Assalammualaikum semua!
Ya Allah lama sungguh tak menulis di blog. Hahaha. sadis sungguh. tapi mesti tak ada siapa yang perasan pun kan?
hehehe.
eh lupa nak ucap. selamat tahun baru! heheeh
dah masuk 2015 tapi rasa macam tak ada pencapaian pun di tahun 2014.
maka insyaALLAH tahun ni akan cuba aktifkan diri, jadi lebih produktif.
maka perkara pertama membuka 2015 bagi aku tentulah, novel terbaharu.
ya rakan-rakan blogger yang lama pasti tahu aku seorang penulis. maka ini hadiah aku untuk diri sendiri tahun ni. baby baru! yeahh! setelah setahun menyepi tak ada novel baru, Alhamdulillah dapat juga aku siapkan novel ni.
sambungan Love You Mr. Arrogant.
harap semua bolehlah dapatkannya di pasaran nanti ya.
Banyak azam nak dicapai tahun ni sebab banyak azam terdahulu kena recycle bawa ke depan. hahaah!
tapi perkara utama tahun ni, nak kurangkan berat badan. wahaha! ok malu pula sebab azam ni yang selalu direcycle. kah3.
kemudian tahun ni aku nak aktif berblogging blk. InsyaAllah. aku cuba semampu aku sebab aku rasa sayang bila banyak benda aku tak dapat share dan esok-esok mesti aku lupa sedikit sebanyak kenangan aku tu. kan kan? tapi aku akan blogging benda yang pentinglah. tak adalah merapu macam dulu-dulu. heeheh.
akhir sekali tentunya nak capai lebih byk kejayaan dalam bidang penulisan yang aku sayang ni. aku nak explore banyak benda lagi dan nak belajar macam-macam lagi. aku tak nak puas hati dengan kedudukan aku sekarang, aku nak gunakan sepenuhnya masa yang aku ada ni untuk aktiviti bermanfaat untuk diri aku dan dunia penulisan aku ni.
Ok itu saja nak luahkan.
Muah muah!
1 comment:
aku baca ok!
errr...well...baru nak stat baca balik sebab baru jumpa link baru ish ishhhhhh. hahahhaha
Post a Comment