~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, August 17, 2010

Charlie oh Charlie si Hitam Oren~

Salam semua...
hari ni AK nak cerita pasal serangga.. ececeee... mcm website info berhemah lg berguna pulak.. heheeh.. xde la.. AK nak cerita pasal satu serangga yg sgt berbahaya.. hoho..

berbahaya bukannya sbb pe, berbahaya sebab cecair dari badannya boleh menyebabkan luka seperti terbakar @ ditoreh.. cmne AK tau? haha.. AK dh mengalaminya sendiri...

meh kenal dengan dia... meh...

ok, inilah dia... nama dia CHARLIE @ KUMBANG ROVE ye adik2...
Sape kenal angkat tangan! bagus2... dah jatuhkan tgn... kalu org yg duduk area kampung yg bersawah familiar la dgn serangga ni, tp skrg ni AK rase serangga ni dh merebak jauh dr kwsn sawah padi, sebab kawasan umah AK yang jauh beribu batu dari kawasan sawah ceh! pun dh diserang ngan charlie.. hehehe...

AK pn xtau nape nama die dorg panggil Charlie so jgn tnye AK.. eheheheh... ok meh la kita kenal serangga ni...

sekawan charlie yg bhagia..heheeh

Nama Am : 
Kumbang Rove

Nama Saintifik :
Class : Insecta
Order : Coleoptera
Famili : Staphylinidae 

Spesies : Paederus fuscipes Curtis
Nama Tempatan :Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll.
Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies
Morfologi
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat dan Tabiat Pemakanan
Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

Kesan pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

Nasihat pada yang dijangkiti
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

sumber: www.mpsp.gov.my

fuhh penatnya ble buat artikel berilmu ni.. hehehe.. tp mmg nk share pasal charlie ni sbb die tgh mengamuk skrg.. hohohho... 

AK penah kena si charlie ni mase kemas2 umah, xsedar pn ble mase charlie ni ada kt atas lengan AK, tengok2 kawasan tu dh merah2.. lepas tu naik mcm luka yg melepuh, pastu agak sakit la.. skrg ni tinggal parut tp parut yg sgt pnjg mcm kene toreh pisau.... hehe.. nk tunjuk pn xleh.. aurat.. huhu..

skrg ni, musim charlie dtg lagi.. kt umah AK tu merata jumpa die.. tu yg risau tu.. AK dh kene lagi.. adeh.. lama2 turun la duit hantaran AK.. hahahahaha.. dh byk parut sbb kene sengat charlie.. adus...

cmne? penah tengok x charlie ni? hati-hati k..bahaya tau die ni walopun kecik.. ehehehe~

6 comments:

pena said...

salam..
thanks brkongsi info..
br je kena sengat dgn charlie ni minggu lepas..
parut dia mmg susah nk hilang...

mmg bahaya charlie ni..

nabilah_2908 said...

hehehe...tkde la sampai turun duit hantaran tu...hehehe..

thnks 4 the info...belum pernh jumpa lagi..tp si charlie ni...badan dia unik la.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MISS RED SAKIT

NuR 'aQiLaH said...

betol !
sgt bahaya huhu
naseb x kena T__T

aliesha kirana said...

pena : ye ke.. nnti lmbt parut tu hilang..hehe

nabilah : heheh..sgt unik.. tu la kuasa Allah, sbb dia berbisa, so kaler die ternag, senang nmpk..

aqilah : heheehhee..hati2 tau!

˙·•♥ NaJwA .QaSeH ♥•·˙ said...

huhu..
mase belaja kat penang dulu
penah kene..
skali je..
tapi mmbe lain bnyk kali kne..
mmg sadis kalau kene kat muke...

Ayunee said...

Salam.kalo kena gget kt mende ni.nk kurangkan sakit cane ea??? perut tu boley ilang x agak2 nye la??

Related Posts with Thumbnails