~~Pembaca Yang Setia~~

Monday, April 23, 2012

JJCM : Ikan Bakar!

Assalammualaikum semua!

Jalan-jalan cari makan kembali! kah3. tiba-tiba ajekan. okla, saja nak beritahu, setiap Isnin, kalau AK tak Moodless Monday, AK akan up entry JJCM eh. ok take note yer. muahaha.

erkk. nampak sgt mood hr ni ceria pulak eh? xdelah, tapi monday blues kureng skit hr ni. rasa cm bertenaga jugak nak p kerja. ntah la sebab pa. eheeh.

minggu lepas lg sebenarnya, ke tempat ni. tapi baru hari ni nak citer. heheeh.

kedai ni tak bernama, tp mmg femes dengan pelbagai pilihan ikan bakar. panas2 lg. selain ikan bakar, ada hampir 50 jenis lauk pauk lain jugak yg disedia. mmg rambang mata. sori xdpt nak snap picture, sbb time tu ramai gila org. huih! penat jugak berhimpit. hhee.

kedai ni kalau nak cari, area Permatang Pauh. bersebelahan Masjid Batu (yang kaler ijau tu) kalau tak salah AK. hehe. kalau ade org penang terbaca la kan. kih3.

ok dah2. meh tgk makanan AK. heehee.


ok ini ikan keli bakar dgn daging bakar. perghhhhhhh terbaik. ok cik Nabilah, sila telan air liur tgk ikan keli tu. heeh.


AK makan dgn ulam kacang botol, dan kerabu mangga. haahah. alamak, air liur AK pulak menceceh ni. hehe.


ini pulak ikan kembung bakar pilihan kawan AK. pun sodap!

hehe. tp jgn terkejut lak tgk harganya. hehe. tp standard ikan bakar la kan. nasi AK dah charge rm10.50 kot. heeh. tp patutlah, dgn daging bakar lg. kih3.

apapun mmg sodap! puas ati! hehehe.

Friday, April 20, 2012

Syarat Pakai Tudung Sempurna

Assalammualaikum semua!

kurang sihat skit hari ni, kepala sakit dari tadi. tak apalah, sakit itukan kifarah dosa. ^_^

hari ni nak share pasal satu video menarik dari ustaz yg tgh top skrg ni. ustaz don. mari sama2 kita berkongsi ilmu yer. hehe.

jgn asyik rasa ustaz don tu hensem, kacak, tapi ambillah pengajaran dan ilmu dari apa yang beliau sampaikan. okeh!


kalau tak boleh tgk video tu, boleh tgk gmbo ini. eheeh.

mari sama2 perbetul diri. biasakan yang betul, betulkan yg biasa!

klik utk tumbesaran

p/s : ok dh jgn berangan nk jadikan Ustaz Don calon suami, beliau dah bertunang ok. hehe.

Monday, April 16, 2012

Merasa Yong Tau Fu Bagan Ajam Yang Famous!

Assalammualaikum semua! 

ok AK cuba mengaktifkan diri semula. hehee.

okes, hari ni xnak takde mood. nak ceria-ceria hehe.

beberapa hari lepas, kawan ajak AK cuba merasa satu tempat Yong Tau Fu yg sgt femes amos di Penang area seberang ni. tempat tu dekat area Bagan Ajam.

ntahlah kenapa tempat ni sgt famous, dan Yong Tau Fu ni didakwa sgt sedap. maka dengan keinginan yg kental untuk merasa so-called famous yong tau fu, AK pun menerjah gerai itu lepas waktu kerja.

masa kami dtg, masih boleh dpt tmpt duduk dengan mudah. tp dh nak dekat balik, mmg ramai dah berkumpul.

Yong Tau Fu ni ada macam2 pilihan. fishball la, kangkung, sotong basah, n macam2 lagi. mula2 pilih bahan2 yg kita nak, pastu dorang akan potong. dan boleh campur bihun, kuewtiow @ mee. yong tau fu ni dihidang dengan sup, bukannya kuah sos.


TADAA! AK punye YTF
nak tengok harganya? selak je bawah mangkuk.


dengan perasaan teruja nak tau rasa Yong Tau Fu yg org ckp sedap sgt ni, AK pun mula makan. dan bila makan, hmmm aaa. rasa cm biase je. xdelah rasa SEDAPPPP amat. biasa-biase je. seyesly.

tapi akak kt ofis ni cakap, kalau kata tak sedap, org tu bodoh. maka AK cakap Yong Tau Fu ni oklaa.. kah3.

dalam rasa biasa-biasa tu..

licin jugak! Alhamdulillah! hehe
mahal tu, wajib la habiskan jugak. hehehe.

ok! jumpe lg nnti. tata! hehe.

Friday, April 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Sahabatku Tersayang!

Assalammualaikum semua!

menyepi bukan kerana membawa diri, apatah lagi bercuti. menyepi semalam sebab diri ini busy. huhu.

ok seperti yang dijanjikan, hari ini AK nak citer pasal majlis perkahwinan sahabat baik AK yg tersayang, Ernie Zuhaili. AK kenal beliau dari Darjah 1 lagi, dan masih bestfren hingga kini. hehe.

Sahabat AK bernikah pada malam hari Jumaat 6 hb yang lepas. dengan gigihnya AK dtg malam tu, untuk temani dia. hee.
rombongan bawak pengantin. hehe


berdebar menanti ijabkabul

mas kahwin dr suami terchenta
 keesokkannya, hari sabtu, pagi-pagi lagi AK dah dtg ke rumah dia, untuk teman dia bermekap di rumah. hehe. lepas dah selesai mekap, apalagi! photoshoot la secara pukal! hehe.


sama cantik sama padan

habis photoshoot semua, kami pun bertolak ke dewan. hehe.

atas pelaminan. hehe
siap berkompang lagik. hehe

dalam pukul 5 barulah AK balik rumah. mmg kali ni, AK bergiat secara aktif dalam urusan majlis. gitu. haha. demi sahabat tersayang, setia kukorbankan. hehe.

oh mcm yg AK pernah citer dulu, untuk majlis beliau la, AK buat hantaran dulu tu. hehe. nak tengok hantaran yg AK buat? hehe. maaflah xde gmbo byk, AK langsung xsempat nak snap gmbo hantaran ni. ini pun AK dpt dr kamera kawan AK. n gmbo hntrn pihak perempuan je, itupun xlengkap, n xnmpk sgt. yg belah laki, AK buat jugak, tp xdpt nak snap. T__T


itu jelah yg dpt ditangkap. heee.

ok, apapun AK nak ucapkan

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SAHABATKU TERSAYANG, 
ERNIE ZUHAILI BINTI SA-BAKAR.

Semoga berbahagia sampai syurga, selamat menikmati kemanisan hidup berumahtangga dan semoga dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah. amin!

Tuesday, April 10, 2012

My Bestfriend Wedding!


ok hari nilah, ganti Wordless Wednesday esok. sebab hari ni xsempat nak cerita apa-apa. biar gambar saja jadi pencerita. hahahaha. nanti AK citer eh. hari ni bz amat!

p/s : esok cuti. yayyyy!!!! jumpe hari khamis k. insyaAllah! nak jalan2 pun duit dah kopak. aduh! (garu-garu kepala)

Monday, April 9, 2012

Moodless Monday : Mood Blogging saya mana?

Assalammualaikum semua!

sila nadakan suara mcm bunyi suara hantu bila baca tajuk tu.

huhhuh. seriously, ntah la. mood xtau pergi mana. malas benar nak update skrg ni.

bila time rajin dl, pagi2 dh update blog. skrg ni dh ptg baru nak pk. kdg2 smpai xupdate sbb malas pk. huuu.

doakan kesembuhan penyakit ni ye. amin!

huhuh.

apapun AK hepi sgt, sbb AA menang Anugerah Bintang Paling Popular 2011! tahniah bro! semoga sentiasa merendah diri, dan teruskan reputasi anda! hee.


p/s : suka tgk layanan dia pada isterinya. nampak sgt yg dia syg sgt2 isteri dia. itu yg lebih tambah hormat pada dia. hee.

Friday, April 6, 2012

6 Perkara yang Allah Sembunyikan...



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

p/s : Jibrail solat sunat 2 rakaat slma 20 000 tahun 1 rakaat. kita solat sunat 2 rakaat yg xsampai lima minit pun malas. T__T ganjaran Allah nk bg, cukup senang. tapi kita yg susah nak laksanakan. 

p/s  lg : oh malasnye mau update blog. huhu. xde mood la pulak sejak 2 menjak ni.

Monday, April 2, 2012

Moodless Monday : Kejayaan itu..

Assalammualaikum semua!


mari mencapai kejayaan!

jgn pandang ke belakang lagi. hohoh.

semangat-semangat!

p/s : ini entry  peniup semangat sendiri. hehe.
Related Posts with Thumbnails