~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, June 25, 2012

Moodless Monday : Entah ke mana semangat itu pergi...

Assalammualaikum semua!

dah lama tak menulis dlm blog. adeh, entah kenapa mood utk menulis itu hilang pergi. mggu ni, fikir nak aktif, tapi tak pasti mampu ke tak.

banyak kekangan dari segi kerja dan waktu, juga dari segi keadaan yg tak mengizinkan, maka niat utk up entry terpaksa AK pendamkan. huhu.


rasa macam nak baring atas padang rumput yang indah sambil mendongak langit, melepaskan segala masalah yang ada, dan biarkan ketenangan membalut jiwa.

entahlah...

banyak perkara tidak bisa kita halang utk berlaku. kita cuma bisa merancang, namun ada Pengatur yang Maha Berkuasa di atas sana, yang adakalanya kita fikir perkara itu adalah terbaik utk kita, tapi sebenarnya perkara ini adalah terbaik yang dicipta Dia untuk kita.

AK tidak pernah menyesali hidup AK ini, kerana cukup dengan kasih sayang Allah yang melimpah yang tidak mampu kita tadah semuanya, jua kasih sayang dari keluarga sudah buat AK rasa bertuah dilahirkan di dunia ini.

cuma adakalanya ada perkara yang buat hati sedikit terusik, adakalanya penat kita mencuba utk tidak melukakan hati sesiapa, namun tetap jua ada hati2 yang terluka. penat juga kita menjadi yang terbaik, namun yang terbaik bagi diri kita, tetap jua tidak mencapai kehendak orang lain.

ya bukan mudah memuaskan hati semua manusia, kerna manusia itu tidak akan pernah puas hati...

cuma apabila terlalu memikirkan hati2 manusia ini, hati sendiri jadi luka parah, sesungguhnya menjaga hati itu adalah satu perkara yang amat memenatkan hingga AK rasa serik untuk menjaga hati sesetengah manusia kerana mereka tidak pernah menghargai usaha AK utk mengutamakan hatinya dari hati AK sendiri.

AK selalu beralah, hingga mereka jadi naik kepala dan sewenang-wenangnya menyakitkan hati AK. mungkin sudah tiba masanya utk AK berkeras, mempertahankan diri yang sudah lama dianiaya. baiklah! tegaskan hati, jangan jadi lemah lagi.

p/s : sakit kepala bila fikir banyak sangat, sampaikan dah rasa malas nak fikir apa-apa. haha.

Tuesday, June 12, 2012

Zaman Dah berubah, Dunia dah Canggih!

Assalammualaikum semua!
Tiba-tiba terfikirkan pasal hal ni. Betapa dunia sekarang, teknologinya berkembang pesat gila sampai tak terkejar rasanya.

Ingat lagi, zaman AK dulu, time matrik baru start guna henpon, itupun Cuma Nokia 3310. Hehe. Tapi xde pelik pun sebab ramai yang guna.
Then masuk U, baru kenal pendrive, baru guna laptop.  Ingat lagi betapa kami tak reti guna pendrive, smpaikan tak tahu pun kene ‘savely removed’ time tu. Hahaha.

Sekarang lepas beberapa tahun tinggalkan zaman study dan mula bekerja, tiba-tiba macam2 gajet muncul mcm cendawan lepas hujan.
Mula-mula keluar netbook, laptop versi kecik. Just nice utk surfing internet. Sume pakat ade mende tu, sampaikan mula2 dl rasa pelik tgk org guna laptop kecik amat. Dok pk tak sakit ke mata, tgk skrin kecik. Skrg dah ade sebijik barulah boleh adapt dengan skrin kecik tu.

Lepas tu muncul pulak fenomena DSLR, sana sini DSLR. Sampaikan budak2 remaja pun gila DSLR. Kalau gila DSLR lepas tu gila nk try function2 dia dan belajar teknik guna dia takpelah jugak. Ini asal ada je, guna duit PTPTN pun xpe. Janji ada DSLR, Nampak cool! Padahal sepatah haram pun xtau. Takat reti klik button utk tangkap gambar je. Hahaha! Adik-adik, nak gila gajet tu boleh, tapi sila jadi gila gajet yang berilmu. Haha!
Lepas tu muncul pulak TABLET! Ipad la, Galaxy Tab la. Macam2! Sekarang kebanyakan org ada mende alah ni,ntah guna duit dari mana la sume org skrg ni. Suddenly all people dah kaya2, mampu milik gajet2 yang bukan ratusan, tp ribuan ni. I wonder? Hmmm. Smpaikan 1 tahap, AK dah malu nak bawak netbook ke mana2 sebab semua org dah xmain dah netbook. Nak surf internet, sume guna tablet je,xpun by smartphone. Ah itu another part. Tapi rasanya, ada yang beli tablet, just to main game je kan? Mende lain xtau kan? Kih3
Ok, then smartphone dtg menjajah. BB, Iphone, dan sekarang,kegilaan semua, SAMSUNG. Padahal zaman AK dl, Samsung adalah jenama yang paling org tak pandang. Nak beli henpon, priority must be Nokia or Sony. Sekarang? Nokia dengan Sony pun sudah berjalan tunduk,malu pada Samsung yang diperlekehkan mereka dulu. Haha. Skrg henpon jenama lain dah xlaku. Sume dah turun hrga gara2 samsung berlambak di pasaran. Bayangkan, henpon Samsung paling murah,Samsung Champ yang rm199 tu, boleh pakai memory card, tgkap gmbo pun cantek. So buat hape lg nak beli henpon hrga sama jenama lain, tp memori card pun xde. Uhuk. Henpon AK lettuw. =___=” nak wat cmne, time beli dulu rm350 derr, tp memori card pun xde. Skrg ni dgn rm350 tu dh boleh beli Samsung Corby. T_T
Betapa dunia sangat pesat membangun kan? AK suka gajet2 ni. Mmg teringin nak miliki, dan mahu jadi gajet freak yg pandai, bukan just nak ikut trend semasa tp hape pun xtau nak guna kan? Hehe. But rezeki belum ada, tak apalah,senyum dan simpan azam dalam hati.
TAHUN DEPAN NAK BELI GAJET BANYAK2! 
Apapun,
Dear all Gadget Freak Out There,
Please be an educated gadget freak, not just following the trend but so dumb on using the gadget. I am envy of all of you, but its ok, InsyaAllah my turn will come soon.
^___________^

Monday, June 11, 2012

Moodless Monday : Hari-hari yang mula berubah

Assalammualaikum semua.

Lepas ni, susah sikit nak update, tapi AK akan berusaha utk update bila berkesempatan ya. T_T Sedih pulak rasanya, bila suasana dah berubah. Mood kerja, dah tak seceria dulu, semua bakal berubah sedikit demi sedikit. bestfren AK dkt tmpt kerja ni pun, bakal bertukar tmpt kerja. nanges!

tak apalah, dugaan Allah bagi. mungkin ada hikmah disebaliknya kan? hehe. apapun sentiasa berdoa agar rezki AK akan tiba dengan melimpah ruah. amin!

ok, sebab nak ceriakan hari AK ni yg mula nak suram, gloomy smcm, meh AK share satu video ni. hehe. lagu Tapi Bagaimana dari Spider ni mmg dh lama meletop sbb citer Vanilla Coklat kan? tp baru2 ni baru AK tgk vid official MV dia. sgt comel ohkay! hehehe.

jom comelkan mood anda. hehehe.

 

 apapun, selamat kerja buat semua! ^_______^

Friday, June 8, 2012

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

Assalammualaikum semua!

Kita dah sampai ke hari Jumaat yang mulia. maaflah sejak akhir-akhir ni tak mampu nak update entry. mula-mula tak ada mood, skrg ni pulak ditambah lg dengan keadaan yg tak mengizinkan. so mungkin lepas ni, AK kena slow down skit. bila ada kesempatan baru berblog. hehe.

Apapun, nak kongsikan artikel ini yang AK petik dari FB. hehe.


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.

p/s : sedang mencari seorang Imam. wah gitu. hehe. 
Related Posts with Thumbnails