~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, November 8, 2011

Tak Sabar Menanti!

Assalammualaikum semua!

nak cerita pasal hari raya pun tak ada apa yang nak diceritakan. hoho. gambar pun tak ada. sejak dua menjak ni AK mmg sudah malas hendak angkat tangan ambil gambar. lemah je rase. haha. kalau dapat kamera canggih ke, mungkin semangat sikit kot. haahaha.

ok-ok.

hari ini tak ada mood bercerita.

cuma nak bagitahu yang AK tak sabar nak tengok cerita ni!


Drama Bicara Hati!

adaptasi dari novel bestseller akak Damya Hanna. hehee


novel Bicara Hati adalah one of my faveret. tehee.
Sinopsis:

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.


Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.


Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.


Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.


Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
so tak sabar!

walaupun Tengku Syahran dah macam larik dr bayangan AK. ahahaa. tapi boleh laaa. Shahnaaz ni kdg2 tengok ok jugak la kan. haha.

harap2 adaptasi ni tak mengecewakan. meletuppp mcm Nora Elena jugak. heehe

p/s : citer ni tayang kat Astro la. chooii! haghoos gigih carik dkt tenet ah pasni... ngeee.

5 comments:

Salina@IbuAqil said...

Perghhhhh dik, bila mula drama ni.. Akak fanatik gak ngan penulisan novelis Damia Hanna ni.. Bnyk kali baca novel ni pun msh x jemu.. ;)

nabilah_2908 said...

ala...dah excited dah nak tau tv bape...

tup2..astro...ceh... :(

|| A r a W a n i || said...

pergh. siryes ni novel paling laku tym dok asrama dlu. siap. habis lunyai satu asrama bca.

tp. erm. bla tba saat d dramakan. uh. mahaplah. xnk kot. drama melayu ni kureng sket.

NajiHa said...

wahh..ade wat drama upenya.

ainz said...

umah sewa sy takde astro...kecewa...jom tengok kekasih awal n akhir malam ni! tv9 kul 830 (kalo xsilap,laa..) heee...pelupa la sy ni.. ;p

Related Posts with Thumbnails