~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, September 6, 2011

Rayaku Kurang Meriah Kerana...

Assalammualaikum semua!

memandangkan AK risau AK akan bz nanti, maka AK update blog awal2 ye hari ni. heeheheh...

seriously, raya kali ini kurang dirasai kemeriahan disebabkan banyak perkara. jom AK citer kenapa. huhu.

- tak ada baju raya, cari pun last minute pastu tak jumpa-jumpa, last-last fedup terus tak cari dah. hoho. pakai baju kurung yang pernah dipakai sebelum ni. sobs..

- tak ada kasut raya @ sbrg benda lagi yang berkaitan dengan raya sebab shopping pn last minute, mls nak melilau mencari. yang ada cuma sampul raya dan duit raya dan kuih raya....

- tak beraya di kampung yang kurindui. waaa! puncanya sebab tok dan wan kurang sihat, jadi balik beraya di rumah Mak Long sebab wan dan tok ada di sana. rindu pada kampungku di Batu Kurau yang permai.. sobs..

ini sepupu2 aku depan kampung aku.. rindu kampung...
- wan terlantar di atas katil, tak larat nak bergerak, jadi tak boleh nak beraya dengan wan sangat. sedih.... apa ertinya raya kalau wan tak boleh berjalan dan bersembang dengan kami..

wan dan mak masa raya tahun lepas. masa ni wan masih boleh berjalan walaupun tak larat sgt
- tak ada gambar raya!! waaaaa! ini disebabkan kamera yang selalu digunakan utk menangkap gmbo telah kerosakan baterinya.. semua orang pun tak bersemangat nak tangkap gmbar disebabkan keadaan wan dan kesibukan melayan tetamu.. tmbh2 kalau nak keluar dari felda tu ke pekan pun dah ambil masa sejam, semua org pun malas.. hoho


itulah sebab2nya. maka di sini AK umumkan, tak ada langsung gmbo AK beraya di kampung maklong AK di Sungai Siput. hoho. jadi jangan ternantikan gmbonye ye. AK minta maaf. hhohoho..

ok.. org sibuk cerita keseronokan beraya, AK cerita kesedihan beraya le pulak. hahaah. maafkan AK yer.. tp jangan bimbang, AK masih sambut raya walau dengan cara sederhana. tak terlarat melayan tetamu smpai sakit kaki AK ni berjalan ke hulu ke hilir. hehe. lepas tu AK ade beraya pulak ke rumah family belah ayah AK. yang itu nanti AK cerita next entry ya.. heeheh.


tata semua!  Salam Lebaran dan maaf zahir batin yer...

6 comments:

nabilah_2908 said...

haih..serba tak kena yer...? tak pe la...moga Wan AK cepat sembuh... :)

AK tak jalan2 raya rumah kawan2 ke..? :)

ainz said...

sabarlah,AK...semoga wan kamu cepat2 sembuh,ye..raya ade sebulan..masih ade masa lagi untuk memeriahkan aidilfitri.. :)

Prince Halilintar said...

lar..macam2 dugaan ye raya tahun ni..tapi xpelah..insyaallah jika dipanjangkan umur sampai lagi kite raya tahun depan..

semoga Wan AK diberi kesihatan yang berpanjangan..

kucokelat said...

takpe. harap-harap tahun depan kita dapat menyambut raya dengan meriah

Unknown said...

salam hari raya ke-9..

alahai..kesiannya...

Salina@IbuAqil said...

Selamat hari raya sis..
Tak apa sis, kadang2 bersederhana tu pun baik juga.. ;)

Related Posts with Thumbnails