~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, March 30, 2012

Video Anak Kacau Ayahnya Bersolat.

Assalammualaikum semua!


 

inilah kesabaran seorang bapa dalam menunaikan solat sambil melayan karenah anaknya. sgt comel! 

Kalau ada anak hyperaktif macam ni pun, masih bisa solat. apa lagi alasan kita? 

 ^__________________^

Thursday, March 29, 2012

Suatu Keputusan..

Assalammualaikum semua!

Sedang memikir panjang, tentang masa depan blog ini. 

dulu, seawal menulis blog ini, tujuannya cuma 1, untuk meluahkan segala isi hati yg terbuku.

kemudian bila mengenali blogger-blogger yg lain dan juga melihat pelbagai teknik menarik pembaca, terus tertarik mengejar trafik, belajar SEO. etc.

sampai satu tahap, gila mahu mengumpul follower, walaupun bilangan follower tidak menentukan bilangan yg berkunjung ke blog kecil ini.

dulu gmbo sebesar alam, kini tidak lagi!

sekarang..

AK menulis sekadar ingin berkongsi cerita dgn sahabat blogger yg tidak jemu berkunjung. entry juga lebih kepada isu semasa dan pendapat AK. bukan lagi jadi medan meluah rasa.

ya, AK sudah lari dar wadah penulisan blog peribadi yg ingin AK cipta awal-awal dulu.

semuanya sudah berubah, kerana masa.

macam mana penat AK cuba mengejar trafik di blog ni, dan cuba menaikkan blog ini, blog penulisan yg cuma sesekali AK jengah itu juga yg lebih ramai pengunjung.

maka dengan itu, AK telah buat keputusan.

untuk lebih low-profile tentang blog ini (demi keselamatan peribadi)

tapi jgn bimbang, blog akan tetap diupdate seperti biasa. cumanya, blog ini tidak akan terlalu didedahkan. AK akan lebih berhati-hati.

semoga semua mengerti.

p/s : ramai yg xpaham kan? hahaha. xpelah. AK sorg paham pun xpe. heheehe.

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday : Seorang Lagi..

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah! seorang lagi..


moga2 berkekalan. amin!

dan semoga artis lain juga akan mengikut jejak langkah mereka. Amin!

Tuesday, March 27, 2012

Cinta Buat Emelda!

Assalammualaikum semua!

semalam bermula cerita Cinta Buat Emelda, adaptasi longgar novel Kasih Antara Kita, karya kak Aleeya Aneesa. hee.


AK pernah baca novel ni, zaman U dl. mmg adaptasinya agak longgar dari novel sbb awal-awal episod pun dah banyak bezanya.

1st : Emelda dan Emira dalam novel, bukannya kembar. Emelda anak no 2. tp wajahnya mmg agak seiras dgn Emira. sbb tu Aril Fatah ingat dorang ni org yg sama.

2nd : Dania tu sepatutnya anak kembar, sorg lg nama apa ntah. AK dh lupa. hohoh.

3rd : pertemuan pertama sepatutnya dekat klinik, sebab dania sakit, so Emelda bawak pegi klinik.

4rd : Zalida, kekasih Aril tu sepatutnya bertudung.

hmm byk gak yg dah diubah. hrp2 jalan cerita tak lari sgt dr cerita asal, sebab citer asalnya AK suka! hee.


dulu bygkan Dr. Aril Fatah itu seorang yg tough macho, ala-ala Fahrin Ahmad. tp Fizo Omar jadi watak ni pun dah ok bagi AK. heee

Almy Nadia, sebagai Emelda nampak ayu sgt! rambut die nampak cantik dlm cite ni. tapikan, Almy sllu blkon citer lawak sejak kebelakangan ni, cthnya rancangan Edisi Khas tu, sllu mmg xde nak control ayu dah. so ble dia belakon jadi ayu gitu, AK rasa pelik skit. haahah. tp mmg dia pandai bawak watak jd ayu. hehe.


Mia Sara sebagai Dania, mmg comel! takde sapa boleh nafikan kan? tp kdg2 Mia ni mcm blur pulak. heeheh. nk lontarkan dialog kene pk pnjang dl. hahaha. kiut3


apapun masih awal untuk dinilai. kita tunggu ajelah yer. AK mmg akan ikut citer ni. huuu. moga-moga tidak menghampakan. ^_^

p/s : dulu jatuh hati sama Dr. Aril Fatah. namanya pun udah bikin hatiku gundah. keh3

Monday, March 26, 2012

Moodless Monday : Keletihan tapi Puas Hati!

Assalammualaikum semua!

hari Sabtu dan Ahad, tidur rumah kawan AK. tolong buatkan hantaran. untuk pertama kalinya dalam hidup, cuma mengubah hantaran dan Alhamdulillah kawan AK suka. hepi sgt2! nnti lepas wedding kwn AK tu, AK share gubahan hntaran tu eh. AK buat hntrn utk kedua-dua belah pihak laki n prempuan. huu..

tapi masalahnya sekarang, AK rasa mcm tak cukup rehat. rasa nak tidurrrr. hahaa.

hari sabtu, stay up smpai kol 2. pagi2 ahad, bangun solat subuh, terus tak tidur dah. siapkan kerja gubahan sampai ptg. kol 5 baru AK balik rumah.

tgh2 nak rehat, Auni pulak muncul. tak mampu nak menolak kecomelan makhluk Allah ni. haruslah main dengan dia sampai lebam!



last-last, kol 8 auni balik, baru AK ghaib. terjaga kol 11.30. MENTORRR tak sempat tgk!! T___T

nanges! nak tgk Faizal tahirrrr!!

bangun mandi, solat Isyak. tidur balik.

hari ni, rasa penat lagi, mengantuk semua ada.

rasa macam nak cuti, untuk berehat saja.

sekian. huhu.

Friday, March 23, 2012

Mari Belajar Cara Wuduk Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum!

 maaf semalam tak dapat bersiaran dek kerana kerja yang menimbun. langsung tak boleh jenguk sesapa pun. sobss.

sempena Jumaat yang mulia ni, marilah kita sama-sama belajar cara wuduk Rasulullah S.A.W. moga dengan perkongsian ini, wuduk yang kita ambil akan menjadi lebih sempurna dan diterima Allah.

moga wuduk yang membasahi wajah kita, akan menerangi wajah kita di akhirat kelak. amin!

 

AK pernah baca, yang air paip sepatutnya dibuka perlahan saja supaya air yang sudah kita guna, tidak akan terpercik pada air mutlak hingga menjadikan wuduk kita tidak sah.

tengok video ni, air tu dibuka sedikit saja. kan? ^___^

biasakan yang betul, betulkan yang biasa. sama-sama belajar, sama-sama beramal!

Tuesday, March 20, 2012

Mari Berubah ke arah yang lebih baik!

Assalammualaikum semua!

tak sibuk pun, cuma malas nk menaip. heehehe.

Alhamdulillah, selepas penghijrahan Ana Raffali, kini sorg lg artis bertudung, siapa?

ENOT!


ya, co-partner Didie Alias dlm memperkenalkan fesyen pelik. =_="

syukur sebab ramai artis yang dh bertudung. mcm dah jadi trend pulak kan? heheeh.

tapi harap-harap perubahan mereka semua, ikhlas Lillahi Taala. bukannya kerana mengikut perkembangan semasa, dan sudah bosan setting rambut utk majlis2. hehe. 

tapi AK suka dengan penghijrahan kak Wardina baru-baru ini. dari sekadar bertudung biasa, menjadi kepada menutup aurat dengan betul, memakai tudung labuh menutupi dada. Alhamdulillah!

kata kak wardina :
Mulakan hari dengan senyuman.. mari tutup aurat dengan sempurna... :) Sedang belajar... sedang berusaha... xoxxo
moga kak Wardina dpt istiqamah! amin!

orang lain juga harus begitu. bukan setakat artis-artis, adik2 semua pun janganlah menutup aurat sekadar utk berfesyen ya! lakukannya ikhlas kerana Allah.

biasakan yang betul, betulkan yang biasa! heee. ^_^

Monday, March 19, 2012

Moodless Monday : Charlie! Kenapa kamu Kejam??

Assalammualaikum semua!

mood masih ke laut, tp sedang membina mood dh ni. huhuhh. bina mood boleh, bina badan lg xmo!

beberapa hari lepas, tgn dikencing sang charlie, ntah bila dia mengencing ntah. hahaha. hari ni, tangan yang dikencing sang charlie, masih belum sihat sepenuhnya.

abaikan tgn yg demok itu!

ini gambar beberapa hari lepas...

semalam tangan dah tahap kronik, ade air bisa di dalam kesan luka tu, sampai tmpt tu jadi kembung berair. last-last AK geram, AK cucuk! hahaahah.

hari ni rasanya dah ok sikit, dah kering tempat luka tu. harap2 akan baiklerr tangan AK. dah mcm ngeri dah AK tgk. huhuhh.

tapi yg pasti, kesan parut mesti ada punya. T_____T

ooh skrg masih penat lagi ni, lepas berjalan jauh....

dok dalam bas dari kol 11.30 pagi sampai 8 malam. kematu bontot. hahaaha. adoi!

rehat tak cukup ni... mau tidurrrr!

Thursday, March 15, 2012

No Time!

Assalammualaikum!

super duper bz.

xde masa nk pk entry...

keadaan xmengizinkan...

xde mood blogging..

akan kembali semula nnti.

=___________="

p/s : tp still lwt kawan2 heehe.

Monday, March 12, 2012

Moodless Monday : Layan Raja Lawak laa..

Assalammualaikum.

mood hari Isnin tak pernah nak elok. badi sungguh. haaha.

layan video la jom!

ini antara video Raja Lawak 6 kegemaran AK.


 
 Kumpulan Skema

 
 Kumpulan Gman

 Nak tau tak. apa yg lagi buat takde mood? dua2 kumpulan kt atas ni dah lama tersingkir dr Raja Lawak 6. pffft. paling syg, kumpulan gman, sbb sllu best tp tersingkir awal. 

nnti ade masa, AK share la video Raja Lawak 6 yg AK suka. hehee.



p/s : mood xde. argghh!

Friday, March 9, 2012

Hati tak tenang? Amalkan Doa Nabi Yunus.

Assalammualaikum semua.

hati kurang senang sikit hari ini, ada satu perkara yang membuatkan hati rasa resah, berkenaan hal di pejabat ni. salah sendiri sebenarnya, tapi taulah, bos tu kalau mengamuk... nauzubillah! semua org pasti takut punya. haha. tak tipu.

untuk tenangkan hati yang gundah, elok amalkan doa Nabi Yunus masa terperangkap dalam perut ikan Nun dulu. AK sllu amalkan doa ini.


Firman Allah :

“Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)
 Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

bila saja rasa diri tak tenang, dan dilanda kesusahan, AK amalkan doa ni.

pernah satu ketika, dekat bawah pejabat, ada enam ekor anjing yg boleh tahan garangnya, suka menyalak pada orang, sedang berkeliaran.

AK risau, kecut perut dalam hati. terus lafazkan doa ni berulang kali. Alhamdulillah, anjing2 tersebut berlalu tanpa mengganggu AK.

Sekarang hati tak tenang, moga Allah akan berikan ketenangan dan lepaskan AK dari kesusahan ini. amin!

Buat kawan-kawan, jangan lupa amalkan doa ini ya!

p/s : 

Thursday, March 8, 2012

Rumahku Hampir Diceroboh!

Assalammualaikum semua.. 

semalam, saat pulang dari makan malam, dalam pukul 9.30, ayah AK ingin mengunci pintu rumah. saat itu dia tersedar yang tempat mangga dekat pintu grill pintu tu mcm bengkok skit. lepas tu, tengok dekat mangga, dah ada kesan torehan macam nak dipotong.

mujur juga mangga tu tak habis dipotong, maka memang belum ada sesiapa yg masuk rumah tu.

rupa-rupanya dari petang tadi lagi, mak AK prasan yg grill tu senget, cuma mangga tu je dia tak perasan.

Ya Allah, terkejut AK rasa.

rumah AK di tingkat 3, yg tak punya sebarang harta tu pun boleh jadi sasaran pencuri. entah apa yang dia orang nak, AK pun tak tahu.

mujur mereka belum sempat masuk dan ambil apa-apa, kalau tidak, memang menangislah AK. yang paling AK takut hilang, tentulah Encik Shiro. itu sajalah harta yang AK ade. sobs..


hari ini, rumah tu AK kunci banyak-banyak, dan Encik Shiro AK bawak ke tempat kerja, sebagai langkah berjaga-jaga, kalau ada orang berjaya masuk rumah AK pun, tak ada apa yg boleh mereka ambil.

Ya Allah ya tuhanku..
Lindungilah rumah kami dan harta kami, yang kami kumpul dengan penat lelah kami, dari diragut mereka yang tidak berhak ya Allah. lindungilah kami dari niat jahat manusia yang dipandu syaitan. amin!

Kena selalu amalkan doa ni, lepas ni.


Doa Elak Kecurian 
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللهِ بَاقٍ

سورة النحل: 96
Maksud: Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. 


p/s : lepas dapat tahu kejadian ni, rasa sakit hati sgt pada pelaku. mujur dia belum ambil apa-apa. tp tetap rasa geram. moga Allah membalas prbuatan mereka. amin!

Wednesday, March 7, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Filem Aku Terima Nikahnya!

Assalammualaikum semua!
 masih kurang sihat. nak menulis entry pun jadi malas. lepas telan ubat batuk, rasa nak tidur je ni. huhuhhu.
 tak apalah!
 meh! AK nak share ngan korang. satu filem baru, keluaran MIG. masih di peringkat pengambaran. tp serius, AK tak sabar.
 sebab pe?
sebab ada Nora Danish dgn Ady Putra. auwww!
  Filem Aku Terima Nikahnya!
Filem romantik drama ini mengisahkan tentang hidup sepasang suami isteri Johan yang dibintangi oleh Adi Putra dan Arlisa dibintangi oleh Nora Danish yang baru sahaja berumahtangga yang mana secara tiba-tiba selepas berlaku suatu kemalangan, si suami mengalami Selective Amnesia dan lupa segala mengenai isterinya.Aku Terima Nikahnya menyaksikan pengorbanan Arlisa untuk mengembalikan semula ingatan suaminya.
 
sejak meletop citer Tentang Dhia, terus produser berebut nak ambik gandingan ni kan? hehe. mesti citer ni romantik habis. kalah Ombak Rindu. ah can't wait!
 

Monday, March 5, 2012

Moodless Monday : Running Nose, not Running Man...

Assalammualaikum semua!

haaa xde mood. sebabnye? selsema tahap tak boleh bernafas. =___=" kena bernafas ikut mulut je ni. dan setiap stgh jam, kena pergi toilet buang hingus. adoi la penat..


selsema ni jadi dr minggu lepas lg. mula-mula, Isnin lepas, bangun-bangun dr tidur, AK rasa tak selesa tekak sgt-sgt. n slowly sakit tekak tu jadi selsema smpai berair idung.

then slowly, jadi makin banyak. sampai skrg, dh dpt batuk berkahak. adoii.

balik kerja hari Sabtu aritu, badan jadik panas. lepas tu jadi sakit kepala sgt2. so balik tu, AK amik ubat dr akak AK. eh eh akak AK bukan doktor, hahaa. cuma cekau ubat dia je. hehee. smpai umah, solat Asar, then trus telan ubat n tidor.

bukak mata, tgk dh malam. cpt2 bangun takut terlepas Maghrib. last-last tgk jam pukul 9.58!!!!! arghhh! mmg Maghrib dah ghaib. T______T tnye mak AK, tak kejut ke. mak AK cakap, dh kejut, tp tak gerak-gerak. ampunkan aku ya Allah!!

tapi sakit kepala n demam-demam manja tu dah hilang. Alhamdulillah.

skrg still makan ubat batuk n selsema. tapi mengantuknya, tuhan saja yg tahu. cmne nak kerja ni? =_="

p/s : malas nak ambil MC. hadoii. tapi kalau tak sembuh gak, terpaksalah nnti. doakan kesihatan AK yer. mekasih!

Friday, March 2, 2012

Hukum Ambil Gambar Pra-Perkahwinan.

Assalammualaikum semua!
 
Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini

-Ustaz Zaharuddin-
ini contoh ya. contoh! paham tak, contoh? hehe.

 Mengulas tentang isu ini, memang sekarang dah jadi trend. sebelum kahwen ada Pre-Wed Photoshoot. bergambar sakan, dengan mesra seolah-olah dah diijabkabul. apa motif nak buat Pre-Wed ni? AK pun tak paham. mungkin nak letak gambar tu dekat kain rentang @ bunting tunjuk rumah kenduri agaknya. heheeh.

Bila buat Pre-Wed, dah tak pk halal haram dah. tangkap gmbar pegang tangan, peluk bahu semua padahal belom jd suami isteri. umat Islam zaman skrg mmg dh tak fikir dah hal tu, asalkan mereka ikut trend. 

dari dulu lagi, AK perasan, perkara ni mcm tak betul. sbb bila buat pre-wed, sah sah lah mcm2 aksi mesra yg dibuat. kalau buat pre-wed, bleh janji ke buat aksi yg berjauhan, langsung tak bersentuhan? AK rasa mmg takkan boleh. hehe.

pesan AK, kalau nak adakan photoshoot pun, lepas kahwin lah yer. itupun jgn la tangkap gmbo aksi terlampau sgt. nak bermesraan, cukuplah saat berduaan saja, bukan untuk tontonan umum aksi peluk cium melampau tu. hehe.

ok sekian! biasakan yang betul, betulkan yang biasa ok!

Thursday, March 1, 2012

Angau pada Cikgu/Lecturer Idaman Ramai?

Assalammualaikum semua!

wah tajuk macam skandal sungguh. hahaa. oh tidak! hahahaa. sebenarnya tak pernah ada pengalaman macam tu. almaklumlah cikgu-cikgu AK dl semua dah beristeri, dah berusia 30an haha.

tak ada pun cikgu idaman ramai kt sekolah dulu. hmm, seingat AK mmg xde kot, zaman sekolah. tp best jugak kan, kalau jadi cmni. cikgu dlm 20an, pelajar 17 tahun. ble habis SPM terus kahwin, rahsiakn perkahwinan time kt U. lepas tu tercinta ngan org len kt U, eh haip haipp! ni AK tgh kembangkan cerita novel ke apa ni? =__="

zaman kt U, ade jugak lecturer yg hot. tp AK biase je, xtertarik mana pun dgn lecturer konon2 hot ni. pernah satu ketika, kecoh satu fakulti, ada lecturer baru yg sgt kachak dan badan tegap baru mengajar. semua begitu teruja nk tgk lecturer tu. kawan AK pn sama. dia dengan terujanya pergi skodeng lecturer tu, tunggu depan pintu fakulti dgn harapan lecturer tu akan keluar dr biliknya. maka kami akan dpt la tgk wajah dia yg kachak seperti digemburkan tu.

sekali keluar..

err.. ok badan mmg tough, tp tidaklah sekachak mana pun. =_=" tp kawan AK ttp teruja. budak2 kelas yg lecturer ni ngaja pun sllu citer psl lecturer ni. mmg jadi idaman la lecturer tu. hahaha. adoii.

tapi takde pulak dgr, kisah student kawen dgn lecturer time kt U AK dl. hehe.

hah! satu lagi kisah. ada sorg lecturer baru yg ajar kelas AK. hehe. dia masih bujang time tu. masa tu mmg kami semua suka tgk muka dia sebab muka org baik-baik. tapi xdelah sampai jatuh hati ke apa.

satu hari, lecturer tu tgh mengajar. tiba-tiba kawan AK menjerit, tp jeritan tu kami-kami je yg dgr.

"rambut jatuh! rambut jatuh!"

terkejut mak! kami dh pelik, terus tgk kt depan. ingatkan lecturer idaman ramai tu pakai rambut palsu, lepas tu rambut dia jatuh. =_="

rupa-rupanya beberapa helai rmbut lecturer tu jatuh berjuraian di dahi. T___T

kawan AK teruja sbb jatuhan rambut itu mengkachakkan lagi wajah lecturer itu gamaknya. hahaa.

adoi!

apa kes tiba-tiba AK cerita pasal kisah ni?


sebab kalau cikgu/lecturer AK mcm kt atas ni, mesti AK dh angau dh dl. hahahahaah!

cikgu nak marah pun marah la. hari-hari saya tetap pergi sekolah. ^_______^

hahha. ini gambar dr cerita terbaru, slot Akasia. mungkin ganti citer Atas Nama Cinta nnti. tajuk drama ni, Seindah Sakura. jom nantikan!
Related Posts with Thumbnails