~~Pembaca Yang Setia~~

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Masumi! Auww Somelnya Anda!

Assalammualaikum semua!

pernah tak tengok drama jepun ni? Nodame Cantabile. hehe.


AK memang layan citer ni, mula2 AK tengok masa zaman u dlm tahun 2007-2008 gitu la. kakak housemate AK ade DVD die so AK layankan aje. heeheh. best citer ni! hehe.

tapi yang AK paling tertarik ialah salah satu watak ni iaitu Okuyama Masumi, pemain Timpani!



haha somel kan beliau! huhuhuh. AK mmg ske tgk die dlm citer ni sbb dia auwww lembut gitu. kelakar jee die ni sbb die ske kat Chiaki Senpai. heeheh.


ayu gitu..
kiutnyaaa heheeh


tapi tahukah anda.. chewah. sesungguhnya di alam realiti, dia adalah seperti ini...



ok zoom lg.


ok kachak jugak beliau rupanya kan. hehe dan tak auww pun.. auwww..

kachakkkk!!!


p/s : jgn memandang org dr luaran, sebab dalaman tak elok tak guna jugak sedangkan luaran bila-bila masa boleh diubah. hehe.

Friday, April 15, 2011

BF dari negara mana yang AK paling sayang???

Assalammualaikum semua!

ehemm.. tadi kat ENTRY ni, ada la sorang ni bertanya kan..

soalan die mcm kat bawah ni. hahaha.


ehem.. boleh tak, nak jawab soalan niii. hahaahah! gediks!

sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight gitu.. Prince boleh pulak buat2 xtau eh. eehehe..

ranking 1st skrg ni mestilahhhh...


so skrg ni BF AK dr korea la kn. hahah!


si comel ini. hahahaaha... buat masa skrg, die ranking 1st.. Yamapi jadik no 2. ahahahaha.



hahaahahah! gediksss! teheee...

eh tapi ramai lagi la dlm senarai AK.. cmne? ekekeeke..


yang ni pun nak masukkan dlm senarai.. aci x? ekekekeee..


yang ni pun mcm dh suke.. uhukk..

ramai giler.. ok dah rambang mata dah ni..

ok stop.. haahahah!

tata!

Friday, April 1, 2011

Mood Tak Ada, Kenalah Carik Mood. lalalala~

Assalammualaikum semua!

actually ble ade prob ni, mood blogging pun dah luntur. huhu. AK tgh cuba cari mood lagik.. wuwu...

sementara tu meh join AK layan hindustan ajelah.. mood berbungaalah skit. hahaah..



wah! tetibee jadik jiwang teruss.. lalalaalaaa.. suka gandingan Aishwarya Rai dan Akshaye Khanna tp dh lama dah dorg xberganding. paling best citer Taal! heehehee~

Wednesday, March 30, 2011

200 Pounds Beauty yang Sedeykan Aku..

Assalammualaikum semua!

dah lama tidak buat entry luahan2 dari hati kan? chewah gitu! hahaahah. hari tu AK penah buat SEGMEN SENTAP kan. hahaahah..  AK ade letak gmbar kat bawah ni. tapi AK xpenah cerita detail pun psl citer ni kan. hehee..


 200 Pounds Beauty

AK tak tahulah orang lain macam mana, tapi masa AK tgk filem ni, AK nangessss gila2 punya. hahaahah! sebab apa? sebab AK dpt hayati perasaan Hannah tu sbgai seorang yang berbadan besar. orang yang tak pernah berbadan besar mungkin tak brapa faham tapi AK tersangatlah faham.


AK paling terkesan dgn babak masa Hannah yg dah kurus tu cakap, soh biarkan lelaki yg kaco dia tu, sebab dia tau perasaan macam mana kita sukakan seseorang tapi tak mampu luahkan sebab kita tau kita tak setanding dgn dia. sobss. sedih gila.

AK paham macam mana bila kita dah jatuh cinta pada seseorang, tapi kita xmampu luahkan sebab kita rasa tak layak untuk berada di samping dia...

Omputih : It's better to have love and lost, then never have love at all...

AK : Lebih baik tidak mengharap untuk dicintai, dari kecewa kerana mengharap sebuah cinta... T.T
 AK ske gilerrr lagu dlm filem ni. heehehe.





yang blom tgk, jom tgk ramai2! baru paham skit prasaan org badan besar ni. hhuuhhu..

p/s : sedey bila orang lain tak mngerti hati ini.. sobs..

Monday, March 28, 2011

Review Hikayat Merong Mahawangsa dari sisi AK. T____T

Assalammualaikum semua!


Sabtu lepas, akhirnya berjaya jugak AK tengok Hikayat Merong Mahawangsa walopun dpt tempat depan2. tp sebab panggung tu jenis kecik skit so dok depan pun tak dongak. hehehe. tercapai gak hasrat AK.

AK memang tabik spring dengan filem ni sebab memang nampak setanding dengan filem luar negara. cuma nampak macam cerita ni laju sikit. lebih kepada penceritaan narrator.

bila keluar dari panggung, AK rasa...

Sedih dan sebak! Ok itu perasaan AK saat keluar dari menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Sobss... AK tak tahulah orang lain rasa macam mana tapi itulah perasaan AK. Walau secanggih mana teknologi CGI dan kehebatan set yang dibina team KRU, kisahnya juga yang meruntun hati AK. T.T

Semua orang dah tahu sinopsis Merong kan, in fact, AK rasa 80% orang yg tengah baca blog AK ni dah tonton pun filem ni. Cuma AK mahu sentuh dari sisi berbeza yang orang lain belum sentuh.
“Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua;
Bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama...”
Kata-kata itu begitu meninggalkan kesan pada kita, macam merong cakap, kata2 tu menghantui hidupnya sampai sekarang, sampai boleh terbawa dalam mimpi, begitu jugak dengan AK sebab kata-kata itulah menjadi pengakhiran cerita ini. Kata-kata itu membuatkan Merong berfikir untuk melakukan pengorbanan sebegitu besar.

Ok AK akui, sambil taip ni pun AK tgh sebak2 kat dada. T___________T

Haish! Mesti semua orang kata AK ni emo kan. Hahaha. AK pun tak tahu kenapa AK sedih sgt dengan cerita ni but yes! KRU have done a good job on making me onto this mood right now. Rasa terlalu terkesan dengan pengorbanan Merong yang akhirnya memungkinkan sebuah tamadun Melayu tercipta. Asal-usul kepada kerajaan negeri Kedah sekarang.

meh nak review watak sikit. heheeh.

Merong (Stephen Rahman) : terbaekk! wah jatuh hati terus. sgt berjaya menghayati watak walaupun bahasa melayunya ada slang. memang terbaekkklah!

Marcus, Prince of Roman : sgt kiut! hahaha. lembut jek, tp jiwang2 lalala..


Puteri China : boleh la tahan. cantik, tapi mcm pelat2 skit bila cakap. eheheh.

Inang Ying Ying : mcm kekok skit berlakon. tp lawak. heeheh.

Kemawas (Khir Rahman) : menggelikan tapi memang terbaeklah lakonan die...

Embok (Umi Nazirah) : boleh tahan laaa dengan sikap dingin die tu. hehe

Dato' Rahim Razali : ok, cuma rambut n janggut palsu tu agak annoying. haha.

Abu Bakar Juah : seswai sgt bawak watak tu. eheheh

[ok, kat bawah ni spoiler jadi kalau rasa cam tak nak tahu, tak payah baca part bawah ok!]
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

AK sedih sebab Merong mati! Waaaaaaaaaaaa!!! Ok AK dah tahu Merong mati sebelum tengok cerita ni lagi, sebabnya adalah makcik sorang tu hantar kat akhbar, review pasal cerita ni siap bagi ulasan pasal kematian Merong lagi. cait! Spoil btol makcik! 

Tapi bila menonton sendiri, sedikit pun AK tak terspoil dengan makcik tu sebaliknya rasa sangat sedih menusuk ke dada, bila akhirnya Merong korbankan jiwanya demi memastikan keamanan di daerah Langkasuka, untuk bebas dari ancaman Garuda.

Buat Merong,
Engkau telah lakukan pengorbanan yang membuatkan aku hampir menitiskan air mata, kau rela berkorban demi rakyatmu, demi insan2 lain tanpa mempedulikan nyawa sendiri. Aku rasa aku takkan mampu menjadi sepertimu, tapi aku bangga punya kamu sebagai raja terawal tamadun Melayu sendiri. Daulat Tuanku!

p/s : ok, dah jatuh cinta pada watak Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman.titik.

Thursday, March 24, 2011

Teringin! Meronggg tunggu aku!

Assalammualaikum semua!

teringin nak tengok citer ni... tp blom sempat lg. kalu ade rezki, dpt gaji nak bawak adik2 tgk ujung mggu ni. heheehe..

moga panggung wayang tak full masa AK pegi beli tiket tu. aminnnnnnnn!



p/s: sementara tu, tgk trailer pun jadi laaa... T.T

Tuesday, March 22, 2011

Oh Terkejut Aku, Adruce Sgt Kurus!!!

Assalammualaikum semua!

ok kt umah xde astro...AK tak tengok cerita Waktu Rehat.

T.T

jadi maaf kalu AK ketinggalan zaman sikit. sebab baru tahu dan baru rasa terkejut. ok. heheehe..

bila masa eh, budak ni...


jadik kecik macam ni????



ya AK tau die dah kurus, tapi xdelahhhh kurusssssss gilaaa macam kat atas ni!! dik oii, kurusnyee awak!!

dengan mak dia sekali kurus ni... ish jeles benar AK..


zaman dolu2

zaman sekarang

ok, AK masih dlm state terkezut dan jeles dan nak tahu rahsia dorang. heeheh. mungkin mama si adruce ni ajak diet sama2 kan.. pepun tabek springg la sama dorang!

p/s : mau kurus jugak! tp misi asik gagal. hahaha.

Thursday, January 27, 2011

Mari Bandingkan Suria FM dan Hot FM! ^_^

Assalammualaikum semua!

Nak tahu tak, dekat ofis AK ni, selalunya akan pasang radio so ofis xpenah sunyi. sebelum ni kami dengar Hot FM. sejak AK masuk la lagi memang dorg dgr Hot FM. Hari Sabtu jek dengar Carta Sinar FM.


nak dijadikan cerita, pada suatu hari, kawan AK cakap die dh bosan asik dengar Hot FM dan kawan2nye asik cerita pasal Suria FM.

maka dengan tak semena-mena dia telah menukar channel kepada Suria FM.

ok, AK nak buat perbandingan sedikit antara Suria FM dan Hot FM, lepas lebih kurang 2 minggu dengar Suria FM.

  • DJ Hot FM lg best kot. sebab celoteh DJ Hot FM lebih mantap. DJ Suria FM cuma harap kt Linda Onn, n Halim Othman
  • Lagu di Suria FM lebih variety dr Hot FM. ada lagu2 lain yg tak pernah AK dgr kt HotFM dan ade lagu2 lama yg susah nak dgr kt radio lain..hehe.
  • sepanjang dgr Hot FM, dah boleh agak lagu2 yg akan diputarkan dlm sehari. dan satu lagu boleh ulang 4-5 kali. dalam sehari mungkin cuma ade 30 lagu yg diulang putar.
  • Lagu meletopp yg selalu Suria FM putar buat masa sekarang ialah Baik-Baik Sayang, dari Wali Band. lagu ni diputar 4-5 kali sehari. hoho
  • paling kureng dgn pembaca berita Suria FM. erk tak baik! (^_^)  psst, dgr la sendiri berita kat Suria FM kalu nak tau. AK sampai xleh concentrate dgr berita kalu die baca..ahahah!

Entry ini bukanlah nak membodek Suria FM @ nak mengutuk Hot FM, sekadar pandangan ikhlas pendengar. so Hot FM AK harap akan banyakkan lagi variasi lagu, manakala Suria FM pulak harap mantapkan DJ-DJ dorang eh . heeheee.. tapi semua terpulang jugak pada pendengar kan? bg AK, AK layan je dua2 stesen..haahah~

p/s : suka DJ2 HOT FM tp ske lagu2 yg diputar Suria FM. How? hehehee... (^.^)

Monday, January 17, 2011

Wajah Suci Faizal Tahir. ^________^

Assalammualaikum semua!

wah tetiba nak buat entry ke 3 untuk hari ni.. hahaha.. bukannya apa. tadi AK sibuk mencari gambar yang sesuai untuk karya-karya AK.. pastu kan, terserempak lah dengan gambar ini.


silalah tatap wajah suci lagi jernih beliau ini.. ah rindukan dia dalam Mirwana. masa ni part2 tarik semua serah kt dia..ingat tak? ehehheeh



sekarang.. (-_-").. lebih ganas... dan serabut sikit.. tapi apapun AK mmg peminat dia.. dari zaman dia bersama Mirwana lagi. just suka FT yg kurang agresif. mengharapkan FT yg lebih sweet. but siapa kita nak ubah orang kn.. FT dh berjiwa kental, rock keras, takkan nak suruh die jadi sweet, muka penyanyi nasyid pulak.. hohohho

meh kita layan lagu lama kumpulan Mirwana jap..hehehe~



p/s : really miss the old him.. lalaalalaaa~

Friday, December 10, 2010

Bersyukur atas Perubahan Mereka..

Salam semua!

owh tetiba ada mood nak bercerita.. eh bukan bercerita, lebih kepada memberi pendapat. heheeh~ ada tengok tak Wanita Hari Ini Selasa yang lepas? pasal penghijrahan.. hehe..

rasa senang dan sejuk hati bila lihat perubahan mereka. Farra bagaikan puteri, Ashraf Muslim dan Amer Munawer.


owh teringat zaman kt kolej matrikulasi dulu, kwn AK sorng ni mmg minat gila kt Ruffedge sampaikan pemakaian die pn mmg hip hop abis laa.. n anggota ruffedge yg die paling minat ialah Amer sampaikan org panggil dia Amer Munawer..  dan dia seorang perempuan.. (-_-') seyesly..

alhamdulillah, lepas lama menyepi, AK terjumpa amer semula..echewah, mcm jumpa berdepan pulak AK ni..drama btol..haha.. xdelah, sebelum kemunculan amer dlm WHI tu, AK dh terjumpa FB die yg menunjukkan dia dh byk berubah, dah warak n menyanyi lagu nasyid dan ketuhanan.

sejuk hati, dah la orangnya manis.. adusss..jatuh hati..aduss..help help...

pastu pasal ashraf muslim pulak, lepas die mula belajar ilmu perubatan Islam, dia dh makin byk berubah. semakin sejuk mata memandang. lembut tutur bicara..heee~


terus mereka di atas ni menjadi jejaka pilihan hati AK.. haahha! aci x?

AK sgt bersyukur dgn perubahan mereka yang menuju ke arah kebaikan, artis lain ble lagi ek? sama2 kita doakan ek..

 ble lihat perubahan ashraf muslim skrg ni, terus tergambarkan ustaz amirul dlm puaka niyang rapik.. heheeh.. mmg sesuai la imej ni dgn seorang ashraf muslim.. heheeh~

p/s : bakal menulis cerpen tentang ashraf muslim..haha.. sape mau baca?

Wednesday, November 10, 2010

Ghost Whisperer season 5 bermula!

Salam semua!

selamat pagi! pagi yang ceria! tp AK tak berapa ceria..hahaha..sebab AK mengantok.. huuuu... pagi2 bangun mandi dan solat, pastu sambung tido balik dlm 15 minit, hahaha... kenapa laaa tilam tu empukkk sangat, kenapalah cuaca sejuk je, kenapalah mata berat sangat... huhu..


eh apsal tiba2  letak gambar orang peluk ni? hahahaa.... bukanla.. AK nak bagitau, citer Ghost Whisperer season 5 dh kembali bersiaran di 8tv ari selasa, pukul 9.30 malam. semalam startnye.. haha..

yg dua orang tengah berpeluk ni hero dengan heroin la.. tapi heroin tu watak utamanye.. hehehe.. eh semua tau kan pasal cerita ni? kang penat AK bercerita padahal dalam hati korang masing-masing dah cakap.. "Bla..bla..bla... orang dah tahu la cerita ni..."

kang malu AK..hahaah.. so utk elakkan AK malu, AK tak cerita la.. cuma nak khabarkan je, cerita ni dah bersiaran.. untuk mereka yang suka mengdownload, maaf la.. AK bkn jenis suka download, AK ske tgk cerita kat tv. lebih puas ati.. haha..

sampai penah AK amik cerita V for Vendetta dari kawan AK, ada dlm komputer. tapi sampai sekarang tak tengok. tapi bila tayang kat tv, AK tercongok jugak depan tv, padahal dh ade. hahaha.. iciter mmg ade, mcm2 cerita ade. tapi AK lagi suka tgk kt tv je..

hahahaha...itulah AK.. orang panggil, 'KAKI TV' kot haahah.

p/s : aaaa suka giler David Conrad!!! aaaa!

Thursday, October 14, 2010

Yamapi Yang Kawaii!!

Salam semua!

dah tengah hari rupanya.. xsedar AK..kui3.... semalam lepas Isyak terus AK tido.. niatnye nak bangun balik, nak buat kerja, celik2 mata semua orang dah tido.. hahaha.. ape lagi, terus sambung tido balik, tak jadi nak bangun.. haha..

eh apekah nak cerita ni..haha.... ok2... semalam gatal2 mengsearch gmbr hero kesayanganku ini... heeheh..sapekah? mestilah Yamapi..lalala... kalau sape2 nk kenal Yamapi ni, nanti kol 3 petang kt 8tv, sila tonton Buzzer Beat ok..hehehee..

AK saje search gambar format .gif yg leh gerak2 tu..hehehe..comey kan? alalalaaa~




Kawaiii!!!!

Saturday, June 12, 2010

~Janji Kekasih Belum Panas!~

Salam..



hehe.. smlm aku teruja nk tgk janji kekasih... yg gantikn cerita Aliff Firdaus.... sbb bace sipnosis yg  mcm best.. hehe..
then tgk la smlm... not bad la.. tp xdelah cm aku rase ble tgk Nur Kasih... first time tgk terus rase cm kene tgk sambungan..huhu...
bg aku citer ni ok.. cuma aku rase cm cepat sgt lak jln cerita dia... xsmooth n steady bg sebuah drama sambung2... hehe~~~
tp itu dr first sight aku, mugkin cerita ni akan nampak lebih menarik pasni.. pepun... aku nk komen skit watak2 die.. hehe...

Karina @ Jue Aziz ~ aku mmg ske Jue walopun kdg2 die gedik2 manja.. tp citer ni mmg nmpk die ganazzz dgn moto besar die tu.. fuhh..cun giler.. rambut lak pnjg mengurai..hehe... cantik laa~~



Shah @ Fezrol Khan ~ hehe... aku mmg ske lakonan Fezrol Khan sbb die seswai watak lembut n romantik.. aku start ske die ble tgk citer Ezora.. huhu.. sgt romantik der... tp dlm cerita Janji Kekasih ni, Fezrol nmpk terlalu matang utk jadi budak U lg..hehe.. pendapat aku la...



Aliyah @ Ayu Raudhah ~ hehe.. aku mmg sgt ske tgk dier.. sgt lemah lembut... n nmpk ayu sgt dgn imej bertudung die tu... sgt cantik kn... hehe~~ tp adik aku ckp.. adik aku la... die ckp dlm citer tu Aliyah tu asyik solattttt jer.. hehe.. xde lah salah pn.. bagus sgt cmtu.. cuma nk tunjukkan alim tu xdelah bererti kene solat spnjng mase.. tp bgus sgt la cmtukn.. heehe~~


k lah... itu je... lain kali la citer psl citer ni.. nk tgk dl ok x pas2 ni.. hehe..skrg citer ni blm panas.. bru suam2 kuku bg aku..hehe~~~
mlm ni ade cerita fahrin la..xtau larat x nk tgk mlm ni..hehe~~

Thursday, June 10, 2010

Epilog Syurga Cinta~ xsabar nak tengok!!

Hehe..
slm.. td baru tau.. hari tu aku de cerita pasal cerita baru adik mia sara kan? yg tajuk die tu Epilog Syurga Cinta tu, ok.. rupa-rupanya cerita tu cm adaptasi dr cerita Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari, Heliza AF n adik Haziq...

 

 
kali ni dlm Epilog Syurga Cinta yg bakal ditayangkn kt slot Akasia tu, pelakonnye ialah adik Mia, kire cm Haziq versi pompuan la, Zizan Nin sbgai abg kepada Mia.. kire cm Awal la dlm citer tu... n Fida sbgai cikgu kepada Mia.. hehe.. so sweett....xsabar nk tgk!

 
mia n abg zizan nin..
 

 
mia n cikgu syuhada @ Fida~~
 
 
updated:


 

Wednesday, June 9, 2010

~Pensil Yang Menyentuh Jiwaku~


eh bkn pensil ni la.. hehe~~


pensil yg ini~

Sebenarnya dah lama nk cerita pasal mende ni... tp asyik terlupa jer... haha.. smpai rase cm cerita ni dh basi.. tp sbb cerita ni menarik sgt.. aku kene kongsikan gak.. hehe~~
aku tgk cerita ni bkn kt wayang.. tp kt tv.. xingt ble.. mase hari ibu yg lepas kot.. sblm tu bace dl sipnosis cerita ni yer...

Sinopsis Filem Pensil
Mengisahkan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua.

Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya.

Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis.

Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid.

Junid diasuh dan akan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat akan menjadi sahabat baik. Badrul akan memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid.

Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih sayang dari ibunya. Badrul akan meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.


ni lak trailer die...
ok.. dh bace n tgk trailer?.. rase menarik x? ala..mesti ramai yg dh tgk kn... btol x? tp aku rase mase tyg kt wayang xdelah box office cm filem sampah... uhuk... tersedak produser dgn pengarah tut!
sape yg xtgk lagi? baik ngaku... hah... ngaku pun.. ok.. silalah tgk yer.. sgt2 digalakkan.. aku sure air mata korg xhenti nk nangis...
mase aku tgk citer ni, hmpir 80% mase aku bergenang air mata.. hehe..malu.. sbb start cerita pn dh rase sedih.. sedih sgt2.. sob sob..
walopun Badrul cacat.. tp die syg sgt kt mak die.. die tlg jual kropok n upah tu die smpn beli baju kt mak die mase hari jadi mak die.. sob sob..
mak die xske die sbb die tu anak luar nikah ayah die ngan mak die yg btol.. bangsa india.. mak tiri die ni jaga pn sbb nk soh Badrul cari duit utk dia.. sedih la...  korg tau x.. mak badrul bagi badrul mkn nasi kosong dgn ulam kacang botol je, letak air masak utk kuah... mak die mkn sedap2... wuwu.. ish..cerita pn dh cm nk nangis.. sbb ingt cerita ni...
ok la.. tonton la ek... xrugi... sgt bermutu walopun berbajet rendah... wuwu.. sedih.. (T_T)

Monday, June 7, 2010

~Famili Mia Sara~

Salam...
td saje usha2 Nuff aku yg baru naik 2-3 sen..hehe... mekaseh kepada yg klik iklan yg kdg2 je muncul....hehe...
then saje la usha keyword dr blog aku~ inilah hasilnya...



nampaknye ramai lg yg mencari kisah achik spin kn? tp nnti la aku cerita pasal tu... yg aku tertarik tentang keyword di atas ialah mia sara anak kepada siapa? hehe... meh la aku kenalkn kt korg sume family mia...

eh ni bukan la..ni mummy mia dlm iklan sustagen..ehheehe

wow..anak rossa kah dia? eh bukan la..

wow! eh bkn dorg blm kwen..hehe.. mesti la bukan..

haa...ini lah bru btol.. ini family mia... mia xde kaitan dgn ibubapa artis ya..hehe

personal info mia

name: Mia Sara Nasuha bt Muhammad Ridhuan
birth date : 30 sept 2005
age: 4 years 9 months
occupation: kids model and actor
from/location: kota damansara
father's name: ridz
mother's name:fyda
her 1st appearance on tv: 2008
tv commercials: Bank Islam, Celcom, Sustagen, Nokia, Astro Beyond, TM, Soflan
dramas: Adamaya is her first drama.

p/s: bg peminat yg ternantikan kemunculan adik Mia...adik Mia akan muncul dlm drama bersiri Epilog Syurga Cinta utk tayangan di slot Akasia TV3 macam Adamaya. shooting bru mula hari ni...hehe..tayangan xpasti ble...

p/s lg: teringat iklan softlan..mia cakap..
"terima kasih sebab buat bau cadar..bau macam mama.."
so kiut!!

Friday, May 14, 2010

Mia Sara@ Amani meletop di FACEBOOK..



Salam...
hehe...sume masih dalam mood Adamaya ek.. walopun citer tu dh abis smlm.. aku xde la layan sgt citer tu... sbb mase citer tu start kol 6.30, aku bru smpai umah..so sllu aku wat keje lain dl... xde la fokus sgt tgk citer tu.. tp last mmg aku tgk..hehe..
tp bg aku, yg wat aku nk tgk citer tu sbb adik amani tu... sgt kiut...btol x?
hehehe... aku dh pn jadik fan die kt FB..anda bile lg? leh layan gambo die yg kiut-miut...
latest, cuba pegi pasaraya area pelembut fabrik... soflan..ade gmbr adik mia ni smpena Hari Ibu...

just nk bgtau, FB adik mia ni mmg meletop abis laaa... kejap je feymes.. dorg start bukak FB ni pada 27 April 2010 kalu xslh... xsmpai sebulan kn?
sekarang peminat die dh cecah 107,872 stkt yg aku jengok td... huhu..giler pantas..kalah artis2 yg beria nk cecahkn 100 000 tp setahun pn xdpt cpai lg..
sila klik FanPage Amani utk sertai n jamu mata tgk budak kiut miut ni... sambil tu meh layan gambo2 mia yg aku cekup dr ctu..haha...


dr kecik dh comel cmni...auwww...


ni mase setahun lebih


ni mase rambut pelik tp comel..


ttp kiut kn~~


dlm adamaya...


utk iklan softlan~~

sume ni bersumberkan FB amani@ mia sara yer...
Related Posts with Thumbnails