meh AK nak share sesuatu hehe..
siapa tengok cerita Ohhh Harammm! hari Sabtu lepas? mmg terbaik kan! haahah. suka giler. terus jatuh hati sama Aqasha. haahah...
citer ni best sgt! psl Rahimi yg baru abis bljr, pulang ke kampung halaman. tp mcm2 perkara lucu terjadi ble Rahimi cuba berdakwah tp dengan cara yang straight sgt. hahaha..
apa yg Rahimi cuba dakwah dan nasihat tu betul belaka, cuma cara penyampaian dia aje tak kena.
apapun mmg citer ni best, esp lakonan Aqasha sbgai Rahimi yg warak tu, n lakonan Rita Rudaini yg selamba gila. hahaah...
AK mmg dah jatuh ati sama citer ni..
cuma part ending je tak suka sgt. sbb xde conclusion yg baik. just Rahimi berbaik balik dgn Rita tu. lepas tu xde apa2 dh. hohohh..
p/s : suka suara Aqashaaa!!! sedap giler! AK dh download citer ni, psl xpuas lg. nak tengok lagi dan lagi. haahah
6 comments:
tak tgk lak cite ni....time ni dah lama pengsan...huhu.... ;)
haih..rugi lak tak tgk...
prince tak tgk la cite ni..ari sabtu tu prince gi konvoi...
owh! sy memang dah lame jatuh cinta dengan aqasha..dia seorang pelakon yang hebat..*nyanyi memang kureng* nak suruh mmber download,la..mls nk download sendiri..pandai tgk je.. ;p
rugi aida xtengok. =.=
suke suke...hehe..lakonan Aqasha tu menjadi..haha..dgn muke poyo die tu...
Nampaknya agenda jahat Yahudi Laknatullah untuk memalit lumpur kehinaan, memburuk-buruk serta merendah-rendahkan imej Islam semakin menular sehingga ianya telah menular melalui medium telemovie Melayu, Ohhh Harammm siaran TV3 pada 10/9/2011 baru-baru ini. Pengisian cerita yang cuba disampaikan kelihatan seperti mempersendakan agama.
Walaupun saya bersetuju bahawa method dakwah yang digunakan oleh watak utama lakonan Aqasha, Rahimi yang agak radikal, namun sebenarnya apa yang saya lihat, segala perwatakan berhati-hati yang digambarkan melalui watak Rahimi itu sesungguhnya merupakan perwatakan sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh umat Islam, dalam menjaga batas-batas larangan dalam agama Islam. Saya mendapati bahawa sebahagian besar dari apa yang ditonjolkan dalam cerita ini seakan mempertikaikan beberapa hukum agama yang dianggap kolot. Umpamanya hukum HARAM bagi lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan.
Selain itu, tindakan watak pembantu lakonan Sharifah Amani yang mempersendakan doa berbuka puasa yang dipanjatkan oleh Rahimi dengan membuat mimik muka meluat itu, telah menyat hati saya. Ini kerana, doa itu bukanlah terlampau panjang dan ianya juga merupakan doa yang terbaik serta mempunyai makna yang amat baik untuk dihayati oleh kita semua. Disamping itu, dalam lagu sisipan yang terdapat di dalam telemovie ini yang dinyanyikan oleh Aqasha dan beberapa orang lagi, saya amat terkejut mendengar salah satu bait lirik dalam lagu tersebut yang seperti merendah-rendahkan kemuliaan serta rahmat yang terdapat melalui pelaksanaan Solat Terawikh, apabila salah seorang watak perempuan dalam lagu tersebut menyatakan, "Alah...kalau tinggal pun takpe, sunat je...", selepas mendengar Aqasha menyatakan bahawa ramai di kalangan umat Islam yang berbuka dan makan secara berlebihan sehingga tidak larat untuk menunaikan Solat Terawikh.
Solat Terawikh merupakan salah satu amalan yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain, malahan Allah 'Azza Wa Jalla menawarkan pelbagai ganjaran lumayan kepada mereka yang bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan, seperti melakukan Solat Terawikh ini. Rasulullah S.A.W. pernah menyatakan berkenaan ganjaran-ganjaran yan boleh direbut oleh umat Islam menerusi melakukan ibadah di bulan Ramadhan, sepertimana sabda Baginda S.A.W. Mafhumnya : ”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Oleh itu, amatlah tidak tepat sekiranya kita melebihkan usaha untuk membesarkan perut kita dengan memakan makanan yang berlebih-lebihan yang membawa kepada pembaziran, sehingga meninggalkan amalan sunat yang pastinya menawarkan ganjaran pahala yang menggunung tinggi seperti menunaikan Solat Terawikh ini. Sebenarnya banyak lagi penghinaan yang terdapat di dalam telemovie ini yang mungkin terlepas dari pandangan pihak produksi untuk dinyatakan dalam ruangan yang cukup terhad ini. Saya berharap agar pihak Suhan Movies yang menerbitkan telemovie ini lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya di layar perak ini agar ianya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam, apatah lagi majoriti daripada pihak kru produksi telemovie ini sendiri terdiri dari kalangan orang-orang Islam juga. Moga kekhilafan ini tidak akan berulang di masa hadapan.
Teguran ikhlas daripada,
ANONY-MOSQUE
Post a Comment