~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, November 25, 2011

Mari Berhijrah!

Assalammualaikum semua!

Tahun 1432 H hampir melabuhkan tirainya, tak lama lagi dah nak masuk tahun baru ikut kalendar Islam. terasa cepat btol masa berlalu kan.

ikut kalendar masihi pun, kita dah nak sampai hujung tahun.

agak-agaknya, azam awal tahun dulu, tercapai tak?

hehehe. AK macam biasa, tiap-tiap tahun nak kurus, tapi malas usaha. ahahah jadi tiap2 kali tahun baru, azam yang tu le jugak. keh3.

tapi ada satu azam AK ni, InsyaAllah bakal jadi kenyataan tahun depan. alhamdulillah. AK harap sgt, tahun yang mendatang, akan ada rezeki untuk AK. amin...

sebelum tu, nak ingatkan kawan-kawan semua, dalam kita nak menyambut tahun baru hijrah ni, marilah kita kenangkan kembali pengorbanan Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam. bagaimana Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan Islam. sempena peristiwa penghijrahan bagindalah, tahun Hijrah ini bermula.


Kita pun boleh berhijrah. dari jahat ke baik, dari baik ke lebih baik. etc. hehe.

Salam maal Hijrah pada semua!

p/s : jgn lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya nanti! hehe

2 comments:

ainz said...

insyaAllah..da siap print da ni! XD

sy mengaku sebelum ni sy bnyak abaikan azam..tapi tahun ni..sy btul2 tekad nak capai azam sy..insyaAllah..bnyak pulak tuuu!! huuu...takpe..usaha lebih penting..result tu fikir no 2..

Salina@IbuAqil said...

Moga tahun baru ni lbh baik dr sebelumnya.. Amin!! Salam maal hijrah dik.. ;)

Related Posts with Thumbnails