inilah jadinya bila AK terlalu sejukkk dlm ofis. dua tiga menjak ni terlalu sejuk la AK rasa. nak slowkan xde remote..sobs.. so terpksalah AK cari alternatif lain. last2 sarung tangan kawad adik AK jadi mangsa. hihih,,
AK pakai untuk panaskan tangan, lepas dh rasa ok baru AK buang. bknnya AK pakai spnjg masa. heehehe.. kan org kata AK over pulak.. tehehehee..
apa kaitan ngan tajuk ni? heheehe.. ye laa.. sbgai manusia AK bersyukur sbb walaupun sejuk menggigil tp AK boleh berpuasa dlm keadaan selesa. tak rasa panas terik, nak berpeluh pun susah
cuba bayangkan pekerja yg bekerja menggunakan tenaga n duduk dlm keadaan panas terik, cmnelah dorg rasa kan..
tp dorg pun kene pk jugak, zaman Rasulullah dl, dorg siap berperang lg tp xtinggal puasa. org zaman skrg ni sebabkan dugaan sikit je pun dah xpuasa.
kdg2 xde sebab pun xpuasa jugak! ish3!
lagi satu nak pesan lagi, kalau takat puasa tapi xtunaikan solat pun xguna jugak...
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.
Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.
sumber : SINI
maka ayuh kita berpuasa dengan ikhlas dan mensyukuri nikmat Allah pada kita dan jgn jadikan ibadah puasa itu sia-sia....
p/s : sedang menaip sambil memakai sarung tgn..heehehehe sejukk!
