~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, April 18, 2017

Travel Ke Korea part 4 - Jeju Day 1 part 2

Assalammualaikum.

HAAHAH sadis betul asik lupa update post.

Ok2 sambung cerita lepas. Day 1 dekat Jeju.

Next lepas Jusangjeolli Cliff, kami ke kawasan air terjun Cheonjeyon Waterfalls. Cantik sangat tempat ni, sayangnya kecantikan tempat ni cuma boleh dipandang sebab tak boleh mandi macam air terjun dekat Malaysia. haha.

sebabnya?

Dalam hei! kalau tak salah, dekat 20 kaki kedalaman air ni.

mana air terjun? air terjun dia terbentuk masa hujan je. Kekeke.

Ada 3 air terjun dekat sini tapi kami pergi air terjun 1 dan 2 je. 3 tu lagi jauh kena menapak. penat oi! yang atas ni air terjun 1.

jalan nak ke air terjun 2

air terjun 2. yang ni baru nampak air terjunnya. keekke. wif Illa, Kina n uncle aunty sama grup trip.
aku tak tipu bab kena menapak. T_T

tapi kena menapak pun tengok pemandangan lawo ni kau tak rasa menyesal ok.

ikutkan 1 tempat lawatan banyak gila gmbar sampai aku confius nak tepek yang mana, rasa nak tepek semua sebab semuanya lawaaa! tapi sebab ini blog, tempat bercerita bukan tempat tepek gmbo, jadi aku redha. HAHA.


Lepas ke Cheonjeyon Waterfalls tu kami singgah lunch dekat restoren yang pihak Jeju Muslim Travel bawak. Jadi status kehalalan restoren ni memang diyakini sebab dia orang pun memang serve seafood je.

cuma kalau nak tanya dekat mana tu, maaflah. Aku pun tak tahu HAHAHA.


Ini kedainya

lunch kami. mackerel bako. sedap dan besar bak hang!

Lepas dh kenyang perut senang hati, kami pun ke destinasi seterusnya. hoyeah!

Yeongmori Coast!

Ninja hatorikun. sebab angin laut menghembus muka sampai beku mukaku hahah.

Yeongmori Coast ni batuan unik yang terbentuk daripada lava gunung berapi. Lawoooo tak tipu. macam kt grand canyon feel dia tapi batuan dia warna hitam. cantik sgt!

see aku xtipu. lawa kan. hehe
fefeeling nau
with illa, my crime partner HAHAHA
geng satu trip HEHE with Kina

Next!

maafkan muka setalam hahaah.

nampak tak oren? hehehe


gambar kat sini tak banyak sebab lagi sibuk belek n beli buah oren. hahah. ya Allah, buah oren dia manisss bangat.

aku xminat buah oren tapi kemanisan buah oren ni buat aku jatuh cinta hei hei! haha.

ini kedai oren yang kami pergi.
dekat Jeju ni banyak je kedai yang jual buah oren tepi-tepi jalan ni. dan ladang buah oren tu betul-betul sebelah kedai dorang. jadi mudah, kau nak beli saja atau nak petik terus buah oren kat ladang pun boleh. Alah macam kita pergi ladang strawberi dekat cameron highlandslah kekdahnya.

ok masa ni dah senja.

kira last destinasi lawatan kamilah kedai oren ni.

lepas tu kami dinner dekat kedai pizza. tapi pizza dia...

besar heyyy hahaha
konyang 3 hari hahaah.



lepas dinner, kami pun balik ke hotel.

tamat trip hari 1st di Jeju.

Ok penat taip. HAHAH.

jumpa lagi next post ya. harap-harap tak bersawang dulu sebelum ingat nk post. hahaha.

Wednesday, March 22, 2017

Travel Ke Korea part 3 - Jeju Day 1 part 1

Assalammualaikum semua.

itulah aku cakap, aku selalu lupa pasal blog. kan dah bersawang. haha. nampak orang komen baru teringat tak update pasal korea sampai dah lapuk. terima kasih pengomen, walau mungkin kawan2 aku je hahaha.

ok.

hari ni nak cerita sambungan kisah aku di Korea.

25 November 2016

Hari ni bermula penjelajahan aku di bumi Korea, atau spesifiknya bumi Jeju yang sangat asing bagi aku. Aku memang boleh dikatakan zero knowledge pasal Jeju cuma sempatlah aku google-google sebelum pergi. yang aku tahu pasal Jeju cuma kawasan ni lebih kepada nature, berbeza dengan Seoul yang memang bandar besar. Aku ni bukanlah nak kata tak suka nature, tapi aku lagi suka bandar besar sebab tu KL dah macam rumah kedua aku.

tapi ternyata sampai saja Jeju, aku dah jatuh cinta. serius aku tak tipu.

Pagi tu siap-siap dan sarapan dekat hotel, kami pun berkumpul depan hotel untuk tunggu Kina, Syafiq dan Raihan ambik kami untuk bawa berjalan. group dipecahkan kepada 3 group dan aku dapat grup under Kina.

aku, Illa dan Kina. dalam kereta Starex yang kena drive sebelah kiri. terer Kina drive ok. aku yang drive sebelah kanan pun takut. haha.

Sepatutnya hari tu kami akan ke East Course tetapi disebabkan tiba-tiba saja Kina ternampak salji atas gunung Halla @ Hallasan maka automatik plan terus bertukar ke West dan South Course menuju ke Hallasan.

Oh btw, Jeju ni besar, infact lebih besar 5x ganda dari Singapore kalau tak salah aku, jadi kau tak boleh expect kau boleh habiskan tour 1 Jeju dalam masa 1 hari. Dekat JMT memang dorang bawak kau travel jelajah setiap bahagian Jeju jadi insya-Allah pasti korang puas hati.

Ok aku dah macam jurucakap JMT, Kina nak komisen pls. hahaha.

hah, nampak tak? hujung tu la Hallasan. 

Ok aku lupa nak bagitau. Masa aku pergi tu hujung musim luruh nak ke musim sejuk. Jadi pokok dah banyak togel tapi salji belum ada sepatutnya. Kira frust jugakla sebab pilih tarikh tak kena, tak dapat tengok daun oren sgt dan tak dapat tengok salji tapi nak buat macam mana, waktu tu je kami berdua boleh on.

tak sangka pulak kami, rezeki dapat jumpa salji hari tu. hari pertama tour Jeju pulak tu. bertuah tak? hhaha. Alhamdulilah.




bolehlah dari tak ada. hehehe. adalah sikit2 saljinya

siap buat snowman. hasil kegigihan Illa hahaa.

next kami singgah di taman ni. aku tak ingat nama. tapi masih dekat Hallasan. cantik sangat view sini sampai rasa rugi tak share. hahaah.



cun kan gambo? kredit kegigihan Illa hahaha.

lepas tu kami menuju ke Jusangjeolli Cliff.



Cliff ni sebenarnya terhasil daripada lava yang melimpah daripada gunung berapi ke laut dan menjalani proses penyejukan sampai terjadinya bentuk-bentuk heksagon macam ni. Cantik kan? 💗


Eh lupa nak bagitau, Jeju ni kepulauan gunung berapi dan Hallasan yang aku lawat tadi pun sebenarnya sebuah gunung berapi. 



cantik kan? terpana dibuatnya T-T

Dan...

Sebenarnya masa sampai dekat kawasan cliff ni, kami memang nampak ada bas dan van macam ada shooting. kami jenguk-jenguk jugak kepala kot-kot nampak retis-retis korea yang kami kenal tapi hampeh. langsung tak nampak apa kecuali krew yang tengah busy setup peralatan pengambaran.

makanya kami pun teruskan jela tengok view cliff yang memang magnificient tu sampai rasa kagum sangat dengan kebesaran Allah. Syahdu weiii.

masa tengah asyik masyuk layan view lawo, tiba-tiba...

Jeng jeng jeng...



tiba-tiba orang kecoh-kecoh. ada retis yang muncul. Kami yang kepochi mulalah memanjangkan leher. retis korea kot wei!

nak tahu siapa?

TADAA!

HAHA! nampak tak?

 Buat yang tak kenal atau tak pasti. Ini HAHA RunningMan dan Infinate Challenge. Mati-mati aku ingat ada rakaman RM wei, aku dah la minat RM. sekali rupanya HAHA shooting program lain.

tapi memang rezeki sangat, tak terjangka dek akal yang aku akan terserempak dengan Haha masa tu. Haha yang aku tonton tiap minggu dalam runningman tu ada depan mata aku kot!

yelah niat aku nak jejak Korea sekadar nak lawat negara Kpop ni je, tak ada pun niat nak cari dan kejar retis. tak sangka pula retis datang cari aku. eh hahaha.

ni je gambo berdua yang mampu aku snap hahaha

tapi sedih tak dapat nak bergmbo dengan Haha sebab dia tengah shooting. masa snap-snap gambar ni pun dah kena halau pihak produksi. kekeke.

last-last kami pun belah lepas penat skodeng sebab kami pun mengejar masa nak ke next place.


ni masa Haha n the geng dh nak balik
 apapun sempat lagi beli waffle ni. sedap yahamatttt!



malangnya lepas je snap gmbo ni, aku terjatuhkan half daripada whip cream tu. hahahaahah.

tapi sedap dia memang tak boleh disangkal. bahahahaha.

jadi kalau korang ada niat nak pergi jeju dan ke jusangjeolli ni, silalah beli waffle ni wei. gerenti nangis makan sebab sedap sangat!

Ok. Sambung next part ya.

Jumpa lagi!

Tuesday, January 31, 2017

Travel Ke Korea part 2 - Korea aku datang!

Assalammualaikum.

macam yang aku tulis dekat entry yang lepas, aku ke Korea dari 24 November sampai 3 Disember, cover area Jeju dan Seoul.

Aku pergi berdua saja sebenarnya, aku dan kawan penulis aku jugak, Illa Shanahila, penulis ngetop niii dengan novel terbaharu dia, Hero Hati Najihah, best baq hang, jangan lupa dapatkan di pasaran tau! ok saya dh promot kuat ni awok, jgn lupa komisen tau! 😀😀😀

Sebenarnya 23 November lagi aku dah ke KLIA2, tidur dekat airport. kekeke. sajalah nak try tidur dekat airport lagipun aku sebenarnya risau kalau bertolak pagi-pagi kang kalut sangat aku jadinya. maka kesimpulan yang aku buat, baiklah aku tido dekat airport saja malam tu.

Nasib Illa nak join tidur jugak walau rumah dia dekat je nak pecut ke klia2 pun haha. kalau tidak, memang aku nekad je tdo sorang-sorang dekat airport tu hahaah. kami tidur area foodcourt je, kawasan lain aku tak tahu dan tak explore, aku ngikut illa je hahaha.

Pagi tu bukak je kaunter terus kami check in lepas dh bersiap apa yang patut. lepas tu masuk balai berlepas dan breakfast dalam tu dan berjalan slow-slow ke gate berlepas. mujur jugak masuk awal sebab jauh nak ke gate air asia ke korea tu. ada la 3 ke 4 kilometer jugak, ni aku main agak-agak jela hahaha.

tapi kiranya kalau kau datang kalut-kalut memang tak sempat la nak kejar gate tu. jauh senah oi! mengah wei dalam aku jalan slow-slow pun. tapi sebab kami masuk awal jadi masih melenggang kangkung jugaklah kami pun.

acah-acah gmbo wajib sebelum berlepas

ok aku nak mengaku, aku ni sejenis yang trauma sikit naik kapal terbang, yelah lepas kejadian2 mh370 dan mh317 tu memang aku seriau skit. lagipun seumur hidup aku, baru sekali aku naik kapal terbang itupun pergi singapore tak sampai sejam je dalam flight. kali ni 6 jam lebih kot wei! keras kejung aku tahan nervous tu.

memang mengucaplah aku awal-awal naik tu. gementar habis bak hang. bila dok dalam flight tu aku bayangkan aku naik keretapi ets je sebab gegaran2 kecil tu macam dalam ets. punyalah nak bagi tak takut kan? hahah. orang cakap baik tdo kalau nervous kan tapi aku jenis tak reti nak tdo jugak dlm kenderaan bergerak, jadi memang aku tak lena pun dlm flight.

alhamdulillah tak ada apa-apa, aku je over paranoid dan risau, siap nangis sendiri lagi takut tak dapat balik jumpa mak dah. hahaah anak manja. 😝😝😝

dalam kapal terbnag sebelum berlepas. aku terpisah daripada Illa. 


yayy dah sampai korea. cer zoom kalau tak nampak.

tahap excited tu sampaikan board dlm airport incheon tu pun nak snap.

kami sampai incheon airport pukul 4 petang macam tu lah, waktu korea. btw, korea ni sejam awal dari kita. jadi kita sampai lewat sejam la kalau waktu korea.

tapi azab aku belum habis lagi sebenarnya, sebab destinasi pertama aku nak tuju adalah jeju. hahaha maka sampai je incheon aku kena bergegas ke gimpo airport pulak untuk naik kapal terbang again!

Jeju ni pulau jadi tak ada cara lain ke sana selain naik flight atau feri yang makan masa seharian. jadi nak tak nak, tak boleh larilah dari naik flight lagi.

Kami naik airport limousine je dari incheon nak ke gimpo tu. kau cari kaunter airport limousine area-area balai ketibaan dekat dengan pintu keluar, mesti jumpa punya. kalau tak jumpa kau carilah kaunter information ye.

harga tiket bas dalam KRW5000, ini yang second class tau ibaratnya, yg 1st class dalam KRW7000 tapi dalam limousine bus yg KRW5000 ni pun kemain selesa lagi, aku tak tahulah yg KRW7000 tu macam mana. Haha.

ni dalam bas, byk poster hero korea sebagai duta lotte. tu gmbo dr jauh tu gmbo DO exo kekeke. sekali lagi aku terpisah dengan Illa sebab bas tak ramai org. nak selesa duduklah gini hahaha.

Cun kan bas kami? hahaha.

ya Allah, panjang betul entri aku kan? hahaha.

puncanya sebab aku pk aku nak cerita semua pasal pengalaman aku dekat korea. harap korang bertabahlah ya. kalau jemu, tutup jela blog aku ni ya. maaf! hahaah.

Ok sambung.

sampai dekat gimpo airport, kami check in Jeju Air untuk ke Jeju. relaks dulu dekat gimpo sambil minum banana uyu. kalau kau datang korea memang wajib rasa banana uyu ni, sedap tau! kalau tak minum, kira tak lengkaplah kau datang korea heheeh.

wajah bahagia Illa dapat banana uyu hasil pengaruh aku suruh beli. hahaha
Dalam pukul 7 macam tu, kami berlepas ke Jeju.

jujurnya, aku tak tahu apa-apa pasal Jeju ni. Illa yang ajak aku ke Jeju, masa tu aku macam skeptikal. Jeju? Apa yang menarik dekat situ? Aku nak pergi Seoul Seoul Seoul! hentak kaki. tapi disebabkan ajakan Illa ni menarik minat aku sebab payah nak dapat peluang macam ni lagi dan kami berjanji nak lajak ke Seoul, maka kutekadkan hati jua untuk menerima apa saja yang Jeju tawarkan. Eceh!


bandar Jeju di waktu malam dari atas Jeju Air. kredit gmbo Illa.


Sampai Jeju dalam pukul 8 macam tu, tourist guide kami dekat sana, Kina, dan suami dia, Syafiq datang jemput kami.

aku lupa nak bagitahu, untuk trip Jeju kami ikut tour pakej under Jeju Muslim Tour milik Kina Omar, satu-satunya student Malaysia dekat Jeju, jadi dia memang arif sangat pasal Jeju. Boleh follow ig dan facebook Jeju Muslim Tour dan Kina Omar ok. banyak info psl jeju dan trip pakej yang super duper berbaloi menanti anda. ewah!

snap gmbo depan hotel. nak tunjuk dekat mak, anak dia dh sampai korea. wuwuwu syahdu.
Sampai hotel terus dinner nasi goreng korea, masa ni lapar sangat sebab penat travel sampaikan dah tak fikir nak snap gambar. lepas tu terus kami masuk bilik masing-masing dan tidurlah sangat.

itu cerita aku 24 november, tarikh aku sampai korea. sori panjang berjela karangan. kalau aku tulis memang selalu jadi cerpen. hahaha. ok tak lawak.

Ok cukup cerita 24 November. nanti aku sambung next2 daynya ok. terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca.

ada apa-apa soalan boleh komen ya. insyaAllah aku baca dan balas. terima kasih!

Sunday, January 29, 2017

Travel Ke Korea part 1 - intro

Assalammualaikum.

Cakkk!

Ya aku tahu lama gila tak munculkan diri di blog personal aku ni. Dan aku tak rasa ramai pun yang baca, lagi2 sebab sekarang orang pun dah jarang baca blog.

Tapi disebabkan niat aku nak abadikan kenangan ni sambil2 bercerita dan bagi info dekat sesapa yang sesat di blog aku ni, jadi aku turutkan juga kemahuan aku nak nulis di blog ni. 😁😁😁

Sebenarnya aku nk bercerita pasal trip aku ke Korea hari tu. Ye aku tahu ramai sgt rakyat Malaysia yang ke sana tapi apa salahnya aku nak abadikan momen aku ni dekat blog ni kan.

Yang dh pernah pergi n dah tau segala info boleh main jauh2 kalau rasa tak ada apa utk dibaca ya 😉😉😉



Aku ke Korea dari 24hb November sampai 3 Disember 2016 yang lepas. Yuppp 10 hari, gila tak gila? Hahaah.

Kami cover Jeju dan Seoul. 

Alhamdulillah aku pun tak sangka aku mampu jejak kaki ke sana tapi rezeki Allah memang kita tak duga wlaupun macam2 dugaan kena tempuh sebelum dapat prgi.

Ok ini post intro je.

Lepas ni aku sambung cerita smua pengalaman aku kt sana ya.

Harap2 aku xlupa tulis dekat blog, smpai blog bersawang balik haahah.

Ok jumpa lg ye. 

Kalau sesiapa yg baca blog ni dan tgk aku lama xupdate lepas up post ni, hrp ingtkan aku ye. Hahaah.

Mmg selalu aku terlupa psl blog 😂😂😂

Ok jmpa lg dlm next post.



Related Posts with Thumbnails