~~Pembaca Yang Setia~~

Thursday, October 27, 2011

Nak Segar Mata, Jom Layan Video Tutt...

Assalammualaikum semua!

semalam cuti, jadi hari ini mood lemau mcm biskut masuk angin. huhhu.

tapi semalam AK pergi beraya, raya ke rumah jiran akak AK. heeheh. makan nasi beriyani n tosai. pegghhhh mantop! best2!

sekarang wabak M telah melanda selepas rehat, mata begitu berat. nak bukak mata pun dah malas ni. huhuhu.

sekarang AK pun dah xtau nak bebel apa pasal mengantuk ni telah ganggu konsentrasi AK. hohoho.

maka biarlah AK tinggalkan korang dengan video ini aje.



p/s : lawak Johan tak pernah hampakan AK. hahaha. ok gelak skit bagi segar mata. hahaha

Tuesday, October 25, 2011

Mengantuk Mengantuk Mengantuk

Assalammualaikum semua!

Ya tidur banyak itu tidak baik, merencatkan perkembangan otak, melembabkan dan melemahkan badan. tapi kan, entah kenapa, prasaan suka tidur itu sukar dikikis dlm diri AK.


semalam contohnya.

lepas maghrib, berfikir utk melelapkan mata kejap.

terjaga.

pukul 12.30 malam!!!! pfffft!

AK tanya emak, tak kejut AK ke? sebab AK seorang yg sgt senang terjaga, walaupun terdengar bunyi yg kecil. ya AK sangt mudah terjaga.

jadi bila mak ckp yg byk kali dia kejutkan AK, AK mcm tak percaya pulak. penat sgt ke AK sampai boleh tidur mati? haishh..

mungkinkah disebabkan byk berfikir, byk menangis menyebabkan badan AK rase letih, smpai nak tidur tak ingat dunia?

oh lupa. AK mmg kaki tidur.

pantang dpt bantal, rasaaa nak tidur.

tapi..

AK juga mudah terjaga, n sukar tidur kalau bukan berbaring atas katil.

ok apa yg AK merepek pasal tidur ni? haishh..

mungkinkah sebab tengah mengantuk tahap gila ni?

mcm mana ya, nak kurangkan tidur? nanti satu hari nnti akan tidur selamanya jugak kan? huhu.

haishh..

p/s : tidur sikit pun mengantuk, tidur byk pun mengantuk, tidur awal pun mengantuk, tidur lambat pun mengantuk.

Monday, October 24, 2011

Alhamdulillah Aku Tabah

Assalammualaikum semua!

Alhamdulillah AK rase lega sekarang. rasa lebih tenang, lebih tabah dan lebih redha. Ini adalah ketentuan Allah dan sebagai hambaNya, AK harus terima dan melepaskan Wan pergi dengan ikhlas dan iringan doa.

AK dah boleh kawal emosi, dan kurang menangis, cuma tak boleh tengok gambar Wan, mesti nak nangis. huhu.

AK tahu sanak saudara AK pun sama. actually lepas pengebumian arwah, semua jadi macam sediakala, dan tidak langsung menyebut soal Wan. mula-mula AK terfikir, semua dah tak kisah ke? semua dah lupakan Wan ke?

dah lama baru AK sedar yang mereka cuba untuk tidak mengingatinya, bukan sebab tak sayang, cuma mereka takut yang mereka akan menangis.

adakalanya AK rasa yg AK mungkin berada dlm keadaan denial. masih menganggap Wan masih hidup, cuma duduk jauh dr AK dan AK xdpt jumpa dia, dengan itu hati AK akan rasa sedikit tenang. tapi AK tahu itu semua tak betul, AK harus redha.

skrang ni apa yg mampu AK buat ialah doakan dia, sedekahkan Al-Fatihah dan baca Yasin. berharap moga amalan AK ini akan sampai padanya, dan boleh membantu dia di alam baqa.

semua manusia pasti akan mati, cuma entah bila.

MakLong AK adalah org yg paling tabah antara kami semua. dia tidak menangis langsung saat kami bertemu dia utk lawat arwah Wan. walaupun MakLong yg jaga Wan selama ini, dia masih tabah dan kuat semangat. bukan kerna dia tidak kisah @ tak sayang wan, tapi dia sudah redha. MakLong penah cakap,

"sedangkan org muda pun boleh meninggal, inikan pula Wan yang memang sudah berusia. kita harus redha kerana masanya dah tiba."

benar kata Mak Long.

oh alangkah indahnya kalau AK setabah dia. tapi Alhamdulillah, AK rase ketabahan AK agak mengejutkan diri AK sendiri. AK tidak sangka AK akan setabah ini dalam menghadapi kematian insan yang AK sangat sayangi. T_T

sampaikan teman sekerja pelik, langsung tak nampak kesedihan di wajah AK apabila AK kembali ke pejabat, usai pulang dari kampung.

AK menyambut mereka dengan senyuman hingga mereka berkata yang AK tidak sedih.

ah siapa mereka untuk menilai hati AK. tapi Alhamdulillah hati ini kuat, hingga tidak sekalipun mereka perasan akan kesedihan hati ni. barangkali kerana AK mmg jenis tak suka tunjuk kesedihan AK.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

hati ini tenang, kerana AK yakin Wan bahagia di sana. dengan iringan doa kami, moga kubur Wan bercahaya dan luas seluasnya.

moga kita dapat berkumpul semula di akhirat nanti ya Wan.

AK sayang Wan sampai syurga.

muah!

Saturday, October 22, 2011

Friday, October 21, 2011

Al-Fatihah, Wan Kesayanganku..

Assalammualaikum semua.

Al Fatihah buat arwah wanku (datuk), Ibrahim bin Haji Abdullah.

04/04/1935 - 18/10/2011
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup cucumu ini..

moga roh wan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

amin..

sayang wan, selamanya. Y_________________Y

*nak letak gambar wan, tapi setiap kali tengok gambar dia, air mata rasa nak mengalir. T_T

p/s : terpaksa menyepi seketika di sini.

Tuesday, October 18, 2011

Sah, Tak Boleh Jadi Peramal Jodoh!

Assalammualaikum semua.

hari ini nak bercakap soal jodoh. erk tetibe kan. eh tapi bukanlah pasal jodoh AK. haha. blom lagi laa..

cuma AK nak cakap pasal persoalan jodoh, dan betap takdir itu ada kalanya bukan seperti yang kita sangka.


pernah tak, korang rasa masa zaman bljr dl, korang yakin yg sorg budak tu, mesti kahwin awal dan sorang lg mesti kawen lambat punyalah.

contohnyalah..

zaman sekolah dulu,

Si A, gadis cantik, suka berkapel, result kureng sikit.

Si B, skema ayam, diri dan buku ibarat aur dengan tebing, tak pandang lelaki, result gempak.

dari kenyataan di atas echewah macam ayat buku terdetik tak dalam hati kita macam ni.

"mesti A ni kahwin cepat, macam gatai ja. hik hik."
"B mesti kawen lmbt ni, dia terror, mesti sambung tinggi2. blajo. lmbt laa nak kawen."

tup tup setelah lima tahun,

terdengar khabar yang si B dah kahwen, kenal di zaman U.

ok tersedak mak.

si A pulak... sampai sekarang nan ado dengar niat nak kahwin. calon pun xde. boyfren pun xde.

ah inilah namanya percaturan Ilahi. 

bila terima perkhabaran sebegini, senyum dan akui betapa jahilnya kita yg tidak dapat meramal masa depan yang penuh rahsia. hehe.

banyak sgt yg berlaku mcm ni. yang AK sangka akan kahwin lambat, rupa2nya dia yg paling awal.

heheeh. 

selalunya yang AK agak, akan kahwin lmbt ialah yg nampak tak matured lg time zaman sekolah dl. mcm kanak2 ribena, tp tup tup dorg yg kawen dl. hehe..

yg matured awal ni, smpai skrg.. ok malas sambung. haaha. prasan matured AK nih. sekeh kepala jap!


yang penting persoalan jodoh ni dh tertulis, lambat atau cepat je.

p/s : Senyum, dan menanti. boleh? hehe.

Monday, October 17, 2011

Moodless Monday : Budak Kuat Terpengaruh Iklan.

Assalammualaikum semua!

ada seorang budak ni kan, rasanya kuat terpengaruh iklan.

selama ni, bila dia ushar tong eskrem, tak pernah pulak nak ambil aiskrim ni.

puncanya?

aiskrim ni mahal woi oi oi..

sampailah ada iklan kat tv.

macam mana org yg mkn eskrem ni dilayan ibarat ratu...

tpi bukan itu sebabnya dia terpengaruh

tapi disebabkan bunyik Krukkk! apabila wanita di dalam iklan mengigit eskrem tersebut.

fuhh kecur liur dibuatnya..

maka termasuk semalam, sudah TIGA KALI dia melantak eskrem itu, semenjak iklan itu tersiar.


tapi dia lebih sukakan perisa almond ini, kerana lebih manis dan ada kachang (guna nada Syawal-Ahmad Albab)..


lihatlah kachangg nyaa..

eskrem saya berbunyi Kruuk! eskrem anda bila lagi? hahahah


tgk lah tu.. budak kuat terpengaruh iklan. =_="

p/s : apa kaitan dgn moodless monday? sebab xde mood nk wat keje. ada mood nak makan eskremm. haha.

Saturday, October 15, 2011

Cara Tukar Desktop Background a.k.a Wallpaper bagi Window 7 Starter.

Assalammualaikum!

hehe. hari yg ceria! sebab lepas ni boleh rehat kt umah. haish.. bila lah tak payah kerja hari sabtu kan? malas malas malas! heeh.

hari ni nak cerita pasal laptop baru. ok tak habis-habis AK ni.  bukan pasal keterujaan dapat netbook tu. tapi kelemahan lappy AK. hehe.

lepas beli, baru AK tahu, yang OS Window 7 Starter tidak membenarkan pengguna menukar wallpaper a.k.a desktop background. =_="

semenjak awal mengenali komputer, tak pernah2 pulak xboleh tukar wallpaper, tp W7 starter ni pelik skit. syabas! T_T



ok naik berbulu mata AK tgk skrin biru logo Windows kat situ. haha.

disebabkan rasa tak puas hati yg teramat sgt, dan tak mahu laptop nampak mcm laptop xbertuan yg tak ada apa2 yg melambangkan sifat tuannya. erk apa yg aku merepek ni? maka AK telah menggodek pakcik Google hingga AK dapat mencari penyelesaiannya.

Terima kasih pada pencipta software ini! walaupun xkenal sape. haha.

Oceanis Change Background Windows 7


Klik Sini Untuk Download

ok, AK dah cuba, dan berjaya!

dan dah tak tensen dah tgk skrin biru. hahah!

lepas donlod, install aje dan kena restart.

bila restart, akan keluar wallpaper mcm ni.


jgn risau, bkn virus tu. hehe. lepas tu klik icon dia yg tulis OC tu.




keluarlah skrin mcm ni. ok dah boleh ubah wallpaper ikut suka korang! haha. nak ubah2 wallpaper tiap seminit pun boleh, lagi advance dr cara tukar background biasa. haha!

ok dh tamat tutorial AK ni. kalau boleh dipanggil tutoriallah.

selamat mencuba!

disclaimer: gmbo2 atas ni bkn dr lappy AK. AK cilok dr tenet. haha.

p/s : Windows 7 Starter selalunya Operating System untuk netbook. cer check. cer check.

Friday, October 14, 2011

Sabarlah Menghadapi Ujian

Assalammualaikum semua!

hari Jumaat nan indah ini, ada eloknya kita bermuhasabah diri.


dalam hidup kita ini,  kalau tak ada dugaan, bukan kehidupanlah namanya.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" - Al-Ankabut:2-3
AK bersyukur pada Allah kerana sepanjang 25 tahun hidup di muka bumi ciptaanNya ini, belum ada lagi ujian yang AK rasa tak mampu nak hadapi, dan rasa nak menyerah kalah.

tapi AK akui, hati AK sgt rapuh. AK belum tentu mampu hadapi ujian yang Allah timpakan pada org lain. tapi Allah tahu setakat mana yang AK mampu bertahan.

begitu jugak kawan2. kalau kita dilanda ujian, yakinlah bahawa Allah menguji kita setakat mana yg kita mampu hadapi.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286
lagipun, bukankah ujian itu penanda aras bagi iman. selagi kita cekal menghadapi ujian Allah, maka kian bertambahlah iman kita.
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Kalau kita lihat zaman sekarang ni, bila kita dapat satu ujian yang kecil pun kita sudah keluh kesah, merintih dan menyesali nasib diri.

kenapa kita tidak kembali kepadaNya dan memohon kekuatan dari Pencipta kita?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

AK pun tidak tahu, apa ujian yang bakal menimpa AK di masa hadapan, namun AK berdoa supaya Allah akan sentiasa memberi AK kekuatan untuk menghadapi ujian ini. amin..

p/s : entry ini ditulis bknlah kerana AK sedang ditimpa ujian, sekdar peringatan utk diri dan sahabat sekelian agar tabah dlm menghadapi ujian.

Thursday, October 13, 2011

Bicara Cinta : Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita cintai dalam hidup kita?

Assalammualaikum semua!

sekali lagi bersiaran lambat kan? hahaah. mcm dah jadi tabiat pulak, ptg2 baru update. ntah le sejak dua menjak ni kering idea skit. hehe. lagipun asik bz jer.

hari ini boleh tak, kalau nak berbicara pasal cinta? haha. tetibe. ok AK ade blog psl cinta ni, tapi xpelah, hari ni AK buat pengecualian.


seorang kawan AK ade menyoal...

"Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita cintai dalam hidup kita?"


sejujurnya, AK bukanlah org yg arif dalam hal ini sebab kdg2 AK sendiri tewas dalam perjuangan utk melupakan org tu. tapi AK masih mencuba! ^__^ ok walaupun AK xpernah bercinta pun. hahahaah!

orang cakap bercinta itu manis sekali, tapi bila kita putus cinta, kesannya akan sgt buruk.

jadi AK bersyukur sangat, walaupun AK xpernah merasa nikmat cinta, tapi AK juga xmerasa seksanya rasa putus cinta. hehe. 

Alhamdulillah, sebab Allah masih melindungi AK dari nikmat dunia yg alpa ini. nak bercinta lepas kahwin saja, itu yang sebaiknya, sebab mmg xada istilah bercinta sebelum kahwin pn dlm Islam.

hehe.

ok berbalik pada persoalan di atas.. macam mana nak lupa?

makan pil hilang ingatan?

bukanlah..

cumaaa...

kene kuat semangat.

kita takkan dapat lupa 100%, tapi biarlah sekurang-kurangnya perasaan itu tak menganggu hidup kita lagi.

bila setiap kali perasaan kita nak jauh melayang, tangkap balik perasaan tu, sumbat dlm beg, lempar dlm sungai. boleh? haha.

eh eh main2 pulak AK ni.

maksudnya jangan dilayan perasaan kita tu.

Alhamdulillah, AK rasa AK makin kuat sekarang. AK redha dengan ketentuan Allah, namun keyakinan untuk berjumpa dengan jodoh yang terbaik buat AK tetap kuat! AK yakin pada janji Allah. Dia yang tahu siapa yang terbaik untuk hati AK, dan AK berhak untuk menjadi pemilik tulang rusuknya.


pada kawan2 yang putus cinta @ frust dengan cinta yang tak berbalas..

Tabahkan hati, cekalkan jiwa.

sesungguhnya ada insan yang lebih baik untuk kita. sentiasa berdoa pada Allah supaya diberikan jodoh yang terbaik. amin!


p/s : Aku memohon pada Allah agar mengizinkan aku untuk menjadi pemilik tulang rusuk kamu. tapi Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, kerana kamu bukanlah yang terbaik untuk aku. 

Senyum, dan teruskan kehidupan. ^_____________^

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday : Penyakit Mengantok Menyerang!

Assalammualaikum semua!


dari pagi tadi, asik teringat bantal. haish!

Tuesday, October 11, 2011

Fikir Sampai Sakit Kepala!

Assalammualaikum semua!

tadi kawan AK tanya kat AK, ade tak masanya yang kita tak berfikir apa-apa?

susah jugak nak jawab kan. hehe.


AK cakap, time tidur la kot, kita tak fikir apa2. hehe. tapi time tidur pun otak tetap bekerja. kalaulah otak itu macam manusia, mesti dia itu lebih letih dari pekerja tapak pembinaan kan?

sebenarnya kawan AK pelik, sebab nampak AK mcm jenis yg tak risau langsung pasal semua hal, macam tak ada masalah kot. haha.

sebenarnya.. kalau nak tahu..

AK ni adalah sejenis manusia yang kalau fikirkan pasal sesuatu, akan fikir secara terlalu mendalam walaupun hal itu hal remeh temeh, sampaikan boleh bawa kepada sakit kepala. haha. sebab tu la, sampai satu tahap, AK terus malas fikir pasal hal tu. mungkin itu sebabnya kot.

ok mari AK bg contoh..

cuba AK fikir pasal "Bila aku nak kahwin ya?" -contoh ye contoh ni. xde kaitan pun ngan sesapa. =_="

lepas tu AK akan fikir begini...

'eh layak ke aku kahwin? siapa nak dekat aku ni? 

kalau aku kahwin sekarang, aku dah bersedia ke nak pikul tanggungjawab sebagai isteri? mampu ke aku didik anak-anak aku nanti? 

siapa yg sudi izinkan aku jadi isteri dia? aku ni tak lawa, XXL. 

masak pun xbrape reti, cmne nak kahwin, bagi makan pasir laki aku nanti.
bla bla bla.. sambung sendiri..'

ok AK dah nak sakit kepala. muahaah..

so akhirnya.. 

"Ah tak payah pk lah!"

ok itu contoh aje ye. selalunya yang AK fikir dalam-dalam, adalah lebih teruk dari masalah di atas. hehe. pelbagai persoalan akan menyerang kepala AK mcm virus influenza.

tapi bila tengok wajah dia, pasti hilang masalah! ^_^


begitulah alkisahnya perangai cik Aliesha Kirana.

tamat.

Monday, October 10, 2011

Moodless Monday : Sakit Tekak Den!

Assalammualaikum semua..

AK xpasti AK pernah cerita atau tak. tapi sekarang ni AK berpantang dari minum nescafe.
AK rase AK penah citer yg nescafe ni minuman keluarga AK. smpailah ada satu ketika, AK asik muntah je ble minum..


AK siap tnye lagi kt sorg doktor ni secara online. hehehe.
Soalan: Saya nak tanya skit, saya penggemar nescafe susu. hari2 saya minum nescafe susu, sampailah suatu hari bila saya minum saya nak termuntah. saya terus pantang dari minum nescafe, tp bila saya cuba untuk minum balik mesti saya rasa nak muntah jugak.

dr tau tak apa masalah saya? terima kasih!
Jawapan:
Salam.
Biasanya satu cawan nescafe ada 80mg -120mg caffeine. Itu pun terpulang pada sdri banyak mana nescafe dimasukkan.
Tak silap bila melebihi 250 mg kesan sampingan dari caffeine akan terasa.
Kalau overdose ia boleh buatkan muntah.
Sekiranya sdri sensitif dengan caffeine, kesan sampingannya lagi cepat terasa.
Sekarang saya syorkan sdri hentikan dulu nescaffe untuk satu bulan sehingga caffeine dalan darah betul-betul clear kemudian sdri boleh cuba semula.


Sekian
makanya barulah AK tahu, AK overdose nescafe. =_="

so sejak hari tu, AK berpantang nescafe. pastu baru2 ni AK rase mcm dh ok. AK pun start la minum balik tp xsekerap dl.

2-3 hari ni baru la dok pulun minum skit. hari2 dok minum. sampailah semalam AK minum malam2 sblm tidur.

bgun2 pagi ni terus sakit tekak, muntah2 pulak tu, keluar jus perut sebab xde makanan yg nak keluar kan. T_T 

so hr ni sakit tekak laaa. sebab tu la AK Moodless Monday hari ni. sekian.

Saturday, October 8, 2011

So Sweet!!


p/s : ok nak suami yang pandai bergurau jugak, boleh. heheheeh.

amin!

Friday, October 7, 2011

Tutuplah Aurat Kalaupun Hendak Berfesyen...

Assalammualaikum semua!

Salam hari Jumaat semua..



beratus juta kali ditegur pun kalau tak nak dengar jugak, nak buat apa lagi kan...

hehe.

bagi prempuan isu aurat ni sensitif bg dorang, mcm sensitifnya isu rokok itu haram bg lelaki. tp sebagai sesama Islam kita tak boleh nak butakan mata dan pekakkan telinga.

skrg ni ramai yg berhijab dgn niat berfesyen, sebab mcm2 fesyen yg cantek2 ade kan. hihhi. pashmina la, tudung awning la, selendang satin la. mcm2 lagi la yg AK xtau istilahnye..

nak berfesyen boleh, tapi boleh tak.. boleh tak, dgr nasihat akak yg tak brape byk ilmu ni, tp tahulah halal haram. hehe. 

akak cuma nak nasihat, kalau berfesyen tu, jgn la smpai melanggar batasannye ya. hehe. peace! ^__^

Heliza Helmi pun dah bertudung litup melepasi dada, anda bila lagi? hehe.

Thursday, October 6, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Haji!

Assalammualaikum semua!

ini Paklang dan Maklang AK.

Alhamdulillah Paklang dan Maklang telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. 

hari tu Auni sempat pergi berkunjung ke rumah mereka sebelum mereka bertolak. AK je xsempat, sebab kerja. T_T

menjamu selera
bacaan doa
mula2 mcm baik la kan..
lepas tu main tak ingat dunia..
Apapun AK nak ucapkan


Selamat Mengerjakan Ibadah Haji buat Maklang dan Paklang..

moga peroleh haji yang mabrur..

amin...

p/s : jgn lupa doakan anak sedaramu ini. heheeheh. ^___________^

Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Perkenalkan.. Encik Shiro!

Assalammualaikum semua!

Kalau ade yg terbaca status FB AK tadi mesti tertanya-tanya kan? siapa tu Encik Shiro?

yg tak bace pun sama gak kan..hehe


"Encik Shiro macam seorang lelaki kampung yang serba sederhana, tidak kaya, berjiwa lembut tapi kental, dan dia hadir di saat aku sangat memerlukan. mungkin suatu hari nanti aku akan berpaling dari dia, apabila aku mendapat pengganti yang lebih baik, namun aku tahu dia akan setia padaku jua, Encik Shiro..."


siapa dia Encik Shiro?

teng teng teng...

TADAAA!


Encik Shiro


kawan2 beliau
macam yg AK cakap sebelum ni, laptop AK ade problem. xboleh nak ON. disebabkan keadaan yg getir, n xde mase utk siapkan manuskrip, akhirnya AK nekad.

dah lama AK carik laptop baru. ble AK berkenan dgn satu desktop ni, sekali yg tinggal, display set aje. pastu AK carik laptop pulak. tgk2 masih tinggal display set. AK mmg xcari tempat lain sebab malas pk nk pergi merata tempat.

ble terpandang Encik Shiro terus AK berkenan sebab warnanya putih. (nak warna pink, xdpt. putih pun jdlaa. my 2nd fav color). harga dia pun murah. jadilaa.. buat aktiviti penulisan AK.. tp beliau ni sekdar netbook saja.

byk function yg tak ada. tak puas sgt mcm guna laptop @ desktop. tmbh2 ble die guna Windows 7 Starter, mmg xbyk function. AK pun dh beli, baru la nak kaji Windows 7 Starter ni. dah terlambat la time ni cik jahh oi..

anyway.. positive thinking..

niat AK beli Encik Shiro adalah utk kerja penulisan AK, bukan utk bergumbira. hehe. so AK kene terima Encik Shiro seadanya.. semoga beliau dpt bantu AK capai kejayaan yg AK nantikan selama ni. amin...

esok2 dpt duit royalti, baru carik laptop n desktop yg lebih canggih. heheeh

thanks to my lovely fren, Cik Farah Diana yg sllu bg perangsang kt AK, n naikkan mood AK yg down. muah3 to you. hehe.

p/s : Encik Shiro = Encik Putih.

Monday, October 3, 2011

Day 08- Short term goals for this month and why

Assalammualaikum semua!

maaflah AK bersiaran lambat. hehe. dah la tu, tak ada idea pulak tu. muahaha. parah dah sindrom kekeringan idea nak update blog AK ni.

maka hari ni terpaksalah AK sambung 30 Days Challenge AK yg blom abis-abis. haha.

so... nak citer,

short term goal untuk bulan ni ialah..

SIAPKAN MANUSKRIP 
LOVE YOU MR. ARROGANT!


hahaah. besar gile tulisan. nak ingatkan diri sendiri ni. bknnye apa. heehe. deadline dh dekat. haha. harus gigih siapkan kalau mahu lihat, impian AK jadik satu kenyataan.

kawan2 tersayang, tolong doakan AK yer! hehe.

laptop dh le suka buat prangai, dah 3 minggu pulak tu, dia xboleh ON. mujurlah AK dah ada jalan penyelesaiannya.

apa?

esok AK citer. heeee.. ^___________^

Saturday, October 1, 2011

Tak Suka Tak Apa! huh!

Assalammualaikum semua!


teringat lagu ni ble Ainz tanya psl lagu fav kt entry die ari tu. haha.

ini lagu fav AK time sekolah rendah dl, sebab frust budak yg AK minat xsuka kt AK. muahaha. lawaknyee rasa time tu.

tp kecik2 pun dh pandai jiwang AK ni. haahah!
Related Posts with Thumbnails