~~Pembaca Yang Setia~~

Friday, September 28, 2012

Jika Kau Pilih Aku...


Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan boleh menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang boleh mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,

Jawapannya ialah ♥ Kau memilih aku kerana DIA ♥
 
Sumber : Facebook
 
p/s : suka nukilan ni. heeee.

Tuesday, September 25, 2012

Review/Ulasan Novel Suami Aku Ustaz!



Sepanjang menyusuri kisah cinta Ustaz Hafiz dan Alisa, ada sedikit rasa janggal yang menebal dalam jiwa. Agak sukar untuk membayangkan Alisa yang baru belasan tahun, berkahwin dengan ustaznya sendiri. Mungkin sebab aku sendiri dah remaja purba, haha mungkin watak sebegini tidak serasi dengan jiwa aku.
Awalan cerita, kita akan dibawa mengikuti kisah Alisa yang terpaksa dinikahkan dengan ustaznya, merangkap sepupunya sendiri dek kerana desakan ibu dan ayahnya yang mahu dia ada peneman di saat ibu dan ayahnya mengerjakan haji di Mekah, apatah lagi mereka memang tidak percayakan Alisa yang sudah liar di mata mereka, biarpun Alisa di dalam cerita ini hanya digambarkan suka melepak dengan kawan2nya di kedai makan. Itu sahaja.
Banyak perkara comel berlaku tatkala mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri, apatah lagi Alisa tidak pernah memberitahu sesiapa perihal perkahwinannya itu. Tersenyum sendiri apabila melihat Ustaz Hafiz mengusik dan menyindir isterinya di dalam kelas, dan pelbagai lagi perkara yang terjadi sepanjang alam persekolahan Alisa.
Apapun, apabila Alisa masuk ke UTP, perjalanan cerita sudah jadi agak mendatar, tiada konflik yang diketengahkan sangat, yang ada pun, cuma Alisa seakan jatuh hati pada Naim, namun tidak ada tindakan yang membuatkan sebarang konflik bisa berlaku biarpun Ustaz Hafiz digambarkan sangat cemburu.
Secara keseluruhan, banyak ilmu yang boleh diambil dari cerita ini, kerana ustaz itu memang gemar bercerita. Hehe. Tapi alangkah bestnya juga, andai dari asyik bercerita saja, jadikan penceritaan itu dari segi tingkah laku dan perbuatan Ustaz, kalau sesiapa faham la maksud saya. Hehe. Tapi saya sebenarnya kurang gemar, bila Ustaz asyik menyoal dalam Bahasa Inggeris, bukannya salah, cuma saya saja yang rasa janggal. Haha.
Apapun, buat penulis, teruskan usaha anda! Moga-moga segala ilmu yang bermanfaat dapat dijadikan saham di akhirat kelak, cuma lepas ni kalau boleh tambahkan sedikit rencah dengan konflik agar cerita ini akan jadi lebih umpph!

p/s : lama gila peram draft ni, cuma tak publish je. haha.

Monday, September 24, 2012

Moodless Monday : Sawang! Uhuk!

Assalammualaikum semua!

tengok, kan betul dh bersawang!

uhuk uhuk. debu menyerang! blog bersawang! dah la header tak tukar, dah seminggu habis bulan Syawal pun tak ubah lagi. hehe. kalau peminat ai datang, mati kena bambu. muahahaha, bajet artis ke AK oi? keh3. ^_^

ok buat sementara, tepek header macam atas ni dulu. kalau tiba-tiba senyap sunyi blog ni semula, tak bertukar la header tu. aha!

setelah beberapa minggu berehat, eceh berehat la sgt. ok selak kalendar semula, OMO! tolak post khas utk Bday blogger kesayangan saya tu, dah hampir 3 bulan tak blogging? betulkah matematik saya ni? (kira-kira jari semula). ok malas nak kira. haha!

maka dengan ini, cik AK berazam utk kembali aktif di pentas hiburan blogging. tapi dengan 1 syarat yg saya sendiri tetapkan, yakni, bila tak ada kerja dan bila ada idea, baru tulis blog. macam tu, barulah tak ada entri yang sia-sia.

sepanjang dekat 3 bulan senyap sunyi, mcm2 AK fikir. macam2 jugak perancangan utk blog. cuma tak boleh nak realisasikan je lagi, sebab dok tunggu masa yang sesuai nk masuk semula dunia blogging. rasa rugi tak leh share kehidupan dgn semua org dlm masa 3 bulan ni. hooo. tp apa boleh buat, tuan tanah bz ya amat!

ingat nak menulis ni tak susah ke? haha. byk kena fikir jugak, kalau tak, main tulis je xde manfaat. chewah, baru 3 bulan dah jadi ahli falsafah? auwww.

lepas2 ni AK akan cuba aktif, tapi macam yang AK ckp la. bukan setiap hari blogging, bila AK rasa ada entri yang bermanfaat dan AK rasa nak share, AK blogging la eh.

rindu semua ketat-ketat! rasa nak pelok sorang-sorang. heeheh.

muah3! salam sayang semua!

p/s : habislah kalau Mekwa masuk blog aku, mesti larik tgk labah-labah. haha!
Related Posts with Thumbnails