~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label matrikulasi. Show all posts
Showing posts with label matrikulasi. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Rindu Zaman Matrik.. Y.Y

Assalammualaikum semua!
Sekarang ni masa AK di hadapan internet agak terhad. Jadi AK berblog pun bila AK mampu je lah eh.. sobss.. sedey, tapi nak buat macam mana. AK sentiasa diperhatikan. T_T


Ble tensen2 kerja mcm ni, mulalah terbayang semula waktu belajar. Huhu. Bila terbayang waktu belajar, mulalah terkenang zaman matrik AK. Sebab apa zaman matrik? Sebab AK rasa, zaman matrik ialah zaman belajar AK yg paling best. Oppss.. bknlah zaman2 belajar lain tak best, tapi zaman matrik ni lain macam sikit. Pengajian dia singkat, cuma setahun, jadi tak sempat nak ada sebarang konflik, dah habis. Jadi semua kita akan keluar dengan kenangan yang manisss jer. Sape setuju? Buat tangan macam saya... hahahaha.

Tak ada stress lansung belajar masa tu walaupun patutnya stress. Hahaha. Yelah, pergi kelas sebab nak bersembang-sembang dengan kwn2 nak bergelak tawa, sebab tu la result cm hape jer. Haahahaa.. Tapi entahlah, masa tu, result kureng pun rasa cm hepi jer. Hahaha. Macam tak ada problem sebab ada kawan2 yang best.

Dalam kelas dengan kwn2 dlm kelas, siap ade geng lagi. tercipta geng ni pun mcm dah ditakdir Allah. AK geng dengan Cik Farah, Puan Cda dan Cik Shuhada. Lovely Farah ialah my ex schoolmate so bile kitorang tau kitorang satu kelas, so kite dh jadik geng skli la. Senang sbb dh kenal. Then shuhada pulak satu dorm dengan cik farah so otomatik menjadi geng kami dlm kelas tu. Then puan cda pulak, masa nak masuk kelas, terserempak dengan kami, jadik telah ditakdir kami menjadi geng empat orang dlm kelas M Kolej Mara Kulim tersebut. Heheeh. Nostalgik betul. Kami punya kamceng sampai semua harus berkumpul sekali. Pegi mana2 yang melibatkan aktiviti kelas, kami akan bersama. 

Dalam dorm pulak, dengan kisah dormnya. Dorm AK namanya dorm Suci. Hehehe. Mmg suci2 belaka, chewah! Masa ni, walaupun ada lebih kurang 28 orang, tp semuanya kamceng, mcm adik beradik. Bila nak pergi aktiviti mana2 mesti semua berderet keluar sekali. Hehehe. Kdg2 ble makan pun berderet turun skli. Mcm bawak rombongan pulak.hehehe.

Ak tak pernah nangis bila dah tamat belajar dari mana2 tempat, tapi bila habis matrik AK nanges. Sebab AK syggg sgt nak tinggal tempat ni. Sayang sangt nak tinggal kawan2 yang best. Sobss..

Walaupun dah bertahun tamat matrik, hubungan yang terjalin antara AK dengan dorang masih erat. Rasa macam masih dekat di hati. Skrg ni nak kumpul2 sekli dah susah. Semua dah ada kehidupan masing2. Ramai yang dah kawen. Tapi kenangan yang tersemat dalam hati AK ni akan tetappp AK simpan sampai mati. 

Rindu sgt dengan kwan2...

Love you all...^___________^

p/s : buat adik2 yg bakal masuk matrik nnti, enjoy okeh! tp jgn terlebih enjoy smpai result merudum..hheheeheh..
Related Posts with Thumbnails