah, sila berkumpul di hadapan sebentar.” Auni segera bangun saat dipanggil, lantas mengorak langkah ke depan. Ketua usrah menerangkan sesuatu yang perlu disampaikan dalam usrah hari ini. Auni khusyuk mendengar saat dia terpandangkan Anaqi, rupa-rupanya Anaqi juga ada dalam usrah ini selama ini, dan dia juga seorang naqib. Kenapa selama ni aku tak perasan pun kehadirannya dalam pertemuan naqib dan naqibah sebelum ini? Hmm, bila sekali kita terjumpa seseorang, banyak kali pula Allah pertemukan kita, Auni terfikir sendiri.

Tiba-tiba Anaqi memandang Auni yang sedang memandangnya menyebabkan Auni segera mengalih pandangan. Terasa malu pada Anaqi kerana secara senyap memandangnya. Auni beristighfar, cuba mencari kekuatan. Niat aku menyertai usrah itu adalah untuk berkongsi ilmu, bukannya untuk fikirkan hal duniawi, Auni cuba menguatkan hatinya dan berusaha untuk tidak hanyut lagi dalam perasaannya.

Auni mengambil semula tempatnya di sisi anak-anak usrahnya, tajuk kupasan yang akan dibincangkan hari ini memang agak menarik; ‘Cinta dalam Islam’, Auni sedar dia sendiri masih kurang ilmu tentang cinta dalam Islam, namun dia sudah membuat persediaan sebelum menghadiri usrah itu.

Teringat Auni pada satu kata-kata dari Imam Nawawi, "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." Jelas sekali cinta itu haruslah hadir keranan Allah, dan hilang keranaNya jua. Auni terdiam seketika, merasakan cinta yang kian hadir dalam hatinya kerana keimanan yang jelas terpancar dalam diri Anaqi. Aku mencintainya kerana agamanya, bisik hati kecil Auni perlahan.
Dari ekor matanya, Auni dapat melihat Anaqi dari satu sudut, sedang khusyuk berkongsi ilmu dengan anak usrahnya. Auni rasa bersemangat melihat semangat Anaqi berdakwah. Segera dia menumpukan perhatian pada anak-anak usrahnya dan mula berbincang. Inilah tugasku sebagai da’ie di bumi Allah yang hanya pinjaman ini, aku harus menjalankan tugasku dengan amanah, Auni menetapkan hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Auni termenung sendirian di biliknya, Ina sudah lama lelap sedangkan Auni merasakan matanya begitu payah untuk lelap. Ingatannya pada Anaqi kian kuat, entah mengapa hatinya masih tak mampu melupakan suara dan wajah insan itu. Jantungnya kian berdebar, tiap kali dia teringatkan Anaqi, peribadi insan itu benar-benar menarik hati Auni. Tasbih yang tersedia di sebelah bantalnya segera dicapai, segera dia beristighfar dan berselawat, ingin membuang segala perasaan yang kian bersarang dalam hatinya.

Auni tahu cinta itu fitrah manusia namun dia takut andai cinta itu akan melalaikan dia dalam menjalankan suruhan Allah, takut hilang khusyuknya pada ibadah dan alpa pada duniawi. Auni berzikir hingga matanya terlelap. Auni terjaga saat jarum jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Auni bingkas bangun, teringat pesan ustaznya, andai terjaga dari tidur pada sepertiga malam, eloklah tunaikan solat tahajjud. Auni teringatkan firman ALLAH Ta'ala.

" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." - Al - Isra' (79).

Auni segera berwuduk, dan menunaikan solat tahajjud, kemudian bangun untuk solat taubat dan solat hajat pula.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi...
Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu..
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

Auni meraup wajahnya usai berdoa. Aku tak mampu meluahkan rasaku ini padanya, cukuplah aku meminta pada Allah, sesungguhnya hanya Dia mengerti perasaanku dan mengetahui siapa jodohku kelak, Auni berfikir sendiri. Aku bukanlah inginkan lelaki yang sempurna segala-galanya, bukan juga yang digilai kerana rupa parasnya, tapi aku ingin memilih dia yang penuh dengan kerendahan hati, tebal dengan iman di dada, zuhud pada yang Esa, bibirnya sentiasa basah dengan zikir, sepertiga malamnya terisi dengan menemui sang Penciptanya dengan hati yang sarat dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya, hatinya mencintai Rasulullah lebih dari sesiapa. Dialah khalifah yang akan memimpin, dialah da’ie yang membimbing, dia jua mujahid yang berjuang, untuk menegakkan syiar Islam . Biarlah dia ajnabi di dunia asalkan namanya menjadi sebutan di langit dan dirindui para bidadari syurga, Auni berbisik sendiri pada hatinya, menetapkan maksud hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini, sudah hampir tiga tahun berlalu, namun perasaan Auni pada Anaqi tidak pernah luntur. Kekaguman Auni pada insan itu membuatkan dia sukar membuang perasaan cinta yang kian bersemi. Auni selalu bertemu dengan Anaqi sama ada dalam usrah ataupun majlis-majlis ilmu, namun Auni tidak pernah berani untuk menegur mahupun menghulurkan salam ukhwah pada insan itu. Hanya doa yang selalu dipanjat agar Anaqi menjadi jodohnya namun dia pasrah andai telah tertulis Anaqi bukan jodohnya. Auni sentiasa berpegang pada kalam Allah;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Auni sedang berjalan pulang ke kolej kediamannya saat Ina memanggil dari arah belakang.

“Auni, Auni. Ada berita tergempar ni!” jerit Ina dari belakang.

Ina berhenti di hadapan Auni dengan keadaan termengah-mengah. “Kenapa ni Ina? Macam kena kejar hantu je Auni tengok..”

Ina tersengih. Nafas ditarik dalam-dalam hingga semputnya hilang.

“Auni, Auni, ada berita tergempar sangat ni.” Bulat mata Ina memberitahu.

“Apa dia berita tu?” tanya Auni tidak sabar.

“Auni kena banyak bersabar tau.” Ina cuba menenangkan Auni walalupun dia belum menceritakan perkara sebenar.

“Anaqi nak bertunang hujung bulan ni.” Kata-kata Ina buat Auni tergamam, Anaqi nak bertunang? Hatinya merintih sendiri, ada air jernih yang mula bertakung di kelopak matanya.

“Eh, Auni tak apa-apa ke?” Ina risau melihatkan Auni yang seperti mahu menangis.
Auni memandang wajah Ina, sambil menyeka air matanya yang hampir mengalir. Perlahan dia tersenyum memandang Ina.

“Auni okey, jangan risau ya.” Auni cuba meyakinkan Ina walaupun dirinya sendiri tidak pasti keadaannya saat itu. walaupun dia hanya menyimpan perasaannya dalam hati, tapi air matanya hampir gugur saat mengetahui Anaqi akan bertunang. Auni menarik nafas dalam-dalam, cuba mencari kekuatan dalam dirinya yang makin rapuh.

“Macam mana Ina tahu berita ni? Anaqi mesti takkan hebohkan pertunangan dia kan?” Auni bertanya dengan yakin walaupun hatinya perit.

Ina mengangguk. “Kawan Ina tu sekampung dengan Anaqi, mak dia yang beritahu. Mak Anaqi nak jodohkan Anaqi dengan anak temannya masa sama-sama pergi Haji dulu. Anaqi tu mestilah ikut cakap mak dia, dia kan anak mithali. Hehe.” Ina tersenyum sendiri, namun senyumnya mati saat melihat Auni terdiam.
“Auni, okey tak ni?” Ina mula risau.

“Eh, Auni okey,” Auni cuba tersenyum. Hatinya terasa benar-benar perit namun dia tak mampu berbuat apa-apa lagi. Ini percaturan Ilahi, hanya Dia yang Maha Mengetahui siapa yang layak memiliki hati Anaqi, dan Auni pasrah, dia bukan jodoh Anaqi.

“Ya Allah, aku pasrah andai Anaqi bukan jodohku Ya Allah, namun mengapa hati ini berat untuk menerima kenyataan ini, kenapa hatiku begitu pedih Ya Allah, aku mengharapkan kecintaanku padanya adalah semata-mata kerana mencari redhaMu ya Allah. Ikhlaskanlah hatiku meredhakan segalanya. Sesungguhnya aku memang tidak layak berada di sisinya. Redhakan aku Ya Allah, redhakanlah aku...amin” Auni mengesat air matanya yang kian berhamburan, mencari kekuatan untuk menerima hakikat yang pedih ini. Auni redha, dia mencintai Anaqi kerana agamanya, keimanan insan itu membuatkan dia mendambakan insan seperti Anaqi untuk menjadi khalifah dalam perjalanan hidupnya mencari cinta Ilahi.

Auni teringatkan firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” [Surah al-Nur, ayat 26]. Auni berharap dia mampu menjadi perempuan yang baik supaya mendapat seorang lelaki yang baik juga walaupun insan itu bukanlah Anaqi.

“Biarlah aku hanya bercinta dengan Penciptaku kerana Dialah Yang Maha Penyayang.” Auni berkata sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini Auni telah menamatkan pengajiannya, dia melangkah turun dari kereta ayahnya yang baru tiba dihalaman rumahnya setelah menjemputnya dari universiti. Suasana rumahnya meriah, Auni terkesima kerana ramai jiran-jirannya yang berkumpul di dalam rumahnya. Mereka kelihatan berbisik antara satu sama lain saat dia melalui mereka.

“Adik, kenapa ramai sangat kat rumah ni, ada kenduri ke?” Auni bertanya pada adik bongsunya, Dini yang sedang menantinya di dalam biliknya.

“Kan esok kak nak bertunang, mereka datang tolong la tu.” Auni tergamam mendengar kata-kata adiknya itu. esok aku bertunang? Kenapa aku sendiri tak tahu? Auni terkedu, segera dia mencari ibunya di dapur.

Ibu tersenyum saat Auni bertanya. Tangan Auni digenggam erat.

“Ibu tahu Auni takkan membantah, lagipun ayah yang mahu sangat berbesan dengan kawannya tu. Ibu nak beritahu Auni lebih awal, tapi ayah tak bagi, dia nak Auni habis peperiksaan dulu. Auni tak bantah kan?” Ibu Auni lembut berbicara dan memandang Auni penuh harapan. Auni mengeluh perlahan, tak sanggup menghampakan harapan ayah dan ibu.

“Baiklah, Auni setuju.” Auni berkata perlahan. Sebagai anak, memang dia sepatutnya tidak boleh membantah andai ibu bapanya mahu menjodohkannya dengan sesiapapun. Auni melabuhkan diri di atas katilnya, masih tidak percaya yang dia bakal bertunang esok. Mungkin ajnabi itu Allah telah tetapkan sebagai jodohku, aku harus pasrah menerimanya, Auni menetapkan hatinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Auni mengucup tangan bakal mertuanya usai acara menyarung cincin di jari manisnya. Bakal suaminya belum muncul kerana ada urusan lain. Biarlah dia tak hadir, apapun aku bakal berkahwin dengannya juga, fikir Auni sendiri.

“Assalammualaikum.” Suara itu seperti mesra di telinganya. Auni mendongak untuk melihat gerangan pemilik suara itu.

“Waalaikumussalam,” kedengaran suara tetamu di dalam rumah itu membalas. Auni terpana melihat susuk tubuh itu. Kenapa dia ada di sini? Soal Auni sendiri.
“Itulah bakal suami Auni.” Bisikan ibu di telinga hampir membuat Auni pitam. Ya Allah, apakah benar semua ini.

Anaqi yang mengambil duduknya sebelum tiba-tiba memandang Auni. Sebuah senyuman ikhlas terpamer pada bibirnya. Auni terkesima tidak percaya. Namun dia berlagak biasa walaupun hatinya bagai mahu menjerit gembira. Rupa-rupanya Anaqi bakal bertunang dengan aku, fikir Auni sendiri dalam gembira.

Malam itu, Auni diam di kamarnya. Masih tidak percaya yang Anaqi adalah tunangnya kini. Perlahan Dini menghampiri Auni.

“Kak, tunang akak bagi surat.” Dini berkata sambil menghulurkan sepucuk surat. Auni gamam namun pantas mengambil surat itu dari tangan adiknya.

“Hehe..suka la tu.” Dini pantas mengusik sebelum keluar dari bilik.

Auni terpana seketika. Surat di dalam tangannya, dibuka perlahan.

Assalammualaikum,
 Menemui bakal pemilik hatiku, maafkan aku andainya surat ini mngganggu harimu. Aku sekadar ingin meluah rasa yang terbuku. Saat pertemuan pertama, ada getar dalam dada ini, namun kusabarkan hati kerana dirimu ajnabi bagiku. Aku mencari seorang akhwat yang beragama, kerana itulah pesan kekasih yang kucintai. Baginda berpesan dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Melihat dirimu telah meyakinkan aku bahawa hanya dirimu yang ingin kusunting menjadi suri hatiku. Menjadi pemilik tulang rusukku, menjadi makmum dalam ibadahku, menjadi mujahidah dalam perjuangan agamaku. Pantas, aku meminta ummi menyuntingmu buat diriku,dan tidak kusangka ummi dan walid mengenali keluargamu saat mereka menunaikan Haji di Baitullah, dan ibu serta ayahmu juga pantas bersetuju walaupun aku sedar dirimu belum memberikan sebarang persetujuan. Sungguh mudah Allah jadikan perjalanan buat diriku untuk memilkimu, Auni.

Dan saat dirimu sudi menerima diriku sebagai khatibmu, kebahagian yang kurasai tak mampu kulafazkan. Akan kupastikan aku menjadi seorang zawj yang selayaknya buat dirimu. Syukran jazilan ya makhtubah....
Auni menutup surat itu dengan linangan air mata, tidak percaya yang selama ini Anaqi juga berperasaan sama dengannya. Ya Allah, terima kasih kerana mendengar doa hambaMu ini dan memakbulkan permintaanku. Aku sungguh bersyukur Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang khalifah yang terbaik buat diriku. Semoga cinta kami akan subur dan seharum syurgaMU.

~Tamat~


~InTeam : Doa Seorang Kekasih~

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala...

Bongkar Emel : Dua Bulan Pada 27 Ogos 2010~

Salam semua...
baru2 ni AK dikejutkan dengan satu emel yg bertulis :

27th Aug the Whole World is waiting for.............


Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.


The next time Mars may come this close is in 2287.


Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again.

 2 bulan pada satu masa... hmmm... Apa pendapat korang? adakah ia bakal terjadi? tau x.. semalam tengah tdo AK terjaga, sebab teringatkn emel tu.. siap pk lg hari ni brape hari bulan?aku dah terlepas nk tengok ke? huhuhu..tgk tarikh kt henpon.. ceh, baru 26hb.. selamat..

kemudian hari ni, tangan yg rajin telah membawa AK kepada satu kebenaran hehe.. malas nak translate... bace je la k..

Every August e-mails circulate which suggest we are about to have a close encounter with Mars. The e-mails are a hoax, but they say something about our fascination with the Red Planet.

The e-mail seems to promise something truly remarkable.

It often starts: "The Red Planet is about to be spectacular."

It ends with the screaming caps: "NO ONE ALIVE TODAY WILL EVER SEE THIS AGAIN."

The message tells of Mars being close to the earth on 27 August, close enough to be as big as the moon with the naked eye.
Sadly, in three weeks' time, on 27 August, Mars will be a long way away. But between then and now, astronomers will be bombarded with questions by curious punters about this close encounter.

"The e-mails and rumours go out every year but it isn't true. It's something we get asked in the planetarium a lot," says Dr Claire Bretherton, astronomy learning officer at the Royal Observatory Greenwich. "I get e-mails from my friends to me to check whether it's true."

Keith Cooper, editor of Astronomy Now magazine, is also well used to getting a sprinkling of Mars hoax e-mails every year.
 sumber ayu : http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/magazine/8184351.stm

Paham x? oklaa..  maksudnye di sini emel tu palsu dan dah lama tersebar terutama dalam bulan Ogos.... hehehe... rajin tol AK mencari mende ni..kui3x... tp kalu rase cam nak tengok jugak malam ni.. tengok la.. kuasa ALLAH xleh dijangka.. mane tau mlm ni btol2 ada 2 bulan.. hehehe~~

sang kancil comey

tetiba teringat kisah sang kancil, ada haiwan A berhutang dengan haiwan B, janji nak bayar ble 2 bulan.. bile haiwan B mintak hutang haiwan A xmo bayar... die ckp bulan masih 1  (sambil tunjuk ke arah langit) .. haiwan A sedih, bgtau sang kancil.. sang kancil pun pergi kepada haiwan B pastu suruh bayar.. haiwan A xmo bayar sbb xde 2 bulan... kancil tunjuk bulan dalam air sungai dan bulan di langit.. dah 2 bulan.. hehe.. owh hikayat panglipurlara dah keluar.. kalau bulan btol2 kluar 2 mlm ni, xyah susah2 kancil cari akal.. ekekekeek~

sekian~

Wednesday, August 25, 2010

Blogger Artis yang Patut Kita Jengok~

 Salam semua..
entah kenapa, suka sgt baca blog artis ini... AK rase blog dia berisi, dia bukan cakap2 kosong merapu bergosip ntah hape2... tp blog dia penuh kata2 bermadah.. hohohoh...

ble AK view blog ni, AK xkan sngka blog ini kepunyaan seorang pelakon lelaki yang dikaitkan sebagai artis moden dan urban.

gaya bahasa yang digunakan pun adakalanya tersusun dan penuh ejaannyadan perkataan inggeris dicondongkan.. kalah ayat kita hahaha... AK pn sllu guna shortform .. hehe.... barulah AK tahu xsemua artis bercakap selamba.. ada juga yang hemah tuturnya.. oh boleh bikin AK jatuh chenta.. hahaha.. joking.. xmo la.. muka artis ni cam abg ipar AK.. ahahah~

meh AK bg contoh ayat die meh~
Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya.


Biar aku marah yang menunjukkan kau salah, yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan.


Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana, kerana itu lagak ku begini.
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
dari hati dan jiwa,


Kerana kau ku angkat setinggi - tingginya, sempurna setiap adanya.


Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau,
kerana hebatnya kasih kau,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri.
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.
Walau perkataan mula.


dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu.

lihat2.. terus AK cilok satu entry die kt cni.. mampus kalu die marah.. sori sedara.. cilok utk promot belog sedara jer.. heheeh..

sape dia? sape? eheheh~

mesti ramai dh tahu ni.. heheeheh~


alamak tercilok gambar pulak!
okla.. AK citer sal Zahiril Adzim la.. heheheheeh... meh jengok kt ~~> SINI

p/s: eh tetiba macam buat segmen jelajah blog Abg Ben Ashaari pulak.. hahahaah~

Jawapan Kepada Video Malaikat di atas Kaabah~

Salam semua...

baru2 ni kita digemparkan dengan video malaikat di atas Kaabah kn? honestly cakap, AK mmg sgt xpercaya pada video ini.. Alhamdulillah keyakinan AK terbukti benar.. Allah dah berikan petunjuk dan menunjukkan bukti bahawa video itu dusta semata... barangkali tujuan mereka mahu menyesatkan umat Islam~~ nauzubillah~~

 ini ialah penerangan yang AK jumpa di Youtube:-

Allah Maha Mengetahui... Umat Islam perlu berhati-hati dan tidak mudah mempercayai kerana ianya boleh merosakkan akidah. Pernah satu ketika, kita digemparkan dengan tersebarnya lakaran Buraj. Ramai yang mengambil fotocopy dan melekatkan pad...a dinding-dinding rumah! Ianya amat bertentangan dengan akidah!. Bagi sy, video ini adalah PALSU... cuba lihat imej yang didakwa sebagai malaikat yang berada pada bumbung Kaabah, ianya jelas sebagai foto statik. Video boleh ditokok tambah dengan membuat silauan. Be carefull brother and sisters.... maybe someone wanna strike our Aqidah... Wallahu 'A'laa wa A'lam......

Video asal adalah dari sini http://www.facebook.com/l/93830;www.y... dan juga telah disalah-erti. Jelas video nie telah ditokok tambah dengan imej seakan sayap. Manusia biasa tidak dapat melihat malaikat!, dan pada zaman nabi (israj & mijraj) ianya menjelma dalam bentuk yang lain. Dalam Islam pon sendiri, malaikat digambarkan dalam bentuknya tersendiri, tapi dalam video ini ianya lebih menyerupai burung! Kesimpulannya, video nie adalah PALSU dan boleh menjejaskan Aqidah!

Bukti pembohongan yang paling nyata adalah dengan membandingkan Kaabah pada imej statik dimana gambaran seakan malaikat berada di atas Kaabah dengan Kaabah yang terdapat di dalam video. Perhatikan lilitan putih sekeliling pada kaabah pada imej statik. Ianya BERBEZA dengan keadaan Kaabah yang berada dalam video. Lilitan putih itu tidak kelihatan.

Dengan hanya mengedit dan mengabungkan imej dan video ditambah dengan alunan bacaan Al-Quran, tipu daya tersebut benar-benar mengelirukan dan memperdayakan. Astaghfirullahalazim...
betul tu.mmg benar malaikat akan turun pada malam al-qadr.tapi kita kena yakin bahawa malaikat tergolong dalam perkara samiyyat iaitu perkara yang wujud tetapi tidak boleh dikesan oleh pancaindera manusia..

kredit :  nahrafqifahs

kemudian AK jumpa pulak video ni Facebook...

 
harap2 lepas ni jangan lah cepat terpengaruh dengan agenda jahat ni lagi.. ingat ya semua.. Malaikat tergolong dalam perkara samiyyat iaitu perkara yang wujud tetapi tidak boleh dikesan oleh pancaindera manusia..

AK mengingatkan semua dan diri sendiri yang alpa~~

Tuesday, August 24, 2010

Tabiat Baru Auni~

Tabiat baru Auni ialah......

masukkan tgn dlm mulut2... isap2 smpai nk termuntah~~
pegang kaki bulat die tu~~

pegang2 kaki dia smpai nk tergolek~~

genggam tangan!
tgk org pn nak genggam tgn~~
tido pn nak genggam tangan~~

Cerita Bulan Ramadhan~

Salam semua...
pejam celik pjam celik dah masuk 14 Ramadhan kan.. cepat sungguh masa berlalu... rase mcm terlalu cepat ia dtg dan cepat juga ia bakal pergi... 
harap2 kita diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmatnya Ramadhan lagi nanti.. eheh.. eh cakap mcm Ramadhan dh btol2 nk smpai penghujung jer.. hehe.. feeling terlebih sbb rase cpt sgt masa berlalu~~

 semalam berbuka dengan lauk kedai dan ayam goreng jer, sebabnye mak tak larat nak masak dan anak mak sorg ni malas ke dapur, balik kerja terus mandi, solat, tercongok depan tv tgk Epilog Syurga Cinta.. ekeekekekeee~~

terawih semalam, AK rase penatttt sgt, lutut macam dh menggeletar, ntah la kenapa.. rase xlarat berdiri lama2... mujurla Allah bg kekuatan utk AK selesaikan jugak solat terawih.... nk kata xcukup mkn, dh melantak puas2 iftar td hehehe.. bestfren AK pn dh siap hulur air utk diminum, thanks Arifah.. hehehe... 
kalu pergi bazar ramadhan, sure rambang mata..heheeh~

walaupun syaitan dah terikat, nafsu yg membelenggu kita ni kdg2 wat kita terbabas jugak dari niat berpuasa yg sebenar kan? kalau pergi bazar ramadhan apatah lg, mmg sume rase nk beli, ikut je nafsu nak ape.. naseb bek dh 14 hari kita berpuasa, blm skli pn AK melangkah ke bazar ramadhan, heeheh... mkn masakan mak lebih puas ati.. hehe...

sahur tadi makan nasi goreng, nuget daging, dan kentang goreng.. eheheh... sahur2 sllu xde selera nk mkn mende yg berkuah.. hihihihhi... tp nafsu skli lg skeee kaco AK... kalu time sahur ni, perkara yg paling byk dipulun ialah air.. haahah.. kalu boleh nak minum air sampai muntah... last2 perut kembung dgn air.. konon2 nk minum byk2 sbb xmo bg dahaga.. padahal bulan pose mmg la akan dahaga jugak.. akibatnya ulang alik la ke toilet, ekeekeee~~



oklah, AK nk tido kejap... heehe.. pesanan khidmat masyarakat : tido byk makruh pose.. hehe.. AK nk tido jap je ni.. heeheh~~

p/s: bulan tgh penuh skrg ni.. cantik sgt.. nnti mlm2 jgn lupa tgk bulan yer.. heeheh~ pastu jgn lupa sebut.. Subhanallah!~~

Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa Yang Menyedihkan~

Salam semua...
tadi dah citer tentang hari Sabtu yg bengang.. heeheh.. skrg nk citer sal hari Ahad pulak..

smlm ada majlis berbuka puasa kat tempat keje AK ni, buat kat dewan hotel Sunway, kat Sunway Carnival Mall Seberang Jaya..

Smlm AK dtg agak lambat, dlm kol 7.20 baru smpai depan pintu masuk dewan, so org dh ramai.. tempat duduk pn xdpt.. cari punya cari last2 AK terpaksa duduk dgn budak lelaki, naseb bek AK ni muka xmalu sgt.. so xde la nk kontrol2 ayu makan xlalu, mkn skit dh kenyang.. hehehe...

lauk ok, byk jenis utk nasi, AK lak jenis nk rase semua, semua AK amik, last2 smpai rase nk muntah sbb cmpur byk2 sgt..hahaah..tamak2...
air pulak AK ambil 3 jenis... air tebu, air sirap limau n air nescafe tarik.. hehehe... dahaga sgt.. gelas pulak kecik2..huhuhuhu ~~

nescafe tarik yg pergh! kaw..sedap! blkg tu gelas kosong Ak..eeheheh~
sedih rase sbb xde geng.. AK terpisah dr kwn2 sbb dtg lmbt.. so AK terpksa duduk ngan laki sume.. mmg xde selera sgt2.. sob2.. tp sempat lg amik desert aiskrim..hahaha...

tgk..xde pe atas meja AK.. yg lain tu org len punye..sob sob~
hari ni dtg ofis asik teringat pulak kt makanan tu sume..ish2 nafsu tol.. rase nyesal lak smlm xpulun btol2.. xamik makanan lain yg tersedia... salad la, kuih muih, nasi kerabu.. aish! mee rebus, daging bakar.. pergh.. arghh!! xmo pk dh.. stress2.. smlm malu2 kucing.. hari ni dh rase nyesal.. aiyooo~

sabarlah hati, kuatkan iman, sahur dah melantak gulai ketam tu hape.. lapar lg ke? sabar ya.. ini semua hanya nafsu~~

owh masa, pantaslah dikau berlalu~~

Jangan Contohi~

Salam semua...
owh kalau dah start bace blog org lain mmg terabai la blog ni.. huhuh... tu la korang, nape buat entry best sgt? heheeh... 
utk permulaan hari ni.. xde pe yg AK nak share sgt.. just satu kejadian yang berlaku hari Sabtu lepas.. 

mase tu AK sedang tunggu bas kt bus stand, then AK nampak ade satu family nak melintas jalan... si anak tu punyalah berlari laju, nak lintas di garisan melintas (zebra cross) yg ada lampu isyarat. mase tu mmg byk kereta sbb waktu tengahari dan hari minggu.


yang si ayah tu selamba je panggil anak die dengan kasar, tak bagi pegi situ, nak jugak lintas bkn dekat garisan tu, semata-mata malas nak jalan skit ke garisan tu. si anak tu pn terkocoh2 la patah balik. 

kemudian dgn susah payah menunggu, mereka dpt melintas, tapi mak kepada budak tadi dgn anaknya yg masih dlm kecil dlm dukungan tersekat, xdpt nk melintas lg.. si ayah buat bodo je, tggu di seberang jalan tanpa memandang isterinya yg bersusah payah...

aduss.. bengang btol la AK... geram giler ngan si bapak... anak sudah terdidik (barangkali di sekolah) utk melintas di tempat yg sepatutnya.. tp si bapak pula yg xreti bahasa.. kalau jalan mase tu xsesak, AK xkisah... tp mase tu byk kenderaan lalu lalang.

geram sungguh dgn sikap segelintir ibu bapa skrg, anak2 dh amalkn sifat terpuji, ibu bapa pulak tunjukkn contoh yg xbaik... geram2.. kepada ibu bapa di luar sana... jgn amalkan sikap di atas ya.. buruk beno AK tgk.. cian anak2 yg dh betul kene ikut bapak yg xbtul.. ish2...

Saturday, August 21, 2010

Jangan Ganggu Orang Bersolat!

Salam semua..
hehehe...cmne dgn puase kalian semua? ok x smpai skrg? AK ok, setiap hari bgun sahur xpenah miss.. walopun ngantuk giler.. tp sbb mmg dh biase sahur, so mmg bangun..

smlm pegi solat terawih kt surau umah AK tu, AK perhatikan makin rmai gadis2 muda yg dtg.. apakah mereka tertarik dengan imam muda yg baru balik dr Mesir itu? owh sila berbaik sngka AK... heheeheh... tp Alhamdulillah, seronok tgk budak2 muda remaja dtg solat terawih.. heheeheh..


tp yg AK bengang tu, tgh dok solat, bunyi pulak enjin turbo kereta si fulan.. cis.. mentang2 la kereta die tu sporty konon2, nk pasang enjin vroommm vroom tu kuat2...

wei, org lain kereta lg lawa la dr ko, kereta mitsubishi lancer lg tu, xde lak berlagak cmtu... dh le mengganggu org solat, pastu bangga pulak xsolat nk kuar dating ngan awek mlm2 tu.. ish2.. astaghfirullah hal azim.. xpasal2 AK dh mengata~~

cuma pesan AK pada semua, kalau pun xlarat @ xmo dtg terawih, jgn la ggu org lain yg nk solat ni... kereta lawa pn bkn nye leh bawak masuk kubur... 

p/s: sakit ati pula ble teringat hal semalam~~

Friday, August 20, 2010

Ulasan Epilog Syurga Cinta Ep 9-12

Salam semua~~

comey Mia pkai tudung kn.. hehehe~

cam biase setiap ari Jumaat AK nak citer sal Epilog Syurga Cinta ceh ingt nk bg tazkirah.. hehe... ok meh kita mulakan~~
nampaknya konflik makin bertambah, Hanafi dan Farina tu biarkan jelah kt dorg yer.... hahaha.. yg penting lakonan Hanafi kaku laa.. adeh.. xpe2 Hanafi, bykkn bljr lg.. ceh cm juri dah AK ni~~

kita masuk bab Jasri pulak, Jasri dah kehilangan tunang die, Ita yang meninggal akibat kanser, tp Ita pn smpt lagi pesan kt Siti supaya terima Jasri sebagai suami.. adeh saje nak bg konflik pulak.. adeh2.. eheheheh... tp cian gak kt Jasri, last2 die dah membawa diri entah ke mana....

part Mia! adus!! Mia terlalu comel untuk diperkatakan lagi.. huhuhuhhu... manja kiut.. adusss... comel giler~

cian kt Mia kn.. die nak sedekah, tp last2 kene pukul ngan mak dia.. sayu je Ak tgk ble dia ckp "Bang, balik la bang~~" (T_T)

pastu Irham, hmmm.... sbb dituduh bapaknye sbgai org yg sebarkn skandal, die dh dipecat... cian Irham.. ceh tetiba lak jd ske kt Irham.. hahaha... walopun playboy tu masih ada, tp Irham dh nmpk dah nur2 nak jadi baik tu.. owh i loooiiikkkeee~~ eheeheh~ semalam die tdo kt Teratak Syurga Cinta kn... then dia sakit kepala sgt2... tp yg pelik  tu part Siti panggil Lan, pastu ble Lan dh sampai hilang pulak Siti.. cm pelik je kn, cam tak patut huhuhuhhu... akward di situ, huhuhuhhu~


Siti Syuhada, owh biase laa manis jer.. tp adik AK ckp (juri kedua hahaha)~ mase Zerra (Sue) tegor Siti kt pantai tu, Siti macam sombong jer.. huhuhuh... muka Siti cmtu kot.. heehehhe~

overall citer ni BEST! AK mmg tggu punya.. heeheheh... so kepada semua... tgk laaaa~ kalu dh terlepas masuk je www.tv3.com.my k..heheheeheh~

Anak Kucing Yang Tersangat Comey!

Salam semua..
mmaf xde mood nk menulis hari ni.. sakit kepala tengah menyerang... AK just nak share video ni..... eheeh, sbb tadi blog Apa Kata Hati dah share video kucing, so AK pn nak share jugak kucing jugak..heeheh... sori Nabilah, AK letak video kucing jugak.. huhu~


sebenarnya AK xde la ske kucing sgt tapi ble tgk kucing ni..adus..mmg jatuh chenta terus.. rase nak bela jer.. hohoh.. terus teringat anak kucing yg AK penah bela dulu yg bulu lebat, belang cm harimau yg dh dibawa lari org.. sob sob.. (T_T)

Thursday, August 19, 2010

Gaya Auni Tido Lagi~

Salam...
takde mase nk lepak2 kt blog sgt.. sori pada sesape yg blogwalk.. nnti AK xbusy AK jengok blog korang ek.. eehehhe...
eh Auni dah ngantok laa~

meh kita tgk gaya Auni tido jer.. heheeh~
gaya senyum dalam tido~
gaya tergolek di luar tilam~
gaya khusyuk tido~~

gaya gimnastik.. hahahaah~

Kisah Duka Saat Berbuka~

Salam semua,
maaf hari ni AK xmmpu blogging awal sbb byk sgt keje.. lagipun bos ada di ofis, xmanis kiranya kalu die tgk AK dok blogging kn... hahahaaa~

ini cerita bukak puasa semalam... bukan cerita tentang makanannya iaitu rendang kerang, sayur taugeh goreng, bersama ikan merah goreng... tetapi ini kisah airnya... laici ais dan susu HL ais.. hahaha...


dan cerita ini ada sangkut paut dengan serangga ini lagi.... 



Semalam sedang bersiap sedia nak berbuka, AK ditugaskan menyediakan air... bkn bancuh pun, tuang saja dari kotaknya hahahahah... mane laa xbeli air tu, dah adik AK yg bongsu tu, pukul 2.30 sudah telefon AK di ofis mintak dibelikan susu HL... AK pulak tgk2 air laici teringin pula di situ.. eheheeh~

then ble saat berbuka hampir tiba, AK pn dgn sopan santunnya haha.. menuangkan air tu dlm gelas.. tgh nak tuang air laici, AK terperasan satu makhluk dlm jag tu.. AK pn jengok la dlm tu...

CHARLIE!!!!!! binatang berbontot mcm kala jengking itu muncul lg... kali ni dlm jag pulak.. adeh! AK pn cuba la nk kluarkan dia.. sbb die blm jatuh dlm air.. cuba punya cuba.. xboleh sbb xtau cara, nak pegang terus kang terbakar tngn AK.. adeh..
pastu AK yg menggelabah soh la mak AK buangkn.. mase tgh pass kn jug tu kt mak AK makhluk comel tu.... dah jatuh dlm air laici yg blm baru segelas dituang! (-_-)

terus AK lari ke sinki dan buang air tu smpai tahap yg AK yakin dh boleh minum... hahahahaha!

bahaya betul... maghrib itu kami berbuka dengan air yg dicemari charlie..... adeh! nak buang semua sayang... minum la tnpa was2...

AK ckp kt family AK, tawakal jela... smbil baca bismillah dan hembus2 air itu.. sob sob~~ minum2 pastu minum susu pastu minum air masak pulak smpai kembung perut supaya kalau ada bisa charlie tu yg masuk dlm badan dh jadi tawar... heheh..bijak x AK.. haha!

hoho.. hrp xjadi pe2.. perut AK pn ok je ni.. heheheehe~ owh kalu jadi apa2 pada AK nnti dtg jengok AK kt spital ek.. (T_T) ...

Wednesday, August 18, 2010

~Contest Saya dan Baby oleh Cik Awynn~

Salam semua...
sila klik pada gambar utk join contest ni!


owh selama ni beria cakap nk join kontest mcm2, tp dek kerana malas, xjoin jugak.. ble dh tarikh tutup baru teringt nk join... haha.. so hari ni AK xmo pisang berbuah 2x..hehe.. AK nak join kontest ni pulak.. wish me luck k.. hehe~
kontest ni ialah contest Saya dan Baby anjuran Cik Awynn~~

baik! ini gambar yg AK pertaruhkan.. owh sila undi saya beramai2.. ceh mcm la guna sistem undi..

ni makngah dan Nur Auni AsSyifa'... hehe~
 ni gambar MakNgah n anak buahnya yang tersayang, Nur Auni AsSyifa'.. mase gmbr ni diambil Auni dalam umo 4 bulan rasanya.. heehe.. tp dh pandai buat muka geram.. heheheeheh~

Syarat-syarat nya~
1) anda mesti warganegara Malaysia. n jadi follower blog ni. ~ tgk IC jap.. owh ok2.. mmg truly Malaysian.. ekeke... dah lama dh jd follower.. hehe~
2) mesti gambar anda dan baby.
*pada saya, baby adalah budak yang berumur antara 1hari hingga 4 tahun. so mana2 budak yang berumur dalam kategori itu.. dikira sebagai baby*
3) hanya sekeping gambar aje tau. tak boleh banyak2. nanti pening nak pilih pemenang.
4) boleh aje edit2. tapi jangan lah over sangat :)
5) buat satu entri pasal contest ni.. yang simple2 aje dan letak link blog ni
( http://matahati-aween.blogspot.com)
6) letak kan gambar di atas di side bar blog korang.. link back to entry.
7) lepas tu jangan lupa taruk nama, email dan link entri anda pada ruang comment ye.
8) tag at least 2 orang. lebih pun boleh.

HADIAHnya rahsia hehehe... cik awynn xmo bgtau lg.. huhu~

contest ni berakhir sehingga habis Ramadhan (9 Sept 2010) ~~

ok AK nak tag.......

~CUTE MUM
~Kak CTNURKHIJAH

ok..fuhhh..settle pun.. penat sungguh menjoinkan kontest..heehehehehe~

Ok, sesapa nak join contest ni silalah tnpa segan mengunjungi belog Cik Awynn yer~~~ GudLuck!
Related Posts with Thumbnails