Assalammualaikum semua!
Alhamdulillah AK rase lega sekarang. rasa lebih tenang, lebih tabah dan lebih redha. Ini adalah ketentuan Allah dan sebagai hambaNya, AK harus terima dan melepaskan Wan pergi dengan ikhlas dan iringan doa.
AK dah boleh kawal emosi, dan kurang menangis, cuma tak boleh tengok gambar Wan, mesti nak nangis. huhu.
AK tahu sanak saudara AK pun sama. actually lepas pengebumian arwah, semua jadi macam sediakala, dan tidak langsung menyebut soal Wan. mula-mula AK terfikir, semua dah tak kisah ke? semua dah lupakan Wan ke?
dah lama baru AK sedar yang mereka cuba untuk tidak mengingatinya, bukan sebab tak sayang, cuma mereka takut yang mereka akan menangis.
adakalanya AK rasa yg AK mungkin berada dlm keadaan denial. masih menganggap Wan masih hidup, cuma duduk jauh dr AK dan AK xdpt jumpa dia, dengan itu hati AK akan rasa sedikit tenang. tapi AK tahu itu semua tak betul, AK harus redha.
skrang ni apa yg mampu AK buat ialah doakan dia, sedekahkan Al-Fatihah dan baca Yasin. berharap moga amalan AK ini akan sampai padanya, dan boleh membantu dia di alam baqa.
semua manusia pasti akan mati, cuma entah bila.
MakLong AK adalah org yg paling tabah antara kami semua. dia tidak menangis langsung saat kami bertemu dia utk lawat arwah Wan. walaupun MakLong yg jaga Wan selama ini, dia masih tabah dan kuat semangat. bukan kerna dia tidak kisah @ tak sayang wan, tapi dia sudah redha. MakLong penah cakap,
"sedangkan org muda pun boleh meninggal, inikan pula Wan yang memang sudah berusia. kita harus redha kerana masanya dah tiba."
benar kata Mak Long.
oh alangkah indahnya kalau AK setabah dia. tapi Alhamdulillah, AK rase ketabahan AK agak mengejutkan diri AK sendiri. AK tidak sangka AK akan setabah ini dalam menghadapi kematian insan yang AK sangat sayangi. T_T
sampaikan teman sekerja pelik, langsung tak nampak kesedihan di wajah AK apabila AK kembali ke pejabat, usai pulang dari kampung.
AK menyambut mereka dengan senyuman hingga mereka berkata yang AK tidak sedih.
ah siapa mereka untuk menilai hati AK. tapi Alhamdulillah hati ini kuat, hingga tidak sekalipun mereka perasan akan kesedihan hati ni. barangkali kerana AK mmg jenis tak suka tunjuk kesedihan AK.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
hati ini tenang, kerana AK yakin Wan bahagia di sana. dengan iringan doa kami, moga kubur Wan bercahaya dan luas seluasnya.
moga kita dapat berkumpul semula di akhirat nanti ya Wan.
AK sayang Wan sampai syurga.
muah!
3 comments:
AK
mase datuk qib meninggal dulu pun, dekat sbeulan qib nangis.. ohhh. memang sadis. asal teringat nangis. dengar lagu nangis .. nak makan nangis.. juz.. kontrol je.. skarang da ok afta 2 years.. em.. memang sedih nak lepaskan orang yang rapat dengan kita. Tapi dia kan kepunyaanNya. juz redha dan pikir ada hikmah disebalik ini semua.. Pagi with no tears.
Senyum selalu AK..
senyum itu penawar duka.... :)
yupp..Wan AK dah bahagia di sana...tentunya Wan AK mahu anak2 cucu2 dia hidup bahagia juga... :)
segala kepahitan akan mengajar kita untuk lebih tabah di masa yang akan datang..maklong AK dah banyak pengalaman hidup..dia lebih tau mengawal kesedihan dan motivatekan diri..sy percaya AK pun boleh! cayok2! ;)
Post a Comment