~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, September 25, 2012

Review/Ulasan Novel Suami Aku Ustaz!



Sepanjang menyusuri kisah cinta Ustaz Hafiz dan Alisa, ada sedikit rasa janggal yang menebal dalam jiwa. Agak sukar untuk membayangkan Alisa yang baru belasan tahun, berkahwin dengan ustaznya sendiri. Mungkin sebab aku sendiri dah remaja purba, haha mungkin watak sebegini tidak serasi dengan jiwa aku.
Awalan cerita, kita akan dibawa mengikuti kisah Alisa yang terpaksa dinikahkan dengan ustaznya, merangkap sepupunya sendiri dek kerana desakan ibu dan ayahnya yang mahu dia ada peneman di saat ibu dan ayahnya mengerjakan haji di Mekah, apatah lagi mereka memang tidak percayakan Alisa yang sudah liar di mata mereka, biarpun Alisa di dalam cerita ini hanya digambarkan suka melepak dengan kawan2nya di kedai makan. Itu sahaja.
Banyak perkara comel berlaku tatkala mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri, apatah lagi Alisa tidak pernah memberitahu sesiapa perihal perkahwinannya itu. Tersenyum sendiri apabila melihat Ustaz Hafiz mengusik dan menyindir isterinya di dalam kelas, dan pelbagai lagi perkara yang terjadi sepanjang alam persekolahan Alisa.
Apapun, apabila Alisa masuk ke UTP, perjalanan cerita sudah jadi agak mendatar, tiada konflik yang diketengahkan sangat, yang ada pun, cuma Alisa seakan jatuh hati pada Naim, namun tidak ada tindakan yang membuatkan sebarang konflik bisa berlaku biarpun Ustaz Hafiz digambarkan sangat cemburu.
Secara keseluruhan, banyak ilmu yang boleh diambil dari cerita ini, kerana ustaz itu memang gemar bercerita. Hehe. Tapi alangkah bestnya juga, andai dari asyik bercerita saja, jadikan penceritaan itu dari segi tingkah laku dan perbuatan Ustaz, kalau sesiapa faham la maksud saya. Hehe. Tapi saya sebenarnya kurang gemar, bila Ustaz asyik menyoal dalam Bahasa Inggeris, bukannya salah, cuma saya saja yang rasa janggal. Haha.
Apapun, buat penulis, teruskan usaha anda! Moga-moga segala ilmu yang bermanfaat dapat dijadikan saham di akhirat kelak, cuma lepas ni kalau boleh tambahkan sedikit rencah dengan konflik agar cerita ini akan jadi lebih umpph!

p/s : lama gila peram draft ni, cuma tak publish je. haha.

No comments:

Related Posts with Thumbnails