Assalammualaikum semua!
smlm secara tiba-tiba AK mendapat satu komen yg amat panjang dr insan yg menggelarkan dirinya ANONY-MOSQUE berkenaan drama Ohhh Harammm yang telah menjadi drama fav AK skrg ni. hoho. jom kite bace komen beliau..
Nampaknya agenda jahat Yahudi Laknatullah untuk memalit lumpur kehinaan, memburuk-buruk serta merendah-rendahkan imej Islam semakin menular sehingga ianya telah menular melalui medium telemovie Melayu, Ohhh Harammm siaran TV3 pada 10/9/2011 baru-baru ini. Pengisian cerita yang cuba disampaikan kelihatan seperti mempersendakan agama.
Walaupun saya bersetuju bahawa method dakwah yang digunakan oleh watak utama lakonan Aqasha, Rahimi yang agak radikal, namun sebenarnya apa yang saya lihat, segala perwatakan berhati-hati yang digambarkan melalui watak Rahimi itu sesungguhnya merupakan perwatakan sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh umat Islam, dalam menjaga batas-batas larangan dalam agama Islam. Saya mendapati bahawa sebahagian besar dari apa yang ditonjolkan dalam cerita ini seakan mempertikaikan beberapa hukum agama yang dianggap kolot. Umpamanya hukum HARAM bagi lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan.
Selain itu, tindakan watak pembantu lakonan Sharifah Amani yang mempersendakan doa berbuka puasa yang dipanjatkan oleh Rahimi dengan membuat mimik muka meluat itu, telah menyat hati saya. Ini kerana, doa itu bukanlah terlampau panjang dan ianya juga merupakan doa yang terbaik serta mempunyai makna yang amat baik untuk dihayati oleh kita semua. Disamping itu, dalam lagu sisipan yang terdapat di dalam telemovie ini yang dinyanyikan oleh Aqasha dan beberapa orang lagi, saya amat terkejut mendengar salah satu bait lirik dalam lagu tersebut yang seperti merendah-rendahkan kemuliaan serta rahmat yang terdapat melalui pelaksanaan Solat Terawikh, apabila salah seorang watak perempuan dalam lagu tersebut menyatakan, "Alah...kalau tinggal pun takpe, sunat je...", selepas mendengar Aqasha menyatakan bahawa ramai di kalangan umat Islam yang berbuka dan makan secara berlebihan sehingga tidak larat untuk menunaikan Solat Terawikh.
Solat Terawikh merupakan salah satu amalan yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain, malahan Allah 'Azza Wa Jalla menawarkan pelbagai ganjaran lumayan kepada mereka yang bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan, seperti melakukan Solat Terawikh ini. Rasulullah S.A.W. pernah menyatakan berkenaan ganjaran-ganjaran yan boleh direbut oleh umat Islam menerusi melakukan ibadah di bulan Ramadhan, sepertimana sabda Baginda S.A.W. Mafhumnya : ”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Oleh itu, amatlah tidak tepat sekiranya kita melebihkan usaha untuk membesarkan perut kita dengan memakan makanan yang berlebih-lebihan yang membawa kepada pembaziran, sehingga meninggalkan amalan sunat yang pastinya menawarkan ganjaran pahala yang menggunung tinggi seperti menunaikan Solat Terawikh ini. Sebenarnya banyak lagi penghinaan yang terdapat di dalam telemovie ini yang mungkin terlepas dari pandangan pihak produksi untuk dinyatakan dalam ruangan yang cukup terhad ini. Saya berharap agar pihak Suhan Movies yang menerbitkan telemovie ini lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya di layar perak ini agar ianya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam, apatah lagi majoriti daripada pihak kru produksi telemovie ini sendiri terdiri dari kalangan orang-orang Islam juga. Moga kekhilafan ini tidak akan berulang di masa hadapan.
Teguran ikhlas daripada,
ANONY-MOSQUE
Maka hari ni AK akan balas komen ni yer...
ehemm...
Assalammualaikum saudara/saudari ANONY-MOSQUE...
semoga kalbu anda sudah berada di dalam keadaan tenang dan minda yang lapang supaya dapatlah anda fahami maksud yang cuba saya smpaikan ini.
ini adalah sekadar pandangan dari sudut saya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dlm isu ini.
berikutan drama Ohhh Harammm yang baru ditayangkan baru2 ini, saya langsung tidak mengerti mengapa drama yang diarahkan oleh Eirma Fatima, seorang Islam dan seorang Melayu dikaitkan dengan agenda Yahudi. adakah bagi anda, Eirma Fatima itu seorang boneka Yahudi yang ingin menyesatkan umat Muhammad di bumi Malaysia ini?
saya tidak mengetahui apakah sebenarnya agenda di sebalik penyiaran cerita ini namun saya harapkan agar agenda Yahudi bukanlah sebabnya.
dari sudut penonton, memang saya lihat drama ini agak sinis menyindir tentang situasi masyarakat Islam skrg. bagaimana Rahimi yg agak lantang berdakwah diperlekehkan org ramai. sebagai seorang Islam yang masih waras dan mengerti batas-batas agama, saya mengakui dan menyokong setiap dakwah yang cuba Rahimi sampaikan kerana setiap satunya betul, cuma yg ditekankan di sini ialah caranya yg terlalu kasar dan tegas dlm berdakwah.
mungkin anda tidak perasan, Sharifah Amani ada bersembang dgn ibunya, mengatakan bahawa apa dikatakan abangnya itu betul, cuma caranya yang salah dlm menegur.
masyarakat pula yg memperlekehkan Rahimi, bukanlah menunjukkan bahawa drama ini cuba menunjukkan bahawa dakwah yg disampaikan rahimi itu salah, tetapi drama ini ingin menunjukkan kepincangan di dalam umat Islam skrg dan apa alasan mereka setiap kali ditegur atas kesalahan mereka. tidak bolehkan anda berfikir dr sudut ini? bukannya sudut yg anda gambarkan itu?
saya pasti umat Islam skrg sudah tahu baik buruknya sesuatu perkara itu, namun segalanya bergantung pada niat dan keimanan utk mereka untuk membimbing mereka ke jalan yg benar.
Jadi saya rasa drama ini tidak ada kena mengena dgn agenda Yahudi, sekadar buah tangan pengarah agar kita berfikir. nampaknya pengarah bijak hingga membuatkan setiap org berfikir dr sudut mereka sendiri hingga ada mengaitkan drama ini dgn agenda Yahudi dan mempersendakan agama.
bagi saya, saya berfikir dr sudut Rahimi. bagaimana dia cuba berdakwah, namun dakwahnya agak tegas dan sukar diterima masyarakat Islam skrg yg sudah pincang. Rasulullah sendiri berdakwah secara berhikmah dan lemah lembut, jadi apabila Rahimi berdakwah secara radikal seperti kata ANONY-MOSQUE, ini menyebabkan masyarakat tidak boleh menerima kerana teguran itu keras, kasar dan memalukan mereka.
apapun saya sgt sukakan watak Rahimi kerana dia adalah ibarat sebutir mutiara iman yang barangkali sudah hampir pupus dlm masyarakat kita. dia adalah watak yg hampir sempurna utk dijadikan calon suami seorang wanita muslimah cuma cara berdakwahnya saja yang harus diubah.
saya tidak punya apa2 masalah dgn drama ini kerana ia hanyalah satu contoh tentang masyarakat kita yang sudah makin menjadikan agama itu perkara enteng, dan berdakwah secara radikal itu bukanlah cara berdakwah yang sebenar, tetapi secara berhikmah itu yang akan membuka hati mereka2 yang sudah keras dek permodenan skrg.
maafkan khilaf saya andai apa yg saya katakan ini tidak disetujui anda. kita masing2 punya pendapat sendiri dan saya tidak boleh melarang anda dr terus berfikiran sebegini.
apapun saya harap masyarakat kita akan mengambil sudut positif dr drama ini, dan bukannya memperlekehkan Rahimi yg berusaha sekerasnya untuk menegakkan agama Allah dgn caranya.
maaf sekali lagi dan terima kasih atas komen anda.