~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Friday, September 28, 2012

Jika Kau Pilih Aku...


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan boleh menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah ♥ Kau memilih aku kerana DIA ♥
 
Sumber : Facebook
 
p/s : suka nukilan ni. heeee.

Thursday, May 3, 2012

Lelaki Yang Baik...


Lelaki yang baik itu tidak akan sekali mengangkat tangannya padamu,
apatah lagi mengherdikmu dengan kata-kata hina...

Lelaki yang baik takkan sesekali meminta untuk memegang tanganmu,
dia takkan sesekali menyentuh kamu sebelum kamu halal disisinya..

Lelaki yang baik hanya akan memegang tangan ayahmu,
dan meminta izin darinya untuk menyuntingmu sebagai isterinya..
kalau sayang, tak perlu menyentuhnya,
kalau cinta, tak bererti kau halal buatnya,
kalau rindu, tak perlu telefon sentiasa,
jangan sampai zina hati juga ada,
jadi elakkan bercinta-cinta,
kalau dah sayang, kahwin saja,
biar kamu halal disisinya...

#cinta itu nikmat dunia, tapi janganlah sampai kamu hanyut hingga ke neraka. cinta yang benar itu adalah cinta yang membawamu sampai ke syurga...♥

Thursday, October 13, 2011

Bicara Cinta : Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita cintai dalam hidup kita?

Assalammualaikum semua!

sekali lagi bersiaran lambat kan? hahaah. mcm dah jadi tabiat pulak, ptg2 baru update. ntah le sejak dua menjak ni kering idea skit. hehe. lagipun asik bz jer.

hari ini boleh tak, kalau nak berbicara pasal cinta? haha. tetibe. ok AK ade blog psl cinta ni, tapi xpelah, hari ni AK buat pengecualian.


seorang kawan AK ade menyoal...

"Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita cintai dalam hidup kita?"


sejujurnya, AK bukanlah org yg arif dalam hal ini sebab kdg2 AK sendiri tewas dalam perjuangan utk melupakan org tu. tapi AK masih mencuba! ^__^ ok walaupun AK xpernah bercinta pun. hahahaah!

orang cakap bercinta itu manis sekali, tapi bila kita putus cinta, kesannya akan sgt buruk.

jadi AK bersyukur sangat, walaupun AK xpernah merasa nikmat cinta, tapi AK juga xmerasa seksanya rasa putus cinta. hehe. 

Alhamdulillah, sebab Allah masih melindungi AK dari nikmat dunia yg alpa ini. nak bercinta lepas kahwin saja, itu yang sebaiknya, sebab mmg xada istilah bercinta sebelum kahwin pn dlm Islam.

hehe.

ok berbalik pada persoalan di atas.. macam mana nak lupa?

makan pil hilang ingatan?

bukanlah..

cumaaa...

kene kuat semangat.

kita takkan dapat lupa 100%, tapi biarlah sekurang-kurangnya perasaan itu tak menganggu hidup kita lagi.

bila setiap kali perasaan kita nak jauh melayang, tangkap balik perasaan tu, sumbat dlm beg, lempar dlm sungai. boleh? haha.

eh eh main2 pulak AK ni.

maksudnya jangan dilayan perasaan kita tu.

Alhamdulillah, AK rasa AK makin kuat sekarang. AK redha dengan ketentuan Allah, namun keyakinan untuk berjumpa dengan jodoh yang terbaik buat AK tetap kuat! AK yakin pada janji Allah. Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk hati AK, dan AK berhak untuk menjadi pemilik tulang rusuknya.


pada kawan2 yang putus cinta @ frust dengan cinta yang tak berbalas..

Tabahkan hati, cekalkan jiwa.

sesungguhnya ada insan yang lebih baik untuk kita. sentiasa berdoa pada Allah supaya diberikan jodoh yang terbaik. amin!


p/s : Aku memohon pada Allah agar mengizinkan aku untuk menjadi pemilik tulang rusuk kamu. tapi Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, kerana kamu bukanlah yang terbaik untuk aku. 

Senyum, dan teruskan kehidupan. ^_____________^
Related Posts with Thumbnails