~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, January 10, 2011

Review Persembahan Malam AJL!

Assalammualaikum semua!

pagi-pagi tengok bloglist penuh dengan cerita AJL, ramai yang tak puas hati dengan keputusan. AK? AK memang terkejut jugak, tapi redha je lah. mungkin ini rezeki mereka. lagipun juri yang dilantik memang dari kalangan individu yang professional dalam bidang tugas masing-masing. echewah ayat AK tak boleh belah betul. hahaah...

tahniah buat Ana Raffali, walau camne pun kita tak puas hati, dia tetap dah menang jugak kan? so kita terima jelah dengan tangan terbuka.

ok, tak mahu cakap pasal kemenangan semua ni. sebab ramai dah bercerita. just nak komen skit pasal persembahan. sebab persembahan peserta AJL kali ni mantap2 kn? ramai yg fokus pada persembahan, maybe sebab nak rebut persembahan terbaik. apapun persembahan terbaik dah jadi milik Faizal Tahir dengan lagu Hanyut.

meh kita imbau dulu setiap persembahan.

Cinta Sempurna  (Yuna) : Yuna mengambil langkah mudah dengan hanya duduk sambil bermain piano, dengan dress ala2 zaman Mesir Purba dan gambar latar pokok-pokok yang simple, juga beberapa pokok yg dijadikan prop atas pentas. persembahan Yuna kelihatan simple tetapi memukau.


Berlari (Tomok) : Tomok dilihat lebih mengutamakan tarian ala-ala boyband, sekali tengok macam persembahan Adam pulak. tapi tarian yang dibawakan memang menghiburkan tetapi telah membuatkan penonton kurang fokus pada lagu yang dibawa sebaliknya lebih tertarik dengan tarian.


Pelita (A.P.I) : Kumpulan A.P.I membuat persembahan ala2 zaman perang gitu. dengan muka bertompok darah dan kecederaan di mana-mana, menggambarkan simbolik tentang lagu tu la kn..hehe.. last2 semua kena tembak. ahahaha.. tapi kesian drummer, kena berlari ke depan utk kena tembak sama.


Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir) : Persembahan Shahir simple je, lebih kepada monolog tentang lagu tu. tapi kemunculan Nasha Aziz memang membantu. siap kena penampar lagi. memang sadis. "Mana ada kebahagian dalam perpisahan." ayat terbaekk haha. 


Drama King - (Meet Uncle Hussain & Black) - Persembahan lagu ni tak banyak sangat beza dengan persembahan MUH yg terdahulu melalui lagu Lagu Untukmu. tapi oklah sebab vokal Black memang meletop!


Noktah Cinta (Hafiz) - pada permulaan persembahan, rasa biasa je, Hafiz hanya bergerak solo tanpa sebarang prop, pada pengakhiran barulah ditunjukkan Hafiz ditembak (sekali lagi?) kemudian ramai yang berhimpun memberi pertolongan, dan tiba-tiba Hafiz muncul dari arah lain dgn persalinan serba putih.


Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali) - Ana Raffali menggunakan prop yang agak byk, dengan kehadiran Zahiril Adzim sebagai hero dalam cerita (sama dlm video klip lagu ni), ana digambarkan dikurung dlm sangkar,  siap buat magik tukar baju hehe. Zahiril jugak begitu sambil dikepung oleh setan2 haha. kemudian zahiril dapat lepaskan diri dan segera melepaskan Ana.


Selamat Malam (Faizal Tahir) - Lagu ini menggunakan paling banyak artis dalam persembahan. dengan kehadiran Nur Khiriyah, Puan Fatimah dan anaknya, serta Dato' Aziz Sattar dan isteri, memang rasa terbuai dek lagu ni. rasa macam nak tido. hahaha..


Ku Ada Kamu (Adira) - Persembahan Adira mengingatkan kita pada persembahan seseorang, AK pun tak pasti. mungkin Misha Omar dengan lagu Pulangkan. kalau salah harap betulkan. cuma tak ada kelainan sangat dalam persembahan Adira sebab dah pernah ada persembahan sebegini sebelum ni.


Extravaganza (Bunkface) - Persembahan Bunkface lebih kelihatan macam sebuah konsert. tak ada kelainan.

Sofea Jane (Black) - Black hadir dengan prop ala2 taman. dan penari yang menari di belakang. tertunggu jugak kot-kot ada Sofea Jane datang sebagai prop, tapi hampa. huhu.

Hanyut  (Faizal Tahir) - persembahan FT dimulakan di dalam sebuah sel dengan tangan dipasung. kemudian FT dilihat terjun ke bawah dan skirn di hadapan menunjukkan dia menyelam ke dalam air, dan muncul semula di atas pentas dlm keadaan basah. memang layak menang persembahan terbaekk!!


Jahat (Stacy) - Persembahan Stacy dilihat mengecewakan banyak pihak kerana gadis lincah ini tidak menonjolkan sangat seni tariannnya. cuma di akhir persembahan barulah Stacy menari dengan lincah. mungkin stacy mahu tumpukan pada nyanyian. pakaian yang dikenakan memang cantik, macam anime Jepun. kn?


Mencari Konklusi (Hujan)- Akhir sekali Hujan muncul Mencari Konklusi. persembahan yang biasa2 dan streotaip, lebih macam konsert tanpa sebarang kejutan.

yang paling AK ske ialah persembahan Kak Ziana n Dato Siti hahahaah! walopun tak bertanding, tapi so meletop! gorgeousss!!! kerlazz kau maria!


sumber gambar : Facebook tv3
p/s : syukur sbb FT menang gak persembahan terbaik. tapi kecewa dia tak menang salah satu tempat AJL, Yuna pun balik tangan kosong. xpe2, tahun depan masih ade. chaiyokkk!

6 comments:

zacky ~786~ said...

FT terbaik kn .. hehee... nsib bek ad gak die menang.. :)


p/s : jom komen entry baru sy

ardinihumaira said...

tok ti nampak kurus. jeles. huuu


p/s: risau tengok FT dalam air... takut hafiz bebetul kena tembak :D

- zuriey - said...

suka sgt persembahan faizal n hafiz

Prince Halilintar said...

AJL kali ni memang semakin mantap dengan keseluruhannya memang menghiburkan dari mula hingga akhir..tahniah kepada pemenang AJL kali ini..

AiDa AzRyN said...

datuk ct lawo! <3 :)

nabilah_2908 said...

sy tk tgk sampai habis..terlelap...ms sedar pun..time tu syarifah aini serba merah tgh nyanyi...terus masuk tido sambung tido.. :)

pagi td bila dgr pasal ni kat radio mmg la terkejut...

xpe la...rezeki ana tahun ni...kita bising2 pun keputusan dah di buat..tkkn berubah punya.. ;)


jom ke APA KATA HATI pulak,
MAKAN-MAKAN SEPENA AJL25

Related Posts with Thumbnails