~~Pembaca Yang Setia~~

Saturday, November 26, 2011

Video : Comel La Najwa Latiff versi Harun Salim Bachik. hahaha.

Assalammualaikum semua!

hari Sabtu selalu jadik hari perkongsian video dlm blog ni kan? hahaha. xpelah, kirenye ari sabtu hari video la. okes. heeheh.

AK nak citer pasal Maharaja Lawak Mega.

ok, umah AK xde astro, tp apa gunanya internet kalau x diguna kan? hahaah.

jngan tanya AK psl persembahan semalam, sebab AK langsung tak tengok. AK baru tengok 1 persembahan je. hahaha.

tapi sebabkan persembahan ni best, maka AK nak kongsi ngan semua. hehe.

tapi ini persembahan minggu ke 4, kumpulan BOBOI.

apa yg menariknya?

sebab Harun Salim Bachik jadik perempuan, sangat lawaaaa! hahahaah. xnampak mcm drag queen. nampak real keperempuannya ble dia pakai mcm Najwa Latif. hahaahah!

tak caya? jom tengok video ni.


enjoy!


Friday, November 25, 2011

Mari Berhijrah!

Assalammualaikum semua!

Tahun 1432 H hampir melabuhkan tirainya, tak lama lagi dah nak masuk tahun baru ikut kalendar Islam. terasa cepat btol masa berlalu kan.

ikut kalendar masihi pun, kita dah nak sampai hujung tahun.

agak-agaknya, azam awal tahun dulu, tercapai tak?

hehehe. AK macam biasa, tiap-tiap tahun nak kurus, tapi malas usaha. ahahah jadi tiap2 kali tahun baru, azam yang tu le jugak. keh3.

tapi ada satu azam AK ni, InsyaAllah bakal jadi kenyataan tahun depan. alhamdulillah. AK harap sgt, tahun yang mendatang, akan ada rezeki untuk AK. amin...

sebelum tu, nak ingatkan kawan-kawan semua, dalam kita nak menyambut tahun baru hijrah ni, marilah kita kenangkan kembali pengorbanan Rasulullah SAW dalam memperjuangkan Islam. bagaimana Baginda berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan Islam. sempena peristiwa penghijrahan bagindalah, tahun Hijrah ini bermula.


Kita pun boleh berhijrah. dari jahat ke baik, dari baik ke lebih baik. etc. hehe.

Salam maal Hijrah pada semua!

p/s : jgn lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya nanti! hehe

Thursday, November 24, 2011

Selamat Datang Ke Dunia, Muhammad Faiz!

Assalammualaikum semua!



masih kah kau ingat? hehehe. AK penah citer pasal wedding kawan AK ni yang membawa AK nun ke KL, awal tahun tempoh hari. hehee.

Alhamdulillah. ada berita gembira yang AK ingin kongsikan pada semua. huhu. sahabat kesayangan AK ni, telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki, Muhammad Faiz namanya.

comey amat, babynya itu. lahir pada tarikh cantik lak tu, 20.11.2011 heehhe.


sebijik mcm muka kawan AK! heeheh. somell!



tak sabar rasanya nak lawat baby, tp ntah ble pulak AK nk terbang ke sana. eheh. InsyaAllah, ada perancangan. tunggu aku, cda!!!!

tak sabar nak peluk faiz, nak cium faiz.. muah3!

apapun tahniah buat cda dan suami.

juga buat AK, sabo ajelah. nnti dapat la anak comel jugak eh. tetibee...

p/s : psl isu semalam tu, heheehe jenama coklat tu biarlah rahsia eh. tapi dia dalam kotak. pesan AK, hati2 kalau beli coklat kacang hazelnut sebab mende tu ske ade kt kacang tu. heehe. AK dah penah terkena 2x, dekat jenama coklat lain2. so pk2kanlah ye. hehehe

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Malaysia! Nebes Kot, tengok Perlawanan Semalam..

Assalammualaikum semua!

maaf semalam langsung tak sempat nak mengupdate blog mahupun singgah ke blog kawan2 sebab ofis kelam-kabut, ada auditor dtg. hari ni pun sama,  mmg xsempat langsung nak curi masa. sobs.

so AK minta maaf sekali lg, kalau AK xsempat jengah blog korang nnti eh. hehe.

hari ni cuma rasa nak ucapkan


TAHNIAH dan SYABAS!



pada Team Harimau Muda yang berjuang bermati-matian.

fuhhh tak sia-sia AK tengok dari awal sampai akhir perlawanan. memang perlawanan yang paling mendebarkan laaa yang pernah AK tgk.

masa Indonesia jaringkan gol, mesti semua org rasa kecewa kan? AK pun rasa mcm, tertutup sedikit peluang sebab, selalunya 1 gol aje yg lepas mcm game2 sebelum ni.

tapi Alhamdulillah, kesungguhan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar membuahkan hasil dan rembatan kencangnya berjaya disudahkan dengan cantik oleh tandukan Asrarudin Putra. chewah! mcm pengulas sukan dah AK. hahaha.

tp mmg smlm sngt mendebarkan, rasa mcm nak gugur jantung AK wei. adess.

lepas tu time masa tambahan, time Indon masukkan gol, rasa mcm frust gila2 dahhhh. mujurlah Offside, kalau tak, kecewa gilaaa AK rasa.

lepas tu Malaysia lak jaringkan gol, tapi offside jugak. haha. mendebarkan sungguh!

Dah la game lama kemain, lepas tamat 90 minit, tambah pulak lg 30 minit. semput kot pemain2 semua. AK yg tgk kt umah pun rase penat. apatah lg dorg yang larik2 kejar bola tu kan. kesiann. huhuh.

lepas tu last-last, kena buat sepakan penalti. part ni pun mendebarkan jugak sebab menentukan kalah menangnya game ni.

ghisau sungguh! last tu dah terikat 3 sama. mujur sepakan last oleh Baddrol Bakhtiar mengena sasaran. walaupun mampu ditampan penjaga gol indonesia, tapi bola tu tetap membolos masuk ke gawang. haha.


Alhamdulillah, Malaysia menang!


*menang emas bola sepak ni rasa lg best dr menang juara keseluruhan sukan sea tau! hehe.

 dua pemain yang benar-benar jadi wira semalam. ^_^

alamak, kan tak pasal-pasal Ak jadi wartawan sukan tak bertauliah. hahaa.

sanggup ok tunggu dr awal, sampai ke penyampaian hadiah. bangga tau! hehee.

p/s : bila menang dijulang, bila kalah, jangan pula dicaci. okes! Malaysia Boleh!

Saturday, November 19, 2011

Ah Mood Hindi Le Pulak!

Assalammualaikum semua!

hari ini dan hari relaks, tak perlu fikir apa-apa. haha.

semalam pun saat sedang ingin menulis (istilah lebih tepat adalah menaip) karyanya, boleh pulak tersangkut, bersantai bersama lagu Hindi. haahah!

ya ya! walaupun cik Aliesha Kirana tak suka tonjolkan the hidden side dia yg memang gila minat habis, kipas susah mati habis dekat Hindustan, tapi dia tak boleh sembunyikan kenyataan yang jiwanya tetap Hindustan tegar. chewah.

dari kecik kot, membesar dengan filem2 Hindi. dan mula jadi gila, time tingkatan 1, sampailah sekrang, tetap tak luntur minat tu.

walaupun ikut perkembangan semasa dan mula minat KPOP, JPOP, dan juga Paddle Pop =_=", tapi Hindi tu AK xpernah tinggal. hahaha

ok jom AK share lagu faveret AK. hoho.


best kann! romantik tapi sopan gitu. hehehe. i loikeee! ok ntah brapa kali dah share lagu ni. haahah

p/s : mentang2 hr Sabtu ade citer Hindustan kt tv. =_="

Friday, November 18, 2011

APEK penyelamatku. chewah!

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah Malaysia menang semalam. tak sia-sia AK ikut dari awal sampai habis. haha. sampai bergegar satu rumah dengar suara AK menjerit. hehe.

tapi kalau kerap sangat tengok bola, AK rasa, cepat je AK kena serangan sakit jantung. tehehehe.

tapi apapun, AK tabik spring sangat-sangat pada Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek.


walaupun diasak berkali-kali oleh team Garuda, untuk menyamakan kedudukan, tapi Apek berjaya mematahkan serangan tu.

AK pulak yg semput tengok, bila Team Garuda maju ke gawang. nak tercabut jantung pun ada. haish..

AK respek Apek, sebab walaupun dilanda macam2 kontroversi, dia masih boleh fokus time perlawanan. pasal kontroversi dia tu, lantak dia la. pandai2 la dia handle sendiri. cuma dia kene fikir la baik buruknya setiap benda tu.

buat Team Harimau Muda, moga boleh kekalkan prestasi, dan mengulang kembali sejarah yang tercatat, dua tahun lepas. go go go!

dan buat peminat arena bola sepak, jgnlah bila menang dijulang, bila kalah dicemuh ya. kita kena sentiasa sokong mereka dalam jatuh dan bangun.

hamboi dah macam pengulas sukan pulak AK ni. haha.

tata!

p/s : apapun AK minat APEK! sebab dia terror!


Thursday, November 17, 2011

Tahniah Budak Bucuk!

Assalammualaikum semua!

ini adik AK. nama dia Yani.


dia seorang yg bucuk. hahaaha.

hari ni adik AK amik result UPSR.  dia dapat 3A 2B.

AK bangga, sebab selama ni dia suka main-main jer.

subjek faveret dia, adalah SAINS (subjek yg kakak dia tak suka!)

jadi AK nak ucapkan TAHNIAH dekat dia. 

sebab dia berjaya jugak, walaupun suka main-main. =_="

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday : Moga Ketemu Suami Sepertinya!!


 Senyum sampai ke telinga. ^_________^

*ok terlebih feeling lak bace kartun ni. hehehe.

p/s : Ya Allah, moga ada insan seperti ini untukku, amin...

Tuesday, November 15, 2011

Dulu dan Kini , Kegilaannya Tetap Sama!

Assalammualaikum semua!

Zaman kecik-kecil dulu, tak sah lah kalau korang tak pernah tengok cerita ni. kan? kan?


sekarang lepas bertahun-tahun xtengok, tv9 tayang balik citer ni. dan AK pun melekat balik dok layan citer ni. heehe.

rupa-rupanya citer ni, terbit tahun 1991 lg. hehe. so dah agak tua la pelakon-pelakon dia kan. haha.

jom kita ushar dorang sekarang ni.

fantaghiro

dulu
sekarang
Romualdo

dulu
sekarang -dah tua! auwww
Tarabas

dulu
sekarang - seyesly susah btol nk cari gmbo tarabas yg latest. hehe. inpun entah yg baru ke x ni.

ok tu je nak kongsi.

tata.

yang penting Tarabas AK punya., jangan curik! hahaha

Monday, November 14, 2011

Resepi : Kek Coklat Mr. Simple!

Assalammualaikum semua!

Ok tadi semangat nak update blog. sekali internet lembab macam siput! nak upload gmbo pun xlepas. maka hari ini, officially my Moodless Monday. sobs..

ok back to tajuk. inilah Kek Coklat paling Simple dan mudah untuk dibuat. hehee
AK bljr dari Mak Long AK mase balik raya haji hr tu. dgn muka blom basuhnye pagi raya tu, tiba2 je dgr nama AK disebut-sebut. rupanya, mak AK sembang dgn MakLong, cakap yg AK ske buat kek.

time tu gak, MakLong AK ajar wat kek ni.

sangat mudah! sebab tu nama dia Mr. Simple! hehee



Bahan-bahan

1. 2 1/2 cawan Tepung naik sendiri (diayak)

2. 3/4 cawan Serbuk koko

3. 1 1/2 cawan gula

4. 3 biji telur

5. 1 cawan susu pekat

6. 1 cawan minyak masak

7. 1 cawan air panas mendidih

cara-cara


gaul je semua bahan kat atas. lepas tu letak dlm loyang yg dh disapu mentega, n diayak tepung skit biar xmelekat.

pastu kukus, smpai masak.

dah siap!

heheeh.

nak tambah topping pun boleh, tp AK belum penah tmbh topping lg.

slmt mencuba! heheeh.





Saturday, November 12, 2011

Diracuni KPOP!

Assalammualaikum semua!

hari Sabtu nan sunyi ini ada baiknya kalau AK tak berceloteh panjang. eh rasanya skrg ni, mcm hari2 tak berceloteh kot. hahaaha. kesibukan membuatkan AK malas berfikir hendak tulis apa. hehe.

AK pun xtau, sejak 2 menjak ni, AK telah dilanda KPOP pulak. ok AK nak salahkan cik Farah Diana (hello Aussie!) sebab byk racun minda AK. haaha.

lagi satu, HOTFM pun sama! sebab sllu ulang putar lagu ni, sampai dah bermain-main dalam kepala AK ni.

Jom! AK nak racun permikiran korang pulak. hahahaah.


p/s : masa tgh taip entry ni, tiba2 lagu Mr. Simple ni berkumandang kt radio, HOTFM! AK salahkan HOTFM lagi! haahaha

Friday, November 11, 2011

Kisah COUPLE seorang Lelaki Islam.

Assalammualaikum!
kalau rajin, bacalah kisah kat bwah ni eh.

bukan penulisan AK sendiri, tapi sebuah kisah yg AK amik dr Facebook.

---------------------------------------------


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita tak jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


******


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akhi, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya. . 

tamat.

-------------------------------------------------------

nota kaki : dulu AK selalu mengejar cinta, sentiasa rasa nak bercinta, tapi semua cinta yang AK nak, xpernah AK dapat. sekarang AK bersyukur sebab AK xpernah bercinta, xpernah menghalalkan perkara yang haram ni, semoga kita semua terhindar dari zina hati ini. amin..


Thursday, November 10, 2011

Waaa! Tak Sempat Date Puas-Puas!

Assalammualaikum semua!

giler lewat AK update. haaha. xmampu ah hari ni. bos ade sepanjang hari, xde mase AK nak jenguk blog nih. heheeh.



smlm tgh khusyuk tgk tv tiba tiba..

PUPPPP!

tv jadi biru. xkeluar gmbar dh.

T___T

try ketuk2 xmenjadi jugak.

adik AK ckp, smpai skrg tv xok lagi.

waaa!

frust wei. nak dating ngan Aaron Aziz tak dapat.

sobss..

nak inform itu je. haahah. esok ajelah AK berceloteh eh. 

tata!

Wednesday, November 9, 2011

Tuesday, November 8, 2011

Tak Sabar Menanti!

Assalammualaikum semua!

nak cerita pasal hari raya pun tak ada apa yang nak diceritakan. hoho. gambar pun tak ada. sejak dua menjak ni AK mmg sudah malas hendak angkat tangan ambil gambar. lemah je rase. haha. kalau dapat kamera canggih ke, mungkin semangat sikit kot. haahaha.

ok-ok.

hari ini tak ada mood bercerita.

cuma nak bagitahu yang AK tak sabar nak tengok cerita ni!


Drama Bicara Hati!

adaptasi dari novel bestseller akak Damya Hanna. hehee


novel Bicara Hati adalah one of my faveret. tehee.
Sinopsis:

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran
dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita
yang tidak pernah dicintai.


Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.
Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak
dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.


Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh
Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi
dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.


Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan
dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku
Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.


Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
so tak sabar!

walaupun Tengku Syahran dah macam larik dr bayangan AK. ahahaa. tapi boleh laaa. Shahnaaz ni kdg2 tengok ok jugak la kan. haha.

harap2 adaptasi ni tak mengecewakan. meletuppp mcm Nora Elena jugak. heehe

p/s : citer ni tayang kat Astro la. chooii! haghoos gigih carik dkt tenet ah pasni... ngeee.

Saturday, November 5, 2011

Salam AidilAdha!

Assalammualaikum semua!


Selamat Hari Raya AidilAdha! 

mesti ramai dah balik kampung kan?

AK petang ni baru bertolak balik kampung.

nak ziarah kubur tok dan wan.

nak bersihkan kubur.

buat pertama kalinya beraya tanpa mereka di sisi.

harap-harap AK kuat.

^______^

hari Selasa baru start kerja semula.

selamat bercuti semua!

dan

Salam AidilAdha.

Friday, November 4, 2011

Surat Cinta buat Tok Wan - surat dari adik AK


Assalammualaikum semua!
adik AK pesan suruh AK postkan surat ni dekat blog AK. 

Pukul 9 malam 3 Nov 2011 Khamis
Assalamualaikum tok wan..
Malam ni malam Jumaat..
Orang kata masa malam Jumaat, roh akan datang melawat keluarga yang ditinggalkan..
Dikya nak sangat tulis surat ni kat tok wan.. supaya tok wan faham isi hati dikya.. tapi..
mungkin ke tokwan tengah baca surat Dikya sekarang?
Maaf to wan.. Dikya tak pandai nak tulis ayat berbunga-bunga macam kak Ella. Dikya pun tak banyak cerita nak dikongsi pasal hubungan kita.. Sebab dikya tak serapat tok wan dengan kak Ella..
Dikya..
Dikya tahu Dikya tak hargai tok wan..
Dikya selalu merajuk bila kena marah dengan tok.. Dikya.. Dikya mintak maaf tok.. Dikya satu-satunya cucu yang tak balik masa tok pergi.. Dikya satu-satunya cucu yang tak dapat tengok tok dikebumikan.. Dikya tak dapat pun nak cium tok untuk kali terakhir.. Dapat tak tok wan bayangkan perasaan Dikya waktu tu?

Pukul 4 pagi, 28 hb 10.. Jumaat
Mak call dikya.. dikya dah rasa tak sedap hati.. tak pernah mak call dikya seawal tu.. mak menangis waktu tu.. mak kata tok dah takde..
Dikya mEsej kat mak.. Dikya cakap dikya tak tahu sama ada Dikya boleh kawal tak perasaan ni.. Dikya ada final exam sem 1 waktu tu.. Dikya mintak mak ambik Dikya balik tapi mak kata takpe Lia, hang buatlah exam tu.. Tokwan boleh tak bayang perasaan Dikya.. Dikya tak dapat nak jumpa orang kesayangan Dikya buat kali terakhir..tapi Dikya tahu.. mungkin Allahuakbar tahu Dikya tak dapat kawal diri kalau Dikya balik.. mungkin kalau Dikya balik, emosi Dikya lebih terganggu.. jadi Allah takdirkan Dikya stay kat kolej.. waktu tu Dikyalah satu-satunya cucu yang tak balik.. bertuah abang sebab dia memang ada kat rumah waktu tu..
Dikya hantar mesej kat Kak Lin.. Dikya mintak Kak Lin bagitau kat mak.. Dikya kata, tok meninggal waktunya mulia sangat.. hari Jumaat.. pagi pulak tu.. Allah memang sayangkan tok.. Memang jodoh tok ngan wan panjang.. Tepat 10 hari lepas wan pergi, tok pun pergi.. Dikya hantar mesej kat mak.. Dikya kata yang tok sayang kat wan lah tu.. sebab tu tok pergi.. Alhamdulillah.. TOKWAN SEHIDUP SEMATI..

Pukul 9 malam, 27 hb 10.. Khamis
Dikya call mak. Tapi mak macam tak sedia nak cakap.. Kemudian mak mesej kat Dikya, mak kata mak sebak.. Mak teringat kat Wan.. Dikya pun balas mesej mak.. Dikya kata Allah takkan uji seorang hambanya dengan ujian yang tak mampu diterimanya.. kemuadian mak kata yang tok masuk ICU.. Mak kata kaki tok maybe kena potong..

Pukul 4 petang, 26 hb Rabu
Mak, ayah, kak Ella ngan Yani datang melawat Dikya.. Dikya happy sangat! Sebab sebelum ni masa Dikya mintak ayah datang, ayah kata ayah nak datang lambat sikit, hari Sabtu. Waktu mak datang mak kata yang maktok masuk hospital.. accident.. Dikya dah rasa lain macam.. Dikya nampak mak sedih.. tapi mak sembunyikan.. Dikya tahu mak nak nampak happy depan Dikya.. Thanks mak..

Pukul 9 malam, 25 hb 10 Selasa
 Dikya call mak, Dikya tanya mak wish tak birthday kat ayah.. Mak cakap mak cuma fikir pasal wan je.. Mak kata dah seminggu wan pergi.. Mak selalu mintak Dikya doakan Wan.. Malam tu dikya mimpi.. Mimpi gigi bahagian atas Dikya patah.. orang kata kalau mimpi macam ni alamatnya ada orang yang lebih tua daripada kita nak pergi..

Pukul 9 pagi, 28 hb 10.. Jumaat
Dikya buat exam math dalam keadaan yang ntah apa-apa.. Dikya.. bukan sebab tok.. tapi entah kenapa.. Dikya baca soalan tak betul.. habis salah buat.. entahlah..

Pukul 9 malam, 3 Nov 2011 Khamis
Dikya.. sayang sangat kat tokwan.. rindukan tok n wan.. malam ni malam Jumaat.. Dikya akan usaha baca Yassin selalu untuk tokwan.. insya-Allah..
malam ni, Tokwan datang melawat Dikya tak??

Cucumu,
dikya

p/s : Kak Ella tu AK la. sobs..
Related Posts with Thumbnails