Assalammualaikum..
Setahun sudah berlalu, namun detik pemergianmu takkan pernah aku lupa dari
kotak ingatan.
Setahun sudah berlalu, namun segala kenangan masih terimbau dalam layar
fikiran..
Sungguhlah aku takkan pernah lupakanmu, Wan...
Dua hari lepas, bermimpi arwah Wan minta buatkan air kopi untuk dia. mungkin
itu tanda dia mahu aku ingati dia dan sedar sudah setahun dia pergi. aku rindu.
T_T
Maafkan aku Wan...
kerana sepanjang hidup Wan, aku tidak sempat berbakti dan membalas segala
jasa Wan. aku tidak mampu, tapi InsyaAllah dalam melalui detik-detik tanpa Wan,
akan selalu kutitip bacaan Al-Fatihah dan surah Yasin buat bekalan Wan di sana.
moga segala amalanku yang kusedekahkan pada Wan, bisa diterima Allah. amin...
Maafkan aku Wan...
kerana saat-saat akhir nafas Wan, aku tidak ada di sana. dan saat Wan
terlantar sakit juga, aku jarang menjelma, duduk di sebelah Wan. bukan aku
lupakan Wan, tidak sama sekali. namun aku bimbang juraian air mataku tak bisa
kubendung saat aku melihat Wan terlantar tak bermaya begitu. aku berdosa Wan.
maafkan aku...
Terima kasih Wan…
Kerna menjadi datuk yang terbaik yang pernah aku ada, dan aku pasti, Wan
juga datuk terbaik di atas muka bumi ini…
Moga kita kan bertemu semula di Jannah. Ilalliqa’ Wan. T_T
Sayang Wan selamanya…
Sayang Wan selamanya…
Al-Fatihah!
3 comments:
Assalamualaikum..
Semoga arwah tenang di sana.. al-fatihah...
Sebaiknya kirimkan doa dan infakkan pahala itu khususkan utknya. Moga dia ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman..
sekejap je dah setahun kan AK..
Al-fatihah..
Post a Comment