~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label charlie. Show all posts
Showing posts with label charlie. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Kisah Duka Saat Berbuka~

Salam semua,
maaf hari ni AK xmmpu blogging awal sbb byk sgt keje.. lagipun bos ada di ofis, xmanis kiranya kalu die tgk AK dok blogging kn... hahahaaa~

ini cerita bukak puasa semalam... bukan cerita tentang makanannya iaitu rendang kerang, sayur taugeh goreng, bersama ikan merah goreng... tetapi ini kisah airnya... laici ais dan susu HL ais.. hahaha...


dan cerita ini ada sangkut paut dengan serangga ini lagi.... 



Semalam sedang bersiap sedia nak berbuka, AK ditugaskan menyediakan air... bkn bancuh pun, tuang saja dari kotaknya hahahahah... mane laa xbeli air tu, dah adik AK yg bongsu tu, pukul 2.30 sudah telefon AK di ofis mintak dibelikan susu HL... AK pulak tgk2 air laici teringin pula di situ.. eheheeh~

then ble saat berbuka hampir tiba, AK pn dgn sopan santunnya haha.. menuangkan air tu dlm gelas.. tgh nak tuang air laici, AK terperasan satu makhluk dlm jag tu.. AK pn jengok la dlm tu...

CHARLIE!!!!!! binatang berbontot mcm kala jengking itu muncul lg... kali ni dlm jag pulak.. adeh! AK pn cuba la nk kluarkan dia.. sbb die blm jatuh dlm air.. cuba punya cuba.. xboleh sbb xtau cara, nak pegang terus kang terbakar tngn AK.. adeh..
pastu AK yg menggelabah soh la mak AK buangkn.. mase tgh pass kn jug tu kt mak AK makhluk comel tu.... dah jatuh dlm air laici yg blm baru segelas dituang! (-_-)

terus AK lari ke sinki dan buang air tu smpai tahap yg AK yakin dh boleh minum... hahahahaha!

bahaya betul... maghrib itu kami berbuka dengan air yg dicemari charlie..... adeh! nak buang semua sayang... minum la tnpa was2...

AK ckp kt family AK, tawakal jela... smbil baca bismillah dan hembus2 air itu.. sob sob~~ minum2 pastu minum susu pastu minum air masak pulak smpai kembung perut supaya kalau ada bisa charlie tu yg masuk dlm badan dh jadi tawar... heheh..bijak x AK.. haha!

hoho.. hrp xjadi pe2.. perut AK pn ok je ni.. heheheehe~ owh kalu jadi apa2 pada AK nnti dtg jengok AK kt spital ek.. (T_T) ...

Tuesday, August 17, 2010

Charlie oh Charlie si Hitam Oren~

Salam semua...
hari ni AK nak cerita pasal serangga.. ececeee... mcm website info berhemah lg berguna pulak.. heheeh.. xde la.. AK nak cerita pasal satu serangga yg sgt berbahaya.. hoho..

berbahaya bukannya sbb pe, berbahaya sebab cecair dari badannya boleh menyebabkan luka seperti terbakar @ ditoreh.. cmne AK tau? haha.. AK dh mengalaminya sendiri...

meh kenal dengan dia... meh...

ok, inilah dia... nama dia CHARLIE @ KUMBANG ROVE ye adik2...
Sape kenal angkat tangan! bagus2... dah jatuhkan tgn... kalu org yg duduk area kampung yg bersawah familiar la dgn serangga ni, tp skrg ni AK rase serangga ni dh merebak jauh dr kwsn sawah padi, sebab kawasan umah AK yang jauh beribu batu dari kawasan sawah ceh! pun dh diserang ngan charlie.. hehehe...

AK pn xtau nape nama die dorg panggil Charlie so jgn tnye AK.. eheheheh... ok meh la kita kenal serangga ni...

sekawan charlie yg bhagia..heheeh

Nama Am : 
Kumbang Rove

Nama Saintifik :
Class : Insecta
Order : Coleoptera
Famili : Staphylinidae 

Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan :Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies
Morfologi
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat dan Tabiat Pemakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Nasihat pada yang dijangkiti
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

sumber: www.mpsp.gov.my

fuhh penatnya ble buat artikel berilmu ni.. hehehe.. tp mmg nk share pasal charlie ni sbb die tgh mengamuk skrg.. hohohho... 

AK penah kena si charlie ni mase kemas2 umah, xsedar pn ble mase charlie ni ada kt atas lengan AK, tengok2 kawasan tu dh merah2.. lepas tu naik mcm luka yg melepuh, pastu agak sakit la.. skrg ni tinggal parut tp parut yg sgt pnjg mcm kene toreh pisau.... hehe.. nk tunjuk pn xleh.. aurat.. huhu..

skrg ni, musim charlie dtg lagi.. kt umah AK tu merata jumpa die.. tu yg risau tu.. AK dh kene lagi.. adeh.. lama2 turun la duit hantaran AK.. hahahahaha.. dh byk parut sbb kene sengat charlie.. adus...

cmne? penah tengok x charlie ni? hati-hati k..bahaya tau die ni walopun kecik.. ehehehe~
Related Posts with Thumbnails