~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, August 29, 2011

Khas Buat Zafira Nabilah! ^____^

Assalammualaikum semua!

Sebenarnya hari ini AK dah bercuti, dah ade kat rumah. heeheh. tapi AK buat autopost ini khas untuk seorang blogger yang AK sayang! chewah! heehehe..

mengingati perkenalan kami dulu, kami mula berkenalan di laman Gengblogger. hehe. dia sangat rajin menjenguk blog AK dan AK pun suka ke blog dia. kalau sehari tak singgah rasa macam tak sah. eheeh. sejak itu persahabatan kami di alam maya ni kian rapat. walau tak pernah bersua muka dan bertentang mata, AK berharap persahabatan ini akan kekal selamanya. amin!

siapakah beliau? dan kenapa entry khas ini dibikin? teng teng teng... heheehe..

blogger itu ialah...

Zafira Nabilah!


meh2 AK review psl Nabilah dan blognye itu.

-seorang yg low profile, jarang tunjuk muka dia di blog. misteriii. heheeh. tapi AK pernah tengok la tuan empunya diri. hehehe.. tinggi orangnye..

-sedang rajin mendoodle sejak dua menjak ni. comel je doodle die, cth mcm yg kt atas ni. cantek kan? hehehe. jeles AK.
comel kannnn!!!

-blog die ada mcm2 cerita, semuanya ikut apa kata hati dialah. heheeheh. AK paling suka bila nabilah share resepi. heheeh. resepi dia pun mudah untuk dicuba. byk kali dah AK cuba resepi2 yg die share kat blog die. cthnye..

eskrem coklat oreo homemade. ok abaikan gmbo yg mcm xsedap ni..hehe

dan untuk raya ni. AK dh try resepi Biskut Cornflakes coklat. sedap! yummy. heheehehe


terima kasih Nabilah! atas resepi ini, bertambah kuih raya AK. heehehe..

ok sebab apa AK cerita pasal blogger ini? sebab hari ini hari lahir beliau! heheeh..  di kesempatan ini, AK nak ucapkan..


SELAMAT HARI LAHIR yang ke 26 tahun buat cik Zafira Nabilah. hehe

semoga umur yang bertambah ini akan menambahkan juga kebahagiaan, keberkatan dan ketakwaan dalam hidup Nabilah.

 dan semoga panjang umur dgn kesihatan yg baik, murah rezeki, cepat2 bertemu jodoh.. ehem... dan sentiasa diberkati ALLAH.

amin...

terima kasih kerana sudi menjadi sahabat blogger AK yg paling baik!

sayang Nabilah ketat-ketat. hehe

SELAMAT HARI RAYA juga

dan SALAM KEMERDEKAAN!

^______^

wah banyak pulak ucapan hehehe..

p/s : hari ini hari terakhir Ramadhan. ah sedihnyaaaa. semoga masih ada peluang untuk bertemu bulan berkat ni di tahun hadapan dan seterusnya. amin....

Friday, August 26, 2011

Macam Kurang sikit semangat Beraya..

Assalammualaikum semua!

moga tahun depan masih ada peluang untuk bertemu Ramadhan kembali. amin!

hari ni dah 26 Ramadhan. lagi 3 hari je untuk kita berpuasa, oh sedih pulak rasa. kenapa AK rasa kurang semangat? sebab baju raya tak ada lagi. waa! T_T

AK blom shopping hape2 pun lagi. sibuk buat persiapan rumah aje. cat, n tukar perabut. makanya, rumah ajelah yg beraya kan. AK xberaya. hohohho.

tahun ni pulak tok dan wan AK xberapa sihat, wan AK lagilah, terlantar aje atas katil, sedih jer nak beraya sakan pun bila tengok keadaan dia.

tahun ni AK beraya di kampung Mak Long AK di Sungai Siput, Perak sebab kampung AK kat Taiping tu xada siapa. wan dgn tok pun tak larat nak balik kampung.

Pepun, AK akan bercuti dari Hari Ahad minggu ni sampai Jumaat minggu depan ya kawan2!

buat yg bakal pulang ke kampung halaman masing-masing, hati2 di jalan raya ye, dan semoga slmt smpai ke destinasi.


AK nak susun sepuluh jari mohon kemaafan andai ada salah silap AK sepanjang berblog ni heheehe. sayang semua! muah3!

p/s : header raya! heheee

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan Terakhir yang Mantop!

Assalammualaikum semua!


ada siapa2 ikut cerita ni tak? mmg terbaiklah! Ramadhan Terakhir.. AK mmg layan cerita ni dr awal lagi muahaha. sebenarnya nak dijadikan cerita. AK tgk iklan cerita ni mcm xbest sgt, tp entah cmne malam tu AK bukak2 tv, ade citer ni. layan ajelah n rupanya2 best amat! nasib baik AK ikut. hoho.

kisah pasal keluarga yg jauh terpesong dr jalan Allah, then si ayah dpt tahu yg dia menghidap HIV, terus die insaf. tp perubahan die tu xdisenangi si ibu dan anak2nya.

lakonan Esma Daniel, sbgai sorg ayah yg insaf dan jadi lembut dlm menegur isteri dan anak2 mmg memberikan kesan pada penonton. cmne susahnya dia nak kekalkan perubahan tu dan tahan dgn caci maki isteri dia.

tapi AK paling puji lakonan Kak Fazlina Ahmad Daud ni (adik Kak Ogy Ahmad Daud) , memang terbaik gila lakonan dia! hahaah. dia jadi org yg sedar die dh jauh terpesong, tp ego dia tinggi dan mempermainkan setiap amalan yg org lain buat. kalau sekali dia menjerit, adusss sakit telinga wei.

Tasha Shilla lak jadi pembantu rumah kt umah tu tp sebenarnya dia anak si Faz ni. mati2 penonton ingt Tasha ni anak Esma Daniel dlm cerita ni. tp pengarah mmg hebat ble rupa-rupanya si Tasha ni anak si Faz ni. tabekk pada pengarahnya, Ungku Ismail (pelakon Syurgamu Ramadhan)

tapi mata AK sbenarnya tertarik pada si Driver dlm cerita ni. chewah! heeheh. Akhie (Jaslin Puasa) yg sllu bantu tuan die untuk berubah dan cekal hadapi dugaan. hehe.

inilah beliau. kachak kan si abang botak. hehe
eh tapi dia muda setahun dr AK. *nanges.. T_T rasa diri mcm dah tua lak. huhhuhu.

tapi hari ni dah last episod. T_T 

sapa2 yg blom tonton. nnti tgk kt tonton.com.my yer. rugi kalau tak tengok. mmg cerita bekisarkan Ramadhan yang terbaeekk! ihhihi..

p/s : berkenan dgn watak Akhie sampai buat cover cerpen khas untuk beliau. muahahaa..




Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Lagu Raya Faveret!

Assalammualaikum semua..

dalam dok mendengar lagu raya, jarang pulak dgr lagu ni. ni antara lagu feveret AK. nostalgik ni. hoho. sebab apa? biarlah rahsia. kenangan zaman muda belia. hoho. ah rindunyaa..

ok! mood ke laut lak ni. jom2 layan lagu ni. ehehhe


eh tapi lagu ni pun best tau. byk terselit nasihat. kn3!


haih.. mood bekerja dh kurang. xsabarnyaa nak beraya! hoho. eh tp sedih la pulak nk tinggalkan ramadhan. entah tahun depan, dapat jumpe lg ke x. sobs..

p/s : saje pilih lagu raya feveret AK yg lain skit dr lagu yg biase kita dengar. hehe. tp lagu raya yg biase tu mmg bikin nostalgia gitu.. hehe

Monday, August 22, 2011

Moodless Monday : Karipap-karipap Cinta bikin tambah Moodless!

Assalammualaikum semua!

hari ini benar-benar moodless. semalam punya smgt nak tidur awal seawal jam 10.30 malam dgn harapan tidak akan mengantuk ke tempat kerja.

malangnya, mengantuk tetap tak dapat dipisahkan dengan seorang AK. =_="

maka utk hilangkan ngantok, meh AK cerita pasal filem yg akan ditayangkan ni. bukan nk cerita review filem ni, sebab AK mana tengok lagi! Y_Y hari pertama raya baru ditayangkan. hehe

tapi apa yg AK nak cakap ialah...

AK pernah baca novel die. bessst sgt! lawak giler.


AK pernah review novel ni. tp bkn kt blog ni. kat blog penulisan AK. KLIK SINI kalau berminat nak baca sinopsis novel ni eh.

dan bila AK ternampak poster filem ni, AK macam. whattt!


nampak x bezanya? =_="

ok nampak kan? si heroin tu bertudung ala kadar je. padahal dalam cerita ni, si heroin itu seorang graduan Universiti Al-Azhar! entahlah di mana letaknya sensitiviti tuan pengarahnya, Othman Hafsham dlm hal ni. xkisah la pelakon tu mmg tak bertudung di luar, tp apa salahnya dlm filem ini dicantikkan personalitinya supaya die nampak mcm btol2 graduan Al Azhar.

mmg kena hentamlah nanti cerita ni... tp apapun, novel die mmg terbaik! so AK pasti jalan cerita filem ni pun tak kurang hebatnya. tp itulah, disebabkan si heroin ni, mood AK terus merudum untuk menonton.

kontroversi si Gambit ni pun xmampu nk lawan rasa kurang selesa dgn pemakaian heroin dalam citer ni. huhu.

p/s : ok mcm dh segar sikit, ble dh luahkan tak puas hati AK. haha.

Saturday, August 20, 2011

Biskut Raya Kegemaran

Assalammualaikum semua!

hari ni AK nak cerita pasal kuih raya! kuih2 raya feveret AK. jom ushar! heheeh..

1. Biskut Arab

 tekstur die lembut dan rasa susu.. nyum3!

2. Biskut Batang Buruk

habuk die yg sedap tu..haha

3. putu kacang
cairrr di mulut hehhe

4. semperit

all time feveret. wajib ada kan.. hehehe


eh oklah..itu je yg AK sempat letak. hehe. apa lak feveret korang?

Friday, August 19, 2011

Mari Banyakkan Bersedekah!

Assalammualaikum semua!

AK terbaca satu ruangan lawak di akhbar tempatan baru-baru ni. AK pun xingat sgt dh sebetulnya macam mana tp lebih kurang camnilah kisahnya..

sekadar gmbr hiasan

ada seorang lelaki yg kedekut, Mat namanya. satu hari die pergi ke masjid utk dgr ceramah agama.

sambil mendengar ceramah, tabung derma diedarkan. dia pun bukak dompet, masukkan rm1.
tiba-tiba,seorang pakcik yang duduk di belakang menepuk bahunya dan memberikan duit sebanyak RM200 kepada si mat ni. mat tersenyum sambil mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma tu. 
dalam hati, dia kagum dengan kemurahan hati pakcik itu. tidak lama kemudian, pakcik di belakang mat kembali menepuk bahunya dan berbisik kepada nya :
" encik,duit RM200 tu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi, pakcik nak pulangkan."
mat tepuk dahi. nasi dah jadi bubur....
 heeheh.. lawak x? masa AK mula2 baca dl, AK gelak guling2. tp byk pengajarannya kan? cuba kita jenguk ke tabung masjid @ mana2 tabung yg boleh nampak isi di dalamnya tu. duit apa yg berlambak? mestilah not berwarna biru. hehe.


bila kita ke bazar ramadhan, laju je tgan hulur duit pada peniaga2 tu kan. byr je xkisah brape. bila org minta sedekah, teragak-agak nk bagi. mcm ustaz Akhil Hayy penah ckp dlm ceramahnya dl ok tetibe bila nak beli barang kt bazar ramadhan, tgn jadi gear automatik. main hulur je. bila nk derma terus jd gear manual, teragak-agak. hihih..

AK pn selalu jugak teragak-agak sebenarnya, tmbh2 ble peminta sedekah ni, sebab takut dorg ni dtg dr sindiket je. n duit tu semua dpt kt tokey besar. mcm kejam kan AK? huhuhhu.

tapi ada sorang nenek kt pasar malam umah AK. Adik AK sllu mntk nak derma kt dia. AK bg la walaupun AK teragak-agak jugak, takut nenek ni pun dr sindiket jugak. tp xlama lepas tu baru AK tau yang nenek ni diabaikan anak2. ada org tlg bawa die ke situ utk minta sedekah supaya die dpt sara hidup die. kesian nenek kan?

jadi sempena bln ramadhan yg mulia ini marilah kita berubah dan sama2 menderma, bersedekah dan beramal jariah. boleh kawan2? ehehehe..

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
 
Riwayat at- Tirmidzi


satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata:
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)
p/s : buat dengan ikhlas, pasti akan dibalas! ^__^

Thursday, August 18, 2011

Terkena Lagi Aku...

Assalammualaikum semua..

Bila dah malas nak masak dan malas nak ke bazar ramadhan, maka sasaran AK petang itu ialah kedai makan berdekatan ofis. selalu AK dtg makan di sini bila bukan bulan puasa, dan masa bulan puasa pun mereka masih beroperasi. oh cukup dulu mukadimah AK..

dengan semangat waja, eh bukan semangat, dengan kelajuan cahaya propa AK menuju ke sana sebab takut ketinggalan bas kalau AK lmbt. maka solusinya AK nak pilih lauk cepat2 dan berlari ke stesen bas cepat2. itulah rancangan AK. eh apahal berbelit pulak ayat ni.

lebih kecik dan halus dr sotong ini

pilih punya pilih, ternampaklah 4 ketul sotong masak kicap halus2 macam sotong yg kita masak di rumah. diulang, mcm sotong yang kita masak di rumah, bukan macam sotong kt kedai mamak @ kedai makan yg besar gedabak ada telur dlm tu sekor RM2-3 hinggit tu.. maka disebabkan sizenya yg cinonet, AK beranggapan hrganya pun mesti ikut selonggok, tiada pun terlintas di hati AK yg sotong cinonet itu bakal dikira pakai ekor.

maka AK rembat 4-4 ketol la dgn tanpa was-was. ok tahu x dia kira sekor2! dan seekor berharga RM1.30! whatt! mau je AK sound akak tu. bengang btol la AK. sekor kecik cinonet itu rm1.30? hampeh btol. tp AK sabar, sebab AK puasa. AK beli sotong tu utk adik AK sebab hari tu die teringin nak makan sotong. pastu AK ambik la ayam seketul untuk dia. kirenye nasi campur letak ayam goreng n sotong 4 ekor tu. tau harga brape? RM 9.00! pffttt! baik AK beli chicken chop! hampesss..

Terkena sekali lagi...

sebab pe AK ckp cmtu...  sebab setahun yang lalu... di kedai yang sama.. masa bulan puasa jugak...

AK nak beli lauk. tgk2 lauk apa yg ada. ternampaklah lauk daging masak kicap. dagingnya dipotong kecik2 macam potong dadu. macam kita masak kt umah la. kecik2.. pastu AK habiskan jelah masak kicap tu sebab skit je pn. AK bungkus utk satu family..

kecik2 ni aje..

suruh2 akak tu kira, die kire ikot ketol! haduii.. seketol daging rm1. ada 13 ketol kot mase tu. jdlah rm13 fuhhh.. baru lauk satu tu je. blom lauk lain lagi. gilaaa! terus AK soh die buang sparuh, nak amik rm5 je..

lepas2 ni memang AK serik dh nak beli lauk kt ctu time bulan puasa. mmg cekik darah gila2 punya. lauknya pun bkn best sgt pun..

hishh bikin pahala puasa AK kurang je sebab dok bengang ngan kedai tu..

okes, kesimpulannya di sini, mari rajinkan diri utk masak di bulan puasa @ rajinkan kaki untuk melangkah ke bazar ramadhan. sekian.


p/s : ok ble mood rajin menulis, mulalah panjang entry AK. muahahaah

Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

Keletah Anak2 Akan Buat Kita Gembira

Assalammualaikum semua!


mempunyai anak kecil mmg tidak akan lari dr tertawa melihat aksi lucu mereka kan? wah mukadimah AK. hehe.

Auni kesayangan AK ni lagiiii lah! xlarat nak gelak ble tengok perangai dia ni. sebagai contoh seperti di atas, hobi dia ialah menyemak sesuka hati. heeheh. dan benda yang paling dia suka sepahkan ialah kasut. sebab bila dia dah tarik keluar kasut tu dr kotak, dia akan pakai mcm la kasut2 tu muat dekat kaki comel dia tu. haha.

kalau dia dtg umah AK, selalunya selipar solat yang selalu dia capai n pakai kat kaki kecik dia tu. dulu masa AK mula2 beli selipar tu, dia cakap "Antek.." maksudnya cantik. heeh. sebab kaler pink terang. fav kaler dia agaknya. haha
sekarang ni pulak dia suka pakai kasut baru mak AK. kasut wedges, tinggi sikit, tapi dia usaha nak pakai jugak. xkire la tergolek byk kali pun. dia nak jugak pakai. heheehe.. comel jer!


Saturday, August 13, 2011

Indahnya...

Assalammualaikum semua!



indah kan? haishhh.. *mood berangan..

Friday, August 12, 2011

Auni dan AtamBlah..

Assalammualaikum semua..

penat campur mengantuk pulak rasa hari ni sebab smlm tidur lmbt. heheeh. berkarya sampai pukul 12 setengah, lepas tu bangun sahur terus x tdo.

jd hr ni AK agak lemau. cuba lelap kejap time rehat td, bolehlah terlena kejap. tp masalahnya ble bangun dh rasa letih. ahaahah.. mcm2 AK ni kan.

okla.. tak larat nak menaip dah.. meh la layan pasangan ni. hahaha



ini bukan pakwe Auni ye. ni abang Auni. heheehehe..

dia panggil abangnya AtamBlah.. apa maksudnya : Iqram pergi sekolah. aahaha. sebab setiap kali dia bangun tidur, abangnya Iqram ini nak ke sekolah, mama dia pun ckp lah.. Iqram nak p skolah. jadi Auni pendekkan jadilah AtamBlah. muahaha!

Auni Auni.. gigit baru tau! hah? panggilan yg Auni panggil pada AK? Angah. hehe. xpun panggil nama AK terus. kureng asam jawa kan budak ni. muahahaha!

Thursday, August 11, 2011

Mari Mencuba Kek batik!

Assalammualaikum semua!

bila puasa, maka keinginan nak cuba mcm2 makanan memuncak. bila pegi bazar ramadhan, tgkla satu kek yg mmg feveret AK jugak ni. punyalah mahal, seketul kecik cinonet pun dah singgit.

maka dengan tak semenggahnya, AK menggodek pakcik google, maka terjumpalah resepinya. eh senang la pulak nk buat. maka AK pun test la skill AK. hoho..

dan resultnya..

tadaaa!!


KEK BATIK



ok mcm buruk le pulak gmbonye. muahahaa.. xpe2 janji menjadik. hehe. cuma manis skit. xpe2. meh AK share resepinya. hehehe..

Bahan-bahan


  1. biskut merie satu paket
  2. 1/2 cawan susu pekat
  3. 1 cawan air
  4. satu cawan milo
  5. satu sudu serbuk koko
  6. 1/2 ketul butter
  7. sebiji telur

mula2 patah2kan biskut merie tu jadi kecik2 pastu asingkan dl.

masukkan air, susu, milo dan serbuk koko, kacau sampai sebati
pastu masukkan butter biar dia cair, kacau dlm api yg sederhana

dah sebati semua, slowkan api, masukkan telur dan kacau dlm 30 saat.

tutup api.

masukkan biskut merie dlm adunan, kacau2 sampai semua sama rata n biskut merie semua tersalut dengan koko

masukkan dlm loyang @ bekas makanan @ tupperware. tekan2 bgi dia dia mampat.

lepas tu sejukkan dlm peti ais.

hidangkan ble sejuk..

walaaa dah siap. heheeh..

pestime try, menjadi.. suka sgt. tp AK dh kurangkan susu dlm resepi kt atas ni sebab yg AK buat jadi manis sgt. heeheh..

selamat mencuba ye cik jah. hahaahah

masukkan

Wednesday, August 10, 2011

Tuesday, August 9, 2011

Carta 3 Air Pilihan Berbuka! chewah!

Assalammualaikum semua!

*Amaran : entry ini mungkin mengandungi byk perkara yang mengiurkan dan membuatkan anda terliur. jgn tengok lama2 nanti makruh puasa. haha!

Hmm xpenah lg AK citer psl juadah berbuka kn? heehehe.. tahun ni ada tak adalah mengidam nak makan byk sgt.. banding ngan tahun2 lepas, rasa mcm tahun ni lebih berhemah dlm berbelanja n tak ikut nafsu sgt. haha. cuma satu benda ni je yg bukan takat AK, satu family AK xleh kekang nafsu masing2.. semua kire asik mengidam nak menda ni hari2 n mcm2 jenis.

apa dia tu?




AIR! hahahaah. memang wajib utk berbuka mesti kena ade lebih dr 2 jenis air. hahaah.. mmg gila minum air btol family AK. sampaikan dh xlalu nk mkn sgt. lebih kepada minum air je..

maka di sini AK buat carta, air2 pilihan kami untuk berbuka. jom cuci mata!

No 3! Air kelapa!

memang menyegarkan. ditmbh dgn isi kelapa yg lemak manis.. perggh!

No 2! air soya!


bulan puasa ni AK asik ngidam air soya gula hitam ja. huhuh.. sedappp! kenyang terus lepas minum. heheeheh


no 1! air tebuuuuuuuuuuuuuu


entah mengapa. air tebu benar2 menjadi pilihan kami sekeluarga, mungkin kerana teksturnya yang lembut dan mnyegarkan. ok dh start merapu dh. haahah. bila sekali start beli air tebu. hari2 nak minum lagi. hehehe.. penangan air tebu...

pssst air faveret korg utk berbuka?? heehehe

p/s : sedang menggoogle resepi. hoho.

Monday, August 8, 2011

Dua berita gembira di bulan Ramadhan

Assalammualaikum semua!

Sudah hari ke 8 kita berpuasa kan? hamboi kemain senang nak kire bilangan hari berpuasa tahun ni kan? heheeheh..  hari ni AK bkn nak citer psl puasa, tapi pasal ada 2 berita gembira yg AK baru terima. huhhu..

pertamnya pasal nuffnang, dah lama xciter psl nuffnang kan.. heheeh..

setelah lebih kurang setahun letak nuffnang  kt blog, baru sekarang AK boleh cash out. huhuhhu.. sadis.. tp xpe sebab penantian itu brbaloi.. rasa mcm xsia-sia je blogging. kan? heheehe


dan yang keduanya.. 

Alhamdulillah.. impian AK utk bergelar novelis semakin nampak peluangnya. terima kasih ya Allah!kenapa AK cakp mcm tu? psl tu AK rahsiakan dululah ya. nanti dah confirm baru AK beritahu.

impian AK ni AK dh simpan dr zaman sekolah lg, jadi AK gembira sgt bila impian itu makin hampir AK gapai. tolong doakan AK yer.. muah3!

tapi yg tak bestnya, laptop AK masih suka buat hal. hohohoh.. ble ntah nak ok laptop AK ni. nak kena beli yang baru la gamaknya..

ok dah le.. xlarat nak taip pnjg2. haahaha.. jumpe lagi. muah3!

Saturday, August 6, 2011

Gambar Anak Dara Cun!

Assalammualaikum semua!

rasanya dah lama benar AK tak tempek gmbo anak sedara kesayangan AK kan.. hhihih.. so hari ni meh kita cuci mata tgk Auni lah eh! hehehe.. layankan perangai dia yang makin aktif eh hyperaktif ni..hehehe


xtau la ape motif anak dara ni tayang paha smpai cmtu skli.. hahaha

hahaah.. adusss. gelak golek2 tgk gmbo ni..

muka minta simpati

ini muka baik bila di bawa berjalan-jalan heheeheh

okeslah..lain kali AK citer psl Auni yer. hr ni layan gmbo je dl utk hilangkan rindu..cewah! heheeh

Friday, August 5, 2011

Teringin, Kempunan, Mengidam itu kebiasaan di bulan puasa

Assalammualaikum semua!

mcm2 yg kita teringin n kempunan nak makan dalam bulan puasa ni kan? hehehe. ye lah, bila perut tengah lapar, semua benda kita rasa sedap, semua menda kita teringin.

macam AK ni, buat masa skrg, ada satu je mende yg AK nak tak dapat-dapat rasa lagi. menda lain sume kalau teringin, senang je nak dapatkan. tapi mende alah ni.. alahai.. susah amat.. dah la mahal harganya AK rasa. hihhihih.. kalau kat penang ni, langsung AK xtau nak cari kt ne. heheeh

AK nmpk kt blog org pastu terliur tengok kt blog org lain n dorg dpt makan. haishh.. sbnrnya dari sblm bulan puasa lagi dok terliur. tp xleh nak dapatkan lagi. heheeh.. nak buat sendiri pulak, punyalah jenuh resepinya. hahaaha. oven pun xde lagi. tehee

ok AK nak letak gmbo ni... jgn tengok lama2 tau.. dua saat je tau. kang tak pasal2 makruh puasa kita. hahaaha..



Pavlovaaa!!!! haish! ok2 dh jgn tengok dh. heheeheh..

p/s : bulan puasa kene byk sabar. makan ala kadar. heheeh..

Thursday, August 4, 2011

Bersyukurlah wahai manusia..

Assalammualaikum semua!


inilah jadinya bila AK terlalu sejukkk dlm ofis. dua tiga menjak ni terlalu sejuk la AK rasa. nak slowkan xde remote..sobs.. so terpksalah AK cari alternatif lain. last2 sarung tangan kawad adik AK jadi mangsa. hihih,,

AK pakai untuk panaskan tangan, lepas dh rasa ok baru AK buang. bknnya AK pakai spnjg masa. heehehe.. kan org kata AK over pulak.. tehehehee..

apa kaitan ngan tajuk ni? heheehe.. ye laa.. sbgai manusia AK bersyukur sbb walaupun sejuk menggigil tp AK boleh berpuasa dlm keadaan selesa. tak rasa panas terik, nak berpeluh pun susah sebab tu lemak tak pecah2.

cuba bayangkan pekerja yg bekerja menggunakan tenaga n duduk dlm keadaan panas terik, cmnelah dorg rasa kan..

tp dorg pun kene pk jugak, zaman Rasulullah dl, dorg siap berperang lg tp xtinggal puasa. org zaman skrg ni sebabkan dugaan sikit je pun dah xpuasa.

kdg2 xde sebab pun xpuasa jugak! ish3!

lagi satu nak pesan lagi, kalau takat puasa tapi xtunaikan solat pun xguna jugak...

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

sumber : SINI


maka ayuh kita berpuasa dengan ikhlas dan mensyukuri nikmat Allah pada kita dan jgn jadikan ibadah puasa itu sia-sia....

p/s : sedang menaip sambil memakai sarung tgn..heehehehe sejukk!

Wednesday, August 3, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Dengar Lagu Nasyid Lagi Baik...

Assalammualaikum semua!

sempena bulan Ramadhan yang mulia ni ada baiknya kalau kita isi masa lapang dengan perkara2 ibadah, dan isi halwa telinga kita dengan lagu2 nasyid dan ketuhanan.

sebab itu hari ni, AK nak memperkenalkan antara kumpulan nasyid kegemaran AK, tapi kurang dikenali ramai. heheeh. mereka ialah... Devotees...

kalau dah kenal tu senyap dan senyum ajelah, tak perlu kata apa2. hehe.



kumpulan ni dianggotai oleh Adi Akmal Sehrom (Adi), Abd Halim Ahmad (Halim), Muhammad Md Tawil (Muhammad), danAhmad Shauqi Abu Kashim (Shauqi).

ok bukan nak kenalkan dorang, tapi nak bg korang dgr lagu ni..owh sgt menginsafkan...kdg2 ble AK tgk video ni, rasa nak nangiss..


mmg antara fav lagu AK.. sobs.. ok jom pakat2 layan nasyid. heee..

p/s : bz bz bz...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Tiba Lagi!

Assalammualaikum semua!

yeah! smgt berpose, jangan lemah2 ye. heheeheh. selamat berpuasa AK ucapkan pada semua! heheeh..
smlm tunggu2 pengumuman puasa, tapi bila adik AK panggil, baru AK nak duduk atas sofa, pengumuman dah habis. laju btol Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yg baru ni umumkan. xmacam yang lama. hehe..

nostalgik ni. dulu masa Y.M Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Bin Engku Ngah, slow motion je dia cakap. so kita akn rasa berdebar-debar. heheheeh..  xboleh la nak dengar dia bagi pengumuman dah lepas ni kan. sebab dia dah bersara. hhuhuhu..



semalam sahur apa? banyak lauk AK sahur smlm sampai kenyang benar rasa. tapi bila dtg waktu skrg ni dah rasa lapar balik. =_=" hahah! standard la kan. itulah namanya puasa.
AK ade tips nak diberi! cewah! Ak baca dari suratkhabar. kita sebaiknya ambil makanan yang berkarbohidrat kompleks masa sahur, mcm bijirin mcm oat, n nasi, sebab karbohidrat kompleks ni akan lambat hadam so makanan akan kekal lama sikit dalam badan, dalam 8 jam. hehe. yg berserat pun bagus, mcm pisang.

yg xtahan lama dalam perut ialah air manis dan makanan yg mengandungi gula.

ok tu je tips yg AK ingat. heheeheh..

selamat berpuasa semua! jangan ponteng2 kalau tak bersebab! heehehe.
Related Posts with Thumbnails