~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label Islamik. Show all posts
Showing posts with label Islamik. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Jika Kau Pilih Aku...


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan boleh menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah ♥ Kau memilih aku kerana DIA ♥
 
Sumber : Facebook
 
p/s : suka nukilan ni. heeee.

Friday, June 8, 2012

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

Assalammualaikum semua!

Kita dah sampai ke hari Jumaat yang mulia. maaflah sejak akhir-akhir ni tak mampu nak update entry. mula-mula tak ada mood, skrg ni pulak ditambah lg dengan keadaan yg tak mengizinkan. so mungkin lepas ni, AK kena slow down skit. bila ada kesempatan baru berblog. hehe.

Apapun, nak kongsikan artikel ini yang AK petik dari FB. hehe.


“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.

p/s : sedang mencari seorang Imam. wah gitu. hehe. 

Friday, May 18, 2012

Doa Bertemu Jodoh dan Cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami

Assalammualaikum semua!

terjumpa doa ini di laman FB, jadi saja nak kongsi. hahaha.

erk erkk. bukan bermaksud AK dok cari doa ni eh. tiba-tiba saja ada orang post dekat FB, maka AK ambillah. mana tau boleh amal kan? heheeh.


hehe. boleh la amal pada sesiapa yang nak amalkan ok. hehe.

lagi satu, mari dengar kata-kata Ustazah Fatimah Syarha, tentang cara-cara Seorang Muslimah Mengenali Bakal Suami. ehem.



Lembut sangat bicara Ustazah Fatimah Syarha, bertuah Dr. Farhan kan? aduhh. AK pun rasa lembut ati, bila dengar tutur kata dia.

sama-sama ambil ilmu yer. hehe.

p/s : ok entry ini ditulis bukan sebab si penulis, terdesak mencari bakal suami, sekadar berkongsi ilmu dan membuat segala persediaan untuk masa hadapan. hahaah.<

Friday, April 20, 2012

Syarat Pakai Tudung Sempurna

Assalammualaikum semua!

kurang sihat skit hari ni, kepala sakit dari tadi. tak apalah, sakit itukan kifarah dosa. ^_^

hari ni nak share pasal satu video menarik dari ustaz yg tgh top skrg ni. ustaz don. mari sama2 kita berkongsi ilmu yer. hehe.

jgn asyik rasa ustaz don tu hensem, kacak, tapi ambillah pengajaran dan ilmu dari apa yang beliau sampaikan. okeh!


kalau tak boleh tgk video tu, boleh tgk gmbo ini. eheeh.

mari sama2 perbetul diri. biasakan yang betul, betulkan yg biasa!

klik utk tumbesaran

p/s : ok dh jgn berangan nk jadikan Ustaz Don calon suami, beliau dah bertunang ok. hehe.

Friday, April 6, 2012

6 Perkara yang Allah Sembunyikan...



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

p/s : Jibrail solat sunat 2 rakaat slma 20 000 tahun 1 rakaat. kita solat sunat 2 rakaat yg xsampai lima minit pun malas. T__T ganjaran Allah nk bg, cukup senang. tapi kita yg susah nak laksanakan. 

p/s  lg : oh malasnye mau update blog. huhu. xde mood la pulak sejak 2 menjak ni.

Friday, March 23, 2012

Mari Belajar Cara Wuduk Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum!

 maaf semalam tak dapat bersiaran dek kerana kerja yang menimbun. langsung tak boleh jenguk sesapa pun. sobss.

sempena Jumaat yang mulia ni, marilah kita sama-sama belajar cara wuduk Rasulullah S.A.W. moga dengan perkongsian ini, wuduk yang kita ambil akan menjadi lebih sempurna dan diterima Allah.

moga wuduk yang membasahi wajah kita, akan menerangi wajah kita di akhirat kelak. amin!

 

AK pernah baca, yang air paip sepatutnya dibuka perlahan saja supaya air yang sudah kita guna, tidak akan terpercik pada air mutlak hingga menjadikan wuduk kita tidak sah.

tengok video ni, air tu dibuka sedikit saja. kan? ^___^

biasakan yang betul, betulkan yang biasa. sama-sama belajar, sama-sama beramal!

Friday, March 9, 2012

Hati tak tenang? Amalkan Doa Nabi Yunus.

Assalammualaikum semua.

hati kurang senang sikit hari ini, ada satu perkara yang membuatkan hati rasa resah, berkenaan hal di pejabat ni. salah sendiri sebenarnya, tapi taulah, bos tu kalau mengamuk... nauzubillah! semua org pasti takut punya. haha. tak tipu.

untuk tenangkan hati yang gundah, elok amalkan doa Nabi Yunus masa terperangkap dalam perut ikan Nun dulu. AK sllu amalkan doa ini.


Firman Allah :

“Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman." (Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)
 Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

bila saja rasa diri tak tenang, dan dilanda kesusahan, AK amalkan doa ni.

pernah satu ketika, dekat bawah pejabat, ada enam ekor anjing yg boleh tahan garangnya, suka menyalak pada orang, sedang berkeliaran.

AK risau, kecut perut dalam hati. terus lafazkan doa ni berulang kali. Alhamdulillah, anjing2 tersebut berlalu tanpa mengganggu AK.

Sekarang hati tak tenang, moga Allah akan berikan ketenangan dan lepaskan AK dari kesusahan ini. amin!

Buat kawan-kawan, jangan lupa amalkan doa ini ya!

p/s : 

Friday, March 2, 2012

Hukum Ambil Gambar Pra-Perkahwinan.

Assalammualaikum semua!
 
Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini

-Ustaz Zaharuddin-
ini contoh ya. contoh! paham tak, contoh? hehe.

 Mengulas tentang isu ini, memang sekarang dah jadi trend. sebelum kahwen ada Pre-Wed Photoshoot. bergambar sakan, dengan mesra seolah-olah dah diijabkabul. apa motif nak buat Pre-Wed ni? AK pun tak paham. mungkin nak letak gambar tu dekat kain rentang @ bunting tunjuk rumah kenduri agaknya. heheeh.

Bila buat Pre-Wed, dah tak pk halal haram dah. tangkap gmbar pegang tangan, peluk bahu semua padahal belom jd suami isteri. umat Islam zaman skrg mmg dh tak fikir dah hal tu, asalkan mereka ikut trend. 

dari dulu lagi, AK perasan, perkara ni mcm tak betul. sbb bila buat pre-wed, sah sah lah mcm2 aksi mesra yg dibuat. kalau buat pre-wed, bleh janji ke buat aksi yg berjauhan, langsung tak bersentuhan? AK rasa mmg takkan boleh. hehe.

pesan AK, kalau nak adakan photoshoot pun, lepas kahwin lah yer. itupun jgn la tangkap gmbo aksi terlampau sgt. nak bermesraan, cukuplah saat berduaan saja, bukan untuk tontonan umum aksi peluk cium melampau tu. hehe.

ok sekian! biasakan yang betul, betulkan yang biasa ok!

Friday, January 20, 2012

Apa Itu Istidraj?

Assalammualaikum semua.

hari ni AK nak berkongsi pasal Istidraj. apa itu Istidraj?

pernah tak kawan-kawan terfikir..

si A ni tak pernah patuh suruhan Allah, tapi dia selalu dilimpahi kemewahan, hidup bahagia etc. kenapa Allah bagi pada dia? sedangkan org yg beriman dan taat pada suruhan Allah hidup susah, kadang kala ditimpa dengan pelbagai dugaan.

AK pernah jugak terfikir pasal ni. dan Alhamdulillah AK dah dapat jawapannya. jom AK share jawapannya.

Apa itu ISTIDRAJ???


Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Friday, January 13, 2012

Hukum Ambil Wuduk Semasa Bercelak.

Assalammualaikum semua!

sejak mengenal mekap, AK paling suka pakai celak.. suka sangat. tapi kan, sllu timbul kemusykilan, sah ke kalau AK amik wuduk dengan mata bercelak?

sampailah satu saat, AK dah jarang bercelak sbb risau kang nak solat, susah pulak nak tanggalkan. cek ni dah le malas nak belek lama2 buang celak semua. haha.

tapi kdg2 pakai jugak, lagipun celak kan sunnah Rasulullah. hee.


nampak tak? celaknye? haha.

so utk selesaikan kemusykilan AK, AK cari kt tenet, psl hal ni. dan inilah jawapan yang AK jumpaa..


Telah datang kepada saya satu pertanyaan daripada seorang kenalan(wanita) berkenaan kemusykilan mengenai perihal bercelak dan wudhu. Soalannya adalah.

Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).

HUKUM BERCELAK MATA

Pendapat yang pertama
1) Sunat Bercelak Mata
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)
Dalam hadis lain dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali” – (Ibnu Majah – At Tibbun Nabawi)
2) Faedah Lain Bercelak Mata
Seperti mana yang disebut di dalam At Tibbun Nabawi, bahawa perbuatan mencelak mata boleh mendatangkan beberapa faedah :
i. Menyihatkan mata
ii. Menguat dan membersihkan (menerangkan) pandangan
iii. Menghilangkan penyakit mata
iv. Mencantikkan warna atau menyinar cahaya mata
Bercelak mata sunat bagi wanita, dengan syarat bercelak pada bulu mata dan kening sahaja tanpa berlebih-lebihan sehingga menyerupai solekan wanita jahiliah. Seperti mewarnakan kelopak mata dengan pelbagai warna, menambah alis mata palsu dan sebagainya, termasuk memerahkan pipi dan mengincukan bibir dengan warna merah berlebihan adalah dilarang, kerana semuanya adalah tabarruj jahiliah yang dilarang.
Namun, jika wanita bersolek untuk suaminya, walaupun menyerupai tabarruj jahiliah adalah digalakkan dan sunat pula (berpahala). Tapi jika untuk keluar rumah dan untuk diperlihatkan kepada umum sahaja adalah dilarang.

Pendapat yang kedua  dibawah ini pula adalah jawapan daripada Ustaz Izhar Idrus:

Soalan:
Assalamu'alaikum wbt ustaz..
Saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak? bagi perempuan terutamanya..boleh atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki? harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..

Jawapan:
Waalaikum salam wbt. Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud :
"Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"
Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya :
"Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"
Berkata ulama "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.
Jadi ulama telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.
Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

Berbalik kepada Soalan: Bagaimanakah hukumnya mengambil wudhu, sah atau tidakkah wudhu tersebut sedang saya memakai celak. Dan celak tersebut adalah dari jenis yang kalis air(water resist).

Mengenai sah atau tidak wudhu' itu, hendaklah dilihat  kepada jenis celak yang dipakai. Sekiranya celak itu jenis 'water resistant' maka pasti wudhu' tidak sah kerana syarat sah wudhu' adalah meratakan air ke seluruh kulit(anggota wajib untuk sah wudhu’ dan wajah itu salah satunya) ,yang didalamnya termasuk kelopak mata. Apabila wudhu' tidak  sah, maka solat pun ikut sama tidak sah. Jika dilihat dalam masalah ini , (terpaksa mengunakan remover liquid baru hilang, maka jelas wudhu’ itu tidak sah selagi tidak menanggalkannya dengan jelas). Dan tidak meninggalkan sebarang was-was.
Oleh sebab itulah, dinasihati. Elakkanlah dari produk-produk yang bakal mendatangkan was-was. Dan pilihlah celak yang tidak mengandungi bahan-bahan subahah. Seperti ismit mekah (contoh yang terbaik untuk digunakan).
Ingin saya menyentuh sedikit berkenaan dengan hukum  mengunakan produk-produk kosmetik yang berasaskan haiwan, tidak kira ianya kulit atau tulang, atau lemak-lemaknya. Atau apa saja dari binatang berkenaan. Ada beberapa hal atau keadaan yang perlu diperhatikan.
Yang pertama adalah asasnya haiwan itu adalah haram atau najis hidup atau matinya. Seperti anjing dan babi. Maka haramlah hukum mengunakan produk-produk tersebut(mutlak keharamannya). Kecuali dalam keadaan darurat seperti perubatan, tetapi hukumnya tetap tidak menjadi harus. Tetap juga haram. Dan perbuatan tersebut dibolehkan oleh sesetengah pendapat, tetapi tetap perlu bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas perbuatan tersebut.
Yang keduanya adalah asasnya haiwan itu tidak najis sewaktu hidupnya tetapi menjadi najis apabila ia telah menjadi bangkai seperti, harimau, kucing, dan sebagainya. Maka hukumnya juga tetap haram. Untuk tujuan kosmetik (berbeza dalam tujuan perubatan, kerana ianya berkaitan dengan keadaan darurat, maka itu diharuskan)
Yang ketiga adalah asasnya haiwan itu adalah halal seperti lembu, ayam, kijang, rusa dan sebagainya. (haiwan yang perlu disembelih) Tetapi dalam keadaan ini ianya tidak disembelih. Maka situasi ini saya letakkan ditahap makhruh tahrimi (hampir kepada haram). Kecuali dalam hal perubatan ianya adalah harus.
Yang lebih menyakinkan adalah yang keempat ini. Yaitu produk yang berasaskan haiwan yang halal dan disembelih mengikut syariat sah sembelihan. Maka inilah yang lebih baik dari yang lain. Dan tidak mendatangkan was-was dan curiga.
Sedang dalam hal ini (mengunakan celak kalis air atau water resist yang berasaskan bahan-bahan kimia) adalah harus. Tidak salah. Tetapi jika hendak mengambil wudhu’ dipastikan sepenuhnya yang celak tersebut telah ditanggalkan dan tidak tertinggal walau pun sedikit sehingga menghalang wudhu’ kepada kulit.
Dan pendapat yang ketiga ini adalah pendapat saya. Dan seperti yang para pembaca sekelian maklum, saya bukanlah orang yang arif dalam bidang fiqh. Maka rujuklah pendapat ini kepada orang yang lebih tokoh sebelum berpegang dengannya.
Hadits-hadits berkenaan dengan celak ini terdapat juga didalam Sunan Abu Daud. bab. Bercelak. Hadits no.3898, Ibnu Majah, Hadits no. 3497 dan 3498. dan Tirmidzi,pada bab. Perhiasan. Hadits no. 1757.

sumber : SINI

Maaf panjang skit artikel ni.

tapi apa yang nak diberitahu ialah celak tu mmg harus, tapi kalau dia bersifat water resistant, mmg la tak sah wuduk kita. so kalau nak pakai celak, ble berwuduk, make sure tanggalkan dl celak tu ye.

zaman Rasulullah dulu, Baginda guna celak ithmid iaitu celak dr sejenis batu celak. yg ni tak kalis air. so mudah.

p/s : kat mana nak cari celak ithmid eh? kalau kt kampung, ade la dlm botol tu kan. heheeh. kalau versi moden nye ade x? hehe.


Friday, January 6, 2012

Aku Ada Dia... ^_^



Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang
hendak dibuat, ingatlah..anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang
Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu
dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu
mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu.
Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan
berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu
diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah
iradatNya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di
sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi
satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan
keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah
kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan
diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahkan dirimu kepada Dia. Satu-satunya tempat yang boleh
digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari
kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Friday, November 11, 2011

Kisah COUPLE seorang Lelaki Islam.

Assalammualaikum!
kalau rajin, bacalah kisah kat bwah ni eh.

bukan penulisan AK sendiri, tapi sebuah kisah yg AK amik dr Facebook.

---------------------------------------------


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


******


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. . 

tamat.

-------------------------------------------------------

nota kaki : dulu AK selalu mengejar cinta, sentiasa rasa nak bercinta, tapi semua cinta yang AK nak, xpernah AK dapat. sekarang AK bersyukur sebab AK xpernah bercinta, xpernah menghalalkan perkara yang haram ni, semoga kita semua terhindar dari zina hati ini. amin..


Friday, November 4, 2011

Maksud Bacaan Semasa Duduk Di Antara Sujud



TAHUKAH ANDA.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Renung2 kan, selamat beramal......
 
sumber : facebook
 
p/s : betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul. ^__^

Friday, October 14, 2011

Sabarlah Menghadapi Ujian

Assalammualaikum semua!

hari Jumaat nan indah ini, ada eloknya kita bermuhasabah diri.


dalam hidup kita ini,  kalau tak ada dugaan, bukan kehidupanlah namanya.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" - Al-Ankabut:2-3
AK bersyukur pada Allah kerana sepanjang 25 tahun hidup di muka bumi ciptaanNya ini, belum ada lagi ujian yang AK rasa tak mampu nak hadapi, dan rasa nak menyerah kalah.

tapi AK akui, hati AK sgt rapuh. AK belum tentu mampu hadapi ujian yang Allah timpakan pada org lain. tapi Allah tahu setakat mana yang AK mampu bertahan.

begitu jugak kawan2. kalau kita dilanda ujian, yakinlah bahawa Allah menguji kita setakat mana yg kita mampu hadapi.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286
lagipun, bukankah ujian itu penanda aras bagi iman. selagi kita cekal menghadapi ujian Allah, maka kian bertambahlah iman kita.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Kalau kita lihat zaman sekarang ni, bila kita dapat satu ujian yang kecil pun kita sudah keluh kesah, merintih dan menyesali nasib diri.

kenapa kita tidak kembali kepadaNya dan memohon kekuatan dari Pencipta kita?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

AK pun tidak tahu, apa ujian yang bakal menimpa AK di masa hadapan, namun AK berdoa supaya Allah akan sentiasa memberi AK kekuatan untuk menghadapi ujian ini. amin..

p/s : entry ini ditulis bknlah kerana AK sedang ditimpa ujian, sekdar peringatan utk diri dan sahabat sekelian agar tabah dlm menghadapi ujian.

Friday, October 7, 2011

Tutuplah Aurat Kalaupun Hendak Berfesyen...

Assalammualaikum semua!

Salam hari Jumaat semua..



beratus juta kali ditegur pun kalau tak nak dengar jugak, nak buat apa lagi kan...

hehe.

bagi prempuan isu aurat ni sensitif bg dorang, mcm sensitifnya isu rokok itu haram bg lelaki. tp sebagai sesama Islam kita tak boleh nak butakan mata dan pekakkan telinga.

skrg ni ramai yg berhijab dgn niat berfesyen, sebab mcm2 fesyen yg cantek2 ade kan. hihhi. pashmina la, tudung awning la, selendang satin la. mcm2 lagi la yg AK xtau istilahnye..

nak berfesyen boleh, tapi boleh tak.. boleh tak, dgr nasihat akak yg tak brape byk ilmu ni, tp tahulah halal haram. hehe. 

akak cuma nak nasihat, kalau berfesyen tu, jgn la smpai melanggar batasannye ya. hehe. peace! ^__^

Heliza Helmi pun dah bertudung litup melepasi dada, anda bila lagi? hehe.
Related Posts with Thumbnails