~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Friday, February 18, 2011

Perpaduan itu masih wujud!

Assalammualaikum semua!


dari kecik lagi kita diajar suruh hormat sesama bangsa kan? saling bersatu padu tanpa mengira kaum. AK pun memang ada kawan2 dari bangsa lain.


zaman sekolah, memang ada kawan2 lain bangsa yang AK kenal, tapi semakin menginjak dewasa, AK rasa macam perpaduan dalam Malaysia ni dah tak wujud. mulut je kata bersatu, padahal masing2 tak suka.

nak dijadikan cerita, sekarang ni pergi kerja, AK naik bas. jadi mmg jumpa pelbagai ragam dan pelbagai kaum termasuklah warga asing. hoho.

bila AK naik bas, barulah AK perasan, rupanya perpaduan masih wujud, cuma sesetengah orang ja yg xmo bersatu n dengki mendengki.


bila AK tunggu bas pagi2, ada sorang chinese girl yg akan selalu tunggu dengan AK, kami akan sembang2. then bila balik pulak, ada jumpa auntie2 India yg mmg ramah menegur orang. bila duduk atas bas, masih ada lagi auntie chinese yg nak sembang2 ngan AK.

jadi barulah AK sedar, rupanya kita masih berpadu, cuma dah byk yg tak endahkan hal perpaduan lagi. bila kita tak kaco bangsa lain @ sensitiviti dorang, dorang pun akan senang berkawan dengan kita.

kenapa AK cerita semua ni? sebab AK harap kita akan saling bersatu-padu smpai bila2. jgn jadikan bangsa berlainan sebagai halangan. AK dah saksi sendiri, masih wujud perpaduan di kalangan kita. hehe. harap2 semua ni berkekalan smpai akhirnya dan Malaysia akan aman. hehe..

p/s : tetiba buat entry serius da...eheheheh~

Thursday, December 30, 2010

Suka Gembira Bangga! Tahniah Malaysia!!!

Salam semua!

tahniah Malaysiaa!!! nak menjerit patblas minit jap.. Aaaaaaaaa!!!!

-
-
-
-
-
-
-
-


ok dah!
suka sangat! Alhamdulillah, penantian kita berbaloi. pemain Malaysia bermain dgn baik semalam. walopun gawang Malaysia berjaya ditembus dua kali, tapi Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan banyak cubaan berbahaya. pemain2 lain pun best! S.Kunalan, Shafee, Muslim, Idlan Talha..etc... heheheeh.



respect ah!

semoga kejayaan ini mampu menjadi batu loncatan untuk Malaysia lebih berjaya dalam arena bola sepak ni.. lepas ni leh ar lawan dalam Piala Asia n Olimpik. kan kan...hehehe...

TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA! penantian untuk Piala Suzuki AFF selama 14 tahun tercapai! alhamdulillah!

tahniah jugak pada coach K.Rajagobal yg sgt bijak! ho yeah!!
Related Posts with Thumbnails