~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, March 8, 2012

Rumahku Hampir Diceroboh!

Assalammualaikum semua.. 

semalam, saat pulang dari makan malam, dalam pukul 9.30, ayah AK ingin mengunci pintu rumah. saat itu dia tersedar yang tempat mangga dekat pintu grill pintu tu mcm bengkok skit. lepas tu, tengok dekat mangga, dah ada kesan torehan macam nak dipotong.

mujur juga mangga tu tak habis dipotong, maka memang belum ada sesiapa yg masuk rumah tu.

rupa-rupanya dari petang tadi lagi, mak AK prasan yg grill tu senget, cuma mangga tu je dia tak perasan.

Ya Allah, terkejut AK rasa.

rumah AK di tingkat 3, yg tak punya sebarang harta tu pun boleh jadi sasaran pencuri. entah apa yang dia orang nak, AK pun tak tahu.

mujur mereka belum sempat masuk dan ambil apa-apa, kalau tidak, memang menangislah AK. yang paling AK takut hilang, tentulah Encik Shiro. itu sajalah harta yang AK ade. sobs..


hari ini, rumah tu AK kunci banyak-banyak, dan Encik Shiro AK bawak ke tempat kerja, sebagai langkah berjaga-jaga, kalau ada orang berjaya masuk rumah AK pun, tak ada apa yg boleh mereka ambil.

Ya Allah ya tuhanku..
Lindungilah rumah kami dan harta kami, yang kami kumpul dengan penat lelah kami, dari diragut mereka yang tidak berhak ya Allah. lindungilah kami dari niat jahat manusia yang dipandu syaitan. amin!

Kena selalu amalkan doa ni, lepas ni.


Doa Elak Kecurian 
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللهِ بَاقٍ

سورة النحل: 96
Maksud: Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. 


p/s : lepas dapat tahu kejadian ni, rasa sakit hati sgt pada pelaku. mujur dia belum ambil apa-apa. tp tetap rasa geram. moga Allah membalas prbuatan mereka. amin!

4 comments:

Kakzakie said...

Semakin tidak aman walau hak hasil pencarian sendiri. Hari ini driver tempat kakak kerja emergency leave sebab rumah dia masuk pencuri habis semua tak tinggal... yg tertinggal jacket pencuri yg lembab mungkin dia tergesa-gesa sampai lupa...

nabilah_2908 said...

Ya Allah...takutnya...

entah2 si penyangak ni dah lama kot perhatikan rumah AK...

hati2 eh AK...

Ardini Humaira said...

kerap betul kes kecurian skang ni kan Ak.. dni pun risau kawasan perumahan dni. huuhu semoga dijauhkan daripada berlaku perkara tu.. tak terserempak takpe. kalau terserempak, risau di apa-apakan :'( nauzubillah...

ainz said...

Nasib baik tak sempat..mangga tu ganti yang lagi besar n tebal,AK..langkah2 keselamatan..take care..

Related Posts with Thumbnails