Assalammualaikum semua!
adik AK pesan suruh AK postkan surat ni dekat blog AK.
Pukul 9 malam 3 Nov 2011 Khamis
Assalamualaikum tok wan..
Malam ni malam Jumaat..
Orang kata masa malam Jumaat, roh akan datang melawat keluarga yang ditinggalkan..
Dikya nak sangat tulis surat ni kat tok wan.. supaya tok wan faham isi hati dikya.. tapi..
mungkin ke tokwan tengah baca surat Dikya sekarang?
Maaf to wan.. Dikya tak pandai nak tulis ayat berbunga-bunga macam kak Ella. Dikya pun tak banyak cerita nak dikongsi pasal hubungan kita.. Sebab dikya tak serapat tok wan dengan kak Ella..
Dikya..
Dikya tahu Dikya tak hargai tok wan..
Dikya selalu merajuk bila kena marah dengan tok.. Dikya.. Dikya mintak maaf tok.. Dikya satu-satunya cucu yang tak balik masa tok pergi.. Dikya satu-satunya cucu yang tak dapat tengok tok dikebumikan.. Dikya tak dapat pun nak cium tok untuk kali terakhir.. Dapat tak tok wan bayangkan perasaan Dikya waktu tu?
Pukul 4 pagi, 28 hb 10.. Jumaat
Mak call dikya.. dikya dah rasa tak sedap hati.. tak pernah mak call dikya seawal tu.. mak menangis waktu tu.. mak kata tok dah takde..
Dikya mEsej kat mak.. Dikya cakap dikya tak tahu sama ada Dikya boleh kawal tak perasaan ni.. Dikya ada final exam sem 1 waktu tu.. Dikya mintak mak ambik Dikya balik tapi mak kata takpe Lia, hang buatlah exam tu.. Tokwan boleh tak bayang perasaan Dikya.. Dikya tak dapat nak jumpa orang kesayangan Dikya buat kali terakhir..tapi Dikya tahu.. mungkin Allahuakbar tahu Dikya tak dapat kawal diri kalau Dikya balik.. mungkin kalau Dikya balik, emosi Dikya lebih terganggu.. jadi Allah takdirkan Dikya stay kat kolej.. waktu tu Dikyalah satu-satunya cucu yang tak balik.. bertuah abang sebab dia memang ada kat rumah waktu tu..
Dikya hantar mesej kat Kak Lin.. Dikya mintak Kak Lin bagitau kat mak.. Dikya kata, tok meninggal waktunya mulia sangat.. hari Jumaat.. pagi pulak tu.. Allah memang sayangkan tok.. Memang jodoh tok ngan wan panjang.. Tepat 10 hari lepas wan pergi, tok pun pergi.. Dikya hantar mesej kat mak.. Dikya kata yang tok sayang kat wan lah tu.. sebab tu tok pergi.. Alhamdulillah.. TOKWAN SEHIDUP SEMATI..
Pukul 9 malam, 27 hb 10.. Khamis
Dikya call mak. Tapi mak macam tak sedia nak cakap.. Kemudian mak mesej kat Dikya, mak kata mak sebak.. Mak teringat kat Wan.. Dikya pun balas mesej mak.. Dikya kata Allah takkan uji seorang hambanya dengan ujian yang tak mampu diterimanya.. kemuadian mak kata yang tok masuk ICU.. Mak kata kaki tok maybe kena potong..
Pukul 4 petang, 26 hb Rabu
Mak, ayah, kak Ella ngan Yani datang melawat Dikya.. Dikya happy sangat! Sebab sebelum ni masa Dikya mintak ayah datang, ayah kata ayah nak datang lambat sikit, hari Sabtu. Waktu mak datang mak kata yang maktok masuk hospital.. accident.. Dikya dah rasa lain macam.. Dikya nampak mak sedih.. tapi mak sembunyikan.. Dikya tahu mak nak nampak happy depan Dikya.. Thanks mak..
Pukul 9 malam, 25 hb 10 Selasa
Dikya call mak, Dikya tanya mak wish tak birthday kat ayah.. Mak cakap mak cuma fikir pasal wan je.. Mak kata dah seminggu wan pergi.. Mak selalu mintak Dikya doakan Wan.. Malam tu dikya mimpi.. Mimpi gigi bahagian atas Dikya patah.. orang kata kalau mimpi macam ni alamatnya ada orang yang lebih tua daripada kita nak pergi..
Pukul 9 pagi, 28 hb 10.. Jumaat
Dikya buat exam math dalam keadaan yang ntah apa-apa.. Dikya.. bukan sebab tok.. tapi entah kenapa.. Dikya baca soalan tak betul.. habis salah buat.. entahlah..
Pukul 9 malam, 3 Nov 2011 Khamis
Dikya.. sayang sangat kat tokwan.. rindukan tok n wan.. malam ni malam Jumaat.. Dikya akan usaha baca Yassin selalu untuk tokwan.. insya-Allah..
malam ni, Tokwan datang melawat Dikya tak??
Cucumu,
dikya
p/s : Kak Ella tu AK la. sobs..
2 comments:
hiba je bace srt adik AK ni...doakan byk2 pada org kesayangan kite yang telah pergi ye
alahai...sebak.... hrummm... :( :(
Post a Comment