~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label maal hijrah. Show all posts
Showing posts with label maal hijrah. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Mari Berhijrah!

Assalammualaikum semua!

Tahun 1432 H hampir melabuhkan tirainya, tak lama lagi dah nak masuk tahun baru ikut kalendar Islam. terasa cepat btol masa berlalu kan.

ikut kalendar masihi pun, kita dah nak sampai hujung tahun.

agak-agaknya, azam awal tahun dulu, tercapai tak?

hehehe. AK macam biasa, tiap-tiap tahun nak kurus, tapi malas usaha. ahahah jadi tiap2 kali tahun baru, azam yang tu le jugak. keh3.

tapi ada satu azam AK ni, InsyaAllah bakal jadi kenyataan tahun depan. alhamdulillah. AK harap sgt, tahun yang mendatang, akan ada rezeki untuk AK. amin...

sebelum tu, nak ingatkan kawan-kawan semua, dalam kita nak menyambut tahun baru hijrah ni, marilah kita kenangkan kembali pengorbanan Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam. bagaimana Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan Islam. sempena peristiwa penghijrahan bagindalah, tahun Hijrah ini bermula.


Kita pun boleh berhijrah. dari jahat ke baik, dari baik ke lebih baik. etc. hehe.

Salam maal Hijrah pada semua!

p/s : jgn lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya nanti! hehe

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah!

Salam semua!
Salam Maal Hijrah 1432H

hmmm, tahun 1431 hijrah bakal meninggalkan kita semua, dan akan tibalah 1432 hijrah menandakan kehidupan kita kian kehadapan.. heehe..opps bermadah pulak petang2 ni..


AK cuma nak ucapkan salam maal hijrah! sama2 kita mengenang kepayahan Rasulullah untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah dan sama2 kita bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai seorang Islam tanpa perlu bersusah payah, dan mohon juga semoga insan-insan lain mendapat hidayah dari Allah agar melihat sinar Islam.. amin~

sempena maal hijrah ni, haruslah punya azam tahun baru kan? azam AK utk tahun 1432 hijrah ni ialah :
  • dapat menjadi muslimah yang lebih baik
  • berubah ke arah kebaikan
  • menjauhi perkara keburukan
  • muhasabah diri selalu
  • selalu bersedekah
  • banyakkan amalan sunat
  • perbaiki amalan wajib
  • sentiasa mengingati Allah
harap kawan2 semua pun sama2 kita berazam macam ni okeh! heehehe..
p/s : jangan lupa baca doa akhir tahun n awal tahun yer! heheeh~
Related Posts with Thumbnails