Dia Kekasih Allah
Hijjaz (Putra Aiman / ITO Lara)
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
p/s: untuk dengar lagu ni, sila klik di sini. sebenarnya aku baru teringat akan kewujudan lagu ini mase aku search lagu nasyid kt imeem bru2 ni. bkn xde kt hard disk aku tp aku dh lama xpasang lagu ni, aku teringat dl kt mrsmbp, betapa aku sgt sukakn lagu ini sbb sgt syahdu, liriknya menyatakan kecintaan pada Rasulullah. aku sedang berusaha utk menambah kecintaanku pada Rasulullah kerana aku sedar betapa agungnya cinta Rasulullah pada kita hingga kita xmampu menyaingi kecintaan itu. Salam Maulidur Rasul buat semua, semoga kita sama-sama mendapat syafaat di akhirat kelak...amin~~~
No comments:
Post a Comment