Assalammualaikum semua!
tadi kawan AK tanya kat AK, ade tak masanya yang kita tak berfikir apa-apa?
susah jugak nak jawab kan. hehe.
AK cakap, time tidur la kot, kita tak fikir apa2. hehe. tapi time tidur pun otak tetap bekerja. kalaulah otak itu macam manusia, mesti dia itu lebih letih dari pekerja tapak pembinaan kan?
sebenarnya kawan AK pelik, sebab nampak AK mcm jenis yg tak risau langsung pasal semua hal, macam tak ada masalah kot. haha.
sebenarnya.. kalau nak tahu..
AK ni adalah sejenis manusia yang kalau fikirkan pasal sesuatu, akan fikir secara terlalu mendalam walaupun hal itu hal remeh temeh, sampaikan boleh bawa kepada sakit kepala. haha. sebab tu la, sampai satu tahap, AK terus malas fikir pasal hal tu. mungkin itu sebabnya kot.
ok mari AK bg contoh..
cuba AK fikir pasal "Bila aku nak kahwin ya?" -contoh ye contoh ni. xde kaitan pun ngan sesapa. =_="
lepas tu AK akan fikir begini...
'eh layak ke aku kahwin? siapa nak dekat aku ni?
kalau aku kahwin sekarang, aku dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab sebagai isteri? mampu ke aku didik anak-anak aku nanti?
siapa yg sudi izinkan aku jadi isteri dia? aku ni tak lawa, XXL.
masak pun xbrape reti, cmne nak kahwin, bagi makan pasir laki aku nanti.
bla bla bla.. sambung sendiri..'
ok AK dah nak sakit kepala. muahaah..
so akhirnya..
"Ah tak payah pk lah!"
ok itu contoh aje ye. selalunya yang AK fikir dalam-dalam, adalah lebih teruk dari masalah di atas. hehe. pelbagai persoalan akan menyerang kepala AK mcm virus influenza.
tapi bila tengok wajah dia, pasti hilang masalah! ^_^ |
begitulah alkisahnya perangai cik Aliesha Kirana.
tamat.
4 comments:
Betul lah sis, inapun sama.. Kalau dh mula duk memikir kekdang smpai trmimpi2.. ;))))) tp kalo tgh serabut otak tgk snyuman anak uishhhhhhhh cayor teman.. ;)
prince pun suke memikir jgk...tapi klu dah letih sgt mmg malas nk fikir..wat je rase pe yg nk buat...hehe
sama lah kita..biase sebelum tdo..macam2 bende fikir...mau delay stgh jam - sejam fikir panjang sangat!! aiiii...penyakit sy yg paling ssh sembuh..lagi2 bila ade problem..lagi susah nak tdo..hehe
sy faham..sbb kita sama..huhu...
kalau dok fikir..mmg menggangu kehidupan harian...adakala sampai tak boleh tidur...
mcm tu juga dgn masalah..kalau macam rumit sngt..tp tak bape penting...hold dulu la..malas nak fikir...
Post a Comment