hari Jumaat nan indah ini, ada eloknya kita bermuhasabah diri.
dalam hidup kita ini, kalau tak ada dugaan, bukan kehidupanlah namanya.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" - Al-Ankabut:2-3
tapi AK akui, hati AK sgt rapuh. AK belum tentu mampu hadapi ujian yang Allah timpakan pada org lain. tapi Allah tahu setakat mana yang AK mampu bertahan.
begitu jugak kawan2. kalau kita dilanda ujian, yakinlah bahawa Allah menguji kita setakat mana yg kita mampu hadapi.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
kenapa kita tidak kembali kepadaNya dan memohon kekuatan dari Pencipta kita?
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi
AK pun tidak tahu, apa ujian yang bakal menimpa AK di masa hadapan, namun AK berdoa supaya Allah akan sentiasa memberi AK kekuatan untuk menghadapi ujian ini. amin..
p/s : entry ini ditulis bknlah kerana AK sedang ditimpa ujian, sekdar peringatan utk diri dan sahabat sekelian agar tabah dlm menghadapi ujian.
5 comments:
terkesan di hati....mcm kena je dgn sy..huhu...
adakalanya...bila di timpa musibah...baru nak ingat Allah kan..? bila senang...selalu lupa....
terima kasih di atas peringatan AK..sama2lah kita muhasabah diri..tak semestinya bila menghadapi ujian besar baru nak muhasabah..kita kena prepare dari sekarang untuk masa depan.. :)
Yer dik.. Allah swt akan terus menguji kita kerana dia terlalu kasih pada kita.. Insya'allah setiap ujian itu akan mampu kita tempuh kerana Allah sentiasa ada bersama kita disaat kita diuji.. ;)
Lega sikit hati aida bila baca entri ni. :)
itulah selalu pikir, mcm manalah dorg ni boleh hadapi dugaan gila2 mcm tuh...sedangkan kita baru kena uji sikit, dah xtau nak wat apa....
Post a Comment