~~Pembaca Yang Setia~~

Tuesday, May 22, 2012

Ulasan Novel Aku Kan Novelis!

Assalammualaikum semua!

 Hari ini nak review novel. sebab dah tak tahu nak update pasal apa. kah3.



novel Aku Kan Novelis! AK dah habiskan pembacaan tahun lepas, tapi baru kali ni AK sempat nak buatkan review ni. hoho.

ok, jgn harap nak jumpa review novel yg terbaru di pasaran ya! sebab AK bukan menulis review buku terbaru, AK menulis review novel yg AK baca. hahaah.


Sinopsis
Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.

Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?

Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.

Excerpt dari Aku Kan Novelis!
“Gua nak lu”

“ aku kata nak crazy design, bukan crazy people”

“see, that’s where we’re difference. Gua rasa lu nak crazy people”

“Kalau aku nak orang gila, aku pergi rumah sakit jiwa.”

“Dunia ini adalah rumah sakit jiwa. Gua dan lu juga adalah pesakit gila.”

“No. dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yang aku matikan pada bab yang pertama.”

“Tapi lu tak matikan pun. Lu Cuma harap lu boleh matikan. Sebab sampai sekarang pun gua masih lagi ada di sini. Dan lu masih boleh layan gua bercakap.”

“Mungkin kau bukan watak dalam novel aku, sebab tu kau tak mati-mati sampai sekarang.”
----------------------------------------------
“Lulu sayang jugak kat gua eh?”

“Jangan mengarut. Nak minum? Aku buatkan kopi”

“Lulu memang sayang gua kan, sebab tu lu buatkan gua kopi?”

------------------------------------------------

“Aku tak nak tahu semua tu.”

“Oh.”

“Habis lulu nak apa?”

“Aku menuding jariku ke dadanya. Dia mengerut dahi.”

“T-shirt gua?”

“Hati kaulah!”

“Yang tu gua dah bagi. Minta benda lain pula.”

Komen AK :

AK suka gila novel ni, sebab novel ni lain dari lain. lebih dekat dengan hati kita sebab ia adalah kisah org biasa, bukannya kisah cinta anak org kaya yg kacak dan lawa-lawa. (alamak mcm terkena batang hidung sendiri lak). kisah tentang kehidupan seorang novelis - ok mungkin ni salah satu faktor AK nak beli buku ni, sebab AK nak tahu macam mana hidup sorng novelis! hahaa.

Safiah seorang novelis sepenuh masa yg tak ada kerja lain selain menulis. selalu tumpang rumah kawan dia, Iza sebab kt rumah, dia susah nak menulis. Iza ni ada masalah cinta, dan Safiah selalu jadi tempat luah masalah.

bila masalah Iza dah selesai, Iza pulak carikan mamat untuk dijodohkan dengan Safiah sbb xmahu Safiah kacau hidup dia dengan bf baru dia, Helmi - bestfren Safiah jugak. tapi masalahnya, yg nak dijodohkan dgn dia tu, Roul, sorg yg pelik! rambut panjang merah menyala, mata sebelah diletakkan lens warna merah jugak, bertindik di telinga, mcm kutu rayau. cakap gua lu, gua lu. tapi sebab dia sayangkan Safiah, dan Safiah tak suka dia bahasakan Safiah, lu. dia panggil Safiah dengan panggilan Lulu! haahaha romantikkk.. auww!

haha! kisah ni mmg sgt unik, dan walaupun si Roul ni pelik tapi yakinlah yg anda akan jatuh hati dengan dia jugak. sbb AK pun jatuh ati sama Roul! hahaah.

tak macam kisah novel lain yg fokus pada hero dan heroin aje (ok sekali lagi kena batang hidung sendiri) kisah ni pulak banyak pasal Iza dan Helmi ni. dah nak hujung2 baru sampai part cinta si Safiah dan Roul. heehe.

bagi AK novel Aku Kan Novelis! adalah yg terbaik! mmg feveret AK!


mmg berbaloi kalau beli! pasti! tak rugi punya.

Kak Nur Syahida dah masuk dlm novelis yg wajib AK beli bukunya! hoho.

AK bagi 9.5/10 untuk novel ni! cherioo!
 

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Sebab AK memang novelis dan sesuai membacanya. Tapi tak sama dgn novel AK punya style lain kan...:)

Novelis punya gaya yg berbeza, kakak baca semuanya syok...

pena rozie said...

Kene cari ni....

nabilah_2908 said...

yupp..review novel yg dah dibaca.. :)

mcm best...nanti boleh cari kat library....kot2 ada... huhu..

tiap2 minggu saya ada 1 novel...tp tak beli..pinjam dari library...nasib baik..ada la novel baru2...nasib tak baik..xada...

ingat nak snap2 gak kat library tu..tp segan la pulak..heeee...so xjadi nak cerita pasal pi library kat blog... :)

mia kaftiya said...

hikhik.. cayalah! ;-) yeay.. kite geng! ekekeke..

Related Posts with Thumbnails