Assalammualaikum semua!
Sedang memikir panjang, tentang masa depan blog ini.
dulu, seawal menulis blog ini, tujuannya cuma 1, untuk meluahkan segala isi hati yg terbuku.
kemudian bila mengenali blogger-blogger yg lain dan juga melihat pelbagai teknik menarik pembaca, terus tertarik mengejar trafik, belajar SEO. etc.
sampai satu tahap, gila mahu mengumpul follower, walaupun bilangan follower tidak menentukan bilangan yg berkunjung ke blog kecil ini.
dulu gmbo sebesar alam, kini tidak lagi! |
sekarang..
AK menulis sekadar ingin berkongsi cerita dgn sahabat blogger yg tidak jemu berkunjung. entry juga lebih kepada isu semasa dan pendapat AK. bukan lagi jadi medan meluah rasa.
ya, AK sudah lari dar wadah penulisan blog peribadi yg ingin AK cipta awal-awal dulu.
semuanya sudah berubah, kerana masa.
macam mana penat AK cuba mengejar trafik di blog ni, dan cuba menaikkan blog ini, blog penulisan yg cuma sesekali AK jengah itu juga yg lebih ramai pengunjung.
maka dengan itu, AK telah buat keputusan.
untuk lebih low-profile tentang blog ini (demi keselamatan peribadi)
tapi jgn bimbang, blog akan tetap diupdate seperti biasa. cumanya, blog ini tidak akan terlalu didedahkan. AK akan lebih berhati-hati.
semoga semua mengerti.
p/s : ramai yg xpaham kan? hahaha. xpelah. AK sorg paham pun xpe. heheehe.
1 comment:
FUHHH,,,,mujur la AK tak tutup blog ni... (^_^)
cara macam ni..lebih relax..tul tak..? tak perlu terkejar2...biar ianya datang dengan sendirinya... :)
Post a Comment