~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, September 15, 2011

Ohhh Harammm! Balasan Komen ANONY-MOSQUE...

 Assalammualaikum semua!

smlm secara tiba-tiba AK mendapat satu komen yg amat panjang dr insan yg menggelarkan dirinya ANONY-MOSQUE berkenaan drama Ohhh Harammm yang telah menjadi drama fav AK skrg ni. hoho. jom kite bace komen beliau..

Nampaknya agenda jahat Yahudi Laknatullah untuk memalit lumpur kehinaan, memburuk-buruk serta merendah-rendahkan imej Islam semakin menular sehingga ianya telah menular melalui medium telemovie Melayu, Ohhh Harammm siaran TV3 pada 10/9/2011 baru-baru ini. Pengisian cerita yang cuba disampaikan kelihatan seperti mempersendakan agama.

Walaupun saya bersetuju bahawa method dakwah yang digunakan oleh watak utama lakonan Aqasha, Rahimi yang agak radikal, namun sebenarnya apa yang saya lihat, segala perwatakan berhati-hati yang digambarkan melalui watak Rahimi itu sesungguhnya merupakan perwatakan sebenar yang sepatutnya diamalkan oleh seluruh umat Islam, dalam menjaga batas-batas larangan dalam agama Islam. Saya mendapati bahawa sebahagian besar dari apa yang ditonjolkan dalam cerita ini seakan mempertikaikan beberapa hukum agama yang dianggap kolot. Umpamanya hukum HARAM bagi lelaki dan perempuan yang berpegangan tangan.

Selain itu, tindakan watak pembantu lakonan Sharifah Amani yang mempersendakan doa berbuka puasa yang dipanjatkan oleh Rahimi dengan membuat mimik muka meluat itu, telah menyat hati saya. Ini kerana, doa itu bukanlah terlampau panjang dan ianya juga merupakan doa yang terbaik serta mempunyai makna yang amat baik untuk dihayati oleh kita semua. Disamping itu, dalam lagu sisipan yang terdapat di dalam telemovie ini yang dinyanyikan oleh Aqasha dan beberapa orang lagi, saya amat terkejut mendengar salah satu bait lirik dalam lagu tersebut yang seperti merendah-rendahkan kemuliaan serta rahmat yang terdapat melalui pelaksanaan Solat Terawikh, apabila salah seorang watak perempuan dalam lagu tersebut menyatakan, "Alah...kalau tinggal pun takpe, sunat je...", selepas mendengar Aqasha menyatakan bahawa ramai di kalangan umat Islam yang berbuka dan makan secara berlebihan sehingga tidak larat untuk menunaikan Solat Terawikh.

Solat Terawikh merupakan salah satu amalan yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain, malahan Allah 'Azza Wa Jalla menawarkan pelbagai ganjaran lumayan kepada mereka yang bersungguh-sungguh menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan, seperti melakukan Solat Terawikh ini. Rasulullah S.A.W. pernah menyatakan berkenaan ganjaran-ganjaran yan boleh direbut oleh umat Islam menerusi melakukan ibadah di bulan Ramadhan, sepertimana sabda Baginda S.A.W. Mafhumnya : ”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”

Oleh itu, amatlah tidak tepat sekiranya kita melebihkan usaha untuk membesarkan perut kita dengan memakan makanan yang berlebih-lebihan yang membawa kepada pembaziran, sehingga meninggalkan amalan sunat yang pastinya menawarkan ganjaran pahala yang menggunung tinggi seperti menunaikan Solat Terawikh ini. Sebenarnya banyak lagi penghinaan yang terdapat di dalam telemovie ini yang mungkin terlepas dari pandangan pihak produksi untuk dinyatakan dalam ruangan yang cukup terhad ini. Saya berharap agar pihak Suhan Movies yang menerbitkan telemovie ini lebih berhati-hati dalam menghasilkan karya di layar perak ini agar ianya tidak menyentuh sensitiviti umat Islam, apatah lagi majoriti daripada pihak kru produksi telemovie ini sendiri terdiri dari kalangan orang-orang Islam juga. Moga kekhilafan ini tidak akan berulang di masa hadapan.

Teguran ikhlas daripada,

ANONY-MOSQUE

Maka hari ni AK akan balas komen ni yer... 

ehemm... 

Assalammualaikum saudara/saudari ANONY-MOSQUE...

semoga kalbu anda sudah berada di dalam keadaan tenang dan minda yang lapang supaya dapatlah anda fahami maksud yang cuba saya smpaikan ini.

ini adalah sekadar pandangan dari sudut saya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dlm isu ini.

berikutan drama Ohhh Harammm yang baru ditayangkan baru2 ini, saya langsung tidak mengerti mengapa drama yang diarahkan oleh Eirma Fatima, seorang Islam dan seorang Melayu dikaitkan dengan agenda Yahudi. adakah bagi anda, Eirma Fatima  itu seorang boneka Yahudi yang ingin menyesatkan umat Muhammad di bumi Malaysia ini?

saya tidak mengetahui apakah sebenarnya agenda di sebalik penyiaran cerita ini namun saya harapkan agar agenda Yahudi bukanlah sebabnya.

dari sudut penonton, memang saya lihat drama ini agak sinis menyindir tentang situasi masyarakat Islam skrg. bagaimana Rahimi yg agak lantang berdakwah diperlekehkan org ramai. sebagai seorang Islam yang masih waras dan mengerti batas-batas agama, saya mengakui dan menyokong setiap dakwah yang cuba Rahimi sampaikan kerana setiap satunya betul, cuma yg ditekankan di sini ialah caranya yg terlalu kasar dan tegas dlm berdakwah.

mungkin anda tidak perasan, Sharifah Amani ada bersembang dgn ibunya, mengatakan bahawa apa dikatakan abangnya itu betul, cuma caranya yang salah dlm menegur.

masyarakat pula yg memperlekehkan Rahimi, bukanlah menunjukkan bahawa drama ini cuba menunjukkan bahawa dakwah yg disampaikan rahimi itu salah, tetapi drama ini ingin menunjukkan kepincangan di dalam umat Islam skrg dan apa alasan mereka setiap kali ditegur atas kesalahan mereka. tidak bolehkan anda berfikir dr sudut ini? bukannya sudut yg anda gambarkan itu?

saya pasti umat Islam skrg sudah tahu baik buruknya sesuatu perkara itu, namun segalanya bergantung pada niat dan keimanan utk mereka untuk membimbing mereka ke jalan yg benar.

Jadi saya rasa drama ini tidak ada kena mengena dgn agenda Yahudi, sekadar buah tangan pengarah agar kita berfikir. nampaknya pengarah bijak hingga membuatkan setiap org berfikir dr sudut mereka sendiri hingga ada mengaitkan drama ini dgn agenda Yahudi dan mempersendakan agama.

bagi saya, saya berfikir dr sudut Rahimi. bagaimana dia cuba berdakwah, namun dakwahnya agak tegas dan sukar diterima masyarakat Islam skrg yg sudah pincang. Rasulullah sendiri berdakwah secara berhikmah dan lemah lembut, jadi apabila Rahimi berdakwah secara radikal seperti kata ANONY-MOSQUE, ini menyebabkan masyarakat tidak boleh menerima kerana teguran itu keras, kasar dan memalukan mereka.

apapun saya sgt sukakan watak Rahimi kerana dia adalah ibarat sebutir mutiara iman yang barangkali sudah hampir pupus dlm masyarakat kita. dia adalah watak yg hampir sempurna utk dijadikan calon suami seorang wanita muslimah cuma cara berdakwahnya saja yang harus diubah.

saya tidak punya apa2 masalah dgn drama ini kerana ia hanyalah satu contoh tentang masyarakat kita yang sudah makin menjadikan agama itu perkara enteng, dan berdakwah secara radikal itu bukanlah cara berdakwah yang sebenar, tetapi secara berhikmah itu yang akan membuka hati mereka2 yang sudah keras dek permodenan skrg.

maafkan khilaf saya andai apa yg saya katakan ini tidak disetujui anda. kita masing2 punya pendapat sendiri dan saya tidak boleh melarang anda dr terus berfikiran sebegini.

apapun saya harap masyarakat kita akan mengambil sudut positif dr drama ini, dan bukannya memperlekehkan Rahimi yg berusaha sekerasnya untuk menegakkan agama Allah dgn caranya.

maaf sekali lagi dan terima kasih atas komen anda.
 

9 comments:

nabilah_2908 said...

satu je saya nak komen....

kenapa bila nak mengkritik satu2 perkara harus jadi Anonymous..?

saya tak tgk cerita ni...so tak boleh nak komen lebih2..

tapi saya suka cara AK membalas semula komen dari Anon... :)

Prince Halilintar said...

prince hanya boleh bace je la..nk komen xboleh sbb xtgk pon cite ni..

ainz said...

betul cakap nabilah..kenapa kalo nk komen,tak pakai name sendiri? berani berdepan dengan kenyataan yang dibuat..aih..manusia2..

PS: sy pun tak tgk cerita ni..tak bleh nak cakap lebih2..yg boleh sy cakap 'aqasha cute' je.. ;p

sweetgpan said...

saya bersetuju dengan anoymos tu tapi yang pasti yang wajib itu susah untuk kita amalkan...itulah cabaran bagi kita umat islam...tapi satu sajer sayer tak paham knp perlu anoymos itu kaitkan dengan yahudi...jln cerita sedikit meyindir ...

Anonymous said...

Wa'alaikumussalam W.B.T.dan Salam Ukhuwah buat anda.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan syabas kepada saudari atas komentar yang cukup bernas yang telah disampaikan, menerusi sudut pandangan saudari sebagai seorang penonton serta peminat rancangan TV Melayu-Islam, yang menilai kisah OHHH HARAMMM ini dari aspek ilmiah, yakni pandangan berkenaan kaedah Uslub Ad-Dakwah watak utama dalam cerita tersebut, Rahimi yang kelihatan radikal dalam menyampaikan seruan kepada hamba-hamba-Nya yang lalai dari mengingati Allah 'Azza Wa Jalla.

Sesungguhnya Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan method dakwah secara berlemah lembut dalam mengajak kaum kafir Quraisy di zaman jahiliyyah. Ini bertepatan dengan maksud Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nahl, Ayat 125 yang bermaksud :

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125)

Sejujurnya, seperti yang telah saya nyatakan dalam komen saya tempoh hari jika saudari Aliesha perhatikan kembali, saya telah menyatakan persetujuan pada muqaddimah komen saya bahawa kaedah menyampaikan dakwah Rahimi agak kasar dan sangat tidak bersesuaian dalam mengajak insan lain yang mungkin disebabkan pesatnya peredaran zaman yang menyebabkan ramai di kalangan orang-orang Islam yang semakin alpa dalam memenuhi tuntutan agama Islam, menuju keredhaan Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Walaubagaimanapun, apa yang menjadi persoalan saya, hamba-Nya yang cukup kerdil di sisi-Nya ini ialah; terdapat beberapa perkara yang kelihatan seperti memperlekehkan agama sebagai contoh, tindakan salah seorang pelakon wanita yang turut sama dengan Rahimi dalam sebuah lagu sisipan telemovie OHHH HARAMMM ini, yang merendah-rendahkan fadhilat Solat Terawikh melalui bait-bait ayat yang berbunyi :

"Alah...kalau tinggal pun takpe, sunat je..."

Sejujurnya saya amat bersetuju dengan segala ulasan anda, yang menerangkan secara panjang lebar akan pengajaran yang tersirat atau 'Moral of the stories' yang boleh diambil iktibar menerusi drama OHHH HARAMMM ini. Malah saya juga pada permulaan menonton telemovie ini telah 'Mind-set' kan di dalam fikiran saya serta bersangka baik/Husnuz-Zon, mengharapkan agar di akhir cerita OHHH HARAMMM ini, segala persoalan saya dan rakan-rakan yang lain (Kebanyakannya telah menutup televisyen setelah baru sahaja menonton beberapa babak di dalam telemovie ini yang agak 'kasar' dalam menyentuh persoalan agama itu) itu akan terjawab dengan penulis skrip OHHH HARAMMM memberikan suatu kesimpulan yang tuntas, berkenaan pengajaran yang boleh diambil menerusi OHHH HARAMMM ini-Namun sungguh malang, konklusi yang dihidangkan di akhir cerita ini tergantung begitu sahaja, tanpa merungkai pelbagai persoalan yang bermain di fikiran kebanyakan penonton yang mulai berpandangan negatif terhadap OHHH HARAMMM ini, dengan mengatakan telemovie tersebut memaparkan banyak babak yang kelihatannya MEMPERSENDAKAN AGAMA.

Bagi saya, ini merupakan kekhilafan pihak produksi Suhan Movies yang tidak meneliti secara terperinci skrip OHHH HARAMMM terlebih dahulu, dengan menawarkan suatu natijah yang boleh merungkai segala tanggapan 'salah' pelbagai pihak yang beranggapan buruk terhadap OHHH HARAMMM ini, yang perlu diperbetulkan serta diperjelaskan kepada umum. Tindakan meninggalkan penonton termanggu-manggu dalam membuat penilaian sendiri yang pastinya berbeza di antara satu sama lain terhadap kisah yang dipaparkan ini. Saya menadah tangan menyatakan syukur dan cukup terharu kerana saudari Aliesha dapat menilai OHHH HARAMMM ini dengan baik serta mempunyai pandangan positif terhadap 'Moral of the stories' yang dipaparkan dalam OHHH HARAMMM ini, sepertimana yang dinukilkan dalam komentar balas seperti di atas.

Anonymous said...

Namun mari kita sama-sama fikirkan, bagaimana pula jika terdapat segelintir penonton yang mungkin telah ter'Brain-Washed' dengan cerita ini, terutamanya kanak-kanak yang turut sama menonton OHHH HARAMMM ini, yang mungkin mulai beranggapan negatif kepada Islam yang kelihatan tidak 'Up-to-date' atau dalam bahasa kasarnya KOLOT, dengan meletakkan pelbagai peraturan atau 'Don't' yang mungkin dianggap mengongkong emansipasi atau kebebasan setiap insan? Saya tinggalkan persoalan ini untuk sama-sama kita renungkan secara mendalam.

Selain itu, saya berpandangan bahawa segala sikap yang ditonjolkan menerusi watak Rahimi tersebut sebenarnya lebih menonjolkan ciri-ciri sufisme atau dalam bahasa mudahnya, merupakan tingkahlaku yang sering kita baca atau dengar berkenaan sikap para Wali-Wali Allah, yang memperolehi maqam yang cukup tinggi di sisi Allah kerana mengamalkan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh serta cukup teliti dalam menjaga segala batas-batas yang ditetapkan dalam Islam; Di mana ianya tidak bersesuaian dengan tahap orang awam seperti kita semua, termasuklah diri saya sendiri. Apapun sekiranya kita mampu untuk berusaha mencapai ke tahap tersebut, mudah-mudahan Allah memberkati segala amal yang kita lakukan dan semoga beroleh ganjaran pahala yang lumayan di sisi-Nya, iaitu Jannatul Firdaus kelak.

Disamping itu, berkenaan agenda Yahudi yang dimaksudkan, saya sejujurnya berniat sekadar untuk memberikan sebuah teori untuk sama-sama kita fikirkan (disebabkan kesimpulan positif atau ’Moral of the stories’ yang tidak dijelaskan secara tuntas di akhir cerita OHHH HARAMMM ini secara tuntas itu) saya mencadangkan kepada saudari Aliesha untuk mengkaji sendiri akan teori ini dengan menonton sebuah dokumentari berjudul THE ARRIVAL terbitan Noreaga Productions, yang membincangkan berkenaan teori agenda jahat pihak-pihak tertentu, yang sudah semestinya didalangi oleh pihak Yahudi Laknatullah yang berusaha untuk mendoktrinisasikan fikiran umat Islam, dengan pelbagai tipu helah mereka, melalui penggunaan medium yang cukup ampuh dalam menyebarkan propaganda marcapada, MEDIA MASSA. Saya juga berhajat untuk meninggalkan saudari Aliesha dan rakan sekalian untuk meneliti pandangan saya ini, melalui link sebuah laman blog yang turut membuat perbincangan berkenaan isu yang mungkin selama ini tidak kita sedari ini.
Buat akhirnya, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan teristimewa buat saudari Aliesha yang telah memberikan pandangan yang cukup bernas berkenaan isu yang timbul menerusi penyiaran telemovie OHHH HARAMMM ini. Kesimpulan yang boleh kita ambil dari kisah ini, saya sekali lagi ingin membuat penekanan bahawa, kesilapan utama penulis skrip OHHH HARAMM ialah, beliau tidak memberikan suatu konklusi yang mantap mengenai ’Moral of the stories’ yang dapat sama-sama kita cedok menerusi OHHH HARAMMM ini, di akhir penceritaannya. Jika penulis skrip dan pengarahnya tidak terlepas pandang berkenaan perkara yang mungkin dianggap kecil ini, mungkin kekeliruan ini tidak akan timbul sama sekali.

Sekian sahaja pandangan saya yang faqir dari sudut ilmunya ini, saya mendoakan agar Allah S.W.T. memberkati serta mempermudahkan segala urusan kita. Sebelum berpisah, saya tinggalkan sebuah Firman Allah S.W.T. yang dipetik daripada Surah Ali Imran, Ayat 83 Mafhumnya :

”Patutkah sesudah mengakui dan menerima perjanjian itu mereka mencari lain daripada agama Allah, padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi, samada dengan sukarela mahupun dengan terpaksa, dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.”

Akhir kalam, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.

Yang ikhlas,

ANONY-MOSQUE

Nota : Sila lihat juga laman blog http://www.rezamohyin.com/featured/the-arrival-siri-dokumentari-yang-wajib-ditonton/

Aliesha Kirana said...

assalammualaikum saudara anyno-mosque,

terima kasih atas blsn entry ini. saya akhirnya mengerti apa yang saudara cuba tekankan di sini. dan saya bersetuju, penamat yg dipaparkan di dalam cerita ini boleh membuatkan penonton membuat pelbagai kesimpulan sendiri yg mungkin berbeza antara satu dengan lain.

saya cuma berdoa agar mereka juga akan berfikiran ke arah yg baik dan tidak menganggap setiap teguran dr rahimi itu perkara yang boleh diremehkan.

semoga kita sama2 akan berada di dalam lindungan Allah SWT dan terhindar dari fitnah akhir zaman yang kian berleluasa di zaman skrg.

terima kasih sekali lagi buat saudara kerana berani menyampaikan pandangan saudara berdasarkan dalil2 AlQuran untuk menguatkan lagi keyakinan saya pada pandangan saudara.

maafkan segala khilaf saya andai ada menyakitkan hati saudara dlm memberi pandangan.

salam ukhwah.

Anonymous said...

Insya Allah, sama-samalah kita berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang kita semua miliki, mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Sama-samalah kita menyelongkar ilmu Allah yang Maha Luas ini.

Amin...semoga doa saudari Aliesha tersebut diperkenankan oleh-Nya.

Tidak mengapa, saya tidak pernah terasa hati dengan komen saudari kerana saya menganggap bahawa segala pandangan saudari Aliesha merupakan sebuah perkongsian ilmu baru dan merupakan komentar yang cukup membina, yang membuatkan kita semua, tidak terkecuali untuk diri saya sendiri, untuk sama-sama membuka minda melalui ruangan perkongsian ilmiah yang cukup terhad ini.

Saya hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan noda dan dosa sebagai hamba-Nya yang punyai serba serbi kekurangan. Apapun, moga ianya tidak akan membantutkan usaha kita dalam memajukan diri, dengan taufiq hidayah bimbingan dari-Nya, Insya Allah kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman. Jika kamu membantu (Agama) Allah, Dia akan membantu dan mengukuhkan kedudukanmu"

[Surah Muhammad, Ayat 7]

Saya suka untuk memetik maksud ayat di atas dan dijadikan sebagai prinsip hidup dan juga disyorkan kepada teman sekalian untuk sama-sama mendalami maksud ayat di atas serta dijadikan sebagai azimat yang kukuh berpadu di dalam jiwa dan dijadikan sebagai pemangkin semangat atau motivasi diri kepada kita semua, agar tidak mudah berputus asa dalam perjuangan menegakkan Kalimah Suci-Nya di muka bumi ini Insya Allah.

Semoga Allah merahmati saudari Aliesha dan rakan sekalian, Amin.

May Allah's Divine Blessings always be with all of you in all your endeavours, Amin ya Robbal 'Alamin...

Salam 1Ukhuwah buat semua :-)

Best Regards,

ANONY-MOSQUE

Anonymous said...

asslaamualaikum...

Ni cume pandangan peribadi yg byk khilafnya =)

Bg aku kan, cerita Ohh Haramm langsung tak de motif di abad ini. Ape yg korang dapat?? Korang suka tgok sbb kelaka aje, tu je korg sume akn dapat...nak tonjolkan yg dakwah tu kena cara lembut ya? Bagi aku lgsung tak berkesan la weh. Baik wat cite komedi terus instead of nk merge drama islamik + komedi...conclusion pon hentah pape. x fhm apa yg pengarah nk btau...

* tak yah bhai nk wt cite cmtu.

* minta maaf aliesha kirana, bkn skeptikal ngn awk...tp drama haram ni...

=)

Related Posts with Thumbnails