~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, January 6, 2012

Aku Ada Dia... ^_^



Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang
hendak dibuat, ingatlah..anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang
Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu
dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu
mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu.
Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan
berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu
diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah
iradatNya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di
sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi
satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua orang disekeliling tidak mahu mendengar suara dan
keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah
kepada Dia Yang Maha Kaya.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan
diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya,
serahkan dirimu kepada Dia. Satu-satunya tempat yang boleh
digantungkan harapan.

Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari
kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

5 comments:

Kakzakie said...

Sentiasa ingat kita sentiasa bergantung atas kehendakNya...

ainz said...

Waktu susah kita mencariNya..kadang2 bila dah senang, kita lupa..semoga kita tak tergolong dalam golongan yang alpa..thanks AK kerana memperingati.. :)

nabilah_2908 said...

setuju dgn Ain....itu la yg selalu berlaku...hmmm..

terima kasih AK share tntg ni... :)

Dilla Ady said...

selalunye bile susah baru le terhegeh2 cari Dia...kekadang rase malu jugak, tpi tu la yg selalu berlaku..huhuhu

thnks AK tuk perkongsian ni!

PinQib said...

Allahuakbar.. !~~

Related Posts with Thumbnails