~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label nur kasih the movie. Show all posts
Showing posts with label nur kasih the movie. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Meh nak review Nur Kasih The Movie!

Assalammualaikum semua!

Cuba tengok ni...

Hah! Nampak tak ape tu? ye ye tiket wayang la.. haha. Tapi citer apa... hah! Xpe2 AK tangkap dekat skit. Hehehehe.

Nampak dah? Ye.. AK dah tengok Nur Kasih The Movie! Actually hari Ahad lepas lagi dah tengok. Nak buat review asyik tak ada masa. Last-last dah nak sampai Ahad minggu ni baru AK sempat buat review. =_=”


Ok! Back to the review! Chewah... hmmm spoiler alert eh.. kang rasa AK bocor lebih2 kang, tak syok pulak nanti korang nak nonton.. hehe. ^______^


Menyelusuri kisah hidup Nur Amina, Adam dan Aidil selepas 6 tahun berlalu. Permulaan cerita terus kita dikhabarkan dengan pemergian Aliya, isteri Aidil yang tidak dinyatakan sebab kematiannya di awal babak- tapi lepas tu baru ada bayangan yang Aliya meninggal disebabkan kemalangan di hadapan rumah mereka sendiri. Nur Amina dan Adam pula hidup bahagia namun masih menanti kehadiran cahaya mata buat melengkapkan keluarga bahagia mereka.


Aidil hidup dalam kenangan arwah isterinya, masih cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaan seorang suri, dan tabah demi anak-anaknya, Mariam dan Ilyas. Masa ni air mata dah meleleh bila tengok babak Aidil terkenangkan Aliya sedang menolong dia meletakkan baju ke dalam almari. 


Lepas tu Nur Amina disahkan mengandung, Adam hepi sgt2 tapi rupanya kegembiraan tu tak lama bila Nur Amina keguguran. Untuk hilangkan kesedihan, dorang membuat keputusan untuk melancong ke Jordan. Masa ni tiba-tiba keretapi yang mereka naiki berlanggar dan kemalangan menyebabkan mereka tercedera, namun keduanya selamat.


Bila balik dari tempat kejadian, Adam baru sedar yang cincin Nur Amina tertanggal masa berlaku kemalangan tu, tanpa menghiraukan bahaya yang mungkin melanda, Adam keluar ke tempat kejadian kemalangan untuk mencari cincin Nur Amina semula.

Nur Amina yang menyedari Adam telah hilang segera melaporkan pada pihak berkuasa dan bertungkus-lumus mencari Adam sampailah Aidil turut sama ke Jordan untuk menjejak adiknya. Mereka berjumpa Adam dalam keadaan cedera akibat kemalangan yang memungkinkan doktor menyedari bahawa peristiwa di Mumbai dulu telah menyebabkan efek yang boleh merosakkan jantung Adam.
Adam redha dan pasrah andai Allah ingin menarik nyawanya, namun Nur Amina memintanya supaya tabah dan kuat demi anak mereka - kerana Nur Amina telah dilaporkan mengandung utk kedua kalinya.
Lepas tu.... ok sampai situ ajelah.. hehehee..

Adam mati ke tak? Itu ramai yang persoalkan.. AK tak boleh review lebih-lebih, better tengok sendirik. Heheeh... yang pasti memang ada yang meninggal. Sobs..

Part zaman tua tu yang paling AK tak tahan tu. heheeh. Entahlah, ni cuma pendapat AK. AK rasa zaman tua tu mcm tak perlu diadakan pun tak apa. Supaya penonton masih boleh bayangkan hidup mereka sekarang. bila dah buat sampai ke zaman tua, memang dah tak ada apalah boleh dibayangkan kan? Spoil mood pun ado jugak. Hahaha. Macam cerita Gemilang tu. kan..

Pastu cerita ni lebih banyak part sedih la. Dah awal-awal pun sedih, sampai ke akhir pun sedih. Huhuh. Saja tau encik Kabir Bhatia ni nak bg kita bawak tisu kan? Hahah. Cuma AK rasa hidup dalam Nur Kasih ni tragis betul huhuh. Dah tak ada byk part suka, semuanyaaa duka. Sobs.. kalaulah part kehidupan bahagia dan romantis Nur Amina bersama Adam tu dipanjangkan, lagi best!

Overall, honestly AK lagi suka drama Nur Kasih dari filemnya. Tapi filem ini tetap terbaik antara filem-filem lain. cuma mungkin sebabkan masa yang terhad, filem ini tak boleh nak kembangkan lagi ceritanya supaya memenuhi kehendak AK yang mengada sikit nih. Hihihi.

AK bagi 4/5 bintang. Hehehe. Chewah! Pandai je haku main bagi2 bintang ni. Hehehe.

p/s : mak AK ajak tengok KARAK pulak. Erkk. Ada brani? Ishhh.. risau le pulak... hahahah.

Friday, May 20, 2011

Obses Wayang?

Assalammualaikum semua!

nak cerita obses AK ni.. obses ye bukan obes.. kui3.. AK rasa sejak dua menjak ni, mcm dah obses menonton wayang la. hahaha. asal dapat gaji je wajib pergi tengok, especially ble ade citer yg cmbest. walopun kdg2 ble dh tgk, frust jek sbb xmcm yg dikata..heheeh..


semalam, sebabkan obses AK ni, AK smpai termimpi-mimpi. AK termimpi psl Nur Kasih The Movie. haahah. mungkin sbb 2-3 hari ni asik pk nak pegi tgk, n dok risau takut wayang full. itu yg termimpi-mimpi tu. dah mimpi pergi beli tiket, n duduk dlm panggung.

hari Sabtu lepas, AK nak pergi jumpa team Nur Kasih The Movie dkt Sunway Carnivall Mall, malangnya masa AK smpai dorang semua dh balik. AK balik keje kol 1, tggu fmily siap, kol 3 bru smpai kt SC tu.. masa tu team NKTM dh balik. sobsss. petugas kata dorang smpai awal, sblm kol 2 dh smpai. sobss.. smpai hati Adam tak tggu AK! okeh emo..hehe


pastu nk tgk citer Kongsi pulak, pnyalah ramai org beratur. AK bratur2 nk beli tket, dh habis! AK tggu kol 3 lebih, utk tayangan kol 6.10 walopun ada je tayangan utk 4.10. itupun dh habis! aiyoo..laku btol. nk tgk yg kol 8.10, mampus nak tggu kt ctu smpai mlm kan..hhehehe..
adik AK wif Auni bucuk

AK hrp, AK dpt tgk NKTM. wah berhajat sungguh.. hahaa.. bkn apa, adik AK dh nak masuk matrik,isnin ni. so sblm die brangkat, AK nk bwk la dia tonton citer ni.. sobs..

p/s : pergi tgk wayang dengan family lg baik dr pergi berdating kan? kan? ^______^

Tuesday, August 17, 2010

~Nur Kasih The Movie~

Salam...
owh dah lama AK nk buat entry ni.. dah peram gambar lama dah.. tp xberkesempatan.. huhuhuh.. asik citer sal mende lain jer..

Hari ni AK nak cerita sal Filem Nur Kasih The Movie!~~~

ohooo nur kasih.. ceh tetiba nak menyanyi..eheehhe~
Adam, Nur dan Aidil... apa yang akan terjadi lagi?

pastinya filem ni akan lebih byk konflik. tapi AK rase spoil sgt laaa... inilah perasaannya ble kite dh tengok drama dengan penuh perasaan dan kesabaran, kemudian dah rase seronok dgn ending yg hepi.. tup tup dtg pulak filem yg bakal merubah segalanya... adeh!!

meh layan gambar balik...
nur amina.. yg menten ayu...
tengok tu..budak tu.. sape tu?

mia sara! dan nur amina.. hehe
nur amina lagi xde muka lain dah.. heehehe~
Pengarah filem ni, Khabir Bhatia mmg sgt berahsia tentang sinopsis cerita ni yang bakal menemui penonton pada bulan Mac 2011...
yang AK tau tentang cerita ni ialah.... kalu xmo spoil jgn bace yer.. yg AK tau ada kemalangan keretapi di Jordan dan mungkin watak Aliya lakonan Ayu Raudhah akan mati dlm citer ni, so Aidil akan jd bapa tunggal.

sob sob... (T_T), nape AK perlu tau semua ni.. waaaaaaa!!! tu la AK xske.. sbb ble dh drama dh hepi ending pastu ade pulak sambungan yg cmni.. wuwu.. sedey laa..... nape xleh bg dorg bahagia jer.. wuwu...

takpelah, yang pasti AK tetap akan tggu kesinambungan citer ni sbb citer arahan Khabir Bhatia dan Faizal (er xingt nama penuh..sori..) ni mmg best..hehehe~

ok, sama2 kita tggu filem ni ya... hehe~
Related Posts with Thumbnails