~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, June 9, 2011

Selamat Pengantin Baru Eda & Ewan..

Assalammualaikum semua!

hish makin lama makin lambat AK update kan? huhu. nak wat cmnee. td busy, bos pun adoo. hehehe..ok2, meh cpt AK nak cerita pasal kenduri.. at last..

Rumah kenduri terletak di Sungai Siput yer.. ntah la kenapa nama tempat ni begini, padahal yang AK nampak ialah Bukit Siput..hehehe..


mcm siput kan atas bukit tu? heeheh. tp nama bukit tu Bukit Singa. =_="

eh eh eh.. nak cerita pasal kenduri la, bukan pasal bukit siput! ok2 back to cerita..

AK bertolak dr Penang kol 5 dan sampai Sungai Siput around kol 8 mlm. tiga jam perjalanan campur meredah felda yang gelap gulitaaa gitu. bila sampai, khemah semua dah sedia, dan sangat ramai orang sedang berewang. masih mengamalkan gotong royong dlm kenduri, kalau kt penang ni, sah2 semua guna catering. heheeh..

mlm tu memang meletihkan, walopun rasa nak lelap awal sebab siangnya AK kerja, tapi tak mampu nak tidur disebabkan kerja yg byk perlu diselesaikan. maka hendak tak hendak, bersama desakan makcik2 mulut becok, maka si kuat tidur ini terpksa gigih membantu. haha. habis semua, bakal pengantin pula minta tlg tempekkan inai di jemarinya. maka dlm kol 1 lebih rasanya, baru AK tidur, berbantalkan beg tangan AK sebab bantal dh habis. ok2..jgn ungkit, biasalah umah kenduri, ramai org hehehe.. eh tapi nyenyak sungguh AK tidur. kepenatan barangkali. hihi.

esoknya dah kena bangun pagi.. sebab umah kenduri kan, wajib la, kang terbongkang sorang2 kt depan siapa yg maloo? siapa? AK jugak.T_T bangun2, mandi semua, terus sambung buat kerja lagi sampailah pengantin dh bertolak ke surau utk akad nikah pun kami xsedar. hahha. last2 sempat jugak pergi surau n tgk majlis tu. hehehe.

balik2, terus jaga tmpt agihan souvenir, dan makan nasik kenduri secara bergilir-gilir... bila pengantin mai saja, berlakulah kejadian yg tak diingini pada AK.. =_=" 

AK tlg adjust kipas dinding kt sebelah pelamin smntra pengantin nak mai, tup-tup habuk kipas tu masuk mata, punyalah tenyeh xmo hilang pedihnya mcm ada benda masuk. last2 pengantin smpai pun AK dok pedih mata lagi, sapu2 air mata mcm xrela perkahwinan ini berlansung. ok over pulak AK ni..

pengantin mai daah..


lauk kenduri yg maveless!

AK masam sbb stress habuk xmo kuar dr mataa...

ok dh smpai tahap AK malas cerita dah. hahaha. xde pe nak cerita dah pun. pengantin dtg, bergambar-gambar kemudian makan pastu rombongan balik. tamat. hahaha..

ok2 AK bg bonus, jom2 tgk Auni makan..hehehe

dilayan mama dan abahnya

tak sabar nak makan lagi
Mama Auni, Auni dan Tok Auni

Akhir kata...


Selamat Pengantin baru buat sepupu AK tersayang

Eda dan pasangannya Ewan. EE gitu.. hehe..

semoga berkekalan sampai syurga..amin...

ok mari termenung, dan fikirkan bila pulak giliran kita...

3 comments:

nabilah_2908 said...

hehehehe...ada2 je AK ni..

tkpe...penat2 time majlis org...nnti dieorg penat2 kt majlis kita pulak(itu pun kalau ingt kat kita..penat lelah kita)

tp kan..jika di izinkan..time sy nanti...sy xnk rewang2 ni...kalau boleh biar la semua catering...bukan apa..xnk nyusahkan org....rasa2nya ok tak sy buat mcm ni..? hehe... ;)

aliesha kirana said...

Aah nabilah.. AK pun nak guna catering jer.. sbb AK tgk rewang mcm susah la. rumah pun jadi semak n byk kerja nak kene buat, biar panggil catering senang. semua dh sedia. hehehe.. kan..

Ardini Humaira said...

alaaa syoknya tengok oran kawen. dni ritu sampai mood exam lari tah kemana kesduk p knuri kawen masa exam hehehe

Related Posts with Thumbnails