~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label AJL. Show all posts
Showing posts with label AJL. Show all posts

Monday, January 30, 2012

AJL26, Kritik Jom!

Assalammualaikum semua!

kerana mood AJL masih ada, AK terus nak jalankan kerja yang AK suka. memberi kritikan. kah3. suka benau aku kan.

AJL26 kali ni mengetengahkan elemen air sebgai tema. tapi.. tapi... malangnya, tak brapa naik la tema ni. kurang menyerlah. ingatkan ada byk air, banjir atas pentas ke, takpun menyanyi sambil berenang ke. eh ok over pulak. tapi overall mmg kurang menyerlah elemen tu. nampak elemen air pun masa iklan utk AJL dl je. hehe.




ok, ini semua pemenang AJL26, semua org tahu. kan kan. hehe. jadi tak payah nak senaraikan pemenang dah. hehe. cuma mari mengomen saja..

keserasian pengacara, FBI dan Sheryl mmg xleh disangkal sbb dorg mmg dah lama bergandingan kan. so overall, dorg berjaya laksanakan tugas malam tu dengan terbaik! suka part last sblm persembahan tiga suara, masa dorg gabung2 nama setiap lagu tu. hehe. best!


tahun ni, perasan tak? semua peserta kurang fokus pada gimik persembahan, semua kira nak nyanyi je tanpa gimik yg mantopkan persembahan. xmacam tahun lepas, mcm2 drama kita boleh tgk atas pentas tu, sampaikan brapa kali org kene tembak atas pentas tu. ehhe. siap kene tampar lagik. tahun ni, nan ado gimik yg best2. cuma Alyah sorg je AK rasa paling best, sbb tu mmg layak dia menang persembahan terbaik. Remy Ishak sgt membantu dengan auranya. oh. jatuh ati. tetibe.

Jac hebat! suara dia power!

persembahan Projek Pistol ok, suara pun ok. hehe. tapi mak AK xske lagu ni. bodek kuat sgt. kah2.
sgt comel kot persembahan ni. hehe. tapi arrangement muzik yg dilainkan buat persembahan sedikit janggal.
rasa mcm persembahan ni cpt sgt. tup2 dah habis. kan lg best kalau Altimet pakai mcm setan. haha.
yuna dengan kelasnya tersendiri. santai je dia nyanyi
gimik piano terbakar tu ok, cuma kureng lagi. xmacam impak masa dia lemas tahun lepas. kan kan..
comel! tapi biasa2 jelah. gimik pun mcm kurang difahami. haha
Sungai Lui sgt nostalgik ok. tp fokus pada nyanyian dh lari, sebab rasa nk tgk lukisan je. kah3.
ok. cuma tak suka lagu ni. haha.
haaaaaaaa.. suwittt!
Terbaekkk! nyanyi penuh prasaan. mcm nak nangis pun ade. sobss
mantop abis! kalau xmenang mmg xtau ah. haha.

Alyah memang layak sgt utk menang Persembahan Terbaik, sbb mcm AK cakap tadi la. nampak dia sorg je bersungguh skit dlm buat gimik persembahan. hehe. kehadiran Remy Ishak tu.. perghhh! terbaik.


overall mmg puas hati bila Awan Nano menang. sangatlah best suara Hafiz, dan mmg layak dia menang vokal terbaik! hehe. sempoi gila kot, nyanyi pakai t-shirt dgn tracksuit je, siap sinting kaki.. kah3. ikut mcm dlm video klip je. xyah pk sponsor. sesuai je pak Herman Tino jadi bapak dia. hehee.



akhir kata, moga AJL akan dtg, akan lagi best. hehe.

p/s : oh, bila tgk tahun AJL, teringat umur sendiri. chooii!

Monday, January 10, 2011

Mari Merepek untuk AJL!

Assalammualaikum semua!

sebelum kehangatan AJL ni berlalu, AK pn nak try mereka mende alah ni.. hahaha..


TOLONG INGATKAN AKU, sebelum aku HANYUT dalam mencari CINTA SEMPURNA. Sanggupku BERLARI disuluh PELITA asalkan kubisa CARI KONKLUSI, agar tiada NOKTAH CINTA antara kita. Kau memang JAHAT tapi kau bukan DRAMA KING yang hanya menginginkan SOFEA JANE. Benar katamu, tiada KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN ini. SELAMAT MALAM sayang, mujur KU ADA KAMU yang memang EKSTRAVARGANZA!

ok x? heheeheheh.

Review Persembahan Malam AJL!

Assalammualaikum semua!

pagi-pagi tengok bloglist penuh dengan cerita AJL, ramai yang tak puas hati dengan keputusan. AK? AK memang terkejut jugak, tapi redha je lah. mungkin ini rezeki mereka. lagipun juri yang dilantik memang dari kalangan individu yang professional dalam bidang tugas masing-masing. echewah ayat AK tak boleh belah betul. hahaah...

tahniah buat Ana Raffali, walau camne pun kita tak puas hati, dia tetap dah menang jugak kan? so kita terima jelah dengan tangan terbuka.

ok, tak mahu cakap pasal kemenangan semua ni. sebab ramai dah bercerita. just nak komen skit pasal persembahan. sebab persembahan peserta AJL kali ni mantap2 kn? ramai yg fokus pada persembahan, maybe sebab nak rebut persembahan terbaik. apapun persembahan terbaik dah jadi milik Faizal Tahir dengan lagu Hanyut.

meh kita imbau dulu setiap persembahan.

Cinta Sempurna  (Yuna) : Yuna mengambil langkah mudah dengan hanya duduk sambil bermain piano, dengan dress ala2 zaman Mesir Purba dan gambar latar pokok-pokok yang simple, juga beberapa pokok yg dijadikan prop atas pentas. persembahan Yuna kelihatan simple tetapi memukau.


Berlari (Tomok) : Tomok dilihat lebih mengutamakan tarian ala-ala boyband, sekali tengok macam persembahan Adam pulak. tapi tarian yang dibawakan memang menghiburkan tetapi telah membuatkan penonton kurang fokus pada lagu yang dibawa sebaliknya lebih tertarik dengan tarian.


Pelita (A.P.I) : Kumpulan A.P.I membuat persembahan ala2 zaman perang gitu. dengan muka bertompok darah dan kecederaan di mana-mana, menggambarkan simbolik tentang lagu tu la kn..hehe.. last2 semua kena tembak. ahahaha.. tapi kesian drummer, kena berlari ke depan utk kena tembak sama.


Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) : Persembahan Shahir simple je, lebih kepada monolog tentang lagu tu. tapi kemunculan Nasha Aziz memang membantu. siap kena penampar lagi. memang sadis. "Mana ada kebahagian dalam perpisahan." ayat terbaekk haha. 


Drama King - (Meet Uncle Hussain & Black) - Persembahan lagu ni tak banyak sangat beza dengan persembahan MUH yg terdahulu melalui lagu Lagu Untukmu. tapi oklah sebab vokal Black memang meletop!


Noktah Cinta (Hafiz) - pada permulaan persembahan, rasa biasa je, Hafiz hanya bergerak solo tanpa sebarang prop, pada pengakhiran barulah ditunjukkan Hafiz ditembak (sekali lagi?) kemudian ramai yang berhimpun memberi pertolongan, dan tiba-tiba Hafiz muncul dari arah lain dgn persalinan serba putih.


Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali) - Ana Raffali menggunakan prop yang agak byk, dengan kehadiran Zahiril Adzim sebagai hero dalam cerita (sama dlm video klip lagu ni), ana digambarkan dikurung dlm sangkar,  siap buat magik tukar baju hehe. Zahiril jugak begitu sambil dikepung oleh setan2 haha. kemudian zahiril dapat lepaskan diri dan segera melepaskan Ana.


Selamat Malam (Faizal Tahir) - Lagu ini menggunakan paling banyak artis dalam persembahan. dengan kehadiran Nur Khiriyah, Puan Fatimah dan anaknya, serta Dato' Aziz Sattar dan isteri, memang rasa terbuai dek lagu ni. rasa macam nak tido. hahaha..


Ku Ada Kamu (Adira) - Persembahan Adira mengingatkan kita pada persembahan seseorang, AK pun tak pasti. mungkin Misha Omar dengan lagu Pulangkan. kalau salah harap betulkan. cuma tak ada kelainan sangat dalam persembahan Adira sebab dah pernah ada persembahan sebegini sebelum ni.


Extravaganza (Bunkface) - Persembahan Bunkface lebih kelihatan macam sebuah konsert. tak ada kelainan.

Sofea Jane (Black) - Black hadir dengan prop ala2 taman. dan penari yang menari di belakang. tertunggu jugak kot-kot ada Sofea Jane datang sebagai prop, tapi hampa. huhu.

Hanyut  (Faizal Tahir) - persembahan FT dimulakan di dalam sebuah sel dengan tangan dipasung. kemudian FT dilihat terjun ke bawah dan skirn di hadapan menunjukkan dia menyelam ke dalam air, dan muncul semula di atas pentas dlm keadaan basah. memang layak menang persembahan terbaekk!!


Jahat (Stacy) - Persembahan Stacy dilihat mengecewakan banyak pihak kerana gadis lincah ini tidak menonjolkan sangat seni tariannnya. cuma di akhir persembahan barulah Stacy menari dengan lincah. mungkin stacy mahu tumpukan pada nyanyian. pakaian yang dikenakan memang cantik, macam anime Jepun. kn?


Mencari Konklusi (Hujan)- Akhir sekali Hujan muncul Mencari Konklusi. persembahan yang biasa2 dan streotaip, lebih macam konsert tanpa sebarang kejutan.

yang paling AK ske ialah persembahan Kak Ziana n Dato Siti hahahaah! walopun tak bertanding, tapi so meletop! gorgeousss!!! kerlazz kau maria!


sumber gambar : Facebook tv3
p/s : syukur sbb FT menang gak persembahan terbaik. tapi kecewa dia tak menang salah satu tempat AJL, Yuna pun balik tangan kosong. xpe2, tahun depan masih ade. chaiyokkk!

Saturday, January 8, 2011

Tak Sabar Nak tengok AJL!

Assalammualaikum semua!

tak sabar menanti AJL Ahad ni. hehehe... biase la.. Muzik2 setiap minggu malas nak tengok. dah final baru nak tengok hahaha.


macam tahun lepas, pengacara AJL masih lagi mengekalkan Ally Iskandar, Cheryl Samad n FBI hohohho.. mesti kecoh dorang ni.. best2..



ini lagu ikut urutan malam tu nanti:
1. Cinta Sempurna - Yuna (Ciptaan Yuna sepenuhnya)
2. Berlari - Tomok (Ciptaan Tomok & Shazee Ishak/ Tomok),
3. Pelita (A.P.I/ Loque),
4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir (Ciptaan Edry Abdul Halim),
5. Drama King - Meet Uncle Hussain & Black (Ciptaan Taja/ Tun Teja),
6. Noktah Cinta -Hafiz (Ciptaan Ajai/ Sheikh Qalam),
7. Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali (Ciptaan Ana Raffali sepenuhnya).
8. Selamat Malam - Faizal Tahir (Ciptaan Audi Mok/ Faizal Tahir),
9. Ku Ada Kamu - Adira (Ciptaan Edry Abdul Halim),
10. Extravaganza - Bunkface (Ciptaan Sam Bunkface/ Bunkface),
11. Sofea Jane - Black (Ciptaan Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril),
12. Hanyut - Faizal Tahir (Ciptaan Audi Mok/ Faizal Tahir),
13. Jahat - Stacy (Ciptaan Edry Abdul Halim)
14. Mencari Konklusi - Hujan (Ciptaan Noh Hujan).

AK xtau nak target sape yg menang. tapi sebab AK mmg peminat Faizal Tahir dan Yuna. AK harap dorang dapat salah satu tempat teratas. heheeheh~
Related Posts with Thumbnails