~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia! Nebes Kot, tengok Perlawanan Semalam..

Assalammualaikum semua!

maaf semalam langsung tak sempat nak mengupdate blog mahupun singgah ke blog kawan2 sebab ofis kelam-kabut, ada auditor dtg. hari ni pun sama,  mmg xsempat langsung nak curi masa. sobs.

so AK minta maaf sekali lg, kalau AK xsempat jengah blog korang nnti eh. hehe.

hari ni cuma rasa nak ucapkan


TAHNIAH dan SYABAS!



pada Team Harimau Muda yang berjuang bermati-matian.

fuhhh tak sia-sia AK tengok dari awal sampai akhir perlawanan. memang perlawanan yang paling mendebarkan laaa yang pernah AK tgk.

masa Indonesia jaringkan gol, mesti semua org rasa kecewa kan? AK pun rasa mcm, tertutup sedikit peluang sebab, selalunya 1 gol aje yg lepas mcm game2 sebelum ni.

tapi Alhamdulillah, kesungguhan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar membuahkan hasil dan rembatan kencangnya berjaya disudahkan dengan cantik oleh tandukan Asrarudin Putra. chewah! mcm pengulas sukan dah AK. hahaha.

tp mmg smlm sngt mendebarkan, rasa mcm nak gugur jantung AK wei. adess.

lepas tu time masa tambahan, time Indon masukkan gol, rasa mcm frust gila2 dahhhh. mujurlah Offside, kalau tak, kecewa gilaaa AK rasa.

lepas tu Malaysia lak jaringkan gol, tapi offside jugak. haha. mendebarkan sungguh!

Dah la game lama kemain, lepas tamat 90 minit, tambah pulak lg 30 minit. semput kot pemain2 semua. AK yg tgk kt umah pun rase penat. apatah lg dorg yang larik2 kejar bola tu kan. kesiann. huhuh.

lepas tu last-last, kena buat sepakan penalti. part ni pun mendebarkan jugak sebab menentukan kalah menangnya game ni.

ghisau sungguh! last tu dah terikat 3 sama. mujur sepakan last oleh Baddrol Bakhtiar mengena sasaran. walaupun mampu ditampan penjaga gol indonesia, tapi bola tu tetap membolos masuk ke gawang. haha.


Alhamdulillah, Malaysia menang!


*menang emas bola sepak ni rasa lg best dr menang juara keseluruhan sukan sea tau! hehe.

 dua pemain yang benar-benar jadi wira semalam. ^_^

alamak, kan tak pasal-pasal Ak jadi wartawan sukan tak bertauliah. hahaa.

sanggup ok tunggu dr awal, sampai ke penyampaian hadiah. bangga tau! hehee.

p/s : bila menang dijulang, bila kalah, jangan pula dicaci. okes! Malaysia Boleh!

6 comments:

Ardini Humaira said...

tahniah malaysia :) hebakkk!

Prince Halilintar said...

alhamdulillah skuad negara dpt 'ibu segala emas' ni...gembira rakyat malaysia kan...hrp teruskan berusaha utk kejayaan berterusan...

nabilah_2908 said...

yeah...betul tu..

mmg tak senang duduk...kejap bangun..kejap baring...

masa jaringan gol malaysia yg kali ke dua tu..sy dah jerit dah..secara spontan..hehe..

tp...tak dikira la pulak..haih..!!

geram tak dengan Fakri..? huhu

ainz said...

semalam blok sy hampir2 nak runtuh..huuu..maklumla blok sy ni ramai minah indon gak..dok berlawan jerit2..aih! pening sy...nasib baik msia menang..

PS: ok...saya suka fahmi... ^_^

Salina@IbuAqil said...

Yeahaaaaaaa!! Akak ngan Aqil smpai terjerit2 AK.. ;D

PinQib said...

haa.. xsemangat lgsg. sy dok tengok citer cun je kat prima.. kwang

Related Posts with Thumbnails