~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011

Azam 2011??

Assalammualaikum semua!

Azam 2011? sana sini orang dok canang azam diorang.. hoho.. kt FB tu memasing pakat dok post azam itu ini.. AK? tak pikir pun lagi pasal azam. azam tahun lepas pun tak tercapai lagi. aci tak kalu nak carry forward je? heeheh..

jadi hari ni memandangkan AK rasa nak cakap pasal azam... maka otomatik AK memasang azam sekarang jugak!  meh AK pk dan catitkan azam AK di sini...

  • nak kurus : ok inilah azam AK yg sllu dicarry forward.. hahaahah! bukannya hape. memang senang nak berazam, tapi nak melaksanakannya yg susah. byk kali try, memang la turun jugak skit setelah berbulan berusaha, tapi cukuplah sebulan stop, akan naik balik yg turun lepas berbulan tu.. hangin der!

waaa!! bila mau kuruss!!

  • nak berjaya sbgai penulis : ok, cita2 ni mmg dh lama terpendam, tapi baru tahun lepas (2010) AK bergiat aktif dalam dunia penulisan. tahun ni perancangannya nak lebih aktif dan nak siapkan manuskrip. heheeh.. doakan AK eh! nak baca karya AK leh la pegi Dari Tinta Aliesha Kirana eh!
bakal disiarkan tak lama lagi.

  • Simpan duit banyak : AK nak jadi lebih jimat. nak kumpul duit banyak2.. nak tolong family AK.. xmo boros2 shopping sakan kt mall.. hahaah~
  • Nak dapat kerja lagi bagus : bukan bermakna kerja skrg tak ok, ok mmg la ok. environment best! itu yg paling penting.. xpressure dtg kerja. cuma masalahnya gaji amat ciput hahaha.. AK kene pk masa depan... AK harap masa depan AK akan lebih cerah. nanti bolehlah AK balas jasa mak ayah AK..sob sob..sedey! 
  • bahagiakan famili : ini memang akan selalu jadi azam AK. sebab AK sayang famili AK sgt2. hehehe...
  • nak menjadi hamba Allah yang lebih baik : nak perbaiki kekurangan AK sbgai hambaNya. nak banyakkan amal n hindari dosa. nak berubah ke arah Muslim yang lebih baik!
  • Nak kawen? : hahahaa.. xde ah.. ini azam tahun2 akan datang.. tahun ni malas pk lagi. tapi umo dh menginjak 25 dh tahun ni. how? hahaha.. semoleknya umur cmni ah seswai kawen kn? xpe2..tawakal pada Allah. yang penting nk bantu keluarga dulu.. heeheh..
ok ah, itu aja.. kalu pk, banyak lagi kang azam AK dtg kan.. tak tertulis pulak nanti.. haahha...

p/s : semoga semuanya bisa termakbul..amin~

Monday, January 3, 2011

Permulaan 2011 Yang Menyedihkan.. AL FATIHAH!

Assalammualaikum semua!

dah lama menyepi heeheh.. smpai tak sempat nak ucap...

Selamat Tahun Baru 2011!!!

tak rasa sangat pun mcm dh tahun baru kan? rasa mcm sama jek.. hehehe... tapi dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru, rupanya tanpa sedar, ada insan telah pergi meninggalkan kita.

baru je AK dok asyik melayan cerita Tiramisu n menyampah dengan wataknya yg suka main nombor ekor tu. tup-tup dgr khabar yg dia telah pergi untuk selamanya...


KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA

sumber : Berita Harian Online

Al-Fatihah buat Faizal Yusof.

p/s : paling suka watak Allahyarham dalam citer Manjalara, sbb sweet je, baik n sepadan dgn Ayu Raudhah.
Related Posts with Thumbnails