~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, June 25, 2012

Moodless Monday : Entah ke mana semangat itu pergi...

Assalammualaikum semua!

dah lama tak menulis dlm blog. adeh, entah kenapa mood utk menulis itu hilang pergi. mggu ni, fikir nak aktif, tapi tak pasti mampu ke tak.

banyak kekangan dari segi kerja dan waktu, juga dari segi keadaan yg tak mengizinkan, maka niat utk up entry terpaksa AK pendamkan. huhu.


rasa macam nak baring atas padang rumput yang indah sambil mendongak langit, melepaskan segala masalah yang ada, dan biarkan ketenangan membalut jiwa.

entahlah...

banyak perkara tidak bisa kita halang utk berlaku. kita cuma bisa merancang, namun ada Pengatur yang Maha Berkuasa di atas sana, yang adakalanya kita fikir perkara itu adalah terbaik utk kita, tapi sebenarnya perkara ini adalah terbaik yang dicipta Dia untuk kita.

AK tidak pernah menyesali hidup AK ini, kerana cukup dengan kasih sayang Allah yang melimpah yang tidak mampu kita tadah semuanya, jua kasih sayang dari keluarga sudah buat AK rasa bertuah dilahirkan di dunia ini.

cuma adakalanya ada perkara yang buat hati sedikit terusik, adakalanya penat kita mencuba utk tidak melukakan hati sesiapa, namun tetap jua ada hati2 yang terluka. penat juga kita menjadi yang terbaik, namun yang terbaik bagi diri kita, tetap jua tidak mencapai kehendak orang lain.

ya bukan mudah memuaskan hati semua manusia, kerna manusia itu tidak akan pernah puas hati...

cuma apabila terlalu memikirkan hati2 manusia ini, hati sendiri jadi luka parah, sesungguhnya menjaga hati itu adalah satu perkara yang amat memenatkan hingga AK rasa serik untuk menjaga hati sesetengah manusia kerana mereka tidak pernah menghargai usaha AK utk mengutamakan hatinya dari hati AK sendiri.

AK selalu beralah, hingga mereka jadi naik kepala dan sewenang-wenangnya menyakitkan hati AK. mungkin sudah tiba masanya utk AK berkeras, mempertahankan diri yang sudah lama dianiaya. baiklah! tegaskan hati, jangan jadi lemah lagi.

p/s : sakit kepala bila fikir banyak sangat, sampaikan dah rasa malas nak fikir apa-apa. haha.

4 comments:

Kakzakie said...

Kakak nak AK jadi kuat dik... dah sampai masanya kena kuat dan tak mahu diinjak-injak. Ini bukan cerita dalam novel AK... ini reality hidup ada masa kena mengelak semua tu dik..

Kakak doakan moga kemelut itu berakhir dan AK boleh senyum yg bukan terpaksa - tapi dgn rela hati.

nabilah_2908 said...

betul kata Kak Zakie..dah tiba

masanya tuk AK berhenti mengalah..berhenti jaga hati orang yang tak tahu nak jaga hati orang lain.. :)

Ardini Humaira said...

ololooo... takpe.. rerehat dulu awww AK :D

Nana said...

apa jua yg AK hadapi...semoga Allah sentiasa bersama AK..bykkan berdoa agar jiwa sentiasa tenang...

Related Posts with Thumbnails