~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Moodless Monday : Sebelum Basi...

Assalammualaikum semua!

gila tuan tanah macam biskut. sekejap ada sekejap tak ada. jangan salah saya! salahkan mood yg asyik upside down haha!

ok apa yg basi? bukan makanan. bukan! tapi entri ini. entri tentang AidilAdha. ya betul. ok dah basi dah tu marilah layan gambo sajaa.

ini adalah masa keluarga MakSu buat jamuan untuk family. memang sodap aih! mantoppp! makan sampai kenyang. heehe.


auni cuba buat simbol peace!

copy-paste
auni-emak-liya-maktok-ayah
maklang-paklang-maktok-ayah-paknjang
menu- mee udang!
menu-pizza air tgn maksu. mmg mantop!! mcm pizza hut!
bukti kemantopan hidangan. abang ipar dan ayah sedang pulun sakan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
saya malu...
-
-
-
-
-
-
tapi ini satu-satunya gambo mak ngah dengan auni..
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
maka terima lah...

pipi tu tak boleh tembam lagi ke? T______T
 

Friday, February 10, 2012

Al Fatihah Buat Tok Nek...

Assalammualaikum semua.

minggu depan AK sambung cerita pasal trip yer. hari ni, nak minta jasa baik kawan-kawan semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Tok Nek AK yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa lepas.


Tok Nek AK adalah ibu kepada arwah Tok AK yg pergi, bulan 10 yang lalu.

Arwah pergi pada usia 92 tahun. arwah memang panjang umurnya sampai ada kalanya dia sedih, sebab anak2nya sudah pergi menghadap Ilahi dan dia masih diberikan umur yang panjang oleh Allah. Tok Nek selalu berharap yang Allah akan cepat menjemputnya, mungkin kerana dia tidak mahu menyusahkan sesiapa lg, juga mungkin kerana arwah sedih, anak2nya pergi dahulu dr dia.

Tok Nek masih kuat walaupun usianya sudah lanjut, cuma penglihatannya sudah kabur, dan dia sudah tidak boleh bergerak ke mana-mana. walaupun begitu, sgt senang menjaga tok nek.

masa arwah tok ada dl, tok pernah menjaga tok nek. sepnjang masa, tok nek habiskan di tikar sembahyang, beribadah, dan toknek kerap berpuasa. dia tidak perlu dipimpin utk ke tandas, kerana tok nek melakukannya sendiri.

pernah ada orang yang bertanya pada seorang ustaz, apa rahsia tok nek sampai panjang umurnya.
ustaz tu cuma cakap.. tok nek selalu berdoa minta dipanjangkan umur supaya dia boleh beribadah, jadi selagi toknek kuat beribadah, selagi tu Allah panjangkan umurnya. Alhamdulillah, Allah sayang pada tok nek dan dengar doanya...

sesungguhnya tok nek memang orang yang terpilih, yang dimakbulkan doanya oleh Allah...

kakak AK cerita, masa balik kampung pergi kenduri saudara, mereka ada menjenguk tok nek buat kali terakhir, AK saja yg tak berpeluang. T_T 
masa tu, Tok nek seolah tahu yg umurnya sudah tidak panjang. dia cakap pada kak AK..

"Ini last la nak jumpa tok nek. lepas ni tak jumpa dah..."
seolah-olah tok nek tahu ajal makin menjemput...

Walaupun sedih, tapi AK tak terkilan. sebab Tok Nek sudah lama rindu untuk menghadap Penciptanya. semoga roh Tok Nek tenang di sana. moga kuburnya terang dan bercahaya serta luas seluasnya. moga tok nek ditempatkan bersama orang beriman dan disayangi Allah.. amin!

Al-Fatihah!


Friday, January 27, 2012

Rindu Tok Sangat2... Al-Fatihah!

Assalammualaikum semua!


semalam saat ingin tidur, asyik terbayangkan wajah arwah Tok. dan wajahnya cukup manis, tersenyum memandang aku. ah betapa hati ini rindukan senyuman itu. senyuman yang baru kerap terukir lewat usia tuanya.

masa zaman aku kecil dulu, tok adalah insan yang paling garang bagiku, sebab tu aku lebih rapat dengan wan. wajah tok susah untuk senyum. setiap kata-katanya menggentarkan jiwaku. teringat dulu, cerita mak, tok lagi garang zaman dia kecil dulu. sampaikan mak balik dari bermain kala senja, tok mengejar mak dengan parang sampaikan mak menyorok di sebalik susunan kayu api.

zaman aku kecil, tok memang garang, tapi tidaklah sampai tangannya naik. cuma mulutnya saja berbisa, lagi pedas dari cili terpedas di dunia barangkali. saat aku sudah menginjak dewasa, 2-3 tahun kebelakangan ini barulah tok jadi tidak garang. mungkin kerana usianya yg sudah lanjut membuatkan dia sudah malas hendak menjadi garang.

2-3 tahun kebelakangan ini, barulah aku nampak senyuman tok. sgt manis! tok sllu gelak bila aku buat lawak. bila aku bersalam dengan tok, tok akan gosok tgn aku smbil mengomel betapa montelnya tgn itu.

pernah sekali, tok berkata padaku.

"Bila nak kurus ni. kurus besok, barulah ada org nak."

pertanyaan itu buat aku ketawa. 

tapi kini, rasa sedih mencengkam jiwa kerana tok tidak sempat lihat aku kurus. walaupun entah bila aku mampu jadikan perkara itu satu kenyataan.

aku masih ingat wajah tok saat tok sedang mengucup jenazah wan. wajah yg kehilangan. dan tanpa disangka, tok menyusul 10 hari kemudian. ah indah benar cinta itu. cinta tok pada wan, benar-benar sejati hinggakan sehidup semati.

saat kali terakhir mengucup tok, tok berbau harum sekali, pipi tok sangat lembut. wajah tok tenang. alhamdulillah tok pergi pada hari Jumaat. InsyaAllah tok selamat dari seksa kubur kerana aku yakin tok adalah insan yang beriman, kerana tok rajin beribadah. moga tok ditempatkan bersama para solihin dan kuburnya terang berderang serta luas saujana mata memandang. amin!

esok genap 3 bulan tok pergi. cucumu ini akan sentiasa merindui tok. rindu teramat sgt. terima kasih kerana di hujung usia, tok sudi tersenyum buatku. ^_^

rindu tok...

Al-fatihah!


p/s : dulu kurang terasa bila tengok scene dlm drama, babak org meninggal berbalut kapan. lepas tok dan wan pergi, barulah terasa benar scene tu. teringat tubuh tok dan wan yg kaku siap berkapan. ah rindu benar pada mereka. 
sejujurnya, ramai yg kdg2 bila sampaikan takziah, cuma tulis Al-Fatihah, tp tidak dibaca pun pada arwah. AK mengharapkan kali ini, biarlah Al-fatihah itu dilafaz dan sampai pada mereka2 yg kita sayangi dan mereka yg telah pergi. sama2 beramal ya! biasakan yg betul, betulkan yg biasa.. ^_^

Al-Fatihah!

Thursday, January 26, 2012

Nak Cari Buku ke nak cari Makan?

Assalammualaikum semua!


erk apakah ini? haha. inilah perhiasan sempena tahun baru cina dkt shopping mall yg sllu AK pegi. hehe.
hari ahad lepas, ingat nak ke Popular sbb adik AK nak beli buku guna baucer buku 1Malaysia yg dia dapat tu. sekali sampai2 kt soping mall, TUTUP! chooi! hari Ahad Popular boleh tutup. mmg chooi btol. hahaah. mntg2 esok raya cina. mencik2. sobs. haha.

nak wat cmne lagi, dah sampai situ, ronda ajela. bile dah ronda, terhabis la jugak duit. duit siapa yang habis? duit AK la. waaaa! T_T

jom lyan gambo family AK yok! hehe.

auni dan abangnye
mereka bukan kembar.
mcm sama besar dgn belakang je. =_="
auni n mama

my mom!
the foods
serbu!





itu je. ok tata!


p/s : niat di hati, nak menulis dengan lebih serius tahun ni. tak nak meraban sangat. haha. malangnya, mampu ke? hehe.

Thursday, January 5, 2012

Kesian Adikku..

Assalammualaikum semua!

hari ni hari kedua persekolahan kan? adik AK, si Yani pun baru memulakan persekolahan di tempat baru. kesian dekat dia..

kenapa kesian?
Yani, Auni n mamaku!

hmm. ingat tak lagi, AK bgtau yg dia dapat 3A 2B kan? sebelum ni, jujurnya AK pn tak sangka dia boleh dapat result yg agak cemerlang sebab dia suka main-main. hee. tak guna punya kakak. tapi bila dia dapat result mcm tu, sejujurnya AK sgt bangga. terharu dengan kesungguhannya utk membuktikan yg kami salah sebab anggap dia kurang menyerlah dlm pelajaran.

tapi mungkin dugaan tak pernah putus utk dia. dia dapat sekolah harian biasa ja, dan usaha utk rayuan ke sekolah yg elok skit pn xdapat. jadinya adik AK kekal kene sekolah biasa. kesian jugak tengok dia kecewa sebab kawan2 rapatnya semua ke sekolah bagus2.

rezeki dia di situ. nak buat mcm mana kan? huuu.

tp mmg kesian jgk, mujur dah pergi orientasi hari tu, dia cakap yg dia dah redha. dia nak bljr je kt sekolah tu dan buktikan kt semua yg dia boleh cemerlang mcm kawan2 dia kt sekolah bagus tu..

AK pn pujuk gak, dengan cakap, ble dia sekolah biasa, lagilah senang dia nak dapat kedudukan cemerlang dalam kelas kan? kan? heee. AK suruh dia kejar no 1 dlm kelas. haha.

hari ni, baru dapat berita td, akak AK call, yg adik AK ni sakit perut pulak, nangis2, salah makan kot, sebab semalam kami melantak maggi kot. hahaha. cian lak. entah dia pergi sekolah ke tak hari ni... baru hari ke2 sekolah. keh3.

hmmm. cian adikku..




Monday, October 24, 2011

Alhamdulillah Aku Tabah

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah AK rase lega sekarang. rasa lebih tenang, lebih tabah dan lebih redha. Ini adalah ketentuan Allah dan sebagai hambaNya, AK harus terima dan melepaskan Wan pergi dengan ikhlas dan iringan doa.

AK dah boleh kawal emosi, dan kurang menangis, cuma tak boleh tengok gambar Wan, mesti nak nangis. huhu.

AK tahu sanak saudara AK pun sama. actually lepas pengebumian arwah, semua jadi macam sediakala, dan tidak langsung menyebut soal Wan. mula-mula AK terfikir, semua dah tak kisah ke? semua dah lupakan Wan ke?

dah lama baru AK sedar yang mereka cuba untuk tidak mengingatinya, bukan sebab tak sayang, cuma mereka takut yang mereka akan menangis.

adakalanya AK rasa yg AK mungkin berada dlm keadaan denial. masih menganggap Wan masih hidup, cuma duduk jauh dr AK dan AK xdpt jumpa dia, dengan itu hati AK akan rasa sedikit tenang. tapi AK tahu itu semua tak betul, AK harus redha.

skrang ni apa yg mampu AK buat ialah doakan dia, sedekahkan Al-Fatihah dan baca Yasin. berharap moga amalan AK ini akan sampai padanya, dan boleh membantu dia di alam baqa.

semua manusia pasti akan mati, cuma entah bila.

MakLong AK adalah org yg paling tabah antara kami semua. dia tidak menangis langsung saat kami bertemu dia utk lawat arwah Wan. walaupun MakLong yg jaga Wan selama ini, dia masih tabah dan kuat semangat. bukan kerna dia tidak kisah @ tak sayang wan, tapi dia sudah redha. MakLong penah cakap,

"sedangkan org muda pun boleh meninggal, inikan pula Wan yang memang sudah berusia. kita harus redha kerana masanya dah tiba."

benar kata Mak Long.

oh alangkah indahnya kalau AK setabah dia. tapi Alhamdulillah, AK rase ketabahan AK agak mengejutkan diri AK sendiri. AK tidak sangka AK akan setabah ini dalam menghadapi kematian insan yang AK sangat sayangi. T_T

sampaikan teman sekerja pelik, langsung tak nampak kesedihan di wajah AK apabila AK kembali ke pejabat, usai pulang dari kampung.

AK menyambut mereka dengan senyuman hingga mereka berkata yang AK tidak sedih.

ah siapa mereka untuk menilai hati AK. tapi Alhamdulillah hati ini kuat, hingga tidak sekalipun mereka perasan akan kesedihan hati ni. barangkali kerana AK mmg jenis tak suka tunjuk kesedihan AK.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

hati ini tenang, kerana AK yakin Wan bahagia di sana. dengan iringan doa kami, moga kubur Wan bercahaya dan luas seluasnya.

moga kita dapat berkumpul semula di akhirat nanti ya Wan.

AK sayang Wan sampai syurga.

muah!

Friday, October 21, 2011

Al-Fatihah, Wan Kesayanganku..

Assalammualaikum semua.

Al Fatihah buat arwah wanku (datuk), Ibrahim bin Haji Abdullah.

04/04/1935 - 18/10/2011
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup cucumu ini..

moga roh wan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

amin..

sayang wan, selamanya. Y_________________Y

*nak letak gambar wan, tapi setiap kali tengok gambar dia, air mata rasa nak mengalir. T_T

p/s : terpaksa menyepi seketika di sini.

Thursday, October 6, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Haji!

Assalammualaikum semua!

ini Paklang dan Maklang AK.

Alhamdulillah Paklang dan Maklang telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. 

hari tu Auni sempat pergi berkunjung ke rumah mereka sebelum mereka bertolak. AK je xsempat, sebab kerja. T_T

menjamu selera
bacaan doa
mula2 mcm baik la kan..
lepas tu main tak ingat dunia..
Apapun AK nak ucapkan


Selamat Mengerjakan Ibadah Haji buat Maklang dan Paklang..

moga peroleh haji yang mabrur..

amin...

p/s : jgn lupa doakan anak sedaramu ini. heheeheh. ^___________^

Thursday, September 8, 2011

Pergi Beraya di Rumah Terbuka MakSu...

Assalammualaikum semua!

ok jom AK sambung pasal citer raya. hehee. walaupun raya AK agak kurang meriah tp xdelah sampai menyedihkan.. hahaha. cuma kureng skit jer..

tp part pergi beraya yang best, sebab dapat makan macam2 juadah. heheeh..

hari Ahad lepas, contohnyaa, AK dan family ambil kesempatan untuk berkunjung ke rumah terbuka MakSu AK yang terletak di Bayan Lepas.

mcm2 juadah yg disajikan. mmg sodappp! hohoho.. konyang giler AK... mula2 AK bedal roti sorai dengan kari daging, lepas tu makan spagetti pulak, lepas spagetti AK balun makan nasi tomato. haahah.. kenyang amat!

jom kite ushar gmbr eh... ini je gmbr raya AK.. yg lain, xde.. huhhu..

family ayah AK.. ce teka mana ayah AK.. ce teka?
family auni!
MAKAN TIMEE! ok perhatikan.. AK sentiasa menunduk.. sebab pe? khusyuk makan, so org tngkap gmbo pun AK wat derk je..hahaahah
family berkumpul ramai2..
AUNI! AUNI dan AUNI! kenapa dlm gmbo sllu matanya stim cm xlarat. padahal di luar kemain aktif.. huhuh
itulah alkisahnya raya AK. hohohoh.. mekasih pada MakSu sebab sediakan makanan yg superb ni. hohohoh... lain kali jemputlah lagi. heheeh

Friday, August 12, 2011

Auni dan AtamBlah..

Assalammualaikum semua..

penat campur mengantuk pulak rasa hari ni sebab smlm tidur lmbt. heheeh. berkarya sampai pukul 12 setengah, lepas tu bangun sahur terus x tdo.

jd hr ni AK agak lemau. cuba lelap kejap time rehat td, bolehlah terlena kejap. tp masalahnya ble bangun dh rasa letih. ahaahah.. mcm2 AK ni kan.

okla.. tak larat nak menaip dah.. meh la layan pasangan ni. hahaha



ini bukan pakwe Auni ye. ni abang Auni. heheehehe..

dia panggil abangnya AtamBlah.. apa maksudnya : Iqram pergi sekolah. aahaha. sebab setiap kali dia bangun tidur, abangnya Iqram ini nak ke sekolah, mama dia pun ckp lah.. Iqram nak p skolah. jadi Auni pendekkan jadilah AtamBlah. muahaha!

Auni Auni.. gigit baru tau! hah? panggilan yg Auni panggil pada AK? Angah. hehe. xpun panggil nama AK terus. kureng asam jawa kan budak ni. muahahaha!

Friday, July 8, 2011

Aktiviti Semalam saat org lain Bekerja!

Assalammualaikum semua!

Jumaat nan mulia sudah kembali! AK lupa nak beritahu kelmarin yg AK cuti semalam. huhu. sorilah pada sesiapa yg mencari kalau ada . kat penang ni memang cuti umum sempena pengisytiharan penang sbgai tapak warisan dunia unesco. huhu.

semalam AK gunakan untuk bersiar-siar bersama keluarga. hehe. tak rancang pun. mula2 dok kemas rumah, sajala tanya adik AK, nak makan apa? lepas tu die ckp nak makan McD. AK pun gurau2 la cakap kat dia. 

"Hah siaplah."

tup-tup lepas dia mandi terus dia pakai baju nak berjalan. tak sampai hati la pulak nak kata kat dia tak jadi. hehe.

then pegi lah makan tgh hari kt McD. heehe.. 


santapan AK smlm. hehehe..pestime try ni... Qounter Pounder kot namanya. heheeh..sedap! mcm Double Chees burger tp lebih besar n satu daging je. sllu AK makan double cheese burger. hehe.

pastu jalan2 tgk beg, berkenan la pulak dengan sling bag ni. haishhh.. kan AK penah tunjuk beg AK dah buruk tak sampai setahun kan. dalam entry INI hehe. so niat hati memang nak cari beg baru, tapi nak cari kaler putih gak sebab putih memang feveret kaler AK selain kaler PINK hheeheh.. tapi last2 terberkenan dgn beg berwarna ini. =_="


hahaha. merah cabai tu. sakit mata tak? sakit tak? haahah. entahlah cmne AK boleh berkenan entah. pelik jugak AK pilih warna merah. heeheh. tp sesekali tak apa kan. hehehe.

itulah aktiviti AK smlm di saat semua org di lain2 negeri sedang bekerja. jangan jeles yer! heehehe... eh esok pun AK cuti jugak sebab esok Ulangtahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. ok tetibe rasa best jadik warga Pulau Pinang. miahahaah..
ok tata! selamat hari jumaat semua!

Thursday, June 9, 2011

Selamat Pengantin Baru Eda & Ewan..

Assalammualaikum semua!

hish makin lama makin lambat AK update kan? huhu. nak wat cmnee. td busy, bos pun adoo. hehehe..ok2, meh cpt AK nak cerita pasal kenduri.. at last..

Rumah kenduri terletak di Sungai Siput yer.. ntah la kenapa nama tempat ni begini, padahal yang AK nampak ialah Bukit Siput..hehehe..


mcm siput kan atas bukit tu? heeheh. tp nama bukit tu Bukit Singa. =_="

eh eh eh.. nak cerita pasal kenduri la, bukan pasal bukit siput! ok2 back to cerita..

AK bertolak dr Penang kol 5 dan sampai Sungai Siput around kol 8 mlm. tiga jam perjalanan campur meredah felda yang gelap gulitaaa gitu. bila sampai, khemah semua dah sedia, dan sangat ramai orang sedang berewang. masih mengamalkan gotong royong dlm kenduri, kalau kt penang ni, sah2 semua guna catering. heheeh..

mlm tu memang meletihkan, walopun rasa nak lelap awal sebab siangnya AK kerja, tapi tak mampu nak tidur disebabkan kerja yg byk perlu diselesaikan. maka hendak tak hendak, bersama desakan makcik2 mulut becok, maka si kuat tidur ini terpksa gigih membantu. haha. habis semua, bakal pengantin pula minta tlg tempekkan inai di jemarinya. maka dlm kol 1 lebih rasanya, baru AK tidur, berbantalkan beg tangan AK sebab bantal dh habis. ok2..jgn ungkit, biasalah umah kenduri, ramai org hehehe.. eh tapi nyenyak sungguh AK tidur. kepenatan barangkali. hihi.

esoknya dah kena bangun pagi.. sebab umah kenduri kan, wajib la, kang terbongkang sorang2 kt depan siapa yg maloo? siapa? AK jugak.T_T bangun2, mandi semua, terus sambung buat kerja lagi sampailah pengantin dh bertolak ke surau utk akad nikah pun kami xsedar. hahha. last2 sempat jugak pergi surau n tgk majlis tu. hehehe.

balik2, terus jaga tmpt agihan souvenir, dan makan nasik kenduri secara bergilir-gilir... bila pengantin mai saja, berlakulah kejadian yg tak diingini pada AK.. =_=" 

AK tlg adjust kipas dinding kt sebelah pelamin smntra pengantin nak mai, tup-tup habuk kipas tu masuk mata, punyalah tenyeh xmo hilang pedihnya mcm ada benda masuk. last2 pengantin smpai pun AK dok pedih mata lagi, sapu2 air mata mcm xrela perkahwinan ini berlansung. ok over pulak AK ni..

pengantin mai daah..


lauk kenduri yg maveless!

AK masam sbb stress habuk xmo kuar dr mataa...

ok dh smpai tahap AK malas cerita dah. hahaha. xde pe nak cerita dah pun. pengantin dtg, bergambar-gambar kemudian makan pastu rombongan balik. tamat. hahaha..

ok2 AK bg bonus, jom2 tgk Auni makan..hehehe

dilayan mama dan abahnya

tak sabar nak makan lagi
Mama Auni, Auni dan Tok Auni

Akhir kata...


Selamat Pengantin baru buat sepupu AK tersayang

Eda dan pasangannya Ewan. EE gitu.. hehe..

semoga berkekalan sampai syurga..amin...

ok mari termenung, dan fikirkan bila pulak giliran kita...
Related Posts with Thumbnails