Ada apa dengan 20 sen ni? Atau orang penang cakap, dua kupang! Hahahaa. Hmmm..
Aku tertanya sendiri, wahai dua puluh sen bertahun 1973, sudah berapa jauh engkau berjalan wahai encik 20 sen?
Dari 1973 hingga kini, pasti sudah banyak yang kau tempuh, sudah banyak tempat yang kau redahi, sudah pelbagai ragam manusia yg kau tonton. Tapi.. kau masih gah di usung ke sana ke mari oleh jutaan manusia silih berganti, tanpa ada erti jemu.
Walaupun kau cuma 20 sen, tapi tanpa dirimu, pasti takkan lengkap sejuta... namun aku tahu, kau dipandang enteng kini, sebab org lebih menyanjung duit kertas itu.
Haish! Jangan risau encik 20sen, aku masih setia mencari dirimu, sebabnya, tanpa kamu... tak mampulah aku nak naik bas rapid itu. kalaupun aku berjaya naik, mungkin aku terpaksa korbankan duit seringgitku @ 50 senku semata-mata kerana kau tiada.
Dan sekarang, aku lepaskan kau kembali, merantau ke lembah yang tiada penghujung, kau akan mengembara entah ke mana. Meninggalkan aku di sini.
Sudah selamat aku korbankan dirimu, di dalam tabung bas Rapid itu, demi...
Demi sehelai kertas yang nampak tak berguna, tapi tanpa dirinya, mungkin aku akan dihalau dari bas. Mungkin tanpanya aku takkan mampu pulang ke rumah...
Terima kasih 20 sen, sebab kau telah banyak berjasa... (^___^)
p/s : mood meraban dah mai! (-_-“) sebab apa cerita pasal 20 sen? Sebab masa tu AK xde duit 10 sen. Hahaha!









